Anda di halaman 1dari 1

B. PERENGGAN ISI KARANGAN.

Selepas pendahuluan, pelajar perlu menulis perenggan isi pula, Seelok-eloknya isi
karangan peringkat PMR mengandungi 4 atau 5 perenggan. Setiap perenggan
mengandungi isi utama, isi sampingan berserta huraiannnya sekali.
Isi karangan hendaklah menjurus kepada kehendak soalan. Perenggan isi pula
mengandungi empat ayat iaitu;
a.
b.
c.
d.

Ayat judul ( isi utama )


Ayat huraian
Ayat bukti/contoh
Ayat penegas

1. Ayat Judul ( isi utama )


-Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab karangan. Ayat judul boleh
diletakkan di bahagian awal, di tengah atau di hujung sesatu perenggan. Hal ini bergantung
pada huraian yang dilakukan oleh pelajar.
2. Ayat Huraian.
-Huraian lanjut tentang ayat judul yang dikemukan bertujuan untuk memberikan penjelasan
tentang perkara yang diperkata atau menyokong isi-isi utama. Karangan yang baik akan
mengemukan ayat huraian.
3. Ayat bukti.
-Ayat-ayat yang mengamdungi bukti atau contoh-contoh yang berkaitan dengan isi yang
diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah. Bukti dan contoh yang dikemukan
mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang diada-adakan.
4. Ayat penegas.
-Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukan. Ayat ini biasanya
mempunyai penanda wacana seperti, tegasnya, oleh itu, dan sehubungan dengan itu,
Contoh peranggan isi karangan.
( Ayat judul ( isi utama )
Satu daripada langkah yang harus diambil oleh
kerajaan ialah mengenakan denda yang lebih berat terhadap pengguna-pengguna jalan
raya yang cuai dan tidak bertimbang rasa. ( Ayat huraian ) Denda yang dikenakan ini
sekurang-kurangnya akan menakutkan atau memberikan kesedaran kepada penggunapengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bersopan di jalan raya. ( Ayat bukti )
Sebagai contohnya, cadangan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM300 kepada
RM600 bagi sebarang kesalahan di jalan raya serta cadangan untuk mengenakan hukuman
penjara bagi kesalahan di jalan raya dan mengadakan perlumbaan haram di jalan raya
hendaklah disokong oleh semua pihak. ( Ayat penegas ) Tegasnya, denda yang berat akan
memberikan kesedaran kepada pengguna supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Latihan isi-isi karangan.


Fokus Soalan : Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Isi 1
a) Peranan pihak sekolah yang menjadikan membaca sebagai satu amalan( isi
utama )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi 2
b) Ibu bapa memainkan peranan penting memupuk minat membaca ( isi utama )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi 3
c) Peranan pihak syarikat buku dapat menyemai minat membaca ( isi utama
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi4
d) Peranan penglibatan segenap lapisan masyarakat setempat dikatakan dapat
memupuk budaya minat membaca, lebih-lebih lagi golongan pelajar. ( isi
utama )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi 5

Anda mungkin juga menyukai