Anda di halaman 1dari 3

Pterygium

Pterygium awal yang mulai menutup mata

Pterygium

Pterygium yang semakin bertambah dan akan menutupi


penglihatan

Pterygium

Pterygium yang menumbuh daripada dua hala

Pterygium
Apakah pterygium?

Ianya sejenis pertumbuhan di lapisan luar (conjunctiva) mata putih.


Siapakah yang mengalami pterygium?
Orang yang sering bekerja di bawah cahaya matahari atau penghuni di negara tropika.
Faktor lain yang menyebabkan pertumbuhan pterygium termasuk wap kimia, asap,
habuk dan benda-benda lain yang terbang masuk ke dalam mata.
Apakah simptomnya?
Mata akan rasa tidak selesa, merah dan berair.
Apakah akibat mengalami pterygium?
Bila pterygium semakin besar, ia boleh menyebabkan astigmatisma atau silau. Ada
pterygium yang bertumbuh dengan perlahan, manakala adanya yang bertumbuh
dengan cepat. Bila pterygium meliputi bahagian tengah kornea, penglihatan akan
menjadi kabur.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan pertumbuhan pterygium yang
berlebihan?
Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai
cermin mata yang melindungi mata daripada faktor-faktor tersebut. Menitis airmata
tiruan boleh mengurangkan ketidakselesaan mata. Kadang-kadang ubat tits steroid
akan digunakan untuk mengurangkan radang.
Apakah cara yang terbaik untuk melindungi mata?
Memakai cermin mata gelap boleh melindungi mata daripada cahaya matahari dan
angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti
persekitaran yang berhabuk.
Bilakah pterygium perlu dibedahkah?
Ini terpulang kepada nasihat doctor. Kalau pterygium akan sampai tahap yang boleh
menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik untuk dikeluarkan. Kalau pterygium
menyebabkan rasa berpasir atau selalu merah, ini juga indikasi untuk
mengeluarkannya. Pterygium yang menyebabkan tahap silau yang tinggi juga perlu
dikeluarkan untuk mengurangkan silau atau astigmatisma.
Apakah yang dilakukan semasa pembedahan pterygium?
Pembedahan ini biasa dilakukan di bilik procedure atau dewan pembedahan. Pterygium
dikeluarkan dengan teliti, Supaya kadar pertumbuhan balik pterygium boleh
dikurangkan, doktor juga akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian sihat dan

menampalkannya di bahagian pterygium yang telah dikeluarkan. Ini dipanggil


conjunctiva graft. Kalau teknik graft ini dilakukan ini membolehkan kadar pertumbuhan
pterygium dikurangkan sebanyak 6 kali ganda. Setelah pembedahan, anda biasanya
diberi ubat titis steroid untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan
mengurangkan pertumbuhan balik pterygium.
Berapa lamakah pembedahan ini?
Ini biasanya dalam lingkungan setengah jam. Ada jenis pterygium yang lebih sukar
untuk dikeluarkan dan akan mengambil masa yang lebih lama.
Bilakah saya boleh melihat semula?
Baru selepas pembedahan, mata anda akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan
permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula
tetapi ada kemungkinan mata akan kadang-kadang berair dan ini menyebabkan
kekaburan mata yang sementara.
KKuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya,
Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gombak, Nilai, Beranang,
Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam. Selangor,
Seremban, Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia
K.K.L.I.U. 0048/2013/I - - Laman Utama | Lama (Melayu) | Topik Mata | Tentang Kita | Hubungi Kita |
Pusat Pakar Mata ACS

Anda mungkin juga menyukai