Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMK KEM TERENDAK KALI KE-47

TAHUN 2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih puan pengerusi majlis.

Yang Berusaha,
Encik Amran bin Abdul Sukor, Pengetua SMK Kem Terendak,

Yang Berbahagia,
Encik Sahak Bin Zainal Abdeen, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Hjh Samsiah bt Mahmood, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Hasni bt Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Guru Kanan Matapelajaran,


Para Guru , ibu bapa serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt
kerana diberi kesempatan dan kesihatan oleh-Nya untuk saya sampai ke sini
dan menghadiri majlis ini. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana sudi menjemput saya merasmikan Kejonanan Sukan dan
Balapan pada tahun ini. Saya amat berbesar hati dan berbangga untuk sama-
sama berada dalam kejohanan seperti ini untuk memberi semangat kepada
para atlet yang bertanding.

Saya difahamkan, acara saringan dan acara-acara awal sukan telah pun
berlangsung pada Isnin dan Selasa baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada
para atlet yang telah mendapat tempat dalam pelbagai acara yang
dipertandingkan. Bagi atlet yang masih bertanding,teruskan perjuangan.
Jangan mudah menyerah kalah dan berjuanglah sehabis baik.

Selain itu, saya juga mengharapkan agar objektif yang disasarkan


bagi kejohanan ini iaitu dapat mewujudkan suasana pertandingan yang
sihat dan berkualiti serta melahirkan atlet sekolah yang seimbang dari
jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dicapai dengan jayanya.
Bersama-samalah kita menggembleng tenaga dalam mendidik anak-anak
kita agar mereka akhirnya nanti menjadi golongan yang boleh
dibanggakan oleh agama, bangsa dan negara.

Di samping itu, saya secara peribadinya amat menyokong


kejohanan sukan seperti ini terus dijalankan pada setiap tahun. Aktiviti-
aktiviti yang sihat seperti ini secara tidk langsung membantu anak-anak
kita agar tidak lalai serta dapat mengisi masa lapang dengan perkara-
perkara yang berkualiti. Atlet-atlet yang dihasilkan daripada kejohanan
peringkat sekolah seperti ini harus digilap dan dibentuk menjadi sebutir
mutiara yang bersinar agar dapat menaikkan martabat sukan SMK Kem
Terendak. Pelajar-pelajar yang terpilih mewakili sekolah pada peringkat
mana sekalipun perlulah berasa bangga dan berjuang habis-habisan agar
segala penat jerih anda dan para guru terbayar dan berbaloi.

Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah


kepada para guru, staf dan pelajar-pelajar atas penganjuran kejohanan
pada hari ini.

Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis


Perasmian Penutup Kejohanan Sukan dan Balapan SMK Kem Terendak Kali Ke-
47 bagi tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai