Anda di halaman 1dari 3

Sajak Asap

Asap,
mengapakah
bisamu
memedihkan mataku
menangis - tanpa sebab?
Asap,
mengapakah rongga-ronggamu
semakin lama semakin membesar
dan aku tenggelam lemas
tanpa airnya?
Asap,
hanya satu jantungku ini
telah kaurampas
berjuta-juta yang lain
tua dan muda
tanpa belas.
Asap.
tidak dapat kurasai
dengan sentuhan
tetapi bahangmu cukup
memusnahkan segala
tanpa apinya
Maksud sajak.
RANGKAP 1:
Penyair tertanya-tanya tentang asap yang memedihkan matanya hingga membuatkannya
menangis.
RANGKAP 2:
Penyair ingin tahu sebab kewujudan asap semakin besar menyebabkan dirinya hampir lemas.
RANGKAP 3:
Asap telah menyebabkan jantungnya mengalami kesesakan.
RANGKAP 4:
Asap tidak boleh disentuh,tetapi bahangnya walaupun tanpa api boleh memusnahkan.

Tema
Temanya tentang alam sekitar, iaitu menceritakan kesan pencemaran alam terhadap manusia
persekitaran. Hal ini dapat menyedarkan murid tentang pentingnya memelihara alam sekitar.
Persoalan sajak.
1.

Kesan kebakaran yang memudaratkan.


Kebakaran boleh memudaratkan kepada manusia,haiwan dan alam sekitar.

2.

Asap boleh menyebabkan sesak nafas.


Kesan asap kepada manusia yang boleh menyebabkan manusia sesak nafas

3.

Asap boleh menyebabkan sakit jantung.


Kesan asap rokok kepada manusia yang boleh menyebabkan manusia menghidapi penyakit
jantung tanpa mengira tua atau muda

4.

Asap boleh menyebabkan bumi menjadi panas.


Kesan asap kepada alam yang boleh menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu.

Nilai
1. Nilai sayang akan alam sekitar
2. Nilai menghargai kesihatan diri
3. Nilai berhati-hati

1.
2.
3.

Pengajaran
Kita hendaklah sayang akan alam sekitar
Kita hendaklah menghargai alam sekitar
Kita hendaklah berhati-hati terhadap api
Bentuk sajak
Bilangan rangkap
Bilangan baris serangkap
Jumlah kata sebaris
Jumlah suku kata
Pola rima akhir

4 rangkap
5 hingga 6
1 hingga 4
2 hingga 11
Rangkap 1 :
Rangkap 2 :
Rangkap 3 :
Rangkap 4 :

a,
a,
a,
a,

b,
b,
b,
b,

c,
c,
c,
c,

c, d
d, e
d, e
d, d

Gaya bahasa
Jenis gaya bahasa
Anafora
Sinkope
Pesonafikasi
Asonansi
Aliterasi

Contoh
Tanpa airnya (R2 B5)
Tanpa airnya (R3 B6)
Tanpa apinya (R4 B6)
Mataku (R1 B4)
Hanya satu jantungku ini kau rampas (R3 B2,3)
Tidak dapat kurasai (R4 B2)
Semakin lama semakin membesar (R2 B3)

Anda mungkin juga menyukai