Anda di halaman 1dari 3

Sharanya Murugesu PPISMP PENDIDIKAN KHAS 2 Pengucapan Awam Ramai antara kita biasa mendengar tentang pengucapan awam.

Ada yang gerun setiap kali diminta membuat pengucapan awam, ada yang bersahaja dan ada juga yang yang sangat berkeyakinan. Ramai juga yang keliru apakah persamaan atau perbezaan di antara pengucapan awam dan pidato.

Sumber daripada wikipedia menyatakan bahawa pengucapan awam adalah satu proses bercakap di khalayak ramai atau satu kumpulan manusia melalui cara yang tersusun dengan tujuan untuk memaklumkan, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Ia sangat serasi dengan "mempersembahkan". Semasa pengucapan awam, terdapat banyak bentuk komunikasi yang boleh digunakan dan terdapat 5 elemen asas selalunya dinyatakan begini "siapa bercakap mengenai apa kepada siapa menggunakan kaedah apa dengan kesan@tujuan apa? Pengucapan awam biasanya bertujuan menyampaikan maklumat, memotivasikan manusia untuk melakukan sesuatu atau menyampaikan cerita dan mampu menjadi satu medium yang berkuasa. Seorang penyampai yang baik mampu mengubah emosi pendengarnya, bukan hanya menyampaikan maklumat semata-mata. Pengucapan awam ini merangkumi beberapa komponen termasuk ucapan motivasi, pembangunan kepimpinan, perniagaan, perkhidmatan pelanggan, komunikasi kumpulan yang besar dan komunikasi massa.

Bagi rakan-rakan penjawat awam yang dikehendaki menghadiri kursus induksi, tentu saja topik pengucapan awam inilah yang biasanya membuat kita tidak senang duduk. Berbagai-bagai persoalan yang bermain di fikiran. Bagi mereka yang sudah berpengalaman, mungkin untuk membuat pengucapan awam bukanlah satu masalah, namun bukan semua di antara kita mempunyai kelebihan ini. Jadi, apabila kita dikehendaki membuat pengucapan awam, tidak semestinya kita perlu berpidato. Sekiranya kita dikehendaki membuat pengucapan awam mengenai apa-apa produk, maka pidato tidak sesuai digunakan. Saya kira pidato lebih sesuai digunakan bagi topiktopik yang bersifat formal, kenegaraan atau semasa kita ingin mempertahankan sesuatu hujah.

Banyak tips yang kita boleh perolehi sama ada melalui carian di internet mahupun melalui ceramah pengucapan awam berhubung teknik pengucapan awam. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memilih tajuk pengucapan awam yang sesuai. Sekiranya kita dikehendaki membuat pengucapan awam, dan kita telah diberikan tajuk atau skop tajuk, maka langkah pertama ini menjadi lebih mudah berbanding jika kita tidak mempunyai idea langsung berhubung tajuk pengucapan awam kita. Saya berpengetahuan bahawa, sebelum kita memilih tajuk, kita haruslah membuat sedikit kajian mengenai siapakah pendengar kita? Apakah latar belakang mereka? Dengan membuat kajian mengenai latar belakang pendengar, ia memudahkan kita memilih tajuk yang sesuai dan juga pendekatan yang sesuai. Sebagai contoh, sekiranya pendengar kita adalah dikalangan pelajar sekolah menengah, maka tajuk dan pendekatan yang digunakan biarlah sesuai dengan tahap pemahaman dan penerimaan mereka. Sekiranya kita tidak diberikan apa-apa tajuk, maka pilihlah tajuk yang sesuai dan dekat dengan diri kita. Pilih tajuk yang mana maklumat mengenainya mudah diperolehi. Sebagai contoh, kita adalah seorang pegawai kewangan, maka pilihlah tajuk yang bersangkut paut dengan aspek kewangan, dan jangan pula cuba-cuba bercakap mengenai perubatan. Pilih tajuk yang mudah untuk kita kuasai kerana sekiranya kita berdiri sebagai pengucap awam untuk meyampaikan maklumat atau untuk mempengaruhi orang lain, maka sekurang-kurangnya kita perlu lebih tahu berbanding pendengar kita. Dengan cara ini juga, ia dapat membantu kita semasa menyampaikan ucapan. Selain itu. kita juga boleh memilih tajuk berhubung isu semasa kerana maklumatnya lebih mudah diperolehi dan pendengar akan tertarik untuk mendengar. Kalau boleh, cari satu tajuk yang mudah tetapi menarik. Pastikan juga terdapat sesuatu yang baru untuk dikongsikan di dalam maklumat yang ingin kita sampaikan supaya pendengar akan terus mendengar.

Perkara kedua adalah kita perlu menyediakan teks ucapan awam sekiranya kita diberi masa untuk membuat persediaan. Di dalam teks ucapan kita selitkanlah unsurunsur jenaka, atau mungkin pantun, atau baris-baris sajak sebagai daya penarik atau gimik. Ia juga salah satu cara membolehkan pendengar terus mendengar ucapan kita. Pastikan ucapan kita mempunyai kata-kata aluan sebagai pendahuluan, isi kandungan dan seterusnya penutup. Beri tekanan kepada isi yang ingin kita sampaikan supaya pendengar dapat memberi perhatian setiap kali kita menyampaikan isi kandungan baru. Sebagai contoh "...persoalan pertama yang ingin saya kupas adalah......", atau mungkin juga "....hujah saya yang pertama adalah bertunjangkan .......". Ia bukan sahaja memudahkan kita menyampaikan ucapan dengan lebih teratur dan tersusun, malahan

pendengar atau panel juri juga dapat mengenal pasti apakah sebenarnya yang ingin kita sampaikan.

Sekiranya kita mampu, maka kita boleh menghafal teks ucapan awam kita.. Maka apa yang boleh kita buat ialah biasakan diri dengan tajuk ucapan awam kita dan carilah maklumat sebanyak yang boleh mengenainya. Oleh yang demikian kita tidak akan putus idea apabila bercakap mengenainya. Selain itu, yang biasa dilakukan ialah dengan mengingat kata kunci di dalam teks ucapan kita. Setiap perenggan teks ucapan yang telah kita sediakan, buatlah satu kata kunci. Maka ia akan membantu kita mengingati apa yang perlu kita ucapkan. Selain itu, kad-kad kecil juga boleh disediakan. Ia amat penting lebih-lebih lagi jika kita mempunyai masalah menggigil apabila bercakap di khalayak ramai. Sekiranya kita memegang teks ucapan yang dicetak di atas kertas A4 yang besar, maka kesan menggigil itu lebih mudah dilihat dan ia akan menambah kegugupan kita. Jadi, berusahalah untuk menyediakan kad-kad kecil bagi teks ucapan kita kemudian bacalah teks tersebut berulang kali.

Kita perlu tahu menggunakan intonasi dengan baik. Di mana kita perlu menjerit menegaskan hujah dan di mana kita perlu merendahkan suara kita. Hal ini amat penting kerana sekiranya kita tidak menggunakan intonasi yang betul ditempat yang betul, maka ia akan menunjukkan kepincangan di dalam pengucapan awam kita. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak di dalam pengucapan awam, tkitakan pada teks ucapan kita di mana perllu kita menggunakan intonasi tinggi dan rendah. Bahasa tubuh seperti mimik muka, pkitangan mata dan pergerakan badan juga membantu kita menyampaikan pengucapan awam dengan baik. Tidak lupa juga senyuman.

Semasa membuat pengucapan awam, kita juga mungkin tidak mempunyai keyakinan diri. Pendengar yang ramai memenuhi dewan boleh menggugat keyakinan kita. Sebagai permulaan, apa yang boleh kita buat ialah pkitang seseorang yang kita kenal seolah-olah kita hanya bercakap dengannya. Namun, 'eye contact' amat penting semasa pengucapan awam, maka sesekali kita perlu mengerling pendengar yang lain (terutamanya juri jika ada) tetapi jangan pkitang tepat di mata kerana ia boleh menambah kegugupan. Tuntasnya, kita dapatlah mengetahui dan memahami secara dalam tentang pengucapan awam.Kita haruslah mengaplikasikan tips-tips ini bagi menghasilkan suatu pengucapan awam yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai