Anda di halaman 1dari 3

42 Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuattaakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:

bertutur denganmenggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasadan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuathentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.Nada, kenyaringan dan kelantangan suaramesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan.Aspekkepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dansebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea danpandanganseseorang mengenai sesuatu.Semua ini akan menghidupkan lagi suasanapertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang

menguasaiperbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteksuntuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat.Dengan itu, dia mampumembentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur.Diajuga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yangberbeza-beza berdasarkan bentukbinaannya yang

berbezapula. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yangperlu diguna mengikut situasi yang sesuai.Contohnya, bahasa Melayu

mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan,meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.Demikian juga, bahasa Melayumempunyaisistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawankita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yangkita hadapi.

Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itudengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian

penggunaannyadengankonteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadapkemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasaini. 12 Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahuiperkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membacadan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perludiajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasaikemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiranberbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlumenyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiranberbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedariterdapat unsur-unsur @ faktorfaktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah.

Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar?Mengapa kemahiran mendengar penting?

Apamasalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perludikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awaltertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap,iatelah terlebih dahulu terdedah kepadaberbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.Sebenarnya, kanakkanak sentiasaberkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai

bahasamemperoleh, mempelajari,mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orangyang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk,mencuba danmengungkapkanperkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatandan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru,alam persekitaranmerupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini.Inibermakna, kanakkanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

http://www.scribd.com/doc/24984776/DEFINASI-BERTUTUR

Anda mungkin juga menyukai