Anda di halaman 1dari 5

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Etiket Sosial

/ Social Etiquette bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Auditorium TAZA pada 12 Ogos 2011 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud Bin Jusuh ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menantinantikan seminar bengkel ini, selepas saya mengikuti program khidmat komuniti di SMK Perinssen pada beberapa minggu yang lepas, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Sememangnya seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa hidup beragama merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan hidup iman kita sepanjang hayat. Kalau kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama dalam hidup kita, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita melanda dilemma kehidupan atau cabaran dalam kehidupan kita. Jadi, agama diibaratkan sebagai suluh lampu dan berperanan untuk menyuluh kehidupan kita serta memandu kita agar menjalani kehidupan pada hala jalan yang betul, halal dan benar. Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam penbentukan seorang insan yang beretika sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud, saya dapat mempelajari bahawa ajaran keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan yang mempunyai etika sosial.

Sememangnya hidup dengan beretika harus dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita meluangkan paling banyak masa untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa memberikan didikan keluarga yang sempurna kepada anak-anak mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila

mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifattawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Kalau tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong, lawa, dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya, sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang yang semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu. Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam.Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impression sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.

Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan Encik Mahmud, saya sedar bahawa sebagai sorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah menjadikan prinsip satu ha ri satu kawan sebagai amalan dan pegangan hidup kita. Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain. Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak melakukan apa-apa yang akan merosakkan

perhubungan tersebut. Iktibar lain yang saya dapat daripada seminar ceramah ini termasuklah kita haruslah mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang betul dan tepat.Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih spesifik lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan sayasebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang

begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut, terdapat 11 jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti, lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi jurujual ataupun jet -plane. Jangan pula kita membuat bising seperti concorde pula. Sepatutnya kita perlu bercakap dengan orang yang berada di kiri dan di kanan kita. Malah,kawalan mata dan anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya menjawab ya... tidak... sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan. Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi, agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya, kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita berbual atau bersosial dengan orang lain. Namun, apa yang paling penting dalam tatacara perbualan sosial ialah hormat-menghormati. Contohnya, kita patut mematikan telefon bimbit semasa makan dan berkomunikasi, selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Encik Mahmud: Dalam sesebuah perhubungan, yang tua dihormati, menghormati yang tua satu kewajipan; dengan yang sebaya kesantunan dan dengan yang muda kasih sayang. Dengan mengamalkan semua ini, pasti ia akan memberikan impak positif terhadap negara kita apabila semua pelancong yang melawat ke negara kita memuji rakyat Malaysia bersopansantun, beretiket sosial dan bersahsiah murni. Dengan itu, nescaya imej baik negara kita akan meningkat dan disanjung di persada dunia. Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh Encik Mahmud sepanjang seminar ceramah etiket sosial ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai