Anda di halaman 1dari 5

Smk Bandar baru sultan Suleiman Lebuh sultan abdul samad 42000 PELABUHAN KLANG

KERTAS KERJA RIADAH SUKAN TENIS SAMBIL MELAWAT DAN BELAJAR


TARIKH / HARI : 23 September 2011 JUMAAT TEMPAT : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA dan BUKIT TINGGI PAHANG TEMA : JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

BERTAMBAH PENGETAHUAN ANJURAN : KELAB TENIS SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

DISEDIAKAN OLEH : Pn NORSHELLA BT KHAIRI

RIADAH SUKAN TENIS SAMBIL MELAWAT DAN BELAJAR

1. PENGENALAN
Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Kelab Tenis sekolah merancang mengadakan program riadah sambil belajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Bukit Tinggi, Pahang. Ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kelab dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kelab. Hasil daripada kegiatan riadah ini , pelajar diharap dapat menambah pengetahuan terhadap sukan tenis serta menambahkan minat mereka terhadap sukan professional ini.

2. RASIONAL
Usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan murid di dalam sukan melalui penyiaran SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 16, TAHUN 2010: PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) di dalam perenggan 2.2 ada menyebut Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan; dan juga perenggan 2.4 menyebut Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah. Dengan adanya program riadah sambil belajar ini yang melibatkan ahli Kelab Tenis, dapatlah pelajar meningkatkan penyertaan mereka di dalam sukan seperti yang dikehendaki kerajaan.

3. MATLAMAT
Program seperti ini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar merasai sukan tenis sambil melalui pengalaman menarik melihat teknik para pemain professional yang disertai oleh penuntut-penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bermain tenis di Kompleks Sukan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mengalikasikannya di tempat penginapan mereka di Selesa Hillhomes Resort Bukit Tinggi, Pahang. Program seperti ini akan dapat memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar tentang sukan tenis amnya dan memberi pendedahan tentang teknik bermain tenis dengan betul serta mengetahui kemajuan sukan tenis yang telah dicapai oleh Universiti Islam Antarabangsa. Mereka juga akan dapat melihat kemudahankemudahan sukan yang terdapat sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

RIADAH SUKAN TENIS SAMBIL MELAWAT DAN BELAJAR

4. OBJEKTIF
Diharapkan lawatan ini akan dapat : 4.1
4.2

Mengetahui teknik bermain tenis dengan betul. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti program riadah sukan tenis dan lawata ini ke tempat yang menarik. Membuka minda pelajar untuk lebih aktif dalam sukan tenis. Memberi semangat kepada pelajar untuk menaikkan nama sukan tenis sekolah. Memperkuatkan dan menguji ketahanan fizikal pelajar dengan pendedahan terhadap aktiviti lebih lasak.

4.3 4.4 4.5

5. KUMPULAN SASARAN
Pelajar tingkatan 1 hingga 5 (125 orang pelajar).

6. PERSONALIA
Guru pengiring :
Pn Norshella Binti Khairi Cik Norul Ain Bt Mokhtar Encik Mohd Adib B Ahamad Pn Sapiah Bt Rahman Pn Norul Hana Bt Ninggal Pn Nik Hasnah Bt Ibrahim Cik Nurul Hidayatul Akmal Bt Mohamad

7. JANGKA MASA PELAKSANAAN

1 hari

8. TARIKH/TEMPAT
23 September 2011

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Colmar Tropicale, Japanese Tea Village dan Botanical Garden di Bukit Tinggi, Pahang

9. IMPLIKASI KEWANGAN
i) Pengangkutan Bas A RM 1000

RIADAH SUKAN TENIS SAMBIL MELAWAT DAN BELAJAR

Pengangkutan Bas B RM 1300 Pengangkutan Bas C RM 1300 ii) iii) iv) RM 3600

Makan Pelajar ( RM 10 x 125) RM 1250 Tiket Masuk ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang ( RM 12 x 125 orang) Hadiah Pelajar (Hamper RM 100 x 9) RM 1500 RM 900 JUMLAH RM 7250

10. SUMBER KEWANGAN


i) ii) Yuran daripada pelajar menurut senarai ahli dalam borang ini (RM 50 X 125 orang) Punca pendapatan lain (Peruntukan Bayaran Tambahan Kokurikulum) JUMLAH RM 7250 RM 6250 RM 1000

11. STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Perbincangan dengan Pengetua dan GPK Kokurikulum. Penetapan tarikh, tempat, dan sumber kewangan 10.2 Mencari pakej dan tempat yang sesuai 10.3 Memaklumkan kepada pelajar 10.4 Menyediakan modul 10.5 Berbincang dengan pihak pengurusan pakej 10.6 Menguruskan pengangkutan dan pengutipan wang 10.7 Pelaksanaan program 10.8 Penilaian program

12. TENTATIF LAWATAN PROGRAM


Jumaat, 23 September 2011 Masa 9.30 am Aktiviti Guru Bertugas Bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Semua Guru Pengiring (UIAM), Gombak untuk menyaksikan Karnival Sukan 10.30 am 10.45 am 1.00 pm 1.30 pm serta belajar teknik bermain tenis yang betul. Sampai di UIAM dan sarapan/minum pagi Cik Nurul Ain Program bersama pemain professional(penuntut) UIAM En. Mohd Adib serta melawat sekitar UIAM Makan tengahari & Bergerak ke Bukit Tinggi Cik Nurul Ain Sampai ke Bukit Tinggi dan terus melawat sekitar Semua Guru Pengiring Colmar Tropicale, Japanese Tea Village, Botanical

RIADAH SUKAN TENIS SAMBIL MELAWAT DAN BELAJAR

4.45 pm 5.30 pm 7.30 pm 8.00 pm

Garden. Solat Jama Asar & Zohor (Jama Takhir) Minum Petang Solat Jama Maghrib & Isyak (Jama Taqdim) Makan Malam & Bertolak ke SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

En. Mohd Adib Cik Nurul Ain En. Mohd Adib Semua Guru Pengiring

13. PENILAIAN
Keseluruhan kursus akan dinilai melalui : Laporan lawatan daripada peserta Temu bual dengan beberapa orang peserta Borang penilaian daripada peserta Komen peserta

14. PENUTUP
Program riadah sambil belajar ini merupakan satu daripada aktivitiaktiviti Kelab Tenis untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar tentang sukan tenis. Komitmen guru-guru pengiring dan penglibatan pelajar diharapkan dapat melancarkan pengalaman ini. Harapan pihak penganjur agar program ini akan dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. (PN NORSHELLA BINTI KHAIRI) Ketua Guru Penasihat Kelab Tenis

. (PN ROHAYAH BTE HASHIM) Pengetua SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

Anda mungkin juga menyukai