Anda di halaman 1dari 33

ISI KANDUNGAN

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ]

1. PENGENALAN
2. DEFINISI SUMBER PENGEAJARAN
3. OBJEKTIF PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN
4. JENIS-JENIS SUMBER PENGAJARAN
a. SUMBER BERCETAK
b. SUMBER ELEKTRONIK
c. SUMBER MAUJUD
5. KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

6. PRINSIP PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN

a. Mutu bahan bantu mengajar: \

b. Kecekapan Menggunakan BBM:

c. Kesesuaian SUMBER PENGAJARAN

7. STRATEGI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

8. PRINSIP PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN


a. Mencabar
b. Menepati
c. Bahan Pengajaran yang diperakui. Menarik
d. Jimat dan Mudah

9. KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).


a. KEBAIKAN SUMBER PENGAJARAN
b. KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR
(ABM)
c. CARA MENGATASINYA.
RUMUSAN
SUMBER PENGAJARAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula

memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang

sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang

demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya

tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan

pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu

mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan

dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-

aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan,

penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang

memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga

dapat memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar.

DEFINISI SUMBER PENGAJARAN

Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran

dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar.

Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar

mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik

minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.


Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru

dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan

gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran

yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan

sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj.

Hussin, 1986)

Sumber Pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan

terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia

merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua

pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat

dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga

kumpulan: alat bpendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid

(1981) membahagikan SUMBER PENGAJARAN kepada dua multimedia iaitu media elektronik

dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )

mengkelaskannyakepada dua iaitu “ software dan hardware”. keseluruhannya ramai pendidik

menyetujui bahawa penggunaan SUMBER PENGAJARAN dalam situasi pengajaran

pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan

pandanganseseorang.” Atan Long (1982) SUMBER PENGAJARAN terdiri daripada pelbagai

bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,

carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan

BBM.” Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963) …hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar

yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya

penghargaan.” Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa SUMBER

PENGAJARAN boleh dibahagikankepada tiga kategori: a. Bahan-bahan yang menggunakan

media elektronik seperti filem pelajaran, filemjalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video,

radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

b. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model,

surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan

sebagainya. c. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran,

bahanmaujud (realia) dan sebagainya

OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Penggunaan SUMBER PENGAJARAN yang berkesan berjaya menarik minat murid dan

mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. SUMBER PENGAJARAN yang

menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep

kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala

slaid,video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau

berkumpulan. Jika SUMBER PENGAJARAN digunakan secara betul dan sesuai dengan

pengalaman murid objektif-objektif berikut akan tercapai. Objektif Penggunaan Bahan Bantu

Menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu konsep Menjadi daya penarik yang penting untuk

pelajar Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Pengalaman sebenar yang boleh

merangsangkan aktiviti sendiri dikalangan pelajar Mengajar Membina pemikiran yag berterusan

terutama melalui multimedia Membantu perkembangan dan perbendaharaan kata


JENIS-JENIS SUMBER PENGAJARAN

Terdapat beberapa jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru dalam

proses pengajaran. Kita dapat mengklasifikasikan jenis sumber tersebut kepada tiga iaitu bahan

bercetak, bahan elektronik dan bahan maujud. Semua jenis sumber ini mempunyai ciri-ciri yang

berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan semua murid

memahami isi pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran.

Bahan Bercetak

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara

fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah

bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan

mana-mana individu. Kebiasaannya, bahan bercetak akan disimpan dalam rak yang terdapat di

perpustakaan mahupun di arkib.

Menurut Azman Larut et.al (2005), bahan bercetak boleh terbahagi kepada buku dan

bukan buku. Antara contoh bahan-bahan bercetak bagi buku ialah buku fiksyen yang terdiri

kepada buku cerita bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, buku bukan fiksyen pula terdiri kepada

buku Sejarah dan Geografi manakala rujukan pula terdiri kepada kamus, ensiklopedia, atlas dan

buku teks (Rujuk Lampiran 1 untuk melihat contoh bahan bercetak). Kemudiaan, bagi bahan

bercetak bukan buku ialah majalah, surat khabar dan risalah.

Dalam konteks pendidikan, bahan bercetak ini telah digunakan secara meluas dalam

sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dan murid sendiri menggunakan buku teks
sebagai rujukan utama mereka. Hal ini berikutan dengan kriteria yang terdapat pada bahan

bercetak itu sendiri. Kos untuk membeli bahan bercetak ini murah dan mudah didapati dimana-

mana. Selain itu, bahan bercetak turut senang dirujuk pada bila-bila masa sahaja.  

Kendatipun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang ada pada bahan bercetak ini.

Kebiasaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku

teks. Kekurangan ini menyukarkan bahan bercetak tersebut untuk dibawa kerana berat selain

tidak boleh disunting. Kadangkala peredaran zaman turut menyebabkan isi kandungan buku

tersebut tidak terkini dan ketinggalan. Hal ini kerana buku selalunya disunting terlebih dahulu

kemudian dicetak dan seterusnya diedar yang mana mengambil masa lama untuk mengikut

peredaran zaman. Seiring dengan perubahan itu, maka wujudlah penggunaan bahan elektronik

bagi memperkembangkan lagi kotak pemikiran anak murid.

Comtoh bahan Bercetak

a) Buku teks

b) Majalah

c) Kalender

d) Poskad

e) surat khabar

f) risalah

g) buletin, poster,

h) sampul hari pertama,

i) buku panduan,
j) carta,

k) peta

l) gambar skrip,

m) kertas kerja

n) nota.

o) Kad imbasan dan kad cantuman

Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di

belakangnya.

- Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar

-Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad

dan kemudian kad itu dipotong

- Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk

perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.

Bahan Elektronik

Menurut Noriati et. al (2009), bahan elektronik merupakan salah satu sumber pengajaran dan

pembelajaran yang sering kali menarik perhatian murid. Bahan elektronik adalah teknologi dunia

terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini

perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran menggunakan bahan elektronik tersebut

secara terancang dan bersesuaian. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat

ditingkatkan secara cekap dan berkesan.


Antara contoh-contoh bahan elektronik ialah komputer, laptop, projektor LCD, radio

kaset, OHP, televisyen, mikro filem dan lain-lain lagi.( Rujuk Lampiran 2 untuk melihat contoh

bahan elektronik). Kebanyakan guru kerap menggunakan bahan ini kerana ianya banyak

membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, murid-murid

juga mudah tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini dan sekaligus memudahkan mereka

mengikuti pelajaran yang ingin disampaikan.

Penggunaan bahan elektronik ini efektif kerana guru boleh membuat pembetulan

sekiranya berlaku kesilapan pada slaid yang ingin disampaikan. Menurut Norasiah et.al (2009),

bahkan seseorang guru tersebut turut boleh memasukkan pelbagai grafik seperti video dan

gambar dalam persembahan power point mereka. Secara tidak langsung, murid akan fokus

terhadap pembelajaran guru tadi. Rentetan daripada itu, amat penting untuk guru tersebut

tersebut terus memantau pergerakan murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Khususnya

untuk kawasan pedalaman, tiadanya bekalan elektrik menyebabkan bahan ini sukar untuk

berfungsi. Kadangkala apabila bekalan elektrik terputus, guru harus sentiasa bersedia untuk

menggunakan kaedah kedua iaitu secara manual. Kemahiran yang tinggi juga amat diperlukan

untuk mengendalikan bahan elektronik ini. Sekiranya terdapat guru yang kurang mahir teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) amat sukar untuk mereka menghasilkan persembahan grafik

yang mampu menarik minat murid.


Contoh Bahan Elektronik

a) Overhead Projektor (OHP) –

a. Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya

(halogen)

b) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin

a. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin

c) Transparensi OHP

d) Pita slaid (filem slaid)

e) Radio

f) Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)

g) Alat rakaman

h) Filem tayang atau filem jalur

i) Komputer

Bahan Maujud

Menurut Sufean Hussin et al (2005), bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar

yang boleh disentuh dan dipegang. Manakala Mohktar Affandi Amran, Poh Swee Hiang dan

Tajuddin Hassan (1996), menyatakan bahan maujud adalah bahan yang kelihatan nyata dan

benar. Penggunaan bahan maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat

pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh

dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.
Terdapat tiga jenis bahan maujud iaitu realia, diorama dan model (Rujuk Lampiran 3

untuk melihat contoh bahan maujud). Realia merupakan bahan sebenar yang mudah didapati dan

selamat digunakan. Realia digunakan untuk membantu pengajaran pendedahan atau ekpositori.

Contoh relia ialah batuan, tumbuhan, bahan awet basah dan kering. Diorama pula sistem

pameran yang menggabungkan latar depan tiga dimensi dengan latar belakang dua dimensi.

Kombinasi latar depan dan belakang dapat menghasilkan kesan realistik yang tinggi. Diorama

digunakan untuk mengajar sejarah, agama dan drama. Jenis bahan maujud iaitu model terdiri

daripada model keratan, model pepejal dan model keratan.

Kelebihan yang terdapat pada bahan maujud ini adalah penglibatan murid secara

langsung dengan penggunaan bahan maujud ini menjadikan mereka aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Murid turut dapat membuat interpretasi sejarah berdasarkan bahan

maujud tersebut. Ciri bahan maujud tersebut yang bersifat realistik turut menggera murid untuk

meneroka idea yang kompleks dan abstrak selaras dengan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

(KPS) yang harus diaplikasikan oleh murid.

Walaupun begitu, setiap sumber pengajaran dan pembelajaran ada kelemahannya tidak

terkecuali sumber bahan maujud. Para guru sukar untuk memperolehi bahan untuk menghasilkan

bahan maujud tadi. Kesukaran ini sering berlaku kepada guru yang berada di pedalaman. Mereka

terpaksa keluar ke bandar bagi membeli bahan untuk menghasilkan bahan maujud ini. Terdapat

juga sesetengah bahan maujud yang mempunyai kos yang tinggi. Reka bentuk bahan maujud

yang besar turut menyukarkan guru untuk membawa bahan tersebut.


Contoh Bahan MAujud :

1. Papan hitam atau papan tulis

2. Buku teks

3. Papan pemer atau papan buletin

- Sumber pengajaran yang produktif

- Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan

perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap

dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.

4. Fail tegak dan bahan bacaan

9. Papan pengajaran

- Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif

dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar

- Contoh: papan flanel

- sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar

dan kad-kad maklumat

- mudah alih dan mudah dibawa

- di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta

cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri

10. Model tiga dimensi


11. Boneka atau patong

- Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan

- Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

12. Diorama

- Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan

kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga

dimensi

KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat

penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana

isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu

mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan

seperti berikut:

1. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah

kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.

2. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3. Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.

4. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
5. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.

6. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran

guru.

7. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan

kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas

lisan daripada murid

8. Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran

murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

9. Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih

mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.

10. Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan

pengajaran lebih menarik

11. Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3]

12. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.

13. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan

pelajar.

14. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat

PRINSIP PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN

Pelbagai Sumber Pengajaran berbagai SUMBER PENGAJARAN dapat mempelbagaikan

kegiatan ataupengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada

mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan,


pengalaman dramatized ,demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan

sebagainya.

i. Mutu bahan bantu mengajar:

Mutu Sumber Pengajaran bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagaibahan

pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan

murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti

jelas (bunyi dan rupa– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian

saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari

bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan,

pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

ii. Kecekapan Menggunakan BBM:

Kecekapan seseorang guru menggunakan SUMBER PENGAJARAN adalah penting kerana

kegagalannya menyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu

seluruhnya. Masa mengendalikanSUMBER PENGAJARAN dan tidak mengalami sebarang

kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. SUMBER PENGAJARAN sentiasa beradadi

dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-

butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan

keperluan muriddan masa yang diperuntukkan.


iii. Kesesuaian SUMBER PENGAJARAN

SUMBER PENGAJARAN seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yanghendak

disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalahsia-sia sahaja.

STRATEGI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

A Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu

ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan

sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang.

b. Daya kreativiti yang tinggi. Nilai seni SUMBER PENGAJARAN adalah diberi perhatian

serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai

kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dansebagainya.

Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawiperlu dihidupkan

semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu

menghasilkan SUMBER PENGAJARAN yang menarik seperti tulisan pada kad- kad imbasan,

kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya.Begitu juga hasil-hasil

karya sastera seperti puisi-pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri

dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau

penghargaan dari orang lain.

c. Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya: Bahanbahan

terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin

kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan,kulit-kulit siput, surat khabar
lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun

kering dan sebagainya.

d. Cekap mengguna dan menyesuaikan SUMBER PENGAJARAN dengan kebolehan murid:

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja

mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya.

Dapat dilaksanakan dengna bmelibatkan pancaindera. Sebagai guru kita perlu kembali kepada

asas mengapa menggunakan BBM. Bilangan murid sekolah rendah yang puratanya 30-35 orang

masih belum mencukupi untuk disediakan SUMBER PENGAJARAN yang berbetuk elektronik

khususnya sekolah di luar bandar. Dengan terwujudnya kelas bestari telah menimbulkan masalah

ketidakcukupan komputer untuk menyokong pengajaran. Dalam hal inilah kreativiti guru sagat

diperlukan dalam menghasilkan SUMBER PENGAJARAN yang boleh menjadi ganti kepada

media elektronik ini. Dengan sebab itulah guru perlu cekap, kreatif dan aktif mencipta SUMBER

PENGAJARAN sebagai gantinya seperti kegunaan kertasmahjong, kad-kad gambar, kad

sukukata, kad–kad ayat, kad huruf, kad imbasan, bahan maujud, modelmodel dan sebagainya

ganti. Masih ada sekolah di luar bandar yang tiada kemudahan elektrik, bagaimanakah bahan-

bahan elektronik hendak digunakan di sekolah-sekolah berkenaan? Ini sudah tentu satu pilihan

lain perlu diadakan sebagai gantinya

PRINSIP PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran dan prinsip-prinsip pemilihan

bahan pengajaran iaitu; Sesuai Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,dimana

konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan

mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar
seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai

hubungan kes sesuai dengan perkara berikut:

a. Objektif dan matlamat pengajaran bahasa

b. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

c. Keadaan pelajar

d. Suasana Pembelajaran

e. Minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat pengajaran.

Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu menentukan objektif

pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan.Dengan pengajaran yang tertentu,

guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif

tersebut.Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga

bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Faktor latar

belakang pengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian ketika menyediakan

bahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar,isi pelajaran, bahan dan

guru.Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan

seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan

pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan
rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.Satu strategi

pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan

yang dipilih itu mestilah bahan yang mengandungi ciri-ciri

Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang

menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah

menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran.

Ketepatan sesuatu bahan berdasarkan ciri-ciri berikut:

a. Kurikulum pengajaran sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.

b. Susunan bahan

c. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat

d. Maklumat yang kemaskini e.Perbendaharaan kata yang sesuai

Bahan Pengajaran yang diperakui. Menarik


a. Reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun

berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat

rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b. Saiz huruf cetak atau saiz haruslah sesuai dengan peringkat umum pelajar.

c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi berfungsi sebagai

maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan

pemahaman

d. Kualiti kulit dan cara buku dijilid.

e. Bahan Pengajaran menganadungi arahan yang jelas. Ciri-ciri bahan yang Mencabar Bahan

yang konkrit kepada bahan yang abstrak Bahan yang mudah kepada yang kompleks bahan

khusus kepada umum Fakta terasing kepada bersepadu Bahan kini kepada akan datang Bahan

umum kepada teori Bahan khusus kepada bahan umum

Jimat dan Mudah

Sekiranya untuk menghasilkan Sumber Pengajaran tersebut dibeli,tidaksemestinya mahal.

Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan

menggunakan bahan terbuang. Praktikal Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran

seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan

situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selain
daripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali dan sekiranya digunakan

untuk lebih daripada satu mata pelajaran lain. Mudah Alih Bahan pengajaran yang dipilih

hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana, dan tidak t erlalu berat atau

besar.Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-

bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif

komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek

ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri. Prinsip berikutnya adalah bahan

yang telah dipilih dan diolah,yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada muridmurid,

pembinaanbahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan

pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau bagaimanapun, dalam bahagian ini,

aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru . Ini juga melibatkan

bentuk dan fungsi bahasa, ketepatan, kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan

dan nilai, standardisasi dan simplikasi. Dalam hal sama Asmah Omar (1984) menjelaskan

kriteria pemilihan bahan mestilah merujuk kepada tiga sudut iaitu sudut guru, pelajar dan

pedagogi dan bahasa.

PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DENGAN BERKESAN (ABM)

Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi

maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu

mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih

canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik dan sebagainya.


Di antara jenis alat bantu mengajar (ABM) yang boleh digunakan adalah seperti Kad Manila,

Carta, Model, Projektor, Multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman

adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendakkan penguasaan kemahiran yang tertentu

seperti bacaan Al-Quran. Filem dan Televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian

aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan

penguasaan sesuatu aspek yang tertentu[6] seperti pergerakan amali dalam sembahyang.

Secara amnya, cara untuk menggunakan Sumber Pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul

dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan

mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,

penggunaan Sumber Pengajaran sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk

memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria

sentuh, dan deria pendengaran

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat,

cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan

alat bantu mengajar (ABM) dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis

panduan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya

semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah
membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa

murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu

mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian

menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru.

Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

Sebelum alat bantu mengajar (ABM) diedarkan kepada murid-murid untuk menjalankan kerja

praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat

dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

Tunjukkan alat bantu mengajar (ABM) kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu. Jika

sesuatu Alat bantu mengajar (ABM) ditunjukkan lebih awal, murid-murid akan asyik tumpukan

perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam

alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak

balas murid-murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar (ABM) itu dengan tujuan

untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.

Alat bantu mengajar (ABM) yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan

dengan baik di tempat yang sesuai.

Alat bantu mengajar (ABM) hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan Alat bantu

mengajar (ABM) haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai

objektif pelajaran yang ditentukan.


Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar (ABM) hendaklah diuruskan dengan betul

dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam

ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar (ABM) yang baik akan dihapuskan sekiranya

alat itu tidak disediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya

kurang cekap ataupun kurang berkesan

KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

KEBAIKAN SUMBER PENGAJARAN

Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar

tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Nor Azlan dan Nurdalina.

Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), Sumber Pengajaran memainkan peranan penting

kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik

minat pelajar dalam mata pelajaran. Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam

membantu pemahaman para pelajar. Pertama, Sumber Pengajaran juga dikatakan lebih

membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan Sumber Pengajaran juga

memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Noor Azlan dan Nurdalina (2010) Sumber

Pengajaran juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah

mengikut peredaran zaman. Hal ini dapat digambarkan seperti seorang guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa

berbantukan Sumber Pengajaran (BBM) agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut

dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai
pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Menurut Finkbeiner (2001) tiga

komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan SUMBER

PENGAJARAN iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu

memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar

memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini disokong juga oleh kajian yang

dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Sumber Pengajaran (BBM) yang direka cipta seperti

jangka sudut khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman

konsep dan penguasaan topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri

dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan

khususnya subtopik putaran.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat

pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran.

Sumber Pengajaran dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika

Sumber Pengajaran digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang

disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga

menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk

melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan

ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.

Bukan itu sahaja, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan

Sumber Pengajaran dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru

menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan Sumber
Pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan

mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Norma,2004) .

Seterusnya, SUMBER PENGAJARAN juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi

pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004) penggunaan Sumber Pengajaran sebenarnya

memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai

deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, Saridah (2006)

pula menyatakan bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia

dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada pelajar

untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-masing kerana pelajar

dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat.

Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.

Di samping itu, Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan

pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya

penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru,

kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Zuraidah (l988)

telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban bagi rnelihat

keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar

telah menyatakan bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalarn

membantu proses pengajaran mereka. Menurut Mohd Dahlan(l992), telah rnembuat kajian

tentang keberkesanan penggunaan alat dan bahan bantu rnengajar peserta-peserta kursus

perguruan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Didapati daripada kajian tersebut Sumber

Pengajaran mampu meningkatkan kefahaman tentang topik yang diajar kepada murid-murid.
Keberkesanan Sumber Pengajaran dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh

penulis. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 ) kepentingan

SUMBER PENGAJARAN bolehlah dirumuskan seperti berikut:

i. SUMBER PENGAJARAN menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

ii. Sebagai daya penarik

iii. penting kepada seseorang pelajar

iv. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

v. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan

pelajar

vi. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan

beragam.

Hal ini selaras seperti mana yang disebutkan oleh Kamarudin Hj. Husin. Kamarudin Hj. Husin

( 1988 ) merumuskan kepentingan SUMBER PENGAJARAN seperti berikut:

i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka

lebih kekal.

iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,

menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.


Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) dengan

berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti :

1. Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas.

2. Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3. Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang

dijalankan.

4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.

5. Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.

6. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.

7. Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.

KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAN

CARA MENGATASINYA.

Sumber Pengajaran (BBM) merupakan satu bahan yang digunakan oleh guru dalam melancarkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan utama Sumber Pengajaran

(BBM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta menyampaikan input pembelajaran dengan pelbagai kaedah dan teknik yang

berkesan kepada pelajar. Meskipun Sumber Pengajaran mempunyai manfaat dan kebaikan yang

tersendiri kepada guru dan pelajar, namun bahan bantuan mengajar (BBM) juga mempunyai

kelemahan dan keburukan terhadap beberapa perkara. Kelemahan SUMBER PENGAJARAN

adalah disebabkan beberapa perkara yang mengakibatkan fungsi penggunaan SUMBER

PENGAJARAN menjadi kurang berkesan.


Antaranya ialah kesukaran dalam penyediaan Sumber Pengajaran (BBM) yang seharusnya

dikendalikan oleh guru- guru. Sebagai contoh, kurangnya alat pelaksanaan, bahan atau rujukan

dalam penyediaan bahan mengajar. Kesukaran ini pastinya memberi kesan kepada kelancaran

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana keperluan masa telah

mempengaruhi guru dalam menyediakan SUMBER PENGAJARAN ini.

Selain itu, kurangnya kemahiran guru dalam memilih Sumber Pengajaran (BBM) yang

sesuai. Guru seharusnya lebih memahami dan menguasai teknik- teknik yang digunakan dalam

penghasilan alat bantu mengajar tersebut. Jika seseorang guru kurang menguasai kemahiran

memilih BBM, maka para pelajar pastinya sukar mendapat input atau maklumat pengetahuan

dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Hal ini juga menyebabkan terdapat murid

yang kurang jelas dengan pembelajaran mereka pada hari itu.

Akhir sekali, faktor pelaksanaan yang tidak sistematik dan tidak dirancang secara rapi oleh

guru. Perkara yang seharusnya diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah alat yang

digunakan sebagai sokongan atau tambahan dalam sesi pembelajaran dan bukan sebagai

pengganti peranan guru sepenuhnya. Jika guru-guru kurang cekap menggunakan alat bantu

mengajar di sekolah atau tidak ada pengetahuan dan kemahiran yang cekap dalam

mengendalikan alat bantu mengajar tersebut, maka sesi pelajar tidak dapat memahami dengan

berkesan pekara yang ingin disampaikan.

Kesimpulan,terdapat pelbagai kelemahan alat bantuan mengajar yang dihadapi oleh guru dan

murid di sekolah.Oleh itu,kita mestilah sentiasa membaiki kelemahan yang terdapat dalam alat

bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan lebih baik.
Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan

secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM) adalah untuk menutup

sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi

kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:-

Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai.

Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM).

Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya alat

pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi

guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM.

Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah.

Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah ini:

1. guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan.

2. guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya

terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM, seperti kemahiran

menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan sebagainya.

3. kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan

pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).

4. Merancang dengan sistematik.


Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah alat sokongan bukan

sebagai pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat

merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

RUMUSAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih

dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar

pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta

menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita

betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan

pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat

keputusan untuk memilih alat bantu mengajar yang berkesan dan mengoptimumkan sumber

untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana

penggunaan alat bantu mengajar amat penting kepada guru bagi membantu mereka

menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran guru. Alat bantu mengajar memudahkan para guru memindahkan ilmu
pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang

bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru

memilih dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah

merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber

pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang

dilengkapi lat bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika

gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab

guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-

pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.


BIBLIOGRAFI.

Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan

Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Abdul Ghani Bujang, (1986), Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan

Pustaka Brunei, Brunei,

Mok Soon Sang, (1994), Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kuala

Lumpur Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang, (2003), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2,

Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Mok Soon Sang, (2002), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,

Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosini Abu & Ramlah Hamzah, (1998), Pedagogi 1 Kurikulum & Pengurusan Bilik

Darjah, Selangor Darul Ehsan, Longman Malaysia Sdn Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan,

Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 254.

Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms 336.

Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan,

Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 255

Abdul Ghani Bujang, Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,

Brunei, 1986, ms 297

Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms

Mok Soon Sang, Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn

Bhd, Kuala Lumpur, 1994, ms 180

Anda mungkin juga menyukai