Anda di halaman 1dari 15

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Teknologi multimedia kebelakangan ini menjadi salah satu bahan penyelidikan yang menarik dalam

bidang pendidikan. Teknologi multimedia

menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media, teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992). Perkembangan multimedia diawali dengan penyebaran CD-ROM pada kurun waktu 1980-an yang mengandungi muzik dan pengkalan data berupa hiperteks untuk keperluan menyimpan dan penyebaran maklumat. Teknologi

CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes. Oleh kerana kapasitinya ini maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan kapaisiti setoran yang banyak. Kini, yang perlu diperhatikan adalah bagaimana menjadi teknologi multimedia dapat bermanfaat bagi kemajuan pendidikan. Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang menghasilkan prestasi yang menakjubkan. interaktif yang tinggi. Ia juga mempunyai keupayaan multimedia boleh

Dari perspektif pengguna komputer,

diertikan bahawa informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi.

Contohnya, menggunakan audio dan video merupakan satu perubahan bagi situasi yang dinamik dalam bidang yang berlainan, seperti dalam sukan dan sains kesihatan, boleh dipersembahkan dengan lebih baik selain daripada hanya mengunakan teks dan imej sahaja. Oleh itu, multimedia adalah satu kombinasi data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ianya terdiri daripada gabungan grafik, imej, video dan animasi bagi menghasilkan prestasi yang diluar jangkaan kita. Istilah multimedia digunakan dalam banyak perkara, seperti Sistem Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain lagi. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution:

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Education & Learning, Multimedia adalah perkataan teknologi untuk

perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto, bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer. Menurut Nor Iadah Yusop (1995) di ceramahnya yang bertajuk Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambargambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer. Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti. Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, proses pembelajaran adalah berkesan. Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu audio, video, teks, grafik dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini

mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Berikut merupakan penerangan

ringkas peranan serta ciri utama setiap teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem

multimedia interaktif,

elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses

penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu,

elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin

dipersembahkan. Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding dengan elemen-elemen yang lain. Ia juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio dan sebagainya di dalam satu medium. Oleh hal yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga

mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pelajar. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pelajar

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P dengan lebih nyata. Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai

kelebihan sama ada apabila ia digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan. Dengan mengaplikasikan elemen video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang disampaikan lebih realistik. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini

membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Selain itu, video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi

keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej keranan media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar pada bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan. Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga

boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa. Bukan itu sahaja,

persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding dengan penggunaan imej atau media lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan

keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P tidak langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas. Memandangkan penggunaan teks dalam suaut proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ia sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia

sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Teks secara amnya merujuk kepada huruf-

huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuaut informasi kepada pengguna. Ia amat

penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemenelemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh. Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ia merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ia di sampingkan dalam bentuk visual. Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling

diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ia mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ia juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan Ia maklumat juga juga dapat sesuatu menceriakan persembahan proses yang

penyampaiannya.

membolehkan

disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan

kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal. Elemen-elemen yang menghibur atau

menggembirakan juga perlu diselitkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. Animasi digital

merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan menyeronokkan seperti mana yang telah dicadengkan. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik misalnya, adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan

pergerakan planet di dalam sistem juga akan lebih digemari oleh para pelajar

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P serta mampu menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding dengan paparan imej planet-planet yang bersifat statik. Animasi

seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya menggunakan animasi dalam pendidikan, mampu

menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ia juga mampu

menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding dengan penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding dengan media yang bersifat statik. Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani

keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. animasi mampu menawarkan satu

Sekiranya digunakan dengan berkesan,

persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ia juga mampu menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses mengurangkan

beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran atau mesej yang ingin disampaikann oleh para pendidik. Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses

penerangan konsep ataupun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ia membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsug mempercepatkan proses pemahaman serta

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan. Satu kemahiran yang tinggi diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya dalam bidang pendidikan. Ini disebabkan aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai dan lainlain lagi perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia. Ini bagi memastikan penyampaian multimedia ini lebih menarik dan mudah ditangkapi oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku pelajar boleh dibahagikan kepada dua, pelajar (Noor Yusma, kesihatan, pemakanan, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri Faktor dalam diri pelajar termasuklah taraf

2006).

pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar,

pengamatan terhadap diri sendiri sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya, dan ciri serta bakat semula jadinya. Manakala, persekitaran luar merangkumi suasana di mana pelajar diasuh dan berkait rapat dengan faktor seperti taraf sosioekonomi, budaya, kelengkapan peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Bagi pelajar, mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan daya pemikiran. Hal in disebabkan oleh sifat dan amalan perkembangan otak mereka yang masih muda dan kurang pendedahan. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar in perlu lebih interaktif dan pelbagai agar memudahkan dan memaksimumkan pelajar ini untuk mendapatkan ilmu yang telah diajarkan kepada mereka. Dengan itu, penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar ini

merupakan persekitaran luaran yang dapat mempengaruhi dan membantu perkembangan pembelajaran dan tingkah laku mereka. Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif (2002) turut berpendapat bahawa peranan teknologi multimedia menjadikan pengajaran lebih menarik, efektif, aktif dan

menyeronokkan kerana ia melibatkan hampir semua sensori manusia. Dengan

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P penggunaan multimedia, pelajar dapat didedahkan kepada pelbagai media

sambil berinteraksi melalui teknologi multimedia dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi, bunyi dan gambar bergerak. Menurut Dayang Tiawa Awang Hamid (2006), pelajar berinteraksi dengan lebih berkesan apabila mereka Kita telah sedia

belajar untuk membaca dengan menggunakan komputer.

maklum bahawa apabila disebut sahaja komputer, sudah pasti akan melibatkan unsur-unsur media seperti audio, grafik, animasi selain teks. Ini menunjukkan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar dapat menjadikan komunikasi atau interaksi dalam kalangan mereka lebih berkesan sekaligus teknik pengajaran yang berunsurkan multimedia seperti ini akan lebih menambahkan minat pelajar untuk belajar dan juga yang paling penting dapat memudahkan pelajar menangkap dan memahami setiap perkara yang telah diajar kepada mereka. Seperti mana yang diketahui, multimedia bukan sahaja berperanan dalam pembelajaran orang dewasa sahaja seperti di sekolah menengah dan universiti, namun ia juga memainkan peranan sebagai alat bantu mengajar dalam pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Dalam hal ini, penggunaan dan pendekatan multimedia dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Hal ini demikian kerana teknik dan cara penyampaian multimedia dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih ringkas dan mudah difahami. Sebagaimana pendapat Sifoo (2003) bahawa sekiranya sebuah CD pembelajaran untuk peringkat sekolah rendah dibuat dengan persembahan yang terlalu seriu tanpa menggunakan elemen-elemen yang disukai oleh kanak-kanak, sudah tentu CD tersebut tidak akan berupaya Oleh itu, jika persembahan

menarik minat pelajar semasa pembelajaran.

multimedia itu lebih ringkas dan mudah difahami, maka kanak-kanak akan lebih berminat untuk mengikuti proses pembelajaran itu. Jadi, sesuatu produk

multimedia juga harus menggunakan pelbagai media bagi menjadikannya lebih menarik. Ia perlu disulami dengan penggunaan audio bagi bahagian tertentu, video bagi bahagian yang lain, animasi atau simulsi bagi menjelaskan sesuatu yang kompleks, dan illustrasi grafik bagi sesuatu yang memerlukan imaginasi.

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Menurut Agudo, J.E.Sanchez, H.dan Sosa, E.(2005) kemudahan perisian yang baik adalah yang bersesuaian dengan tahap pelajar dan dalam masa yang sama bertepatan dengan pengajaran. Seorang pembangun atau pereka bentuk

multimedia harus bijak dalam merancang hasil produknya agar ia bersesuaian digunakan mengikut peringkat umur pengguna terutamanya kanak-kanak. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa multimedia memainkan

peranan yang sangat penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di negara termasuk dalam pendidikan kanak-kanak seperti prasekolah dan juga sekolah rendah. Dengan wujudnya multimedia dalam sistem pembelajaran, ini dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami dan menangkapi setiap perkara yang diajar oleh guru kepada mereka di samping menarik minat mereka untuk mengikuti proses mereka bentuk sesebuah perisian atau aplikasi multimedia pendidikan bukanlah merupakan satu proses yang mudah dan dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Ia melibatkan pelbagai aktiviti penyelidikan yang perlu dijalankan agar perisian yang dibina dapat menepati keperluan kumpulan sasaran pelajar. Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran dan cara mengaplikasikannya dalam mereka bentuk perisian perlu dikuasai terlebih dahulu.

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Bibliografi Abzteam (2011). Bagaimana teknologi multimedia dapat membantu pengurusan P&P dalam bilik darjah. Dimuat turun http://2abzteam.blogspot.com/2011/10/bagaimana-teknologi-multimediadapat.htm pada 15 Mar 2013 Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd Fred Percival, Henry Ellington (1994). Buku panduan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Goh Boon Cheng (2009). Perguruan teknologi maklumat dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Masmona (2010). Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan. Dimuat turun daripada http://masalimasmona.blogspot.com/2010/04/kepentingan-teknologi-terhadapbidang.html pada 15 Mar 2013 Siti Zulaikha (2012). Multimedia dalam pendidikan. Dimuat turun daripada http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab9-multimedia-dalampendidikan pada 17 Mar 2013 Syirasarji (2013). Penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang. Dimuat turun daripada http://syahirahcct2013.blogspot.com/2009/02/penggunaanmultimedia-dalam-pelbagai.html pada 25 Mar 2013 Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim, Rahmad Sukor Ab Samad (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd Zoraini Wati Abas (2001). Fajar Bakti Sdn Bhd Komputer dalam pendidikan. Selangor : Penerbit

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Penghargaan Pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga dan kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Encik Mudh Rasul Ali kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, telah membuka ruang untuk saya manyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan dan memberi peringatan terhadap apa yang saya telah alpa. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan kerja kursus ini. Terima kasih.

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P Refleksi Saya berasa besar hati kerana berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Semua ini tidak akan begitu lancar sekiranya tiada bantuan, sokongan, dan bimbingan daripada pensyarah, ibu bapa dan rakanrakan. Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta saya, Encik Muhd Rasul Ali kerana dengan adanya tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, telah membuka ruang untuk saya manyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan dan memberi peringatan terhadap apa yang saya telah alpa. Melalui tugasan ini, saya telah didedahkan dengan pengetahuan tentang multimedia dalam pendidikan. Multimedia secara amnya merujuk kepada

gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. Setiap elemen tersebut akan memberi kesan yang besar dalam suatu proses komunikasi atau penyaluran maklumat. Pendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja boleh membosankan. Dengan menggunakan multimedia, pelbagai bentuk

maklumat boleh disampaikan secara berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya, boleh memenuhi objektif ini. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk gambar rajah merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Penggunaan video, audio

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P dan animasi yang dinamik merupakan tambahan di dalam kaedah penyampaian maklumat yang membina efektif apabila disertakan bersama dengan

penggunaan teks dan grafik. Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah boleh menaikkan

semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan kemungkinan

bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik,

untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan kerja kursus ini. Terima kasih.

PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P

Senarai Kandungan
Bil 1 2 3 Soalan Tugasan Penghargaan Bahagian A : Tugasan Berkumpulan a. Power point b. Laman Web c. Webnode d. Movie maker Tajuk Muka Surat i iv

Bahagian B : Tugasan Individu Bincangkan komputer bagaimana dibina aplikasi dapat perisian 1

yang

membantu

menyampaikan pengetahuan secara menarik dan menyeronokkan murid?

Refleksi 11

6 7

Bibliografi Lampiran

iv -

Anda mungkin juga menyukai