Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU


IPG KAMPUS GAYA, 88805 KOTA KINABALU, SABAH

FASAL 1 NAMA
1.1. Organisasi ini dikenali dengan nama PERSATUAN BAHASA MELAYU di dalam
perlembagaan ini.

FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN


2.1. Alamat Berdaftar
2.1.1 Alamat berdaftar PERSATUAN BAHASA MELAYU
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Jalan Maktab Gaya,
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu, Sabah.

2.2. Alamat Urusan


2.2.1 Alamat urusan PERSATUAN BAHASA MELAYU
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Jalan Maktab Gaya,
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan
Majlis Tertinggi.

FASAL 3 LOGO DAN LAMBANG

LOGO

PERSATUAN BAHASA MELAYU :


Nama organisasi .
Vektor Manusia :
Logo Persatuan :
Merupakan logo Persatuan Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya

FASAL 4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT


4.1 Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu
4.2 Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.
4.3 Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud
warganegara yang berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
4.4 Mewujudkan satu Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk
melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan
dapat berkomunikasi dengan baik.
4.5 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti
yang dirancang.
4.6 Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibu bapa serta membantu murid berinteraksi dengan
masyarakat.
4.7 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan
bahasa dan budaya Melayu.
4.8 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta
menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.
4.9 Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu
bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
4.10

Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang

unggul dan peka akan nilai-nilai kemasyarakatan dalam kalangan murid.

FASAL 5- KEAHLIAN
5.1

Ahli Berstatus Pelajar

5.1.1 Dibuka kepada semua murid IPG Gaya.


5.1.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.

5.2

Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Persatuan Bahasa

Melayu
5.2.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Persatuan Bahasa Melayu perlu
mengisi borang yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dan dihantar
kepada Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu untuk diluluskan.
5.2.2 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran
pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam
Fasal Yuran.
Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara
yang termaktub dalam perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai