Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI 4 PANDUAN PENULISAN ANALISIS ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


TUGASAN 1

NAMA PELAJAR :
NO MATRIK :
KUMPULAN :
___________________________________________________________________________
TAJUK ARTIKEL 1:
Kemahiran Mewarna dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) Semasa
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR)

PENULIS ARTIKEL:
Wan Nadia Hariani binti Wan Ismail
SMK Kinarut, Papar, Sabah
(SILA LAMPIRKAN ARTIKEL)

1. TUJUAN, OBJEKTIF, DEFINISI, KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN


(boleh sertakan gambar rajah yang sesuai)

1.1 Tujuan pelaksanaan kajian tindakan oleh penulis ini ialah untuk meningkatkan
kemahiran pelajar dalam aktiviti mewarna supaya memenuhi standard warna dan
mengaplikasi teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka
dengan cara menghasilkan ton imitasi yang telah dipaternkan dan objektif kajian
adalah meningkatkan kemahiran pelajar dalam menginterpretasikan nilai, warna, ton,
pencahayaan dan pengurusan masa yang baik serta meningkatkan keyakinan pelajar
dalam subjek PSV kemudian menjadikan guru lebih bersedia untuk proses PDPr
supaya lebih sistematik. Masalah utama penulis adalah kekurangan keberkesanan
pengajaran guru semasa PDPr dijalankan yag mengakibatkan masalah
ketidakmenjadian pelajar dalam aliran seni visual.
Saya berpendapat bahawa tujuan kajian adalah bersesuaian untuk dilakukan agar
boleh menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan
terutamanya apabila penulis menekankan kebimbangan guru dalam memenuhi
keperluan pelajar semasa PDPr. Sebagai guru, penyelidikan ini amat memberi motivasi
kepada pembaca untuk berusaha mencari langkah yang efisyen bagi melahirkan pelajar
yang kreatif dan kritis selaras dengan keinginan PAK21.

1.2 Penulis telah merujuk kepada definisi beberapa teori definisi kajian tindakan yang
dikemukakan oleh McBride dan Schostak (1994) di mana kajian tindakan ini perlu
dilaksanakan dengan mengenal pasti dahulu tentang permasalahan, fokus, dan
pengumpulan awal data bagi membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Saya
berpendapat bahawa definisi tersebut adalah sesuai kerana ............................. (nyatakan
rujukan)

1.3 Penulis juga menyatakan bahawa kepentingan kajian tindakan adalah untuk
meninjau masalah pelajar Tingkatan 5 yang tidak mampu untuk mewarna objek
mengikut standard nilai warna dan teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan
kebolehan mereka. Guru telah membuat tindakan hasil daripada kajian tindakan
dengan menggunakan dua kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan kepada para
pelajar yang lemah. (1) Kad Artcellent Monokromatik, (2) Jom Artcellent
Monokromatik, (3) Jom Cuba dan (4) Jom Taksir digunakan oleh guru kepada
pelajar yang lemah bagi memperbaiki kemahiran mewarna dalam pelajaran
pendidikan seni visual. Kepentingan kajian tindakan ini dapat membantu pelajar
dalam pengurusan masa dan tahap keberhasilan intervensi dapat ditingkatkan.
Kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam pengurusan masa,
meningkatkan keyakinan semasa dalam mengaplikasikan eksperimentasi,
penerokaan media dan teknik baharu dalam aktiviti mewarna tersebut (Wan Nadia
Hariani, 2023). Saya bersetuju dengan kajian tindakan yang dibuat kerana ianya
dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana (nyatakan rujukan)

2. TINJAUAN LITERATUR
2.1 Penulis telah merujuk kepada beberapa kajian lalu berkaitan dengan teori
pembelajaran dan kaedah PdPc yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar iaitu .....
Saya berpendapat bahawa teori dan kajian lepas yang dirujuk adalah sesuai kerana......

3. MODEL YANG DIRUJUK SELARI DENGAN REFLEKSI DAN OBJEKTIF KAJIAN


(boleh sertakan gambar rajah yang sesuai)

3.1 Penulis telah merujuk beberapa model kajian tindakan iaitu model kajian tindakan
McBride & Schostak (1994). Terdapat 7 fasa yang dirujuk dan dipraktikan dalam kajian
ini oleh penulis iaitu: (1) mengenalpasti isu permasalahan, (2) mengumpul data, (3)
menganalisis data, (4) merancang langkah tindakan, (5) melaksanakan tindakan, (6)
mengumpul data semula bagi mengesan perubahan setelah intervensi dilaksanakan, dan
akhirnya (7) menganalisis data semuka dan refleksi.
Saya berpendapat bahawa pemilihan model ini adalah jelas dan sesuai untuk kajian ini.
Model ini memberi peluang untuk penulis membentuk hipotesis berdasarkan isu
permasalahan dan seterusnya merancang tindakan yang sesuai untuk melancarkan tahap-
tahap yang terdapat dalam proses kajian. Pengumpulan semula data juga dilakukan bagi
mengesan perubahan setelah intervensi dilaksanakan adalah sebuah cara bagi guru
mengesan kualiti keberkesanan tindakan mereka. Seperti dalam kajian, Alat Bantu
Mengajar yang diperkenalkan iaitu Kit Artcellent Monokromatik sesuai untuk dengan
objektif kajian yang ingin meningkatkan kemahiran seni visual pelajar dan guru juga
menjadi lebih bersedia dengan adanya ABM ini. (nyatakan rujukan)

3.2 Berdasarkan kepada model kajian tindakan yang dirujuk oleh penulis, beliau telah
melaksanakan refleksi iaitu berdasarkan kajian penulis pada tahap yang ketiga model
McBride & Schostak (1994) adalah menganalisis data dan membentuk hipotesis.
Sehubungan itu, penulis menggunakan kaedah refleksi berdasarkan 10 inkuiri kendiri di
mana penyelidik telah menyatakan beberapa pemerhatian ke atas pelajar yang terlibat.
Antaranya persoalannya ialah mengapa penyelidik tidak mampu untuk mewarna dengan
baik dan apakah kesan jangka panjang sekiranya masalah tersebut masih berlarutan. Saya
berpendapat bahawa refleksi yang dilakukan adalah bersesuaian dengan model yang
telah dirujuk oleh penulis kerana penulis telah menyatakan bahawa model kajian
McBride & Schostak (1994) yang melibatkan proses mengenal pasti permasalahan, fokus
dan pengumpulan data awal bagi membentuk tujuan hipotesis tentang masalah tersebut.
Melalui model yang digunakan, penyelidik dapat melihat kesan dan perubahan atau
tindakan yang telah dilaksanakan ke atas muridnya. Saya berpendapat bahawa intervensi
yang dibuat sesuai dengan refleksi yang telah dibuat kerana Wan Nadia (2023) telah
menyatakan keberhasilan intervensi melalui kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti
Kit Artcellent Monokromatik, Jom Cuba dan Jom Tafsir. Melalui kaedah yang telah
dinyatakan, penyelidik juga menyatakan keberkesanan melalui perubahan yang ketara
dari segi keyakinan pelajar, jumlah pelajar yang menghantar tugasan dan kejayaan
pelajar dalam memenangi pertandingan yang telah dianjurkan.

PENILAIAN DAN HASIL KERJA MURID

4.1 Saya bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh penulis untuk menilai murid
kerana jelas sekali di akhir artikel ini menunjukkan bahawa betapa berkesan dan
efisiennya kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Pengkaji melaksanakan refleksi
melalui analisis dokumen dengan menghasilkan data primer, kemudian berusaha untuk
mengenal pasti kelemahan pelajar dan juga kekurangan dari segi teknik pengajaran yang
diamalkannya. Sebagai contoh, berdasarkan 10 inkuri kendiri pengkaji, antara kelemahan
pelajar yang dapat dilihat ialah tiada kemahiran, kegagalan mengikuti masa yang telah
ditetapkan, kelas secara maya serta berasal dari latar belakang muzik sebelumnya.
Maka, pengkaji cuba mencari kemahiran yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan
kebolehan pelajar itu sendiri. Jadi, pengkaji membuat perancangan dengan memikirkan
tindakan yang lebih kreatif dan efisien bagi pelajar mewarna dengan lebih baik
bersesuaian dengan ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu secara kritis dan kreatif. Antara
teknik pengajaran yang diamalkan setelah refleksi ialah teori ZPD Vygotsky (1978),
yang menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal iaitu menumpukan kepada
kaedah Scaffolding. Selain itu, model pembelajaran VAK iaitu visual, auditori dan
kinestatik yang akhirnya mempengaruhi peningkatan hasil pembelajaran pelajar.

4.3 Pada pendapat saya, hasil kerja yang paling ketara menunjukkan kejayaan murid
ialah gabungan antara PdP Konvensional dengan PdP kaedah berkonsepkan ICT yang
interaktif iaitu Kit Artcellent Monokromatik, Jom Cuba dan Jom Tafsir. Hal ini demikian
kerana, jelas bahawa terdapat banyak perubahan positif yang berlaku terhadap pelajar
seperti berlakunya peningkatan keyakinan dalam diri pelajar semasa mengaplikasikan,
eksperimentasi, dan penerokaan media baharu dalam aktiviti mewarna. Selain itu, pelajar
juga sudah mampu mengurus masa dengan baik hasil gabuingan pensil air dan pen
berus. Seterusnya, psikomotor tangan juga semakin terbentuk dengan baik, berjaya
dikategorikan cemerlang pada tahap sekolah menengah kerana mampu melepasi markah
minima logika untuk lulus, berjaya membantu dalam perubahan sikap kerana ia berjaya
menarik minat serta meningkatkan kemahiran pelajar. Di samping itu, mampu
menambahkan pengetahuan pelajar dengan dunia ICT, pengetahuan tentang pelbagai
aplikasi telefon sehingga pelajar berjaya menghasilkan video kreatif. Apa yang lebih
mengejutkan, pelajar akhirnya lebih berkeyakinan untuk menyertai pertandingan
mewarna ke peringkat yang lebih tinggi.

4. PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Saya berpendapat bahawa penulis telah menunjukkan peningkatan profesionalisme


kerana beliau telahpun berjaya mengubah atau memperbaiki amalan pengajaran yang
dilaksanakan sebelumnya dengan cara yang lebih baik. Refleksi ini
Kajian tindakan berjaya meningkatkan tahap profesionalisme guru ini kerana .................

5. KESIMPULAN

6. RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai