Anda di halaman 1dari 10

APLIKASI PETA ALIR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN LUKISAN

ALAM SEMULA JADI MURID TAHUN 3

Kalai Anak Ampi


Dr. Azimah Binti A.Samah

Jabatan Sains Sosial

kalai.ampi94@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi murid tahun 3
bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri
daripada 15 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan peta alir dalam usaha meningkatkan kemahiran
lukisan alam semula jadi murid tahun 3 dalam bidang menggambar. Tinjauan awal mendapati
bahawa murid mempunyai masalah dalam menghasilkan lukisan. Data kajian dikumpul
menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan peta alir semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi murid tahun 3 dengan lebih baik di
samping mereka lebih seronok mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kata kunci: Pendidikan Seni Visual, Peta Alir

ABSTRACT

This study was conducted to improve the drawing skills of natural environment for Year 3
pupils for the Visual Arts Education. The target group in this study consists of 15, Year 3
students at a school in Seremban, Negeri Sembilan. This study focuses on the use of flow
charts in order to improve the drawing skills of natural environment of Year 3 pupils in the
field of drawing in Visual Arts Education subject. The initial survey found that pupils had
problems producing a drawing. The data were collected using observation, pre test and post
test. The findings show that the use of flow charts during the teaching and learning process
can help to improve the drawing skills in drawing natural environment for Year 3 students
better as they are more excited to study Visual Art Education subjects.

Keywords: Visual Arts Education, Flow Charts

PENGENALAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji aplikasi peta alir dalam meningkatkan kemahiran
lukisan alam semula jadi murid tahun 3 yang dijalankan kepada murid Sekolah Kebangsaan
Sendayan. Isu-isu yang hendak dikaji adalah keberkesananan peta alir dalam meningkatkan
kemahiran lukisan alam semula jadi murid tahun 3.

Kajian ini adalah berkaitan dengan bidang menggambar bagi tajuk lukisan. Hal ini
kerana Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Vsiual Tahun 3 dalam bidang menggambar ini
merupakan tajuk yang perlu dipelajari dan murid perlu menghasilkan lukisan. Beberapa tajuk
yang tergolong dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj dan montaj. Untuk
menghasilkan sebuah lukisan ianya melibatkan beberapa proses. Lukisan dihasilkan dengan
menggunakan media kering antaranya pen, pensil, oil pastel, karyon, arang, dan pensil warna.
Zamri Mahamod (2014) mendapati bahawa penggunaan peta alir mendorong murid
memahami maklumat dengan baik. Dalam kajian ini juga, murid memahami proses
penghasilan lukisan.

Kajian yang dijalankan adalah penggunaan peta alir dalam meningkatkan kemahiran
lukisan alam semula jadi murid tahun 3. Aspek yang ditekankan dalam peta alir ini adalah
proses penghasilan sesuatu projek seni kerana guru hendaklah sentiasa memperbaharui cara
pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan teknologi terkini. Menurut Adzmi
Yusuff (2003), pendekatan baru perlu dicipta tanpa terikat dengan kaedah konvensional untuk
mendapatkan dapatan yang baru dan kadang kala perlu melangkau norma-norma biasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pendekatan baru yang dicipta adalah
menggunakan peta alir untuk menerangkan setiap proses penghasilan produk semasa
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat meningkatkan kemahiran melukis murid tahun 3.
Kajian oleh Abdul Raof (1998) mendapati pendekatan pengajaran guru yang pelbagai
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid serta
menambahkan keyakinan yang tinggi.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif mengimbas
kembali segala permasalahan yang dihadapi. Individu akan berusaha mempertimbangkan
segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi
menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
bagi topik bidang menggambar iaitu lukisan murid tahun 3 murid tidak tahu proses
menghasilkan lukisan.

Saya berasa kecewa dengan hasil lukisan murid-murid dan berazam akan
memperbaiki amalam pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid ini dapat memahami
proses penghasilan lukisan dengan betul. Oleh itu, saya membuat intervensi menggunakan
peta alir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses ini bertujuan untuk menerapkan unsur KBAT dalam kalangan murid. Menurut
Maimunah Osman (2004), perubahan daripada menggunakan kaedah konvensional kepada
kaedah PdP KBAT memerlukan komitmen yang tinggi atau cabaran yang besar. Bahkan
Zamri Mahamod (2012) menyataan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan
kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir. KBAT merupakan
aspek penting serta kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian murid.

FOKUS KAJIAN

Tujuannya kajian ini untuk melihat keberkesanan penggunaan peta alir sebagai panduan untuk
penghasilan lukisan. Kemahiran asas melukis adalah sangat penting untuk murid-murid tahap
1 kerana ini adalah permulaan bagi mereka untuk mengasah bakat murid. Kemahiran lukisan
asas hendaklah diterapkan ketika murid masih berada di tahun 1 lagi. Maka dengan ini murid
dapat memperbaiki setiap kelemahan mereka tahun demi tahun.

Selain itu, yang paling penting kemahiran lukisan ini adalah asas kepada semua
bidang pendidikan seni visual. Antaranya, bidang menggambar bagi tajuk lukisan, bidang
membuat corak dan rekaan bagi tajuk melukis corak grid, bidang membentuk dan membuat
binaan bagi tajuk topeng dan bidang mengenal kraf tradisional bagi tajuk batik. Di sini kita
boleh nampak betapa pentingnya kemahiran asas melukis dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, guru dapat memahami dan mengetahui masalah-masalah yang murid


hadapi. Oleh itu, penyelidik akan berusaha membantu murid dalam meningkatkan kemahiran
lukisan alam semula jadi murid tahun 3 menggunakan bantuan peta alir.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum
Untuk meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi dengan menggunakan peta alir.

Objektif Khusus
Murid dapat menghasilkan lukisan alam semula jadi mengikut langkah dalam peta alir.

Soalan Kajian
Sejauhmana murid dapat menghasilkan lukisan alam semula jadi berpandukan peta alir.

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian di dalam perancangan ini terdiri daripada 15 orang murid tahun 3 Anggerik di
Sekolah Kebangsaan Sendayan, Felda Sendayan, Seremban. Semua murid ini mengambil
Pendidikan Seni Visual sebagai subjek elektif. Di dalam topik pengajaran dan pembelajaran
tahun 3 ianya mempunyai tajuk lukisan dibawah bidang menggambar.

Jadual 1

Maklumat murid

Maklumat Keterangan
Sekolah Sk Sendayan, Felda Sendayan, Seremban
Kelas Tahun 3 A
Umur 9 tahun
Bilangan murid 15
Murid perempuan 10
Murid lelaki 5

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Terdapat pelbagai model yang boleh diguna pakai untuk menjalankan kajian. Antaranya ialah
Model Kurt Lewin, Model Stephen Kemmis, Model Dave Ebutt, Model Jack Whitehead dan
sebagainya. Pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin. Kurt Lewin mendapati bahawa
cara yang paling sesuai untuk memperkembangkan potensi diri ialah melalui inkuiri diri
.M
4
ik
d
m
e
p
ja
u
g
n
rh
sendiri1
y
fs
tl-Db
,2
B
3
oc dan hubungannya dengan orang lain.

Rajah 1. Model Kurt Lewin - Gelung asas proses kajian tindakan


Langkah-Langkah Tindakan

Antara langkah tersebut adalah:


Tindakan 1: Kenalpasti isu dan masalah
a) Tinjauan masalah dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam
menghasilkan lukisan alam semula jadi. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan
kepada beberapa cara :

i. Hasil dapatan dan pemerhatian mengikut senarai semak daripada ujian


pra semasa murid menghasilkan lukisan alam semula jadi.
ii. Hasil lukisan alam semula jadi yang telah siap.
iii. Hasil dapatan pemerhatian dan ujian pra yang dibuat, didapati 15
daripada orang murid tidak dapat menghasilkan lukisan alam semula jadi
mengikut langkah-langkah yang betul. Kemahiran lukisan asas murid
lemah.

Tindakan 2: Perancangan Tindakan


a) Aktiviti menggunakan peta alir sebagai bahan bantu belajar dilaksanakan untuk
meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid tentang tajuk lukisan alam
semula jadi bagi bidang menggambar. Terdapat beberapa langkah tindakan yang
digunakan untuk kajian ini. Antara langkah pelaksanaan terdapat pada peta alir di
bawah:
Peta Alir

Menentukan tema atau subjek


matter yang ingin dilukis.

Membuat lakaran kasar untuk


mendapatkan penampilan imej
yang terbaik.

Memilih teknik untuk mewarna

Mulakan dengan proses mewarna


serta mengaplikasikan asas seni
reka

Menentukan kesan cahaya untuk


menentukan bayang-bayang

Membuat kemasan terhadap


karya lukisan sebelum sesi
apresiasi berlangsung

Rajah 2. Peta alir yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Jadual Perlaksanaan Kajian

Jadual 2

Jadual perlaksanaan kajian

M1 M2 M3 M4
- Tinjauan Awal    
- Kenal Pasti Masalah
  Ujian Pra  
- Ujian Melukis
- Markah
- Analisis
    Ujian Pos
- Intervensi
- Markah
- Analisis
      - Melihat Perbezaan
MENGANALISIS DATA

Dalam kajian ini, semua data yang dikumpul secara pemerhatian disamping ujian pra dan pos.
Dengan menggunakan bantuan Microsoft Excell, penyelidik akan nampak hasil berdasarkan
graf yang dipilih.

Analisis pemerhatian
Kemahiran melukis dalam kalangan 15 orang murid dianalisis menggunakan borang senarai
semak pemerhatian ketika murid sedang menghasilkan lukisan alam semula jadi.

Jadual 3

Senarai semak pemerhatian

Bil. Kemahiran M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
1. Membuat / / / / / / / / / / / / / / /
lakaran kasar
2. Menghasikan / / / / / / / / / / / / / / /
bentuk
subjek matter
3. Menggunaka / / / / / / / / / / / / / / /
n media
secara kreatif
4. Menggunaka / / / / / / / / / / / / / / /
n asas-asas
seni reka
5. Menggunaka / / / / / / / / / / / / / / /
n ruang
kertas
lukisan
6. Menghasilka / / / / / / / / / / / / / / /
n ton warna
pada lukisan
7. Menggunaka / / / / / / / / / / / / / / /
n pelbagai
teknik
8. Menghasilka / / / / / / / / / / / / / / /
n lukisan
mengikut
proses yang
betul
9. Menentukan / / / / / / / / / / / / / / /
pencahayaan
pada lukisan
10.Membuat / / / / / / / / / / / / / / /
kemasan
pada karya
lukisan
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 4

Markah ujian pra dan ujian pos serta peningkatan markah.

Murid Pra Pos Peningkatan


1. 73 80 7

2. 69 75 6

3. 71 82 11

4. 65 75 10

5. 75 83 8

6. 70 85 15

7. 69 85 16

8. 70 81 11

9. 73 82 9

10. 74 86 12

11. 67 79 10

12. 67 80 13

13. 67 78 9

14. 68 82 14

15. 73 86 13

100
90
80 8 15 16 12 13
7 11 11 9
70 6 10 10 13 9 14
60
50
40 75 70 69 70 73 74
73 69 71 67 67 67 68 73
30 65
20
10
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15

Pra pos

Rajah 3. Graf markah ujian pra dan ujian pos serta peningkatan markah murid
Sebelum intervensi bagi ujian pra, seorang orang murid mendapat C+, 8 orang murid
mendapat B- dan 6 orang murid mendapat B. Namun selepas menggunakan peta alir untuk
ujian pos, 2 orang murid mendapat B, 4 orang murid mendapat B+ dan 9 orang murid
mendapat A-.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan yang positif dalam kemahiran melukis murid-
murid tahun 3 setelah penggunaan peta alir. Analisis dokumen menggunakan borang senarai
semak dan melalui ujian pra serta ujian pos telah membuktikan bahawa penggunaan peta alir
dapat meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi murid tahun 3. Ujian pra dan ujian
pos menunjukkan perbezaan hasil yang sangat baik sehingga murid boleh mencapai markah
80 iaitu dari gred B ke gred A. Sebelum intervensi bagi ujian pra, seorang orang murid
mendapat C+, 8 orang murid mendapat B-, 6 orang murid mendapat B. Namun selepas
menggunakan peta alir, 2 orang murid mendapat B, 4 orang murid mendapat B+ dan 9 orang
murid mendapat A-.

Antara kemahiran yang dinilai melalui pemerhatian adalah membuat lakaran kasar
dan menghasilkan bentuk subjek matter menggunakan media secara kreatif. Aspek
pemerhatian lain ialah penggunaan asas-asas seni reka, penggunaan ruang kertas lukisan,
penghasilan ton warna pada lukisan selain dari menggunakan pelbagai teknik. Di samping itu,
aspek yang dilihat adalah penghasilan lukisan mengikut proses yang betul, penentuan
pencahayaan pada lukisan dan kemasan pada karya lukisan.

Merujuk senarai semak tersebut peratusan semua peserta kajian dapat mengikuti
langkah-langkah yang telah ditunjukkan menggunakan peta alir. Murid dapat mengikuti
langkah-langkah yang betul ketika menghasilkan lukisan. Dengan itu, secara keseluruhannya
15 orang murid berjaya menghasilkan lukisan dan mampu mempertingkatkan kemahiran
melukis mereka.

Kesimpulannya, intervensi menggunakan peta alir yang dilaksanakan terhadap murid


dapat membantu meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi.

REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian penyelidik melaksanakan kajian ini, penggunaan peta alir berjaya
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran lukisan alam semula jadi dalam bidang
menggambar. Setelah diperkenalkan dengan peta alir, murid kelihatan lebih seronok untuk
menyiapkan lukisan yang diberikan berdasarkan tema. Murid juga lebih faham dan cepat
dalam mengikuti proses-proses yang betul untuk menghasilkan lukisan.

Subjek ini juga tidak berkonsepkan peperiksaan seperti subjek lain di mana murid
harus mengingat fakta yang betul untuk menjawab soalan. Dengan ini, murid bebas
menghasilkan sebuah lukisan mengikut kreativiti mereka dan tidak menghalang mereka untuk
mengeluarkan idea sendiri. Menurut Azizah Abdullah (2000), sistem pendidikan di Malaysia
yang berlandaskan sistem peperiksaan, telah memaksa guru menggunakan konsep hafalan
dalam pelajar.

Penyelidik berasa terpanggil untuk membantu usaha kerajaan mencapai hasrat


melahirkan pelajar modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang abad ke-21. Namun usaha tersebut tidak akan
membuahkan hasil jika tiada tindakan yang dijalankan. Pembelajaran abad ke-21 yang giat
diimplementasikan di setiap sekolah kini hanya tertumpu secara luaran iaitu dari segi susunan
kedudukan murid, lokasi sudut-sudut maklumat tambahan, kelas kondusif dan penyebaran
maklumat melalui media cetak sahaja. Walhal, kandungan pembelajaran memerlukan murid
menjana dengan pemikiran kreatif dan kritis. Dengan ini, penyelidik berasa
bertanggungjawab untuk membudayakan amalan pemikiran kreatif dan kritis ini dengan
menekankan penggunaan peta alir.

Penyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Nor Azura Binti Mohd Zaki
(2008), menunjukkan bahawa penggunaan unsur grafik dan warna dapat menarik minat
murid. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat
meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu konsep.

Kesimpulannya, dengan adanya peta alir, murid mendapat latihan berfikir secara
kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan pengetahuan dan memperoleh pengalaman.
Penyelidik berpuas hati kerana penggunaan peta alir dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi tajuk lukisan
khususnya dalam bidang menggambar. Harapan penyelidik adalah agar intervensi ini dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam setiap kajian, perlu adanya cadangan tindakan susulan bagi memperbaiki sesuatu
kajian itu. Cadangan susulan adalah menambahkan bilangan peserta kajian, menggunakan
Peta Alir untuk semua topik selain dari penggunaan peta alir berbantukan komputer.
Kepelbagaian ini memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Seni Visual tentang aplikasi
peta alir.

RUJUKAN

Abdul Raof (1998). Arabic For English Speaking Students. Al-Saadawi


Publication.

Adzmi Bin Yusoff (2003). Kerberkesanan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Bagi Sub Topik Unjuran Ortografik, Pandangan

Isometrik Dan blik Di Sekolah Menengah Teknik Pantai Timur. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Azizah Abdullah.2000. Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata pelajaran Sains
Tingakatan 1. Disertasi Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Brookfield, Stephen. 1995). Becoming a Critically Reflective Teacher. San-Francisco:


Jossey-Bass

Maimunah Osman (2004). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran


Awam Negara (INTAN).

Nor Azura Binti Mohd Zaki (2008), Nor Azura Binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkah
Konsep Istilah Penging Dalam Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6
Dengan Motivasi “My Aura Map”. Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota
Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.

Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda


Perguruan Dengan Kepujian. (2010). Cybejaya: Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zamri Mahamod. (2012). Inovatif P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anda mungkin juga menyukai