Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN TINDAKAN : KHB TINGKATAN 1

TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA


BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN
BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID”

1. NAMA PENYELIDIK: Pn. Intan Sulinrana Isahak

2. NAMA SEKOLAH : SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA


BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN
BAYANGAN KERTAS GRID

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1, pelajar
dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian
masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian
Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris,
kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi membolehkan pelajar
untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran idea
reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat memenuhi
kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk
dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar
dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah análisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa
membuat lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati hanya 2 orang pelajar
sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat
menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat
lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.
4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk.
Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan
pembaris.

4.3 Kesilapan semasa membuat lakaran

i. Tidak dapat melakar garisan lurus.


ii. Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii. Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik

5.0 FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat menguasai
kemahiran:

i) Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris


ii) Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi

Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat band 6
dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah pengajaran yang dijalankan juga kurang menarik minat pelajar
yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang disiapkan dan banyak
melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan mereka
faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa melakar mengikut
kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan
kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih
mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu
kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk memudahkan pelajar
saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1 TUJUAN KAJIAN:

 Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka bentuk dengan
menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

 Secara khususnya:
i. Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii. Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii. Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

 KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya pelajar lelaki (13
orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat lakaran reka
bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.
STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:
Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus
Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepat
Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan
Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi

6.0 JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P PERKARA


Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan
1 pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan
bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)
Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa
1 menggunakan pembaris.
Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid
2 sebagai bayangan.

7.0 ANGGARAN KOS KAJIAN:


Kos fotostat RM10.00
Kertas A4

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013


1. Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN
KERTAS GRID

2. Nama Penyelidik :
Pn. Intan Sulinrana Isahak

3. Nama Sekolah :
SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor

4. Abstrak :

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 SB yang
mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topic Reka Bentuk dan Penghasilan
Projek. Seramai 17 orang pelajar lelaki ( 13 orang Melayu dan 4 orang Cina) dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini.

Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian ini seterusnya akan
dilihat kepada hasil lakaran reka bentuk pelajar mencapai band yang tertinggi. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran melakar.

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu :


Kebanyakan pelajar sangat meminati lukisan reka bentuk tetapi mereka tidak mahir untuk membuatnya.
Kemahiran melakar tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar
tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga ke tingkatan 3.
6. Isu Keprihatinan :
Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka bentuk. Sekiranya
pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat band yang lebih baik. Ini
kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki pelajar membuat tiga lakaran idea
dalam bentuk tiga dimensi.

Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang lebih
berkualiti.

7. Objektif Kajian :

7.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan reka bentuk dengan
betul.

7.2 Objektif Khusus :

Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:


5.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk
5.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS

8. Kumpulan Sasaran :

Pelajar 1 SB
Lelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina)

1. Pelaksanaan Kajian :

9.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa P&P dan
semasa pelaksanaaan PBS.

9.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang
memberi respon kerana mereka tidak mahir untuk membuat lakaran reka bentuk. Garisan yang dibuat
semuanya tidak lurus, comot dan tidak kemas. Sebanyak 88% pelajar (15 orang) yang tidak dapat
membuatnya dengan baik. Hanya 12% sahaja (2 orang) pelajar yang boleh membuat lakaran reka bentuk
dengan baik.

Pemerhatian ini disahkan oleh hasil lakaran pelajar di dalam pelaksanaan PBS.
9.2 Analisis Tinjauan Masalah

9.2.1 Analisis Pemerhatian

Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P, hamper 88 % pelajar menghadapi
masalah untuk membuat lakaran reka bentuk dengan betul. Pemerhatian ini disahklan oleh hasil lakaran
pelajar dalam PBS. Hanya 12% pelajar sahaja yang dapat melakar dengan betul.

Hasil yang diperolehi adalah seperti berikut:

Lakaran yang dihasilkan kurang tepat (15 orang)


Lakaran yang dihasilkan dengan betul (2orang)

9.2 Tindakan Yang Dijalankan

1. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar didedahkan dengan teknik lakaran dalam bentuk segiempat
sama atau segiempat tepat sebagai asas untuk membuat lakaran.
2. Kertas grid ini hanya digunakan sebagai bayangan untuk memandu pelajar membuat lakaran
dengan lurus .

Contoh kertas grid


9.2 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Kajian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan semasa pelaksanaan
PBS. Saya telah membimbing pelajar saya dengan mendidik mereka melakar menggunakan teknik yang
betul. Pelajar dikehendaki melakar bentuk segiempat sama dahulu. Daripada bentuk ini barulah pelajar
boleh kembangkannya menjadi bentuk-bentuk yang lain.

Kertas grid digunakan sebagai pembayang sahaja untuk mendapatkan satu garisan yang lurus semasa
proses melakar.

Berdasarkan pemerhatian saya, teknik saya itu telah membantu pelajar untuk membuat lakaran dengan
lebih mudah, cantik dan kemas. Pelajar lebih berkeyakinan untuk membuat lakaran dan merasa seronok
kerana lakaran yang dibuat nampak lebih cantik.

9.3 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan walaupun masih terdapat pelajar yang gagal. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dan
kemahiran dalam membuat lakaran reka bentuk disamping mewujudkkan suasan pengajaran dan
pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Pelajar mengatakan bahawa membuat lakaran reka bentuk menggunakan kaedah ini lebih senang,
mudah, tepat dan kemas.

Masih terdapat pelajar yang gagal kerana mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak bersungguh-
sungguh untuk mempelajari teknik membuat lakaran reka bentuk.

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil dapatan kajian, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan
amalan pembelajaran pelajar namun saya masih kurang puas hati dengan hasil kajian saya ini dan saya
menganggap bahawa kajian tindakan saya ini masih kurang berjaya sepenuhya seperti yang saya
harapkan.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa
masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Masih ada pelajar yang tidak mahir lagi untuk membuat lakaran
dengan lebih cantik, kemas dan bersih.
LAMPIRAN

LANGKAH 1

LANGKAH 2

Pelajar melakar dahulu bentuk segiempat. Daripada bentuk segiempat yang pertama, pelajar boleh
menambahkan lagi segiempat yang kedua atau ketiga mengikut kreativiti masing-masing

Ini adalah lakaran asas untuk membentuk lakaran reka bentuk yang lain. Daripada lakaran asas
ini , pelajar boleh mengubahsuai menjadi lakaran reka bentuk yang lebih cantik selaras dengan
kriteria dalam PBS.
LANGKAH 3

Pengubahsuaian

Daripada lakaran yang ke dua tadi, pelajar boleh membuat pengubahsuaian. Pen yang berwarna
merah adalah pengubahsuaian yang hendak di buat.

LANGKAH 4

Hasil pengubahsuaian yang dibuat.

Ini adalah contoh pengubahsuaian yang dibuat. Pelajar boleh mempelbagaikan lagi bentuknya
mengikut citarasa masing-masing

Anda mungkin juga menyukai