Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Nama Pengkaji : EN MOHD NIZAM BIN MAT TANDA


Tajuk Kajian : LAKARAN PERSPEKTIF 2 TITIK

MEREFLEK

 Saya mengajar di kelas 4 Bestari 1 bagi mata pelajaran Reka Cipta


 Masalah utama bagi pelajar saya ialah sukar untuk membuat lakaran
dalam bentuk perspektif dua titik.
 Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku pelajar dan
semakan kerja lakaran pelajar di dalam kelas semasa saya mengajar
untuk tajuk ilustrasi, lakaran perspektif 2 titik.
 Analisis yang didapati daripada pemerhatian tingkah laku pelajar dan
semakan kerja lakaran pelajar seperti berikut:

 Berikut contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar


melakar lakaran produk
 Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar adalah kerana mereka tidak
merasa yakin dengan kebolehan diri dan tidak biasa melakar tanpa
merujuk rajah asal
 Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak dapat
menunjukkan sepenuh cara-cara dan kaedah melakar yang paling sesuai
diikuti oelh setiap pelajar ini.

FOKUS KAJIAN
 Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran
a) melakar perspektif dengan satah ujuran yang betul
b) melakar perspektif dengan kemas dan betul
 Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus
menjadikan lakaran suatu yang amat sukar dikuasai.
 Pelajar juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
lakaran produk 3 D diperlukan di dalam penghasilan Folio Reka Cipta
Aspek 1.3 dan 1.4 dan Kertas 1 soalan peperiksaan.
 Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba menyediakan 3 set latihan
penguasaan teknik lakaran perspektif secara mudah dan berkesan.
 Objektif kajian
 Secara amnya akan dapat membantu pelajar boleh melakar perspektif
dengan betul
 Secara khususnya:-
1. Murid boleh melakar garisan binaan dengan betul dan kemas
2. Murid dapat melakar garisan objek dengan betul dan kemas
3. Murid dapat melakar lakaran penuh produk dengan betul dan kemas
4. Guru dapat membuat tunjukcara lakaran penuh produk cara mudah
dan betul
 Kajian ini melibatkan 23 orang pelajar daripada kelas tingkatan 4 Bestari 1
tahun 2010
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan
kaedah:

1. Latihan garisan lurus / pelbagai satah


2. Latihan siri rajah geometrik mudah untuk dilakar.

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:

i. Aktiviti 1: Melukis garisan lurus vertical, horizontal dan satah condong

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan bagaimana kualiti


garisan yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik memegang pensel dan kedudukan
kertas untuk melakar
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara memegang pensel dan mula
membina garisan lurus vertikal, horizontal dan satah condong

ii. Aktiviti 2: Melukis objek geometrik dari satu titik ke titik

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan hasil lukisan objek


geometrik yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik teknik garisan binaan dan
kedudukan kertas untuk melakar objek geometrik berdasarkan
rajah
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara membina lakaran objek
geometrik dengan bantuan guru dan rajah yang disediakan.

iii. Aktiviti 3: Melukis objek mudah dari sudut pandangan asas

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan bagaimana kualiti


garisan yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik garisan binaan dan garisan objek
dengan panduan objek sebenar.
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara melakar objek geometrik
dengan bantuan guru dan rajah yang disediakan.
BERTINDAK

Tindakan yang saya telah saya jalankan ialah seperti berikut:

Tarikh:
Masa:
Kelas:

Aktiviti 1: Melukis garisan lurus vertikal, horizontal dan satah condong

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan bagaimana kualiti garisan


yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik memegang pensel dan kedudukan kertas
untuk melakar
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara memegang pensel dan mula membina
garisan lurus vertikal, horizontal dan satah condong

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini berkesan


kepada 18 daripada 25 pelajar sahaja.

Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan tahap kemahiran semulajadi dan tiada kemahiran
yang mana 18 orang pelajar boleh ikut kerana ada kemahiran sedikit
(semulajadi) dan mereka yang tiada kemahiran seramai 7 orang cuba mengikuti
rakan-rakan mereka.

Tarikh:
Masa:
Kelas:

Aktiviti 2: Melukis objek geometrik dari satu titik ke titik

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan hasil lukisan objek


geometrik yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik teknik garisan binaan dan kedudukan
kertas untuk melakar objek geometrik berdasarkan rajah
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara membina lakaran objek geometrik
dengan bantuan guru dan rajah yang disediakan.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini berkesan


kepada 20 daripada 25 orang pelajar.

Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa kaedah rujukan rajah secara dekat memberikan impak lebih baik. Guru
perlu memantau proses lakaran secara dekat (individu) dan menjadikan pelajar
yang mempunyai bakat menjadi fasilitator kepada rakan mereka yang lemah.

Tarikh:
Masa:
Kelas:

Aktiviti 3: Melukis objek mudah dari sudut pandangan asas

Langkah 1: Setiap pelajar disediakan lampiran rujukan bagaimana kualiti garisan


yang dikehendaki
Langkah 2: Guru menunjukcara teknik garisan binaan dan garisan objek dengan
panduan objek sebenar.
Langkah 3: Setiap pelajar mencuba cara melakar objek geometrik dengan
bantuan guru dan rajah yang disediakan.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini berkesan


kepada 20 daripada 25 orang pelajar.

Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa kaedah rujukan rajah secara dekat memberikan impak lebih baik. Guru
perlu memantau proses lakaran secara dekat (individu) dan menjadikan pelajar
yang mempunyai bakat menjadi fasilitator kepada rakan mereka yang lemah.

MEMERHATI

Tarikh:

Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya


mendapati, teknik melakar garisan objek dan binaan perspektif yang
diperkenalkan kepada pelajar 4 Bestari 1 merupakan kaedah yang berkesan dan
mampu menimbulkan minat pelajar dalam melakar sebarang lakaran objek.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
positif di kalangan pelajar yang mahir dan kurang mahir untuk bekerjasama dan
saling bantu membantu. Pelajar yang kurang diberi perhatian melalui proses
pendekatan secara dekat.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian
tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan tindakan dalam mengatasi
masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh
pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya
berkaitan melukis tone objek

Anda mungkin juga menyukai