Anda di halaman 1dari 25

KEMAHIRAN MEWARNA DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

VISUAL (PSV) SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH


(PDPR)

WAN NADIA HARIANI BINTI WAN ISMAIL


SMK Kinarut, Papar, Sabah
nadieyaaryanie@gmail.com

ABSTRAK

Mewarna adalah satu aktiviti yang sukar dilaksanakan sekiranya pelajar tidak mempunyai bakat dan kemahiran
yang sesuai lebih-lebih lagi semasa pembelajaran secara dalam talian. Tinjauan awal dijalankan ke atas pelajar
Tingkatan 5 Jade SMK Kinarut semasa PdPc melalui kaedah menganalisis tugasan pelajar, menunjukkan pelajar
tidak mampu untuk mewarna objek mengikut standard nilai warna dan teknik yang sesuai dengan tahap
kecerdasan dan kebolehan mereka. Fokus guru adalah untuk meningkatkan psikomotor tangan pelajar bagi
mengekspresikan media yang baharu dan mempaternkan cara menginterpestasikan nilai warna, ton dan
pencahayaan yang betul dalam sesebuah karya. Alat bantu mengajar Kit Artcellent Monokromatik merupakan
satu bahan intervensi untuk meningkatkan kemahiran mewarna pelajar yang lemah dalam mata pelajaran
Pendidikaan Seni Visual semasa PdPR. Bahan ini mengandungi i) Kad Artcellent Monokromatik iaitu kad imitasi
cara menghasilkan ton warna yang tepat, ii) Jom Artcellent Monokromatik yang mengandungi 10 set latihan
langkah membantu pelajar membiasakan tangan memegang pensil dan cara menghasilkan nilai warna, ton dan
cahaya, iii) Jom Cuba merupakan set latihan kecil untuk pelajar mencuba mewarna dengan mengekspresikan
pengalaman menggunakan media yang baharu dalam penghasilan karya dan iv) Jom Taksir pula ialah 5 set
lengkap soalan format peperiksaan sebenar yang akan menentukan tahap keberhasilan intervensi di samping
membantu pelajar dalam pengurusan masa dan meningkatkan keyakinan semasa mengaplikasi, eksperimentasi,
penerokaan media dan teknik baharu dalam aktiviti mewarna. Hasil kajian didapati pelajar mampu untuk
mewarna dengan patern yang ditetapkan dan pelajar juga bertambah yakin untuk mewarna dengan lebih baik.
Sehubungan dengan itu, saya akan mengembangkan lagi kaedah ini kepada semua pelajar pada masa akan
datang.

Kata kunci: artcellent, monokromatik, mewarna, kajian tindakan, kit artcellent.

PENDAHULUAN

Latar belakang

Saya menyandang jawatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) selama 13 tahun dan mula
berkhidmat di SMK Kinarut pada tahun 2015. Sekolah ini mempunyai bilangan calon teramai
yang mengambil subjek PSV di daerah Papar. Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya
sentiasa memberi latihan mewarna kepada pelajar menggunakan media warna poster dan pensil
9B. Hasil daripada penelitian dan data markah penilaian terhadap kelas 5 Jade sewaktu PdPc,
mereka kerap mendapat markah yang rendah kerana kebanyakan daripada mereka merupakan
pelajar yang lemah dan tidak berkemahiran dalam bidang seni visual. Mata pelajaran ini selalu
dianggap sebagai satu mata pelajaran yang senang tetapi hakikatnya pelajar tidak mampu untuk
mewarna dengan baik bersesuaian dengan tahap pelajar di sekolah menengah.
Renungan mendalam terhadap masalah ini, mendedahkan kelemahan saya dalam proses
pengajaran dengan menggunakan 2 media tersebut. Oleh yang demikian, saya perlu bertindak
lebih kreatif dan efisyen bagi membantu pelajar ini mampu untuk mewarna dengan lebih baik
dan kreatif bersesuaian dengan ciri pembelajaran abad ke 21 yang ingin melahirkan pelajar
berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan bahan dan media yang sesuai dengan
kebolehan mereka. Bagi mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang telah berada di gelombang ke-3, guru perlu mewujudkan satu mekanisme
baharu dalam kaedah pengajaran seperti melaksanakan kajian tindakan seterusnya
menghasilkan bahan bantu mengajar berkonsepkan pendidikan bagi mengaplikasikan
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta mengubah amalan pengajaran secara
berkualiti sekaligus membantu pelajar mengasah kemahiran mewarna di rumah tanpa
bersemuka dengan guru.
Menurut kajian Rauf, F. A., & Tan, W. H. (2020), aktiviti mewarna bukan lagi satu
aktiviti sekadar memenuhi huraian sukatan, malah menyumbang dalam pelbagai aspek
penyediaan modal insan yang kreatif dan berkualiti. Ia juga menyumbang kepada keperluan
penggunaan teknologi dalam p&p khususnya kepada pertumbuhan pesat pembangunan
teknologi. Dikuatkan lagi dengan kajian Mohd Iman (2016), berdasarkan pemerhatian
menunjukkan hanya 1/3 murid yang dapat menyatakan warna asas dan warna sekunder dengan
betul mengikut roda warna. Maka, melihat kajian terdahulu, kelemahan mewarna merupakan
aspek yang sangat membimbangkan para guru Pendidikan Seni Visual.

Pernyataan Masalah/Isu

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberikan impak yang besar kepada
keberkesanan pengajaran guru kerana aktiviti seni visual amat sukar dilaksanakan secara tidak
bersemuka. Rata-rata guru meluahkan kebimbangan yang sama memikirkan kaedah dan teknik
yang berkesan untuk pelajar mengikuti kelas secara maya dan juga kaedah pengumpulan bahan
pembelajaran setelah PdPR dijalankan secara lebih sistematik.
Pelajar mempunyai masalah dalam mencari kemahiran yang bersesuaian dengan tahap
kecerdasan dan kebolehan mereka sendiri kerana faktor kelas bersemuka yang singkat semasa
mereka berada di tingkatan 4 sehingga menyukarkan guru memperkenalkan kemahiran
memilih media yang sesuai. Menambahkan lagi permasalahan ini hingga menjadikannya lebih
sukar ialah mereka merupakan pelajar aliran muzik semasa berada di kelas menengah rendah
yang turut menjadi punca ketidakmenjadian pelajar ini dalam aliran seni visual. Sikap mereka
yang tidak fokus semasa sesi pembelajaran juga memberi sumbangan besar permasalahan ini
semakin berterusan.
Saya juga meneliti masalah yang sering mereka hadapi semasa aktiviti mewarna
dijalankan di dalam kelas iaitu kemahiran psikomotor tangan mereka masih tidak
mampu menghasilkan karya mengikut standard nilai warna, ton, pencahayaan dan teknik
yang sesuai sehingga mereka tidak mampu membuat eksperimentasi campuran warna. Oleh kerana
mereka mempunyai tahap yang lemah dalam bidang ini, pendedahan media yang beraras tinggi
seperti warna poster dan pensil 9B sebelum ini tidak dapat mereka fahami dengan lebih jelas
sehingga menyebabkan kegagalan memahami media dengan lebih tepat berterusan. Sikap tidak
wajar dilakukan oleh pelajar seperti tidak membawa alat dan bahan sehingga mereka terpaksa
berkongsi bahan yang terhad semasa aktiviti mewarna dijalankan menambahkan lagi
ketidakberkesanan PdPc yang dijalankan. Selain mengalami masalah cetek warna, mereka juga
mempunyai masalah buta berus dan tidak mahir mengaplikasikan kepelbagaian saiz berus
semasa mewarna. Oleh hal yang demikian, guru mengalami kekangan masa semasa sesi PdPc
kerana mengambil banyak waktu untuk menerangkan secara terperinci aplikasi teknik secara
terperinci.
Selain daripada itu, pelajar tidak boleh mengatur masa yang baik menyiapkan tugasan
di dalam kelas. Apabila pelajar kurang mahir mewarna, mereka akan mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Hasil daripada pembelajaran menunjukkan kesan
patern warna yang menonjolkan ciri-ciri tahap sekolah rendah dengan penggunaan pensil
warna yang pudar dan tidak sekata ditambahkan lagi kurang latihan dan hanya mengharapkan
latihan di dalam kelas sahaja.
Seterusnya, pelajar kurang minat dengan subjek ini kerana mereka seringkali
beranggapan mereka tidak sesuai berada di dalam alam seni visual kerana sering mendapat
markah yang rendah selepas penilaian dijalankan. Mereka tidak yakin dan takut untuk mencuba
sendiri tanpa bimbingan daripada guru dan igauan ART-fobia seringkali bermain di fikiran
mereka kerana beranggapan seni itu harus memiliki tahap kemahiran yang tinggi dan mereka
juga memiliki sifat malu untuk bersaing.
Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera, pelajar akan berterusan
melakukan kesalahan mewarna sepanjang masa. Prestasi pelajar akan menurun bila
dibandingkan dengan pelajar lain dan kesukaran untuk saya meneruskan topik yang lebih sukar
tidak akan berjalan dengan lancar.

Kerangka Konseptual Kajian


Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model
McBride & Schostak (1994) yang melibatkan proses mengenal pasti masalah atau fokus dan
pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian,
tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada
perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan
menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini
ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Model McBride & Schostak (1994)

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam aktiviti mewarna supaya
memenuhi standard warna dan mengaplikasi teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan
kebolehan mereka dengan cara menghasilkan ton imitasi yang telah dipaternkan oleh guru.

Objektif

Objektif kajian merupakan tujuan yang diinginkan oleh penyelidik melalui kajian yang akan
dijalankan berdasarkan pernyataan masalah yang telah dikenal pasti. Matlamat utama kajian
ini untuk meneliti dan menganalisis cara menambahkan kemahiran mewarna dalam kalangan
pelajar dan bertujuan untuk meninjau keberkesanan intervensi yang akan dijalankan. Secara
lebih khusus, kajian ini berasaskan kepada objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kemahiran menginterprestasikan nilai warna, ton, pencahayaan dan
pengurusan masa yang baik dengan menggunakan media gabungan warna pensil air dan
berus.
2. Meningkatkan keyakinan pelajar semasa mengaplikasikan, eksperimentasi dan
penerokaan media baharu dalam aktiviti mewarna.
3. Menjadikan guru lebih bersedia untuk proses PDPr dan pengurusan tugasan secara lebih
sistematik.

Persoalan kajian

Beberapa persoalan kajian telah dikemukakan bagi menentukan objektif kajian yang hendak
dicapai:
1. Bagaimana cara meningkatkan kemahiran menginterprestasikan nilai warna, ton,
pencahayaan yang betul dan pengurusan masa yang baik dengan menggunakan media
gabungan warna pensil dan berus dalam kalangan pelajar agar mencapai objektif yang
diinginkan?
2. Bagaimana cara meningkatkan keyakinan pelajar semasa mengaplikasikan,
eksperimentasi dan penerokaan media baharu dalam aktiviti mewarna?
3. Bagaimana cara menjadi guru yang lebih bersedia untuk proses PDPr dan pengurusan
tugasan secara lebih sistematik.

Batasan kajian

Terdapat beberapa batasan dalam pelaksanaan kajian ini termasuklah:


1. Kajian ini tidak digeneralisasikan kepada seluruh pelajar PSV tetapi lebih berfokus kepada
satu kelas elektif Pendidikan Seni Visual sahaja. Ini kerana proses pembahagian bahan
kepada pelajar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan amat rumit memandangkan seluruh
negara dibawah kawalan pergerakan dan banyak kawasan perumahan dan perkampungan
pelajar berstatus PKPD. Ada juga bahan terpaksa dihantar mengunakan khidmat kurier
kerana kedudukan pelajar di luar daerah.
2. Guru sukar untuk mengumpul data tugasan pelajar kerana capaian internet yang terhad
oleh beberapa pelajar yang tinggal di pedalaman. Keterbatasan peranti turut menjadi
kekangan dalam pelakasanaan intervensi supaya mengambil tindakan yang lebih cepat.
TINJAUAN LITERATUR

Teori ZPD Vygotsky (1978)

Dalam menangani permasalahan yang dikaji sewaktu PdPc, setelah merujuk teori ZPD
Vygotsky (1978) yang menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam
pembalajaran iaitu menumpukan kaedah 'scaffolding' dimana guru menyediakan bimbingan
sepenuhnya terhadap kanak-kanak pada peringkat awal dan secara beransur-ansur dikurangkan
untuk memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan permasalahan mereka secara kendiri.
Menurut kajian Belland, B. R. (2014) scaffolding dapat di definisikan sebagai sokongan yang
diberikan oleh guru, ibu bapa, rakan sebaya, komputer atau alat berasaskan kertas yang
memungkinkan pelajar untuk menggunakan secara bermakna dan memperoleh kemahiran pada
tugas yang mereka tidak dapat selesaikan tanpa bantuan. Dalam pendidikan masa kini,
scaffolding mengambil peranan yang sangat penting dalam proses pembelajaran di setiap aspek
menuju pada pencapaian tahap perkembangan pelajar (Suardipa, 2020). Pelajar akan mengikuti
semua kaedah yang ditunjukkan sehinggalah mereka mampu untuk menginterprestasi
kemahiran mereka sendiri kelak. Dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada
kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan
warna-warna baru untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka (Maswan, 2013).

Model VAK

Saya juga menggunakan model medium pembelajaran yang disukai iaitu Model VAK yang
mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Ketiga-tiga
gaya pembelajaran ini akan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini agar guru membuat
penelitian lebih sistematik dan menyeluruh ke atas kebolehan setiap pelajar. Sebahagian besar
pelajar memiliki keutamaan dominan visual, di ikuti kinestetik dan auditori. Ini dibuktikan
dalam kajian Pratama (2020). Dengan menerapkan model pembelajaran VAK, pelajar akan
memperolehi pengalaman secara langsung dan akan mempengaruhi peningkatan hasil
pembelajaran pelajar kelas 5 Jade SMK Kinarut, Papar, Sabah. Kajian oleh Quah (2017)
menerusi pengajaran dan pembelajaran (PdP), kandungan yang sama boleh dihantar secara
berbeza dan diterima secara berbeza oleh setiap pelajar. Ini juga mencerminkan bahawa gaya
pengajaran yang sama dibentangkan dalam kelas diterima berbeza oleh setiap pelajar. Oleh itu,
peranan seseorang pendidik perlu memastikan semua pelajar menerima pengajaran yang
berkesan seterusnya agar pelajar dapat belajar dengan cemerlang.

Kemahiran Mewarna dalam Pendidikan Seni Visual

Banyak aktiviti yang membentuk kreativiti dan menjadikan pelajar kreatif dan kritis antaranya
aktiviti mewarna. Antara manfaat yang boleh diperolehi dari aktiviti ini adalah ia membantu
mengembangkan kemahiran psikomotor, menulis, membaca, kreativiti dan meningkatkan
harga diri anak-anak. Menurut kajian oleh Affifatukakmar (2017) kemahiran mewarna dalam
kalangan pelajar adalah bertitik tolak daripada konsep penguasaan secara kasar mahupun
psikomotor halus. Oleh itu, latihan asas yang berterusan dengan teknik yang betul
membolehkan psikomotor tangan pelajar terbiasa untuk mewarna dengan baik dan berkesan.
Manusia tidak dapat berpisah dengan warna, terutamanya penggunaan warna dalam pengajaran
dan pembelajaran (Melvina & Hannah Fam 2018). Contoh bergambar yang betul dan jelas
dapat membantu murid untuk menghasilkan karya menggambar dengan baik (Ahmad, 2019)
sama juga dengan aktiviti mewarna. Cara mengaplikasikan warna yang tepat sangat penting
dalam membantu sesebuah karya menjadi lebih baik. Kenyataan ini sejajar dengan pendapat
Dzulkifli & Mustafar (2013) yang mempercayai bahawa warna adalah pengalaman visual
manusia yang paling penting. Saya mengambil pendekatan memperkenalkan intervensi
gabungan media dan bahan baharu yang murah dan mudah seperti pensil warna air dan pen
berus serta memperkenalkan teknik khas dengan menggunakan teori warna monokromatik
semasa mengaplikasikan aktiviti mewarna bagi meninhgkatkan kemahiran mewarna dalam
Pendidikan Seni Visual.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Seni Visual

Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk
pesakitnya. Oleh itu, guru berperanan dalam membantu memulih dan membimbing sesuatu
kemahiran sehingga pelajar berjaya menguasinya. Oleh yang demikian, guru berperanan dalam
mencari jalan dalam merangsang pelajar untuk lebih minat dalam sesi pembelajaran sekaligus
membantu mereka menguasi aktiviti yang dijalankan. Dalam kajian ini, alat bantu mengajar
haruslah menjadi intervensi yang memiliki ciri-ciri menarik dan mampu menimbulkan
keseronokan dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Keperluan terhadap pelaksanaan
strategi pengajaran yang baru, menyeronokan dan bermakna dengan resos yang sesuai serta
kemudahan TMK yang mencukupi mestilah dipenuhi (Nuraslin & Siti, 2019). Berdasarkan
kepada literatur ini, di samping menggunakan Kit Artcellent Monokromatik bagi membantu
pelajar mengukuhkan kemahiran mewarna dengan teknik yang mudah, saya juga menggunakan
TMK seperti peranti telefon dan aplikasi Whatsapp dan Facebook sebagai pengganti guru
mengajar semasa kelas PdPr. Perisian aplikasi TMK dalam mata pelajaran PSV sebagai amalan
terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna ke arah kemenjadian murid sejajar
dengan Pendidikan Abad Ke-21. (Bin Husain, H. 2021). Dapatan kajian daripada Suhaimi, Z.
A., & Hussin, R., (2018) telah membuktikan bahawa penggunaan Facebook dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan
kefahaman dan menarik minat murid berbanding kaedah konvensional. Penghasilan video
pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan juga menjadi faktor sampingan keberkesanan
intervensi ini dilaksanakan sebagai daya penarik dan menjadi motivasi pelajar untuk terus
berminat mengikuti kelas dalam talian.

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah
yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Metodologi adalah
pembelajaran atau penelitian sebagai usaha untuk menemukan metod-metod dan prinsip
prinsip pengorganisasian yang mendasari kelahiran ilmu, seni, dan disiplin lain di luar ilmu
dan seni (Bambang Sunarto, 2020).
Kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel
kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data
menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah
dalam mencapai objektif.

Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Teknik pengumpulan data hasil tugasan
pelajar adalah secara portfolio, e-portfolio, markah penilaian kertas 2 dan markah Penilaian
Bilik darjah (PBD). Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan
model McBride & Schostak (1994). Model ini menggariskan tujuh fasa perkembangan iaitu
Fasa 1 mengenal pasti isu permasalahan, Fasa 2 mengumpul data, Fasa 3 menganalisis data
dan membentuk hipotensi, Fasa 4 merancang langkah tindakan yang sewajarnya permasalahan
yang telah dikenalpasti, Fasa 5 ialah melaksanakan langkah tindakan dengan menggunakan
intervensi yang telah dicadangkan, Fasa 6 mengumpul data bagi mengesan perubahan yang
telah dialami oleh pelajar setelah intervensi dilaksanakan, Fasa 7 menganalisis data dan menilai
sekali lagi dapatan data yang telah diterima serta membuat refleksi. Tempoh penyelidikan
tindakan ini dilaksanakan adalah selama 12 minggu.

Persampelan

Pemerhatian di dalam kelas PdPc menggunakan kaedah persampelan tujuan atau judgment
sampling. Menurut Etikan, I., & Bala, K. (2017) Persampelan Judgmental ialah berdasarkan
penilaian dari penyelidikan mengenai siapa yang akan memberikan maklumat terbaik untuk
berjaya untuk kajian objektif. Pengkaji yang menjalankan penyelidikan perlu memberi
tumpuan kepada orang-orang yang mempunyai pendapat yang sama untuk memiliki maklumat
yang diperlukan dan bersedia berkongsi. Kaedah ini merujuk kepada sekumpulan pelajar yang
mempunyai ciri-ciri permasalahan dalam aktiviti mewarna sebagai sampel kajian. Dalam
kajian ini, seramai 14 orang pelajar dari kelas 5 Jade dipilih untuk menjadi pengukur
keberkesanan kajian intervensi yang dijalankan.

Instrumen kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah analisis dokumen
dengan menghasilkan data primer. Kaedah ini telah dilakukan dengan melihat hasil tugasan
pelajar yang dihantar ke Google Drive Geng Artcellent. Semasa proses ini, beberapa
gambar dan video telah diambil untuk dijadikan rujukan keberkesanan intervensi
yang dijalankan. Daripada dapatan data primer akan terhasil indikator dan petunjuk kejayaan
intervensi melalui penilaian prestasi melalui kerja rumah, markah PBD dan penghasilan video
PBL.

Prosedur kajian
Sebelum memulakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa langkah dan persediaan
yang perlu diambil dan diikuti, bermula dari awal kajian hinggalah proses penulisan laporan
akhir kajian yang lengkap. Tatacara kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
Antara permasalahan yang dapat dikenal pasti ialah pelajar masih mencari kemahiran
yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka. Selain daripada kelemahan untuk
mengenali media, ton, pencahayaan dan teknik yang sesuai, mereka juga mempunyai masalah
untuk mengatur masa menyiapkan tugasan di dalam kelas. Pelajar juga tidak begitu meminati
bidang seni visual dan tidak membuat tugasan yang diberikan. Rujuk rajah 2 dan 3.

Rajah 2: Peperiksaan pertengahan tahun Mei 2021 (sebelum intervensi)

Rajah 3: Aktiviti menghasilkan catan


semasa PdPc Mac-Mei 2021 (sebelum intervensi)

2. Membuat pemerhatian
Pengkaji memerhati apakah langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Pengkaji juga membuat penyelidikan kaedah yang sesuai untuk pelajar
menjalani kelas PdPr supaya lancar walaupun ketiadaan guru di samping mereka.
3. Refleksi berdasar inkuiri kendiri
Terdapat 10 inkuri kendiri yang dikenal pasti oleh pengkaji semasa membuat
pemerhatian ke atas pelajar yang terlibat. Antaranya ialah mengapa pelajar tidak mampu untuk
mewarna dengan baik dan apakah kesan jangka panjang sekiranya masalah ini berterusan dan
tidak dapat ditangani dengan kadar yang segera.

4. Membuat perancangan
Saya memperkenalkan alat bantu mengajar Kit Artcellent Monokromatik yang
membawa maksud alat intervensi untuk melahirkan pelajar cemerlang seni dengan
menggunakan warna mono yang mudah dengan memperincikan kaedah penggunaan Kad
Artcellent Monokromatik, Jom Artcellent Monokromatik, Jom Cuba dan Jom Taksir dengan
menggunakan bahan baharu seperti pensil warna air, pen berus dan pensil 9B kepada pelajar.
Rujuk rajah 4.
Rajah 4: Proses perancangan pelaksanaan intervensi
5. Melaksana langkah tindakan
Kajian dilaksanakan semasa kelas atas talian (PdPr) dari pertengahan bulan Mei hingga
pertengahan bulan Julai iaitu selama 12 minggu. Pengkaji menggunakan medium konvensional
(Kit Artcellent Monokroamtik) dan media digital baharu seperti aplikasi whatsapp dan
Facebook. Kesemua bahan di dalam Kit Artcellent Monokromatik ini merupakan langkah
kesinambungan di antara satu sama lain adalah seperti berikut:
i. Pelaksanaan langkah 1:
Pelajar diberikan kad Artcellent Monokromatik dan diminta untuk memahami fungsi 2 set
contoh imitasi ton yang menggunakan pensil warna air dengan air dan pensil warna air dengan
air. Pelajar harus menjadikan kad imitasi ini sebagai panduan semasa membuat latihan ton.
ii. Pelaksanaan langkah 2:
Pelajar diberikan modul Jom Artcellent Monokromatik setiap seorang. Pelajar dapat
memahami asas warna dengan mudah melalui aktiviti di dalam modul ini. Modul ini
mengandungi latihan tahap mudah dan sukar. Penggunaan kad Artcellent Monokromatik
sangat diperlukan untuk bahagian langkah mudah sebagai sumber imitasi dan berkembang ke
langkah sukar dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari dari langkah mudah.
iii. Pelaksanaan langkah 3:
Pelajar diberikan modul Jom Cuba untuk mereka membuat 5 latihan ringan semasa cuti
pertengahan tahun. Langkah ini diambil kerana pelajar ini sering lupa dengan pembelajaran
yang telah diajar. Pelaksanaan aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengimbas Kembali
pembelajaran yang lepas dan mengurangkan stress semasa belajar sewaktu PdPr selama
berminggu-minggu.
iv. Pelaksanaan langkah 4:
Untuk langkah terakhir, pelajar diberikan modul Jom Taksir sebagai penilaian kefahaman dan
keberhasilan intervensi yang dijalankan. Sebanyak 5 latihan format soalan sebenar diberikan
untuk pelajar membuktikan kemahiran mewarna mereka dengan menitikberatkan pengurusan
masa yang betul.

6. Membuat pemerhatian semula


Setelah melaksanakan langkah tindakan, pengkaji melaksanakan penilaian prestasi
melalui hasil kerja rumah, pemarkahan PBD dan penghasilan Video Projek Based Learning
(PBL). Proses langkah pemerhatian semula adalah seperti berikut:
i. Langkan permerhatian 1
Pelajar mula memahami bagaimana kad Artcellent Monokromatik berfungsi dan boleh
membezakan penggunaan kedua set imitasi yang diberikan.
ii. Langkan permerhatian 2
Pelajar dapat mengasah kemahiran psikomotor tangan untuk memegang pensil dengan betul.
Daripada kemahiran baru yang dipelajari, pelajar dapat mengahasilkan ton warna dengan tepat
dan bersesuaian dengan pencahayaan yang sepatutnya sesebuah karya perlukan.
iii. Langkan permerhatian 3
Pelajar dapat melakukan aktiviti mewarna dengan bebas tanpa tekanan. Pelajar mula
menunjukkan minat dalam aktiviti mewarna.
iv. Langkan permerhatian 4
Berpandukan video tutorial yang diberikan oleh guru, pelajar dapat menghasilkan aktiviti
mewarna tugasan dengan lebih cepat dan bersistematik. Pelajar mula menunjukkan
peningkatan dari segi kualiti warna, ton, pengcahayaan dan masa di dalam hasil tugasan
mereka.

7. Membuat refleksi semula


Refleksi merupakan suatu aktiviti untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran
yang berkesan dan juga bertindak sebagai suatu proses pembangunan diri seseorang guru.
Refleksi juga merupakan kaedah memperbaiki kelemahan melalui langkah tindakan yang telah
dibuat. Sekiranya kurang berjaya, pengkaji harus menjalankan kembali langkah pertama
sehinggalah berjaya. Pelajar dapat memahami dan berjaya dalam menyelesaikan masalah
mewarna yang mereka hadapi. Pelajar lebih fokus dalam PdPr dan dapat mencapai objektif
pengajaran yang ingin diperolehi.

DAPATAN KAJIAN TINDAKAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan soalan inkuiri kendiri dan
catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1. Pemerhatian ini dilakukan dengan
menggunakan senarai semak yang disediakan oleh pengkaji sebelum menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2 berikut merupakan dapatan pemerhatian melalui senarai
semak terhadap 14 orang peserta kajian.

Jadual 1: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri

INKUIRI KENDIRI REFLEKSI


Kemahiran apakah yang Mewarna objek yang sesuai dengan tahap kriteria pemarkahan
mereka lemah? DSKP PSV
Mengapakah pelajar Aktiviti bersemuka amatlah singkat semasa tingkatan 4
mengalami masalah menyukarkan guru mempekenalkan kemahiran memilih media
mengenali kemahiran mewarna. Pelajar juga tidak fokus semasa pembelajaran didalam
sendiri? kelas.
Apakah latar belakang Ada beberapa pelajar sememangnya lemah dalam seni visual dan
pelajar ini? berlatar belakang semasa menengah rendah adalah daripada
aliran muzik.
Mengapakah media yang Pendekatan guru tentang media poster warna dan pensil 9B
digunakan sebelum ini di arasnya lebih tinggi menyebabkan pelajar tidak mampu untuk
dalam kelas tidak berjaya memahami dengan lebih jelas.
membuat mereka faham?
Apakah kesan kepada Pelajar akan terus tidak mahir mewarna dengan teknik yang betul
pelajar sekiranya dan tidak dapat mengenali media warna dengan kadar dengan
masalah ini berterusan tepat.
dan tidak ditangani
dengan kadar segara?
Apakah tahap kebolehan Pelajar harus menguasai teknik mewarna sewarna dan cara
asas yang pelajar perlu menetapkan pencahayaan dalam sesebuah karya.
dikuasi sebelum
mempelajari asas
mewarna?
Mengapa pelajar Pelajar tidak membawa bahan asas mewarna ke kelas dan terpaksa
mengalami masalah ini berkongsi bahan yang terhad bersama rakan lain semasa aktiviti
semasa pdp? mewarna dijalankan. Selain daripada pelajar tidak mahir membuat
eksperintasi warna seperti campuran biru dan kuning
menghasilkan warna hijau kerana pelajar cetek warna. Pelajar juga
tidak mahir mengaplikasikan kepelbagaian saiz berus semasa
mewarna kerana buta berus. Guru pula mengambil banyak masa
untuk memberikan penerangan terperinci cara mengaplikasikan
teknik yang diajar sehinggakan kekangan waktu mengajar.
Mengapa pelajar Pelajar kurang mahir mewarna sehingga mengambil masa yang
mengalami masalah lama untuk menyiapkan sehelai kertas tugasan. Pelajar memiliki
mengatur masa semasa patern mewarna tahap yang rendah kerana kebiasaan
membuat latihan? menggunakan teknik sekolah rendah iaitu menggunakan pensil
warna. Pelajar juga kurang berlatih di rumah dan mengharapkan
100% aktiviti di dalam kelas sahaja.
Mengapa pelajar tidak Pelajar takut untuk mencuba sendiri tanpa bimbingan dari guru
melibatkan diri secara dan mereka tidak yakin untuk menunjukkan hasil yang tidak
aktif semasa belajar? menarik kepada guru. Pelajar mengalami masalah ART-phobia
yang tinggi kerana dalam fikiran mereka seni itu memiliki tahap
kesukaran yang tinggi dan sifat malu untuk bersaing masih lagi
tinggi dalam diri mereka.
Apa yang perlu guru Semasa PdPc guru perlu mewujudkan suasana kelas yang ceria
lakukan untuk seperti guru perlu mesra menyambut kehadiran pelajar ke Studio
menggalakan pelajar Artcellent. Guru juga perlu memberikan kebebasan kepada
melibatkan secara aktif di pelajar untuk berkarya. Semasa PdPr pula guru perlu
dalam pembelajaran? menyediakan video-video pengajaran yang menarik untuk
ditonton oleh pelajar. Hasil karya mereka akan dimuat naik ke
laman Facebook Geng Artcellent sebagai bentuk penghargaan
supaya pelajar lebih seronok menghantar tugasan yang diberikan.

Jadual 2: Pemerhatian melalui senarai semak penghantaran tugasan bagi tahun 2020 dan 2021
Jadual 3: Graf pemerhatian melalui senarai semak penghantaran tugasan
Rajah 5: Penghantaran tugasan oleh pelajar

Berdasarkan refleksi, pelajar dapat meningkatkan kemahiran menginterprestasikan


nilai warna, ton, pencahayaan dan pengurusan masa yang baik dalam sesebuah karya dengan
gabungan warna pensil air dan pen berus. Kekerapan menghantar tugasan juga menjadi titik
tolak keberhasilan intervensi ini.

Penilaian Pencapaian Murid

Pemerhatian ini dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang disediakan oleh pengkaji
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4 berikut merupakan dapatan
pemerhatian melalui senarai semak terhadap 14 orang peserta kajian.

Jadual 4: Dapatan pemerhatian melalui senarai semak markah Kertas 2 dan PBD
Bagi markah kertas 2, seramai 9 orang pelajar tidak dapat melepasi 30 markah bagi
peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei. Bagi Test pada bulan Julai pula, 100% pelajar
berjaya memperbaiki markah masing-masing dimana rata-rata pelajar mendapat markah
melebihi 30 markah minimum lulus. Sebanyak 5 orang pelajar dapat tahap 2 di dalam penilaian
PBD pada bulan Mac dan kesemua pelajar dapat melepasi tahap 4 pada pentaksiran bulan Julai
kerana peserta kajian dapat menjalankan aktiviti dengan baik melalui tugasan yang diberikan
melaksanakan intevensi dengan bersungguh-sungguh dan penuh fokus.
Refleksi saya, terdapat peningkatan pencapaian murid yang ketara dalam menguasai
kemahiran mewarna selepas intervensi dilaksanakan. Pelajar berjaya meningkatkan keyakinan
diri semasa mengaplikasikan, eksperimentasi dan penerokaan media baharu dalam aktiviti
mewarna. Secara keseluruhnya, semua pelajar berjaya mencapai tahap pencapaian yang baik,
iaitu mengikut perbandingan penghantaran tugasan di rajah 6.

Rajah 6: Perbandingan kualiti mewarna selepas intevensi

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN


Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada
objektif kajian.
Objektif 1: Meningkatkan kemahiran menginterprestasikan nilai warna, ton,
pencahayaan dan pengurusan masa yang baik dengan menggunakan media gabungan
warna pensil air dan berus.

Saya mendapati dengan penggunaan intervensi ini dapat menghasilkan pulangan yang positif
kepada pelajar semasa melakukan aktiviti mewarna. Pelajar mampu untuk
menginterprestasikan nilai warna, ton dan pencahayaan yang tepat pada setiap tugasan. Pelajar
juga mampu mengurus masa dengan baik semasa aktiviti mewarna dijalankan. Peruntukan
masa selama satu jam lima belas minit diaplikasikan secara berterusan walaupun pada mulanya
agak sukar untuk diamalkan. Dengan menggunakan media gabungan warna pensil air dan pen
berus, masalah masa dapat diatasi kerana penggunaan kedua bahan ini sememangnya dapat
menjimatkan masa. Psikomotor tangan pelajar juga akan terbentuk dengan baik dalam
mengaplikasi latihan yang berterusan dengan menggunakan kad imitasi Artcellent
Monokromatik dengan media gabungan bahan baharu ini. Menurut Bin Husain, H. (2021) Seni
lukis merupakan salah satu bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum berupaya bertutur
dan merupakan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis memberi
kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan
emosi selain membina kekuatan otot. Secara tidak langsung menajamkan daya intuisi kanak-
kanak.
Walaupun masih di tahap bukan profesional, hasil yang ditunjukkan oleh pelajar boleh
dikategorikan cemerlang pada tahap sekolah menengah kerana dari segi pemarkahan kertas 2,
mereka mampu untuk melepasi markah minima logika untuk lulus dalam peperiksaaan PSV.
Penghasilan tugasan yang tepat pada waktunya dan lebih berkualiti membolehkan mereka
mendapat Tahap Penguasaan (TP) 4,5 dan 6 seperti mana yang termaktub di dalam DSKP PSV
tingkatan 4 dan 5. Bagi meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam PdPc yang
dijalankan, pemilihan aktiviti dalam bilik darjah perlulah bersesuaian dengan pelajar. Banyak
faktor yang harus dipertimbangkan sebelum menjalankan aktiviti (Nor, R. M., Yusoff, N. M.
R. B. N., & Haron., H. B, 2020)
Alat intervensi ini berjaya membantu dalam perubahan sikap dalam menarik minat
pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual dan di samping meningkatkan kemahiran mewarna.
Penggunan alat bantu mengajar ini menjadikan terapi kepada pelajar untuk merasa senang
dengan aktiviti mewarna yang dijalankan dan sebagai persediaan untuk tugasan yang lebih
rumit. Menurut Shahuddin, S. A., Khairani, M. Z., & Ibrahim, M. N. (2021) tugasan seni
terapeutik merupakan ‘warm up acitivity’ dan sesuai dilaksanakan sebelum pengajaran sebenar
PSV bermula. Aktiviti yang terdapat dalam tugasan seni terapeutik ini lebih mudah dan
membantu murid untuk bersedia mempelajari pelajaran seterusnya. Selain berfungsi sebagai
kaedah penilaian untuk keberkesanan intervensi yang dijalankan, pelajar perlu menunjukkan
bukti kefahaman terhadap intervensi ini dengan menghasilkan karya yang paling terbaik secara
berperingkat. Pelajar memberi respon mewarna modul tugasan dengan menggunakan teknik
dan strategi mewarna yang diperkenalkan amat mudah difahami dan hasil mewarna mereka
menjadi lebih cantik daripada sebelumnya.

Objektif 2: Meningkatkan keyakinan pelajar semasa mengaplikasikan, eksperimentasi


dan penerokaan media baharu dalam aktiviti mewarna.

Melalui pengamatan saya sepanjang intervensi dijalankan, pelajar mula mampu untuk
menonjolkan bakat yang lama terpendam kerana kurang galakan dan pendedahan mengenai
kemahiran mewarna sebelum ini. Pelajar sudah mula membuat eksperimentasi dan penerokaan
media baharu semasa mewarna. Pelajar berjaya mengaplikasikan teknik yang dipaternkan ke
dalam hasil-hasil karya yang diberikan. Pelajar juga tidak sabar untuk mendapatkan video
tugasan yang baharu dan bersungguh-sungguh menghantar tugasan di Google Drive masing-
masing. Penggunaan TMK dalam pengajaran sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan
pelajar dengan dunia ICT di samping penghasilan video PBL dengan menggunakan pelbagai
aplikasi telefon, pelajar dapat menghasilkan video kreatif hasil dari proses penggunaan
intervensi yang dijalankan. Menurut Bin Husain, H (2021) berdasar dapatan kajian jelas
menunjukkan aktiviti seni yang menggunakan perisian aplikasi TMK dapat meningkatkan
integrasi domain pembelajaran dalam kalangan murid. Setiap aktiviti seni yang dilakukan
berasaskan teknologi ada sumbangan dari aspek pembangunan kognitif, pembinaan afektif dan
pengurusan psikomotor secara serentak. Menurut Seman, M. S., & Khairani, M. Z. (2020)
Project base learning meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan yang mewujudkan komunikasi dua hala.
Pelajar juga lebih berkeyakinan untuk menyertai pertandingan-pertandingan seni visual
ke peringkat lebih tinggi seperti Pemeran Artgeng, Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah,
Pertandingan Antarabangsa Generasi 21 dan Doodle kemerdekaan anjuran badan kerajaan.
Saya juga teruja melihat hasil karya mereka yang lebih matang dan sangat cemerlang. Ada
antara mereka memenangi pertandingan tersebut.
Objektif 3: Menjadikan guru lebih bersedia untuk proses PDPr dan pengurusan
tugasan secara lebih sistematik.
Kemenjadian pelajar pada kajian ini menjadikan guru lebih bersedia untuk proses PdPr dan
cara pengurusan pemberian tugasan kepada pelajar menjadi lebih sistematik dan menarik. Guru
juga menjadi seronok dan tidak sabar untuk berjumpa pelajar di kelas yang seterusnya.
Penambahbaikan dari segi penggunaan ICT dalam pengajaran juga amat memberi kesan yang
baik dalam proses penyebaran maklumat kepada pelajar. Perubahan sikap guru juga sangat
membantu dalam menjayakan intervensi ini. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran
multimedia interaktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah
konvensional. (Basiron, I. 2012). Mengikut kajian Abdullah, N. A., & Amran, M. S. (2021)
guru-guru berperanan untuk memilih kaedah PdPr yang dirasakan paling sesuai dan efektif
supaya murid-murid mendapat manfaat yang optimum melalui PdPr yang dilaksanakan semasa
pandemik Covid -19. Oleh yang demikian, saya mencuba untuk melakukan pembaharuan
menggabungkan pdp yang konvensional dengan pdp kaedah TMK berkonsepkan ICT yang
interaktif.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah melihat kelemahan dan kekuatan pelajar, ada
perkara perlu ditambahbaik agar dapat menambah kualiti sesi pengajaran yang akan diadakan
pada masa akan datang. Pada pemerhatian yang pertama, pengajaran guru yang tidak dapat
memahami kemahiran sedia ada pelajar menjadikan permasalahan ini sedikit rumit untuk
diselesaikan disamping kekakangan masa bersama pelajar yang singkat. Namun setelah
meneliti permasalahan ini, saya telah merangka semula rancangan intervensi yang lebih teratur
dan berstruktur agar pelajar dapat mempelajari kemahiran mewarna dengan mudah dan
berjaya. Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, pelajar menyatakan teknik baharu yang
diperkenalkan oleh guru berjaya memikat hati mereka untuk mewarna dengan lebih kerap.
Kesimpulannya, semoga hasil kajian ini dapat mencetuskan idea untuk mewujudkan proses
pengajaran yang lebih menyeluruh, efisyen dan lebih berkesan kepada guru-guru lain dalam
menghasilkan pelajar yang kreatif dan kritis di bawah payung seni visual.

RUJUKAN
Affifatukakmar (2017) Aplikasi Teknik Latih Tubi Meningkatkan Kemahiran. IPG kampus
Rajang. Muat turun daripada: https://pdfslide.tips/documents/aplikasi-teknik-latih-
tubi-meningkatkan-kemahiran-mewarna.html

Abdullah, N. A., & Amran, M. S. (2021). Perspektif guru terhadap penglibatan urid dan
pembelajaran secara atas talian semasa pendemik Covid-19 di Malaysia [Teacher
perspektif of student involment in online teaching and learning during the Covid-19
pandemic in Malaysia]. International Journal of Advanced Research in Islamic
Studies and Education, 1(4), 32-39.

Bambang Sunarto, 2020. METODOLOGI PENCIPTAAN SENI. INSTITUT SENI


INDONESIA SURAKARTA
Basiron, I. (2012). Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran seni
visual (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Belland, B. R. (2014). Scaffolding: Definition, current debates, and future directions. In


Handbook of research on educational communications and technology (pp.505-518).
Springer, New York, NY.

Bin Husain, H. (2021). Penggunaan perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
meningkatkan integrasi domian pembelajaran dalam karya murid belajar gaya
visual. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(1), 140-160.

Dr. Sajap Maswan, (2013). Mengaplikasikan Teori-Teori Pembelajaran di dalam Mereka


Bentuk Bahan Pengajaran berasaskan ICT untuk Pendidikan Seni Visual. Institut
perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Muat turun daripada:
https://sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv.pdf

Dzulkifli, M. A., & Mustafar, M. F. (2013). The influence of colour on memory performance:
A review. The Malaysian journal of medical sciences: MJMS, 20(2), 3.

Etikan, I., & Bala, K. (2017). Sampling and sampling methods. Biometrics & Biostatistics
International Journal, 5(6), 00149.
Khairil Azmil Ahmad (2019). Mini Diorama Art (Minda) meningkatkan pemahaman pelajar
seni dalam proses penghasilan karya.

Mohd Ima Alili Azmi (2016). Meningkatkan kemahiran murid mengenal warna asas dan
warna sekunder menggunakan roda warna. Muat turun daripada: https://www.
academia.edu/ 27683502

Nor, R. M., Yusoff, N. M. R. B. N., & Haron, H. B. (2020). Meneroka Kaedah Pengajaran
Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 125-140.

Pratama, U. N. (2020). Analisis Gaya Belajar Mahasiswa Pendidikan Seni Pertunjukan


Berdasarkan Modalitas Preferensi Sensori. JINOTEP Jurnal Inovasi Teknologi
Pembelajaran, 7(2), 107-115.

Quah Wei Boon, (2017). Fleming VAK sebagai gaya pembelajaran pembelajaran terkesan.
Kolej Komuniti Sungai Petani. Muat turun daripada: https://www.researchgate.net/
publication/321361237

Rauf, F. A., & Tan, W. H. (2020). Potensi realiti terimbuh dalam aktiviti mewarna: Satu
kajian di sebuah prasekolah. Southeast Asia Early Childhood Journal, 9(2), 1-10.

Seman, M. S., & Khairani, M. Z. (2020). Pendekatan Project Base Learning Mural
Pendidikan Seni Visual Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran. Journal of
Applied Arts, 2(1), 158-163.

Shahuddin, S. A., Khairani, M. Z., & Ibrahim, M. N. (2021). Tugasan seni terapeutik dalam
meningkatkan tahap keyakinan diri murid di Sekolah Rendah. KUPAS SENI: Jurnal
Seni Dan Pendidikan Seni, 9(2), 42-51.

Suardipa, I. P. (2020). Proses Scaffolding Pada Zone Of Proximal Development (ZPD)


Dalam Pembelajaran. Widyacarya: Jurnal Pendidikan, Agama dan Budaya, 4(1), 79-
92.
Suhaimi, Z. A., & Hussin, R. (2018). Inovasi Penggunaan Facebook Sebagai Satu Media
Pengajaran dan Pembelajaran Murid Sekolah dalam Pendidikan Seni Visual. KUPAS
SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6.

Anda mungkin juga menyukai