Anda di halaman 1dari 4

FOTOSINTESIS

Fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Di dalamkebanyakan tumbuhan yang menjalankan fotosintesis, proses fotosintesis, menghasilkan penggunaan karbon dioksida dan air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks dan gas oksigen. Dalam masa proses ini, tenaga cahaya daripada matahari ditukar menjadi tenaga yang mengikatkan atom-atom di dalam molekul gula.

Kepentingan Fotosintesis Dalam Mengekalkan Ekosistem Seimbang


Proses menghasilkan makanan sendiri oleh tumbuhan hijau dipanggil fotosintesis. Fotosintesis memerlukan cahaya matahari, air, karbon dioksida dan kehadiran klorofil.

Proses fotosintesis adalah seperti berikut :

Klorofil adalah pigmen hijau yang terdapat dalam kloroplas pada sel tumbuhan.

Sel Tumbuhan

Klorofil yang terdpat dalam sel tumbuhan

Semasa proses fotosintesis, cahaya matahari ditangkap oleh klorofil yang terdapat pada daun. Karbon dioksida (CO2) dari udara masuk ke dalam daun melalui stomata. Air diserap oleh tumbuhan dari dalam tanah melalui akar dan diangkut ke batang dan daun melalui jaringan xylem.

Fotosintesis

Molekul air dipecah oleh tenaga cahaya matahari menjadi oksigen dan hidrogen. Molekul hidrogen bergabung dengan molekul CO2 membentuk glukosa. Oksigen dilepaskan ke udara, dan glukosa diedarkan ke seluruh bahagian tumbuhan.

Glukosa digunakan untuk aktiviti kehidupan tumbuhan. Sebahagian glukosa diubah menjadi amilum dan disimpan di akar, batang, biji atau buah sebagai cadangan makanan. Cadangan makanan ini digunakan oleh manusia dan haiwan sebagai sumber makanan.

Fotosintesis mengekalkan ekosistem seimbang kerana:

Fotosistesis adalah satu-satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia. Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah pengeluar. Ia adalah sumber utama tenaga bagi pengguna dalam siratan makanan.

Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara Kitar Karbon Kitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.

Kitar Oksigen

Kitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan. Oleh itu ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau

Anda mungkin juga menyukai