Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

0600, JITRA KEDAH

SK KAMPUNG KUPANG 95400 SARATOK, SARAWAK

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN


MINGGU : 9 (7-11 OGOS 2023)

NAMA : NURUL HAFIZATULHUSNA BINTI MOHD HALIN


PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA GURU PEMBIMBING : MOHAMAD ADIKA BIN ROSLAN
NAMA PENSYARAH/ PENYELIA : MOHD SHAHIDAN BIN RAMLI / MOHD FIKRI BIN ISMAIL

TAJUK : INTERAKSI BERSAMA MURID DI DALAM KELAS

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3 bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Sepanjang sesi pengajaran tersebut, saya telah mendapati
penglibatan murid untuk berinteraksi agak kurang dan murid yang aktif untuk berinteraksi
hanyalah murid yang sama. Jika terdapat murid yang berlainan untuk memberikan respon,
murid tersebut mungkin akan memberikan respon yang agak sedikit lambat.

JURNAL
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):
Saya banyak menggunakan teknik meminta untuk murid memberikan respon secara
sukarela. Ini telah mengakibatkan hanya murid yang pantas dan mempunyai tahap kecerdasan
kognitif yang lebih sahaja yang memberikan respon. Lalu murid-murid yang mempunyai
kekurangan akan menjaid agak terpinggir di dalam kelas.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):
Interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan
mewujudkan kelas yang tidak kondusif yang menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi
(Jamian, Othman & Ishak, 2016). Terdapat pelbagai kepentingan dalam komunikasi iaitu
membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya menimbulkan minat dan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bijak berkomunikasi dengan
pelbagai tahap kecerdasan murid di dalam kelas agar setiap apa dipelajari dapat dicapai oleh
setiap murid dengan sebaiknya.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :
1. Saya perlu menguasai dengan tepat terlebih dahulu kemahiran-kemahiran pengajaran yang
mampu melibatkan semua murid sebelum kelas bermula.
2. Menggunakan senarai nama ataupun cabutan nama untuk mengelakkan pengulangan orang
yang sama memberikan respon.
3. Sering memberikan galakan kepada murid untuk memberikan respon dan juga
mengingatkan kepada murid agar sentiasa memberi peluang dan juga sokongan kepada rakan-
rakan yang lain untuk turut memberikan respon ataupun bertanya.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


Tempoh masa yang dijangkakan ialah 2 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya melaksanakan tindakan seperti yang dicatat pada cadangan dan penyelesaian diatas.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN


9 Ogos 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Berdasarkan langkah yang dicadangkan, murid dapat bergiat dengan lebih aktif sewaktu
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Saya juga semakin menguasai
kemahiran komunikasi selepas melakukan tindakan sususlan atas nasihat daripada guru-guru
yang berpengalaman khususnya guru pembimbing praktikum saya.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN:


Kesimpulannya, saya perlu lebih bersedia, cakna dan merujuk dahulu guru pembimbing
ataupun pensyarah tentang sesuatu kemahiran sebelum menggunakannya di dalam kelas. Di
samping itu, saya juga perlu lebih kreatif dalam memberikan sesuatu arahan atau
menyampaikan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid sekaligus menarik perhatian
mereka untuk memberikan respon..

RUJUKAN

Jamian, A. R., Othman, S., & Ishak, S. (2016). Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 42-51

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________

Anda mungkin juga menyukai