Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

MINGGU : 9
TARIKH : 30 Mac 2014 3 April 2014
TAJUK : Kurangnya amalan berterima kasih dalam kalangan murid

1. MASALAH

Pada minggu kesembilan ini, saya telah mengenalpasti satu masalah yang agak
ketara iaitu murid-murid yang kurang mengamalkan budaya berterima kasih, baik
kepada guru mahupun rakan-rakan mereka. Hal ini saya lihat telahpun berlaku dari
minggu yang sebelumnya. Murid-murid memandang remeh amalan berterima kasih
ini, terutamanya setelah tamat sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Murid-murid ini biasanya harus diingatkan setiap masa apabila saya ingin keluar dari
kelas.

2. ANALISIS
Saya telah menganalisis sebab-sebab berlakunya masalah yang saya hadapi ini.
Masalah ini berlaku mungkin kerana amalan berterima kasih ini tidak atau kurang
diterapkan dalam diri murid-murid. Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid akan sibuk untuk mengemas buku atau alat tulis mereka, tanpa berdiri
dan mengucapkan terima kasih terlebih dahulu. Budaya berterima kasih ini
seharusnya menjadi amalan harian murid-murid kerana ianya merupakan salah satu
amalan yang mulia. Murid-murid juga dapat dilatih agar sentiasa menghargai dan
mengamalkan cara hidup yang mulia.





3. CADANGAN UNTUK MENGATASI
Berikut merupakan beberapa cadangan yang harus saya gunakan untuk mengatasi
masalah ini
I. Saya akan menegur dan memperingatkan murid untuk sentiasa
mengucapkan terima kasih, terutamanya setelah selesai sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saya akan selalu mengingatkan mereka bahawa amalan
sentiasa berterima kasih kepada guru terutamanya harus dijadikan amalan
yang berterusan dan bukannya pada ketika waktu PdP saya sahaja. Hal ini
kerana, peneguhan yang berulang kali akan mampu untuk menjadikan
amalan ini terus dibudayakan oleh murid-murid di sekolah ini.

II. Saya juga akan membuat dan menyediakan peraturan bilik darjah bersama-
sama dengan murid. Saya akan memberi penerangan yang jelas kepada
murid-murid tentang apa yang ingin dicapai bersama-sama dengan mereka.
Hal ini diharap akan memberi kesan dalam diri tiap-tiap orang murid dan
seterusnya menjadikan amalan berterima kasih ini sebagai budaya hidup
mereka, dan bukannya di sekolah semata-mata.


4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Saya perlu sentiasa mengingatkan murid-murid agar menjadikan amalan berterima
kasih ini sebagai salah satu amalan rutin dalam kehidupan mereka sehari-harian.
Meskipun pengamalan budaya berterima kasih ini dilihat sebagai perkara yang
remeh, ianya sediki sebanyak memainkan peranan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.




5. PENILAIAN KEJAYAAN
Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik untuk masa yang akan datang, saya akan
berkongsi pandangan dengan pasangan praktikum untuk mendapatkan input yang
lebih baik terutamanya mengenai permasalahan ini. Selain itu, saya akan melihat
kepada perubahan dalam diri murid-murid itu sendiri. Mungkin jka terdapat kelas
yang saya ajar sebelum ini, tidak menjadikan amalan ini sebagai budaya mereka,
kemungkinan amalan ini beransur-ansur akan saya lihat selepas ini.
6. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan sentiasa mengingatkan murid agar sentiasa membudayakan amalan
berterima kasih ini dalam kehidupan mereka sehari-hari. Hal ini kerana ianya akan
memberikan kesan yang positif kepada diri mereka sendiri dan orang di sekeliling
mereka.

Tandatangan guru pelatih
...........................................
(NUR SHAMIMI BT BAT LATIF)




Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan
Nama
Tarikh

Tandatangan
Nama
Tarikh

Anda mungkin juga menyukai