Anda di halaman 1dari 3

LATAR BELAKANG Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu

kepada kanakkanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin
terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula
selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di
Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan
prasekolah bermula pada tahun 1940 an.Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula
pada era 1950-an didorong oleh sistem pendidikan British dan hanya dimonopoli oleh
golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang
tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984.
Maka tercetuslah idea dan semangat daripada kami ingin mewujudkan “little cemerlang”
berdasarkan konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman
Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua
ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Berkonsepkan modul pengajaran di
pusat didikan ini adalah bersesuaian dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan modul bahasa, sains
dan teknologi supaya menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri bagi
memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak lebih optimum dan bersedia
apabila memasuki alam persekolahan formal di umur 5 tahun
1.2 VISI Little Cemerlang satu strategi awal bagi memberikan perhidmatan pendidikan awal
kanak-kanak yang sistematik- visi ini harapan kami menghasilkan insan berjiwa murni,
berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosio-
ekonomi global.

1.3 MISI Memberi pendedahan awal kepada ilmu dan teknologi Membentuk budaya yang
cintakan ilmu pengetahuan Memupuk generasi yang berdisiplin dan berketerampilan

1.4 OBJEKTIF PENUBUHAN • memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak


lebih optimum • mengasaskan pendidikan sepanjang hayat • berkemahiran menangani
perubahan teknologi • sebagai satu pembentukan individu yang menekankan intelektual
secara umum terhadap sesuatu subjek • Kanak-kanak dapat menggunakan Bahasa Inggeris
dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi •
Kurikulum yang disediakan selaras kehendak kementerian dan penekanan kurikulum
tambahan yang lain. 1.5 MAKSUD DAN NAMA TADIKA Kami menamakan tadika ini dengan
sebutan LITTLE CEMERLANG untuk member inspirasi awal serta menunjukkan usaha dan
matlamat kami iaitu untuk menjadikan pusat pendidikan awal pilihan yang terbaik
berdasarkan standard program prasekolah kebangsaan. Maksud setiap perkataan adalah
seperti berikut: Little : Di ambil daripada perkataan Inggeris iaitu bermaksud kanak-kanak
kecil yang dibawah jagaan dan perlingdungan daripada ibu bapa dan penjaga.

Cemerlang : Mengambil nama daripada kamus dewan yang membawa maksud bersinar
dengan terang/gilang-gemilang/indah sekali/sangat baik. 2.
4.2 DESKRIPSI TUGAS b) KETUA GURU / PENGURUS i ) Tanggungjawab Utama -
Pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. ii) Tanggungjawab Operasi - Mewujudkan
hubungan dua hala komuniti dan agensi-agensi luar. - Mengurus kurikulum dan ko-
kurikulum. iii) Tugas-tugas Harian - Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67
1982 (pindaan). c) GURU TADIKA
i) Tanggungjawab Utama - Bertanggungjwab dalam pengajaran dan pembelajaran. ii)
Tanggungjawab Operasi - Membantu menguruskan bank soalan. - Menjadi guru biro. -
Melaporkan kepada Guru Kanan tentang masalah pelajar (tingkah laku/pelajaran) -
Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. iii)
Tugas-tugas Harian - Menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH) - Merekod kehadiran
murid. - Memastikan keselamatan murid. - Memastikan kebersihan/menambah bahan bantu
mengajar

d) PENGASUH / PEMBANTU i) Tanggungjawab Utama - Membantu guru di dalam kelas. ii)


Tanggungjawab Operasi - Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. iii) Tanggungjawab Harian - Membantu guru mengawasi dan
membimbing murid dalam pelajaran. - Menyediaan dan menyusun makanan untuk diagihkan
kepada murid. e) PEKERJA AM i) Tanggungjawab Utama - Membersihkan kawasan tadika.
ii) Tanggungjawab Operasi - Memastikan peralatan seperti mesin rumput, penyapu dan lain-
lain dalam keadaan baik dan dijaga baik. - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Besar/Pengurus. iii) Tanggungjawab Harian - Menyapu sampah. - Membersihkan
tandas, longkang dan stor. - Menyiram dan menjaga pokok bunga. 0 MAKLUMAT LOKASI
TADIKA 12.1 Lokasi dan Maklumat No 1, Jalan Meranti Putih 2, 42200, Kapar, Selangor.
12.2 Jenis Bangunan

Sebuah bangunan tadika satu tingkat . 12.3 Hakmilik tanah Muhamad Zuhdi bin Mat Diah
12.4 Sekatan kepentingan Rumah kediaman 12.5 Syarat nyata tanah Hak milik kekal 12.6
keluasan Tanah: 300 meter persegi Ruang lantai: lantai 1 x 190 meter persegi

13.0 BUTIR-BUTIR KEMUDAHAN YANG AKAN DISEDIAKAN

13.1 Tingkat bawah  pandang dengar berkeluasan yang dilengkapi dengan LCD projector,
video player, radio, buku-buku cerita dan buku-buku pengetahuan am.  1 ruang dapur  2
bilik air  1 ruang makan  2 bilik darjah memuatkan 20 orang setiap satu bilik  Sudut IT
mempunyai satu komputer untuk pengajaran dan pembelajaran

13.2 Kemudahan-kemudahan lain  Semua ruang dalam dilengkapi kipas angin kecuali bilik
air dan dapur.  Ruang laman luar – luas, sebahagian tanah berumput dan sebagaian
berpasir (sand play area), dilengkapi alat main luaran   MAKLUMAT PREMIS TADIKA 15.1
Aspek kemudahan : Segala kemudahan yang disediakan menepati syarat-syarat pihak yang
berkenaan

15.2 Keselamatan : Dari aspek keselamatan kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan tadika
amat ditekan sama ada di dalam atau sekitar tadika. Kami menyediakan alat pemadam api,
pintu belakang dan depan. Pintu depan dan belakang memudahkan jika berlaku sebarang
kemalangan. Setiap kakitangan juga diberi latihan untuk menghadapi sebarang situasi

15.3 Lalu lintas : Ibu bapa kanak-kanak perlu berhenti di hadapan tadika untuk menunggu,
menghantar dan mengambil anak mereka. Guru dan kakitangan yang berkenaan akan
menunggu di dalam kawasan dalam tadika bersama anak mereka sehingga dijemput ibu
bapa mereka.

15.4 Alam sekitar : kawasan perumahan Meranti Putih adalah kawasan yang masih baru dan
penduduknya masih kurang tetapi terdapat banyak kawasan perumahan yang lain
disekitarnya.
15.5 Sosial : majoriti penduduk di kawasan ini berbangsa Melayu tetapi terdapat juga
penduduk yang berbangsa Cina dan India. 16.0 Rumusan Segala prosedur telah kami turuti
sama ada dari pihak berkuasa dan penduduk. Kami juga telah mendapat persetujuan dari
penduduk setempat untuk menubuhkan tadika Little Cemerlang ini. Kami berharap impian
kami untuk melahirkan insan yang cemerlang dan menjadikan pemangkin untuk memajukan
bangsa, negara dan berjasa juga pada agama tercapai. Bak kata pepatah, “melentur buluh
biar dari rebungnya”. KURSUS / PROGRAM Little Cemerlang menggunakan modul ataupun
kurikulum yang mengikut peruntukan dan peraturan yang bersesuaian dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia Antara kurikulum terkandung dalam programe Little Cemerlang adalah : 1) Bahasa
Malaysia

2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Bahasa Inggeris Mandarin Sains Matametik Information communication technology (ICT)


Muzik Moral Dan P.Islam Seni

BILANGAN MAKSIMA PELAJAR Kami menganggarkan pengambilan maksimum murid


adalah sebanyak 40 orang.

BAHASA PENGANTAR UTAMA / KEDUA Bahasa penghantar utama yang kami


menggunakan adalah Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu menghadapi masa depan
yang cerah dan kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin, dari
segi penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat Malaysia. Bahasa kedua adalah
bahasa Inggeris kerana menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi
membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa
Inggeris.

SEKIAN DARI KAMI......... yuran sebulan struktur pembayaran yuran Little Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai