Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PARAS 7, BLOK J,(SELATAN) Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat:”PELAJARAN”

KP(BS)8591/Jld.VIll (32)

13 Februari 1996.

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y. Bhg. Dato'/Datuk[Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1996


Sikap Mengutamakan Keceriaan
Dan Kebersihan Di Kalangan Pelaiar

Persoalan mengenai sikap mengutamakan keceriaan dan kebersihan di kalangan para


pelajar telah disuarakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini . Hal ini timbul
melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan yang wujud di sekolah-sekolah pada masa
kini.

2. Seperti Yang Bhg. Dato'/Datukrruan sedia maklum, nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan keceriaan dan kebersihan memang terkandung dalam kurikulum semua
mata pelajaran. Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan beberapa Surat
Pekeliling lkhtisas berhubung perkara ini. Antaranya ialah Pekeliling Bil. 4/1981; Bil.
5/1985; Bil 15/1988; dan Bil. 14/1989. Walaupun demikian, masih terdapat pihak
sekolah yang tidak mengambil perhatian serius dalam melaksanakan arahan-arahan
Pekeliling berkenaan.

3. Demi menjadikan sekolah sebagai kawasan yang indah, selesa dan


menggembirakan, serta dapat merangsang pembelajaran yang berkesan, faktor
penglibatan pelajar perlu dititikberatkan. Sikap pelajar ke arah mengutamakan
kebersihan perlu dibina dalam diri mereka. Kesedaran tentang perlunya penjagaan
kebersihan bilik darjah, kantin., padang permainan, taman bunga, tandas serta
keseluruhan persekitaran sekolah haruslah dipupuk dalam minda mereka.
Penghayatan terhadap keceriaan, keindahan dan kebersihan hendaklah
dibudayakan supaya akan menjadi amalan bagi setiap pelajar.

4. Pelajar juga harus diberi galakan dan kesempatan untuk mengemblengkan tenaga
mereka bersama guru dan ibu bapa untuk mengikhtiarkan aktiviti-aktiviti kebersihan
dalam waktu luang mereka menerusi kelab dan persatuan sebagai aktiviti
kokurikulum. Insentif atau hadiah yang sesuai harus difikirkan sebagai
pengikhtirafan sekolah atau PlBG di atas sumbangan pelajar secara individu atau
kumpulan pelaiar yang merintis program-program kebersihan. Matlamat utama
segala usaha pihak sekolah berhubung dengan kebersihan dan keceriaan,
hendaklah ditumpukan ke arah mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang
dapat dibanggakan bersama oleh pelajar, guru dan ibu bapa.

5. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan adalah bertujuan mengingatkan para


Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan segera untuk:-

5.1 mematuhi dan rneIaksanakan semua Surat Pekeliling IKhtisas yang


berkaitan;
5.2 meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam
memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa;

5.3 mengambil tindakan positif dalam memupuk kesedaran dan rasa


tanggungjawab dalam diri pelajar supaya mereka dapat menjadikan amalan
menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan.

6. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDIVIAT UNTUK NEGARA"

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

S.K: 1. Y.B. Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid bin Yunos


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai