Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Cadangan Membaik Pulih Bangunan Kelas

Sekolah Kebangsaan Melaban, Lubok Antu

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH.

Sejarah penubuhan sekolah Sekolah Kebangsaan Melaban bermula pada tahun


1959. Lokasi sekolah ini hanya 12 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu,
Negeri Sarawak dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Murid-murid yang
bersekolah di sekolah ini berasal dari 6 buah rumah panjang iaitu; Rumah Changkol,
Rumah bulo, Rumah Empit, Rumah San Panjai, Rumah San Sebor dan Batu Bini Baruh.

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas ini adalah
penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Keadaan bangunan dan kelas yang telah menjangkau usia lebih 25 tahun.
2.2. Lantai bilik darjah yang rosak.
2.3. Tingkap dan cermin yang rosak dan reput.
2.4 Bumbung yang bocor.
2.5 Syiling yang rosak kerana air hujan.
2.6 Pendawaian elektrik yang tidak selamat.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas, bilik
computer, bilik pemulihan dan bilik isolasi yang sedia ada seperti berkut:

3.1. Ubahsuai dan membina dinding bahagian atas kayu yang rosak kepada dinding bersimen.
(RM30,000.00)
3.2. Mengantikan bumbung dan penakung hujan yang baharu . ( RM25,000.00 )
3.3. Mengantikan palung yang rosak. ( RM15,000.00 )
3.4. Membaiki lantai simen bilik dan koridor yang rosak dan berjubin. ( RM30,000.00 )
3.5. Membaiki syiling yang rosak. ( RM20,000.00 )
3.6. Mengantikan tingkap yang rosak kepada tingkap bertutup (sliding window) (RM20,000)
3.7. Mengantikan pintu berserta kayu.( RM10,000.00 )
3.8. Mengecat bangunan yang siap. ( RM10,000.00 )
3.9. Membina parit bangunan yang rosak. ( RM10,000.00 )
3.10. Penyambungan pendawaian elektrik yang baharu. (RM20,000.00 )
3.11. Menyediakan kemudahan asas seperti kipas siling dan lampu setiap bilik.( RM
10,000.00 )

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan dapat
meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia lebih 25 tahun tersebut.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti bilik
komputer, bilik kelas pemulihan dan bilik isolasi.
4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar supaya
dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
4.4 Mampu memenuhi ispirasi KPM memenuhi Pendidikan kepada pelajar.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pemulihan ini adalah untuk :

5.1 Membuktikan bahawa MIC prihatin dan serius terhadap Pendidikan pelajar yang
mengikuti kelas pemulihan.
5.2 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu
bapa terhadap program.

6. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin.


6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang bermasalah dan
tanpa kemudahan asas.
6.3 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-
anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak disediakan.
6.4 Suasana pembelajaran kelas computer kepada murid tidak terlsaksana kerana bilik sekolah
tidak ada bilik computer untuk sesi pembelajaran.

7.0 KESIMPULAN .

7.1 Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk
menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik
kepada komuniti setempat.

7.2 Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang memerlukan
bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

___________________________ ___________________________
( ALEXIUS ANAK NGINDANG ) ( ALEXANDER PATRICK ANAK URING)
Pembantu Pengurusan Murid, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Melaban, Sekolah Kebangsaan Melaban,
Lubok Antu. Lubok Antu.

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai