Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF KANTIN SEKOLAH


SMK KUALA KRAU

1. PENGENALAN

Sekolah SMK Kuala Krau mula dibuka pada tahun 1965. Pada mulanya sekolah
ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuala
Krau (SRJKC) dan beropersi pada sebelah petang. Sekolah ini mula
menggunakan bangunan sendiri pada tahun 1967. Dari setahun ke setahun
pelajar sekolah makin bertambah. Dengan kapasiti pelajar yang semakin
meningkat kantin sekolah tidak mampu menampung pelajar yang ramai pada
waktu rehat walaupun waktu rehat pelajar telah diadakan dua sesi. Kantin ini
juga telah banyak mengalami kerosakan serta memerlukan penambahbaikan
untuk kebaikan bersama.
2. MATLAMAT

1. Menaiktaraf kemudahan kantin sekolah.


3. OBJEKTIF

1. Memastikan peralatan dan kemudahan yang mencukupi untuk warga


SMK Kuala Krau.
2. Memastikan pelajar dan guru selesa makan dan minum pada waktu rehat.
4. SPESIFIKASI PENAMBAHBAIKAN

1. Membaiki bumbung yang bocor dan syiling yang rosak.


2. Menambah ruang makan untuk pelajar ini kerana ruang yang sedia ada
tidak mencukupi.

3. Menyediakan pelantar mencuci pinggan mangkuk di luar bangunan kantin


supaya

lebih

selesa

untuk

pengusaha

kantin

melakukan

kerja

pembersihan.
4. Menyediakan bilik air dan tandas kantin.
5. Menyediakan singki mencuci tangan yang sesuai dan mencukupi untuk
pelajar serta guru.
6. Menggantikan cermin tingkap yang sedia ada dengan tingkap cermin
gelunsur di ruang makan guru.
5. SASARAN
1. Kantin sekolah
6. TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
1. Tarikh pelaksanaan : Mac 2014-Mei 2014
7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Faridah Binti Siwang (Pengetua SMKKK)


Timbalan Pengerusi:Pn.Ruhaidah Binti Rahmad
Penyelaras : Pn. Zaini Binti Yaacob
Setiausaha : Pn. Hartini Binti Hamzah
Ajk Kantin : Pn Junaida Binti Salehuddin
Pn Mek Apuan Binti Saleh
En Khairul Nafizal Bin Husain

8. PELAN PENAMBAHBAIKAN KANTIN

1. Sila rujuk Lampiran 1.

9. KOS DAN PERBELANJAAN

1. Sila rujuk lampiran 2


10. Penutup

Keberkesanan projek penambahbaikan kantin ini bergantung sepenuhnya


kepada sumbangan dari luar dan PIBG sekolah.Tanggungjawab penjagaan rapi
kemudahan asas yang diberi bergantung sepenuhnya kepada pentadbir sekolah,
guru-guru, murid-murid dan staf sekolah.
Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan dapat
membantu menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga SMK Kuala Krau.
Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk menjayakan hasrat murni kami ini
kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

.........................................
ZAINI BINTI YAACOB
PENYELARAS KANTIN
SMK KUALA KRAU

.........................................
FARIDAH BINTI SIWANG
PENGETUA
SMK KUALA KRAU

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF
KANTIN SEKOLAH
SMK KUALA KRAU

Anda mungkin juga menyukai