Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN


KELAS PEMBELAJARAN ABAD 21 (PAK21)

TARIKH:
Mac – November 2018

TEMPAT:
Sk Batu Puteh, Kinabatangan Sabah.

JAWATANKUASA PELAKSANA:
Unit Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Semua guru sesi pagi dan petang
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
1.0 Pendahuluan

Keadaan kelas memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan
pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik bagi semua subjek. Kelas hendaklah
berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan
mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh
guru dan murid-murid. Oleh itu, kelas haruslah bersih dilengkapi dengan label-label yang
berkaitan bagi memudahkan penggunaan kelas dengan selesa. Pertandingan keceriaan
dan kebersihan kelas abad 21 adalah salah satu program yang boleh membantu
mewujudkan suasana pembelajaran yang terkini dan memberikan impak yang positif
kepada guru dan murid.

2.0 Rasional

Dengan adanya sistem perlabelan serta keadaan kelas yang bersih, para murid dan guru
akan dapat menggunakan kelas dengan lebih mudah dan selesa. Selain itu, ia akan
mempercepatkan proses penyampaian ilmu serta proses mencari alatan dan kemudahan
yang berkaitan di dalam kelas sekolah. Di samping itu, semoga perhiasan yang
dilekatkan di sekitar kelas juga dapat menambah ilmu bagi pelajar yang datang ke kelas.

3.0 Objektif Projek

Objektif projek ini dijalankan ialah:

a) Guru dan murid dapat berkongsi ilmu di dalam kelas dengan selesa.
b) Memudahkan setiap guru untuk menjalankan tugas.
c) Memudahkan para murid untuk mengenalpasti kedudukan dan letaknya alatan
yang terdapat di Kelas.
d) Memudahkan guru-guru yang ingin menggunakan kelas sebagai tempat
pengajaran dan pembelajaran.
e) Dapat meningkatkan motivasi dari segi akademik serta emosi murid.

4.0 Matlamat

a) Membersihkan kawasan dan ruang dalam kelas.


b) Mengemaskan buku-buku dan peralatan yang terdapat di kelas.
c) Melabelkan alatan yang terdapat di dalam kelas.
d) Menyediakan sudut info di sekitar kelas.
e) Menceriakan kelas dengan hiasan-hiasan yang sesuai dan memberi ketenangan.

5.0 Penganjur

Unit pembelajaran abad 21 (pak21)

6.0 Jawatankuasa Pelaksana

Semua guru sesi pagi dan petang


Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)

7.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid sesi pagi dan petang


8.0 Tempoh Pelaksanaan

MINGGU PERKARA

( Mac 2018 )  Mengutarakan cadangan kepada penolong kanan


1 mengenai program pertandingan keceriaan dan
kebersihan kelas abad 21.
 Dipersetujui oleh penolong kanan 1 dan diuruskan
oleh guru-guru yang terlibat.

( April 2018 )  Penilaian kelas dilakukan oleh guru yang bertugas


setiap minggu (sesi pagi dan petang).
 Perbincangan guru kelas bersama ibu bapa
mengikut kelas masing-masing untuk
melaksanakan kelas abad 21.
 Keputusan pertandingan akan diumum setiap
minggu semasa waktu perhimpunan mingguan
dijalankan dan mendapat ganjaran

- Kelas yang menang akan menerima piala


pusingan
- Kelas yang kurang memuaskan akan diberikan
penyapu pusingan.
*kelas yang memperolehi purata markah
tertinggi pada setiap bulan akan menerima
hadiah (hampe).

( November 2018 )  Penilaian keseluruhan markah untuk anugerah


kelas abad 21 SK Batu Puteh.
9.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL BARANG HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH

1. Kertas putih 1 Rim RM 18 RM 18 x 3 RM 54

2. Laminating Film 1 Rim 80 RM 80 x 3 RM 240

3. Kertas warna A4 1 Rim RM 20 RM 20 x 3 RM 60

4. Cat ( 5 liter ) 5 Liter RM 80 RM 80 x 6 (kelas) RM 480

5. Berus cat RM 10 RM 10 x 6 RM 60

JUMLAH RM 894

*semua kuantiti didarabkan dengan 3 .dan akan dibahagikan dengan 6 kelas

10.0 Penutup

Pihak kami berharap agar melalui pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas abad 21
ini, para murid dan guru akan dapat menikmati suasana kelas yang lebih selesa serta
lebih bermotivasi untuk menggunakan kelas dan bermanfaat untuk semua.
Disediakan oleh:

____________________
( CIK FATIN DARATUL AIN BINTI SARI @ ASRI )
Penyelaras Unit pembelajaran abad 21 (PAK21)
SK. Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah.

Disemak oleh:

___________________________
( ENCIK JIFRI BIN ASAKIL)
Penolong kanan 1.
SK. Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah.

ULASAN :

1. Disahkan Peruntukan Mencukupi / Tidak Mencukupi


2. Peraturan dipatuhi / tidak dipatuhi
3. Permohonan disokong / tidak disokong

Diluluskan oleh:

__________________________
(ENCIK ABDUL RAUF BIN NOH)
Guru Besar,
SK. Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai