Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEPULUH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN

KEBERSIHAN DAN

KECERIAAN KELAS

2021

Disediakan oleh:
UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH
1.0 TAJUK
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas SK BATU SEPULUH tahun 2021.

2.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan ‘rumah’ bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik
dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi
menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk
belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam
kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru
dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas
mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam
kelas. Semoga Pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya
untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan
lebih kondusif.

3.0 OBJEKTIF
 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
 Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas
bersih dan ceria.
 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama,
hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
 menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang
kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
 membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT

Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.


Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.
5.0 PENGANJUR

Guru-guru penasihat Unit Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Kebangsaan Batu


Sepuluh.

6.0 PELAKSANAAN ( FEBRUARI HINGGA OKTOBER)

Bulan Januari   – Pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-


syarat pertandingan serta persiapan kelas.
Bulan Februari – Persiapan terakhir setiap kelas.
Bulan Mac –Oktober - penilaian oleh guru bertugas mingguan
- penilaian dibuat setiap minggu
Bulan Oktober - Pengumuman keputusan pertandingan &
penyampaian hadiah.

7.0 PESERTA PERTANDINGAN


Semua kelas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN


Bulan Mac hingga Oktober 2021

9.0 SENARAI JAWATANKUASA


Rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 2

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk lampiran 3

12.0 HADIAH PERTANDINGAN


Rujuk lampiran 4
13.0 JADUAL PELAKSANAAN
Rujuk lampiran 5

14.0 BORANG PEMARKAHAN


Rujuk lampiran 6

15.0 HAL SURAT – MENYURAT


Rujuk lampiran 7

16.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat  jangka masa
panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di
dalam aspek  jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini
juga diharap objektif  penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas
yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua
pihak.

Disediakan oleh,                                                                      

______________________                             
( PN JUMATIAH BT ABD KAYAH)                              
SETIAUSAHA UNIT KEBERSIHAN
DAN KECERIAAN SEKOLAH
SK. BATU SEPULUH

Disahkan Oleh,

_____________________
( PN ROSLINA BT MOHAMAD JAKI )
GURU BESAR
SK BATU SEPULUH
        
           Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
SK BATU SEPULUH 2021

PENGERUSI            :
PN ROSLINA BT MOHAMAD JAKI ( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI :
EN MUHAMMAD SALIHIN B GHAZALI ( GURU PENOLONG KANAN HEM )

KETUA UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN      :


PN JUMATIAH BT ABD KAYAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA

SEMUA GURU SKBS

PANEL / JURI PENILAI


1.    PN ROSLINA BT MOHAMAD JAKI ( GURU BESAR)
2 PN RAMLAH BT MAT ( PK 1 )
3.    EN MUHAMMAD SALIHIN B GHAZALI ( PK HEM )
4. MLT
          Lampiran 2

BIL BARANG – BARANG / KUANTITI HARGA HARGA


INVENTORI SEUNIT KESELURUHAN
PINGAT :
1 JOHAN THN 1 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 1 1 RM 40.00 RM 40.00
JOHAN THN 2 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 2 1 RM 40.00 RM 40.00
JOHAN THN 3 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 3 1 RM 40.00 RM 40.00
JOHAN THN 4 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 4 1 RM 40.00 RM 40.00
JOHAN THN 5 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 5 1 RM 40.00 RM 40.00
JOHAN THN 6 1 RM 50.00 RM 50.00
NAIB JOHAN THN 6 1 RM 40.00 RM 40.00

2 PIALA PUSINGAN - -

ANGGARAN KESELURUHAN (LIMA RATUS EMPAT PULUH RM 540.00


RINGGIT SAHAJA)

   
 

Lampiran 3

Syarat-Syarat Pertandingan

i. Pertandingan melibatkan semua kelas.

ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-

a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.

b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan

    kenyataan belakang:  ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu  / pelan

    kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi  / senarai

    pelajar )

c. Hiasan dan kata-kata motivasi

d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari) termasuk semasa dan selepas waktu

    persekolahan.

   
 Lampiran 4

Hadiah Pertandingan

Tempat Pertama Tahun 1       : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50
Tempat Kedua Tahun 1          : Hamper Bernilai RM40

Tempat Pertama Tahun 2 : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50


Tempat Kedua Tahun 2 : Hamper Bernilai RM40

Tempat Pertama Tahun 3 : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50


Tempat Kedua Tahun 3 : Hamper Bernilai RM40

Tempat Pertama Tahun 4 : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50


Tempat Kedua Tahun 4 : Hamper Bernilai RM40

Tempat Pertama Tahun 5 : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50


Tempat Kedua Tahun 5 : Hamper Bernilai RM40

Tempat Pertama Tahun 6 : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50


Tempat Kedua Tahun 6 : Hamper Bernilai RM40

   
 

Lampiran 5

Jadual Perlaksanaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2021

Minggu Tarikh Aktiviti

Pengumuman rasmi
pertandingan dan syarat-
1 Bulan Januari syarat pertandingan serta
persiapan kelas.

Persiapan terakhir setiap


kelas.
2 Bulan Februari

Penilaian oleh guru-guru


bertugas mingguan.
3 Bulan Mac-Oktober
penilaian dibuat setiap
minggu oleh guru
bertugas berdasarkan
kepada jadual bertugas
masing-masing.

-Penilaian markah semula


oleh guru-guru penasihat
4 Bulan Oktober Unit keberseihandan
keceriaan kelas untuk
menentukan pemenang.

-Pengumuman kelas
terbersih 2021.

-Penyampaian hadiah.
           
 Lampiran 6

Borang Pemarkahan
Tarikh :
Masa Menilai :
Kebersihan Maklumat Pendidikan Kekemasan J K
U E
Lantai Sudut Susuna
Sudut Hiasan/ M D
Dindin Tingka Mata Informas n meja/
Bacaa Kreativit L U
g p Pelajara i Kelas Kerusi/
Kelas n i A D
Koridor n Perabot
H U
10 K
15 m 15 m 15 m 15 m 10 m 15 m 15 m 0 A
m N
Tahu
n1
Tahu
n2
Tahu
n3
Tahu
n4
Tahu
n5
Tahu
n6

Tandatangan Ketua Juri,


___________________________
(                                                           )

Anda mungkin juga menyukai