Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM TANDAS BMW 2018

(BERSIH, MENAWAN, WANGI)

SEKOLAH KEBANGSAAN SURATI PAPAR.

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi
tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan
pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid
sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi
tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan
melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid,
keadaan fizikal dan unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya
menjadi perhatian. Program ini bertujuan bagi mengingatkan murid mengenai amalan
penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan
tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan
sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke
atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

2.0 RASIONAL

2.1 Masalah dan punca masalah

Masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid serta punca masalah
tandas sekolah adalah seperti berikut:

2.1.1 Masalah bekalan air


Masalah ini berlaku kerana water pump hanya boleh dihidupkan selama sejam
hingga 2 jam dan hendak dimatikan selepas penggunaan selama sejam hingga 2
jam kerana saluran air sekolah sudah lama dan tidak dapat menahan tekanan
terlalu tinggi.

2.1.2 Pembersih kurang motivasi dan kurang kemampuan untuk membersihkan


tandas
Pembersih kurang motivasi untuk melaksanakan tugas mereka kerana mereka
menghadapi masalah kelewatan menerima gaji. Di samping itu, pembersih
kurang mengambil tindakan untuk menambahbaikkan keadaan tandas walaupun
sudah dinasihat oleh guru penyelaras.

2.1.3 Kerosakan kemudahan


Tandas murid dan guru mengalami kerosakan yang serius. Contohnya, paip
tidak dapat berfungsi, sistem pengaliran air keluar tersumbat, pintu tandas rosak
disebabkan anai-anai, kerosakan lampu, kebocoran paip, kerosakan flush di
dalam tandas.

2.1.4 Kekurangan alatan dan bahan untuk membersihkan tandas.


Pembersih selalu menghadapi kekurangan alatan dan bahan untuk
membersihkan tandas. Contohnya, sabun, pewangi, kertas tandas, clorox, baldi,
gayung dan detol.

Berdasarkan soal selidik, temu bual dengan murid dan guru mereka bersetuju
bahawa punca keadaan tandas sekolah kurang memuaskan mengikut turutan
ialah tahap kesedaran murid rendah, kadar kekerapan pembersihan kurang.
Sikap murid yang menyalahgunakan kemudahan tandas, membuang sampah,
membuang najis tidak pada tempat yang betul serta tidak membersihkan sisa-
sisa najis atau kesan bau dengan menyiram secukupnya menggambarkan
pemikiran yang belum matang. Keadaan bertambah buruk disebabkan kerja
pembersihan tidak mengikut spesifikasi kerja yang diharapkan. Alasannya
masalah tenaga pekerja pembersihan daripada syarikat swasta tidak mencukupi.

2.2 Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan perbincangan suatu penambahbaikan perlu dilakukan terhadap


tandas sekolah. Konsep penerapan ilmu serta penerapan budaya adab menjadi
keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan ciri-ciri
fizikal dan proses pembersihan tandas. Sebagai satu langkah untuk
menghilangkan persepsi negatif nama program dinamakan sebagai Program
Tandas BMW 2018 (Bersih, Menawan, Wangi).

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW) melalui penerapan ilmu dan
amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu
bapa.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup


yang berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap


kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai
kemudahan yang disediakan.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai


kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

Program ini akan difokuskan kepada 6 unit tandas sahaja, iaitu:

LOKASI NAMA PENGGUNA BIL BIL


UNIT TANDAS
Pihak Pentadbir, AKP
BLOK A Tandas Guru 1 dan Guru 1 4
Tandas Guru 2 Guru (L) 1 4
Tandas Guru 3 Guru (P) 1 2
BLOK B Tandas Murid 1 Guru dan Murid Pra 1 2
Tandas Murid 2 Murid (L) 1 2
Tandas Murid 3 Murid (P) 1 4
JUMLAH 6 18

6.0 MASA

6.1 Tarikh:
6.2 Tempoh Masa:
7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj Yusoff Minin (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Salbiah Sulaiman ( PK HEM)
Ketua Penyelaras 3K : Pn. Jessica Lim
Penyelaras Kebersihan : En. Tiang Ching Sieng
Setiausaha : En. Tiang Ching Sieng
AJK : Semua Pembersih Sekolah

8.0 KEWANGAN
Unit Harga
Jumlah
Diperlukan Seunit
KOS OLEH PIBG
Cat dinding 3 RM90.00 RM270.00
Pintu tandas 4 RM175.00 RM525.00
Pintu utama tandas 2 RM200.00 RM400.00
Kipas udara 3 RM78.00 RM234.00
Lampu panjang 4 RM10.00 RM40.00
Suis 4 RM5.00 RM20.00
Kunci pintu dalam tandas 15 RM2.50 RM37.50
Paip tandas 14 RM12.00 RM168.00
Paip singki 5 RM12.00 RM50.00
Pam tandas 7 RM40.00 RM280.00
Mangkuk tandas 1 RM120.00 RM120.00
Singki 2 RM200.00 RM400.00
Penyambung singki dengan paip saluran 12 RM2.00 RM24.00
Buka tutup paip utama 2” 2 RM12.00 RM24.00
Tactix PTFE / Tape paip 10 RM1.20 RM12.00
Kunci pintu utama tandas 4 RM3.00 RM12.00
Kunci mangga 5 RM7.00 RM35.00
Tissue holder 6 RM14.00 RM84.00
Pasu bunga palsu 14 RM5.00 RM70.00
Bahan Hiasan Dinding Tandas 20 RM5.00 RM100.00
Pewangi tandas 9 RM20.00 RM180.00
Label tandas perempuan 5 RM3.00 RM15.00
Label tandas lelaki 5 RM3.00 RM15.00
Jumlah Besar RM3115.50
9.0 PELAN PELAKSANAAN

9.1 Perancangan
9.1.1 Analisis Keperluan
9.1.2 Penyediaan kertas kerja
9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa

9.2 Pelaksanaan
9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas
9.2.3 Majlis Pelancaran

9.3 Pemantauan
9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid
9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan


9.4.1 Majlis Penutupan Rasmi
9.4.2 Mesyuarat post mortem
9.4.3 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH


10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan
10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)
10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan
10.4 Melaksanakan Kempen Tandas BMW
10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat
10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang, bahan didik.
10.4.3 Program Anak Angkat.
10.4.4 Tabung Keceriaan
10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai
11.0 PENUTUP
Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan
khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan
dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan
membudayakan amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya.

Disediakan oleh :

(TIANG CHING SIENG)


Penyelaras Kebersihan
Sk.Surati, Papar

Disemak oleh :

(SALBIAH SULAIMAN)
Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Sk.Surati, Papar

Disahkan oleh :

(TN. HJ.YUSOFF MININ )


Guru Besar,
Sk.Surati, Papar.

Anda mungkin juga menyukai