Anda di halaman 1dari 4

SJKT TUN SAMBANTHAN

PERSIARAN KEWAJIPAN, USJ 15,


47630 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA 3K

PROGRAM TANDAS BERSIH


SEKOLAH CERIA

1.0 PENGENALAN
Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi
tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan
pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid
sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi
tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan
melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid,
keadaan fizikal dan unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya
menjadi perhatian.Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi
amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan
kesejahteraan rakyat.
2.0 RASIONAL
2.1 Masalah dan punca masalah
Hal ini bermakna ciri-ciri kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang
memuaskan. Oleh itu usaha-usaha untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta
pembudayaan amalan baik penggunaan tandas sangat perlu disegerakan.
Dirumuskan bahawa tahap keselesaan, kebersihan, keceriaan dan tahap wangi
tandas sekolah adalah pada tahap kurang memuaskan. Oleh itu memerlukan
usaha penambahbaikan. Sikap murid yang suka merosakkan kemudahan
tandas, membuang sampah, menconteng dinding, menjadikan tandas sebagai
tempat merokok, membuang najis tidak pada tempat yang betul serta tidak
membersihkan sisa-sisa najis atau kesan bau dengan menyiram secukupnya
menggambarkan pemikiran yang belum matang.

2.2 Cadangan Penyelesaian


Berdasarkan perbincangan dengan pentadbir suatu penambahbaikan perlu
dilakukan terhadap tandas sekolah. Konsep penerapan ilmu serta penerapan
budaya adab menjadi keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha
penambahbaikan ciri-ciri fizikal dan proses pembersihan tandas.

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi melalui penerapan ilmu dan amalan
kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.

4.0 OBJEKTIF
4.1

Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup


yang berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap


kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai
kemudahan yang disediakan.

4.3

Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4

Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai


kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK


5.1 Sasaran Sumber Manusia
5.1.1 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua pekerja pembersihan
5.2 Sasaran Tandas

LOKASI

PENGGUNA

BIL TANDAS

TINGKAT BAWAH
TINGKAT BAWAH
TINGKAT 1
TINGKAT 1
TINGKAT 1
TINGKAT 1
TINGKAT 2
TINGKAT 2
JUMLAH

Murid (P)
Murid (L)
Murid (P)
Murid (L)
Guru & Staf (L)
Guru & Staf (P)
Murid (P)
Murid (L)

1
1
1
1
1
1
1
1
8

6.0 MASA
6.1 Tarikh : March 2016 Mei 2013

6.2 Tempoh Masa : 3 bulan


7.0 JAWATANKUASA
PENAUNG

Pn.Mageswary( GURU BESAR )

PENASIHAT

Pn.Sivamalar ( GPK HEM )

SETIAUSAHA

Pn.Hacinta

(Keceriaan)

Pn.Vanasundari

(Keselamatan)

Pn.Premalata

(Kesihatan)

8.0 KEWANGAN
Hand wash holder
RM200
Frame dinding
RM200
Tissue holder
RM200
Bunga Hiasan
RM200
Pasu bunga
RM100
Jumlah
RM 900
murid yang berjaya.

Disediakan oleh,

(HACINTA MANOGARAN)

9.0 PENUTUP
Hasrat untuk menyediakan sekolah
yang kondusif memerlukan usaha
yang berterusan khususnya oleh
guru-guru
dan
murid
sekolah.
Diharapkan program ini mendapat
sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat agar usaha
mendidik dan membudayakan amalan
baik dapat akhirnya membentuk

Anda mungkin juga menyukai