Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN BILIK PENGURUSAN DIRI


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
2015

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam menjamin
kemajuan sesebuah negara. Salah satu tempat di sekolah iaitu di bilik pengurusan diri
berperanan sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan untuk murid-murid di sekolah.
Oleh itu, kebersihan dan kualiti bilik pengurusan diri ini perlu sentiasa dijaga dan
dipantau demi memastikan segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
Justeru, demi meningkatkan lagi tahap kebersihan, keceriaan dan keindahan bilik
pengurusan diri di SMK Tun Perak,

Panitia Kemahiran Hidup bercadang untuk

memfokuskan kepada merancang dan mengelolakan projek keceriaan di bilik


pengurusan diri.
2.0 NAMA PROGRAM
Program Keceriaan Bilik Pengurusan Diri
3.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini bermatlamat untuk menaiktaraf keceriaan dan kecantikan di bilik
pengurusan diri dan selaras untuk memenuhi kriteria 3K (Kebersihan, Keceriaan dan
Keselamatan) di sekolah. Projek ini dapat meningkatkan keceriaan sekolah seterusnya
dapat memberi input yang berkesan kepada murid dan guru yang melalui proses
pembelajaran yang berlaku di dalam bilik tersebut.

4.0 OBJEKTIF
a)
b)
c)
d)

5.0

Meningkatkan keceriaan dan kebersihan di bilik pengurusan diri.


Meningkatkan kerjasama di antara guru KHB dan warga sekolah.
Memupuk nilai estetika dalam diri guru dan murid.
Meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai suasana belajar yang selesa.

AKTIVITI
a)

Menaiktaraf keceriaan bengkel :


i.
Memasang tikar di bilik pengurusan diri, dimana keluasan bilik ialah
sebesar 3 bilik darjah.
ii.

Memasang 2 lapis langsir untuk bilik pengurusan diri yang


mempunyai 30 panel tingkap.

6.0

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


BIL
PERKARA
1.
Tikar getah - 4 gulung
2.
Kain langsir
3.
Upah jahit langsir
Jumlah

7.0

PERBELANJAAN
RM 1200.00
RM1250.00
RM 1050.00
RM 3500.00

PENUTUP
Usaha ini diharap dapat member manfaat kepada murid-murid SMK Tun Perak.
Diharapkan suasana yang ceria dan sesuai untuk pembelajaran akan dihargai oleh
murid-murid dan membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Disediakan oleh;
........................................................
(NOOR ABIDAH BINTI ISMAIL)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu
SMK Tun Perak

Anda mungkin juga menyukai