Anda di halaman 1dari 2

SISTEM PELINCIRAN

Pengenalan
Merupakan sistem yang melancarkan pergerakan bahagian- bahagian yang bergerak di
dalam enjin dan mengurangkan geseran.

Tujuan
Membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak seperti aci
engkol, omboh, rod penghubung, mekanisme injap dan gear.
Mengurangkan geseran dan kehausan.
Bahan bantu penyejukan.
Pencuci enjin.
Perendam bunyi.
Meningkatkan kedapan di antara gelang omboh dengan selinder
Komponen Utama Sistem Pelinciran

1. Takung minyak(oil sump)

- Menakung minyak pelincir.


- Ia juga membantu menyejukkan minyak dengan membebaskan haba ke udara sekeliling.
- Padanya terdapat palam buang (drain plug) bagi mengeluarkan minyak pelincir semasa
penukarannya.
2. Penapis Minyak(oil Filter)

Penapis minyak (oil filter) pula dipasang di sebelah enjin yang mana ia berfungsi untuk
menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran yang datang dari bawah enjin
seperti debu,cebisan-cebisan logam dan endapan-endapan karbon.Kotoran-kotoran ini jika
tidak ditapis maka ia akan merosakkan minyak pelincir dan seterusnya mempercepatkan
berlakunya kehausan.
Jaring-jaring pada minyak pelincir pada penapis boleh tersumbat oleh kotoran setelah
jangka waktu pemakaian yang cukup lama.Penapis tidak akan dapat lagi berfungsi dengan
baik dan perjalanan minyak pelincir juga akan terganggu jika ia tidak diatasi.Oleh itu
penapis minyak ini perlulah dibersihkan selalu.Penapis minyak terbahagi kepada 2 iaitu :
i.Jenis yang bolej dibuka
ii.Jenis katrij (tidak boleh dibuka).
Kedua-dua fungsinya adalah sama cuma dari segi reka bentuknya sahaja yang berlainan.
Jenis katrij memerlukan special toolnya tersendiri untuk membukanya.

Anda mungkin juga menyukai