Anda di halaman 1dari 4

Perbezaan diantara Minyak gear gred GL-4 dan GL-5 Oleh Richard Widman

Diterjemah oleh Ir Mohamad Surif Abdul Wahab Email engr.surif@yahoo.com

Terdapat banyak kekeliruan mengenai minyak gear dan pengelasan API. Adalah perkara
biasa ataupun menjadi lumrah untuk kesemua minyak-minyak GL-5 menyatakan ia
mengatasi keperluan minyak gear yang memerlukan spesifikasi API GL-4. Ini merupakan
satu hujah yang benar. Persoalanya adakah ia dapat memenuhi dan memuaskan transmisi
sinkromes atau sinkronais? Jawapannya Tidak! Ia memenuhi spesifikasi minyak gear tetapi
bukan spesifikasi minyak transmisi. Kategori minyak gear GL-4 dan GL-5 tidak menyebut
ataupun lansung tiada kaitan dengan sinkronizer transmisi.

Sejarah

Minyak gear suatu ketika dahulu mengandungi bahan tambahan seperti plumbum yang mana
ia begitu berkesan didalam mengurangkan kehausan, walaubagaimanapun ia tidak baik untuk
alam sekitar. Oleh yang demikian, pada masa yang lalu pelbagai usaha dilakukan untuk
mngantikan bahan ini dan bahan tambahan posporus telah digunakan sebagai bahan
tambahan gantian untuk minyak gear (diamana ia sendiri merupakan bahan tambahan yang
anti kehausan) dengan kandungan bahan sulfur yang aktif yang mampu melekat pada gear
dan menghasilkan satu lapisan yang kukuh yang akan lupus pada jangka masa tertentu
digunakan, dan ia berupaya dan baik untuk melindungi permukaan gear. Pada awalnya
didapati bahawa bahan aktif sulfur ini menyebabkan kakisan pada tembaga dan lain-lain
logam lembut yang digunakan didalam diferensia dan transmisi.

Walaubagaimanapun sejak 20 tahun lepad bahan tidak aktif ataupun buffer sulfur
dibangunkan dan ia mampu untuk bertindakbalas dengan posporus untuk menghasilkan
lapisan perlindungan didalam keadaan yang dihasilkan didalam kotak gear (suhu dan tekanan)
tanpa mengakis komponen seperti bahan logam tembaga, kumprum dan lain-lain. Dan
sistem bahan tambahan inilah yang digunakan hampir pada kebanyakan minyak gear hari ini.

Walaubagaimanapun masalah wujud apabila kita cuba atau guna produk yang sama ini
didalam transmisi yang kita guna didalam diferentsia. Ramai oranga telah menghubungi
syarikat-syarikat minyak dan telah diberitahu oleh bahagian teknikalnya dan menjawap soalan
mereka dengan mengatakan bahawa minya mereka mengandungi bahan tidak aktif sulfur dan
oleh itu ia tidak mengakis pada logam ”kuning”, dan oleh yang demikian minyak API GL-5
boleh digunakan dengan komponen-komponen dari tembaga. Sementara jawapannya adalah
kesemuanya benar, tetapi ia masih tidak menjawap: Bolehkan kita menggunakan GL-5
didalam transmisi sinkromes?

Mari kita lihat kadar spesifikasi API GL-5. Ia memberikan kadar perlindungan Kadar
Tekanan Melampau ataupun EP. Semakin tinggi pelindungan kadar Tekanan Melampau
semakin tinggi kategori GL. Didalam pertengahan tahun 60an, GM telah membangunkan
roda paduan hadapan iaitu Oldsmobile Toronado yang mempunyai diferensia dengan
sentuhan sudut yang sangat tinggi bagi transmisi kuasas ke roda jadi kategori yang tinggi telah
dibangunkan (yang kemudiannya dikenali sebagai GL-6) untuk menawarkan perlindungan
seperti yang diperlukan. Tahap perlindungan ini masih lagi boleh digunakan, tetapi tidak lagi
boleh diuji kerana bahan ujian Toronado yang digunakan untuk ujian telah tiada lagi. (Nota:
Pada 1966 dan 1867 Toronado mempunyai gear-gear matahari diantara aci gear belakang dan

Prepared by
Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab
Email: engr.surif@yahoo.com
bukan gear spider atau yang mempunyai ofset yang sangat tinggi, dimana mengalami suhu
yang sangat tinggi dari behagian letak enjin dan tekanan yang sangat tinggi). Oleh yang
demikian kita sering melihat bahawa API GL-6 ini disenaraikan sebagai ”lupus”. Ujiannya
telah ”lupus”, bukannya kenderaannya atau keperluannya. Banyak lain-lain kereta yang
berprestasi tinggi masih meneruskan untuk spesifikasi tahap prestasi EP ini.

Didalam operasian biasa, bahan tambahan sulfur/posporus membentuk satu lapisan


”korban’ bewarna hitam pada gear-gear dan mana-mana bahagian yang bersentuhan dengans
edikit tekanan dan suhu. Apabila gear bergerak, dari berlakunya kehausan, lapisan ”korban”
bahan tambahan dikupas keluar ataupun haus. Ini adalah biasa dan diterima didlam semua
besi gear. Tetapi sekiranya salah satu atau lebih dari permukaannya adalah tembaga ataupun
lain-lain logam lembut, lapisan ”korban” ini adalah lebih kuat dari bahan logam asas, dan
dari berlakunya kupasan palisan tadi, ia telah mengakis keluar beberapa mikron tembaga yang
melekat padanya.

Minyak gear GL-4 yang biasa bagi mana-mana kelikatan yang diberikan mempunyai separuh
tahap bahan tambahan sulfur dan posporus seperti yang ada didalam produk GL-5, jadi
ikatannya tidaklah kuat dan oleh yang demikian ia boleh dikupil keluar tanpa mengupas
lapisan tembanga (atau kurang tembaga). Ini bermaksud produk GL-4 memberikan
perlindungan tekanan lampau sedikit kurang, jadi didalam diferensia kereta yang berkuasa
tinggi, ia merupakan produk yang tidak ideal didalam diferensia. Untuk memahami ini kita
perlulah sedar bahawa faktanya diferensia merupakan dimana dayakilas terakhir dikenakan
pada roda didalam kebanyakan penggunaan).

Tetapi didalam transmisi, kita perlu mempertimbangkan dua faktor;-


• Fakta menjelaskan bahawa diferensia menggunakan daya kilas terakhir, dan biasanya
kita tidak memerlukan perlidungan Tekanan Lampau sepenuhnya didalam transmisi
dimana dayakilas yang kurang dikenakan (30%).
• Kita perlu untuk memisahkan perlindungan Tekanan Lampau ini (EP) untuk
menghentikan putaran gear yang cukup lama yang boleh mesh atau sinkronais ia.

GL-3

Perlu diketahui bahawa spesifikasi API GL-3 sering dikatakan sebagai lupus kerana ia
mempunyai perlindungan yang kurang berbanding GL-4, banyak pembuat transmisi hari ini
memberikan spesifikasi API GL-3 (diantaranya Chrysler dan Mitsubishi). Terdapat pelbagai
rumusan minyak gear API GL-3 dipasaran, dimana sebahagiannya mengandungi bahan
tambahan sulfur/posporus dan sebahaginnya dengan zink/posporus. Hampir semua minyak
enjin dikelaskan sebagai perlindungan gear kelas API GL-3 dan GL-4.

Minyak Transmisi Sinkromes

Syarikat-syarikat besar seperti General Motors, Honda dan lain-lain delah membangunkan
minyak yang mengabungkan ciri-ciri alihan yang terbaik dengan komponen-komponen
transmisinya bagi mengurangkan kehausan. Produk ini secara amnya boleh dikelaskan
sebagai minyak GL-4 sekiranya ia mahu, tetapi apabila dianalisa komponen-komponennya ia
adalah sama dengan minyak enjin disel 5W-30 dengan sedikit bahan tambahan pengubah

Prepared by
Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab
Email: engr.surif@yahoo.com
geseran yang ditambah didalamnya. Walaubagaimanapun ia adalah sangat nipis bagi
sesetengah transmisi seperti transmisi model Conrvair.

Transaxle

Jadi apa yang kita letak didalam transaxkle dimana transmisi dan diferensia digabungkan
bersama menjadi satu unit? Ini adalah satu soalan yang baik, dan jawapannya bergantung
rekabentuk dan kawasan permukaan pada gear. Sekiranya permukaan sentuhan pada gear
adalah cukup besar untuk membawa berat dan dayakilas yang diplerukan, kita akan kurang
bergantung kepada minyak dan bahan tambahan didalamnya. Sekiranya kawasan permukaan
adalah kecil atau kompak, kita perlu bergantung lebih kepada keupayaan bahan tambahan
untuk mengawal pelinciran sempadanan. Sekiranya kita mempunyai tranasaxle, kita perlu
bergantung kepada pembuat apakah produk yang betul yang perlu digunakan.

Apabila kita mempunyai transaxle kita juga perlu ingat samaada bahagian diferensianya
menggunakan teknologi Lincir Terhad (Limited Slip) yang merupakan satu mekanisma
menghadkan linciran roda didalam lumpur ataupun salji. Ini memerlukan bahan tambahan
yang membenarkan cekam untuk memegang pergerakan roda bersama-sama pada halaju
tertentu diferensia. Bahan tambahan ini boleh didapati didalam mana-mana minyak.
Kebanyakan minyak mempunyai sejumlah sikit bahan ini. Ia cukup untuk sesetengah
diferensia asalkan ia tidak dikeluarkan. Sesetengah sistem memerlukan bahan tambahan
lebih dari yang lain. Sekiranya roda dalaman klik atau cuba untuk mengunci ketita bergerak,
kita memerlukan bahan tambahan yang lebih. Seringkali minyak yang mempunyai sedikit
bahan tambahan ini memberikan tahap memuaskan ataupun ”isian servis” atau ”tambahan
minyak”.

Bagaimana ada memberitahu samada kenderaan anda mempunyai diferensia lincir terhad
(LSD)? Ia adalah sangat mudah: angkat kedua-dua roda paduan dan pusingkan salah satu
darinya dengan tangan (dimana keadaan transmisi adalah neutral), sekiranya salah roda yang
satu lagi berpusing dalam arah yang sama , maka ia mempunyai diferensia lincir terhad.
Sekiranya ia berpusing pada arah yang berlawanan maka anda tidak mempunyai diferensia
lincir terhad.

Anada juga akan menjupai pelbagai komen dan juga forum di internet yang mengatakan
bahawa GL-4 bermaksud LSD. Ini adalah sama sekali tidak betul. Sila periksa pada
sesawang API yang mana ia dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih tepat.

Kombinasi Enjin/Transaxle

Terdapat kereta dimana takungan minyak yang sama digunakan untuk pelinciran enjin,
transmisi dan diferensia. Dengan rekabentuk ini, anggota transmisi dan diferensia digunakan
untuk GL-4 (ataupun mungkin satu masa API GL-3). Walaubagaimanapun kebanyakannya
enjin yang digunakan adalah mempunyai enjin kuasakuda yang rendah, dan dimana
kuasakuda yang tinggi (versi) turbo digunakan, minyak sintetik biasanya disyorkan. Satu
perhatian yang sering tidak dinyatakan didalam manual: Minyak gred multi yang digunakan
perlulah dari Kumpulan II atau lebih baik, atau perlu mengelakan dari melanjutkan tempoh
tukar minyak dari apa yang disyorkan. Semakin kurang kualiti minyak gred multi menjadikan

Prepared by
Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab
Email: engr.surif@yahoo.com
ia lebih mudah polimernya diricihkan didalam gear, seperti sesetengah minyak kotor hitam
dan pekat berlaku.

Kebanyakan minyak enjin boleh digunakan untuk API GL-4 (atau sekurang-kurangnya GL-
3) untuk perlindungan EP. Ini sesuai sekiranya dayakilas pada gear didalam tindakan halaju
linciran yang rendah dan tidak melebihi apa yang diliputi oleh API GL-4, ia tidak mempunyai
apa-apa faedah untuk bahan tambahan sulfur dan posporus, tetapi ia adalah untuk
sinkronizer.

Didalam kes dimana tempat simpanan tunggal untuk transsaxle dan motor, terdapat faedah
tambahan untuk menuras minyak secara berterusan. Risikonya dalah, sekiranya berlaku
kehadiran bahan petrol didalam minyak, ia akan menipiskan perlindungan filem
hidrodinamik didalam gear. Sekiranya ia bergerak dengan kandungan campurannya yang
tinggi, tambahan hablur hitam (serpihan karbon) akan menghaus permukaan gear begitu juga
aci engkol.

Kelikatan

Pertama sekali pelu diketahui bahawa carta kelikatan minyak enjin SAE (J300) adalah berbeza
dari carta kelikatan minyak gear SAE (J306). Minyak motor SAE 40 mempunyai kelikatan
yang hampir sama seperti satu daripada minyak gear SAE 90, dan sementara SAE 50 minyak
enjin adalah sama dengan kelikatan minyak gear SAE 90 yang lebih pekat.

Kelikatan tiada kena mengena dengan pengelasan Minyak Gear API (GL-4, GL-5 dan lain-
lain). Sesetengah buku panduan pengguna memberi spesifikasi bendalir transmisi automatik
(ATF), , lain-lain adalah SAE 75W-80 (hampir sama kelikatan dengan ATF), dan lain-lain
75W-90 atau 80W-90. Sesetengah memberi spesifikasi SAE minyak enjin 50 atau SAE 50
minyak transmisi CAT. Kelikatan minyak perlu dipilih mengikut apa yang disyorkan oleh
pembuat bagi suhu dimana ia dipandu.
• Sekiranya ia terlalu tebal (likat) ia tidak dapat diubah dengan cukup cepat dari
singkronizer dan ini akan mengakibatkan haba meningkat dan menyukarkan alihan.
• Sekiranya ia terlalu nipis ia tidak dapat memberikan pelinciran hidrodinamik yang
diperlukan diantara gear-gear dan didalam galas ataupun alur.

Bahan tambahan yang belebihan akan mengurangkan kehausan pada gear, jarum galas, dan
aci didalam sesetengah keadaan, tetapi akan menghaus singkronizer.

Rujukan:

1. Richard Widman, The difference between GL-4 and GL-5 Gear Oils.

Prepared by
Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab
Email: engr.surif@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai