Anda di halaman 1dari 7

Memilih Gris Halaju Tinggi

Wes Cash, Noria Corporation

Tags: greases

Kebanyakan kemudahan industry mempunyai galas ataupun bering yang berputar laju daripada peralatan
proses biasa. Apabila ia melibatkan pelinciran bahagian peralatan ini, tiada semua pelincir dapat bertindak
dengan baik. Untuk komponen yang menggunakan gris, kesan gris pada bering boleh menjuruskan kepada
peningkatan haba, daya heretan dan akhirnya menyebabkan kegagalan sepenuhnya. Dengan memilih gris
secara baik yang mampu untuk menguruskan keadaan halaju yang tinggi, ia dapat meminimakan potensi
kegagalan yang disebabkan oleh pelincir yang tidak padan dan sesuai penggunaannya.

Penggunaan Pada Bering Berhalaju Tinggi


Ketika kujungan kerap ke stesen-stesen, seringkali bertanya berkenaan apakah suhu yang sesuai untuk
bering beroperasi. Tidak dapat dinafikan, bering yang biasanya beroperasi dalam keadaan panas adalah
bering yang berputar paling laju. Sebagai contoh, pada lawatan terbaru, saya memeriksa kipas yang
tergantung. Kipas ini dipandu oleh talisawat pada nisbah 1:1
daripada motor elektrik yang besar. Kelajuan motor dilaraskan pada
1,750 pusingan per minit (RPM). Oleh kerana tiada peningkatan dan
pengurangan pada saiz tali sawat, ia adalah selamat untuk
memastikan halaju [ada bering adalah agak sama. Bering ini
digunakan gris yang agak terlalu tebal untuknya, dan ia menyebabkan
penjanaan haba yang berlebihan berlaku dan ini memendekan
janghayat bering. Dengan memadankan nilai kandungan gris dengan
lebih hampir dengan apa yang diperlukan oleh gris, ia dapat
membantu utuk memanjangkan jangkahayat gris.

Sementara contoh ini mengambarkan jenis-jenis mesin pada kepanyakan stesen (kipas), adalah suatu
kebiasaan untuk mendapati penggunaan komponen berkelajuan tinggi pada lain-lain tempat. Sebagai
contoh pam yang secara lansung disambungkan kepada motor dan beringnya menggunakan gris yang
berkemungkinan berpusing melebihi 2000 RPM. Ia juga boleh berlaku pada peralatan lain seperti mixers,
agitators dan blowers. Komponen-komponen ini mungkin akan mengalami kerosakan sekiranya gris
pelbagai guna digunakan tanpa melihat kepada keperluan bering itu sendiri. Untuk memahami apa yang
diperlukan oleh bering bagi penggunaan pelinciran yang betul, kita perlu untuk megetahui bagaimana untuk
menentukan factor kelajuan bering.
Kelikatan Minyak
Jenis Gris Faktor Halaju (NDM)
Asas (pada suhu 400C)

Halaju Perlahan, tekanan tinggi,


1,000 – 1,500 cSt 50,000
gris industri

Halaju sederhana, tekanan tinggi,


400 – 500 cSt 200,000
gris bering industri

EP (tekanan ekstrem), NLGI#2,


100 – 220 cSt 100,000 ke 200,000
Gris pelbagai guna

Halaju tinggi, suhu tinggi, gris


< 70 600,000
jangka Panjang

Halaju tinggi, gris jangka panjang 15 – 32 > 1,000,000

Pengiraan Faktor Kelajuan


Faktor kelajuan adalah terma yang membantu untuk menerangkan hubungan antara kelajuan bering
berputar dengan saiznya. Terdapat dua kaedah untuk mengirakan factor ini. Untuk yang pertama ia
dikenali sebagai nilan DN, dimana menggunakan garispusat dalam bering dikalikan oleh kelajuan ia
berputar. Kaedah yang kedua dikenali sebagai nilai NDm. Ia menggunakan saiz median bering, juga
dikenali depabagi garipusat pic, dan halaju putaran untuk mengira factor kelajuan.

Faktor Kelajuan dapat membantu utuk menentukan pelbagai nilai-nilai pelincir, dimana kita kemudiannya
dapat menggunakan ia untuk memilih pelincir yang betul. Antara nilai-nilai tersebut adalah, kelikatan
minyak dan gred gris mengikut (National Lubricating grease Institute NLGI) untuk panduan penggunaan.

Kelikatan
Nilai kandungan fizikal yang paling penting bagi pelincir adalah kelikatan. Kelikatan adalah dimana ia
menentukan bagaimana tebal dan nipisnya filem pelincir berdasarkan beban, halaju dan permukaan yang
disentuh. Ia perlulah dipadankan untuk memenuhi keperluan bering. Kebanyakan Gris yang digunakan
pelbagai guna mempunyai kelikatan antara 220 centistokes. Gris jenis ini berkerja dengan baik untuk beban
dan halaju yang sederhana, tetapi apabila halaju meningkat kesannya adalah kelikatan akan turut menurun.
Suhu Operasi (0C) Faktor Halaju (DN) Nombor NLGI

0 – 75,000 1

-34.4 ke 37.7 75,000 – 150,000 2

150,000 – 300,000 2

0 – 75,000 2
- 17.7 ke 65.5
75,000 – 150,000 2
150,000 – 300,000 3
0 – 75,000 2
377.7 ke 135 75,000 – 150,000 3
150,000 – 300,000 3
*Bergantung kepada factor-faktor lain juga, termasuklah jenis bering, jenis thickener (penebal), kelikatan minyak asas
dan juga jenis minyak asas

Terdapat pelbagai cara untuk mengira kelikatan. Dengan menggunakan factor halaju sebagaimana yang
dibincangkan sebelum ini, kita boleh menggunakan carta piawai untuk mengenalpasti kelikatan yang
bersesuaian untuk bering pada suhu operasinya. DIdalam contoh sebelum ini pada bering kipas, nilau
NDm bering adalah 293,125 dimana ia menjuruskan kepada kelikatan minyak asas pada anggaran 7
sentistok.Bering beroperasi pada sekitar 65.5 darjah Celcius. Dengan indek kelikatan piaswai adalah 95, ini
bersamaan dengan kelikatan minyak asas ISO 22-32. JIka kita hendak menggunakan gris piawai pelbagai
guna, bering ini akan menerima 10 kali kelikatan yang diperlukan. Walaupun nilai kelikatan yang digunakan
agak lebih dan ia tidaklah menyebabkan kerosakan, tetapi nilai ini dikatakan agak ekstrem.
Kelikatan yang berlebihan ini boleh menyebabkan kepada penjanaan haba berlebihan dan meningkatkan
penggunaan tenaga yang tinggi. Kedua-dua kesan ini boleh menjejaskan prestasi gris dan mengurangkan
jangkahayat pelincir. Ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan gris dan seterusnya memerlukan
penggunaan tambah gris yang baru. Pengguaan tenaga juga akan bertambah sepanjang penggunaan, ini
menyebabkan kos bertambah hasil daripada kelikatan yang berlebihan yang meningkatkan daya heretan.
Dengan gris, adalah biasa ia digunakan dengan mudah untuk melincirkan bering sehingga ia mencapai
kepada factor halaju lebih besar daripada 500,000. Ini berlaku apabila gris yang dirumuskan untuk berhalaju
tinggi dipakai. Sebahagian gris yang ada dipasaran dihasilkan untuk bekerja sehingga factor hajalu 2 juta.
Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa tak kesemua gris dihasilkan sama dan tidak semua dapat
melaksanakan kerja dengan baik pada tahap halaju yang berbeza-beza.
Kesan Keadaan Bering pada Pemilihan Keliakatan Minyak Asas
ISO VG Pemisahan Keupayaan
Contoh Penggunaan Beban Halaju
(cSt@400C) Minyak dipam

22 Spindel Halaju Tinggi Rendah Tinggi Tinggi Tinggi

100 Besar, Elektrik Motor Halaju Tinggi

150 Bering Roda

220 Kilang Kertas, Industri Pelbagai guna

460 Kilang kertas, Kilang besi

1000 Alat Penghancur batu lombong,


bering dll

1500 Halaju sangat rendah, beban berat dan


Tinggi Rendah Rendah Rendah
beban kejutan

*Pemisahan minyak dan keupayaan dipam juga dipengaruhi oleh gris konsistensi dan jenis thickener (penebal).
** Skala menunjukan arah perubahan

Ciri-ciri Perilaku “Channeling”(Penyaluran)


Salah satu nilai pelinciran gris yang boleh menentukan bagaimana ia akan melincir pada halaju tinggi
dipanggil “channeling” (penyaluran). Terma ini digunakan untuk menjelaskan sebaik mana gris boleh
“channel”(salur) dan memenuhi ruang (void) yang tertinggal didalam permukaan. Kaedah 3456.2 Piawai
Ujian Persekutuan (Federal Test Method Standard 791C) menawarkan satu kaedah untuk menguji ciri-ciri
arah “channeling” (penyaluran). Dalam ujian ini, gris digunakan pada kontena dan permukaannya
diratakan. Setelah suhu distabilkan, strip keluli, dikenali sebagai alat “channel”(salur), di tarik keluar dari
gris, meninggalkan kesan atau “channel”(salur) didalam gris. Selepas 10 saat, gris diperiksa dan dilihat
sekiranya ia mengalir balik masuk ke dalam “channel” (salur) atau menutupi bahagian bawah kebuk (vessel).
Sekiranya gris memenuhi ruang (void) kesan, ia dikenali sebagai tidak “channeling”(penyaluran). Sekiranya
gris tidak memenuhi kesan, ia dikenali sebagai gris yang “channeling”(penyaluran).
Gris-gris yang “channeling”(penyaluran) lebih mudah keluar dari kedudukannya dari elemen-elemen ketika
ia berputar, yang demikian menjuruskan kurang diperah dan tidak panas. Gris yang tidak “channeling”
(penyaluran) mengalir balik ke laluannya dan ini boleh menyebabkan penjanaan haba yang berlebihan.

Jenis-Jenis Penebal “Thickener”


Selain dari kelikatan minyak asas, nilai kandungan gris yang lain yang memberi kesan ciri-ciri
“arah”(channeling) adalah jenis thickener. Gris thickener biasanya dirujuk sebagai span yang “memegang”
minyak. Struktur fiber didalam thickener boleh boleh mempengaruhi nilai kandungan gris, seperti arah
“channeling”, lelehan “bleed”, titik alir (dropping point) dan konsistensi keseluruhan. Setengah thickener
gris mempunyai fiber yang Panjang, sementara sebahagiannya pulak pendek. Thickener yang mempunyai
fiber yang pendek mempunyai tektur yang licin. Thickener yang lebih komplek seperti lithium, calcium,
polyurea dan thickener silica adalah pendek fibernya. Gris yang dirumuskan dengan thickener jenis ini
secara tipikal mempunyai ciri-ciri “arah”(channeling) yang baik dan mudah untuk di pam.
Thickener fiber Panjang, seperti Sodium, Aluminium dan Barium, cenderung mempunyai ciri-ciri
channeling yang tidakbaik. Semakin tinggi thickener fiber boleh menyebabkan ia diricih melalui process
“churning”, dimana ia boleh menyebabkan konsistensi bertukar. Sebagai tambahan, oleh sebab gris ini
sering mengalir kembali kedalam “channel” yang telahpun dipotong oleh bering, ia boleh menyebabkan
meningkatnya haba dan memburukkan lagi process ricihan yang berlaku.

Gred NLGI
Kelikatan minyak asas dan sejumlah konsentrasi thickener memberikan pengaruh yang besar didalam
pengredan NLGI untuk pelincir gris yang dihasilkan. Nombor NLGI adalah ukuran konsistensi gris.
Semakin tinggi nombor NLGI, semakin tebal konsistensi keseluruhan. Skalanya bermula dari julat 000
(seperti bendalir) ke 6 iaitu (blok pepejal). Apabila merujuk kepada gris halaju tinggi untuk bering elemen
golek (rolling element bearing), gred NLGI semakin meningkat sementara nilai untuk kelikatan menurun
kebawah. Imbangan ini ialah untuk memastikan tiada minyak berlebihan melelh daripada thickener.
Berdasarkan dari halaju factor bering dan juga suhu dimana bering beroperasi, kita boleh merumuskan
apakah gred NLGI untuk gris yang perlu digunakan.

Jenis-Jenis Bering
Elemen-lemen bebola/golek didalam bering datang didalam perlbagai bentuk. Bentuk elemen ini
memberikan kesan kepada kelikatan yang diperlukan, gred NLGI dan selang masa untuk mengris semula.
Semua ini merujuk kepada permukaan kawasan bersentuhan dengan gris antara elemen dan “race”. Lebih
Kawasan permukaan, semakin lebih minyak akan diperah keluar daripada thickener. Juga, bering-bering
yang mempunyai sentuhan yang banyak (spherical, cylindrical, needle, tapered roller, etc), adalah lebih berat
beban berbanding dengan bebola bering piawai. Beban tambahan ini memberikan dirinya peningkatan
kadar pemisahan dan juga keperluan kepada kelikatan yang tinggi pada minyak asas yang digunakan.

Jenis Jenis Bering Jangkahayat Relatif Gris

Deep Groove, Single Row Bebola Bering 1

Angular contact, single row bebola bering 0.625

Self aligning bebola bering 0.77-0.625

Thrust bebola bering 0.2-0.17

Cylindrical, single row roller bering 0.625-0.43

Needle roller bearing 0.3

Tapered roller bearing 0.25

Spherical roller bearing 0.140.08


Titik Tetes (Dropping Point”
Mungkin satu daripada pertimbangan yang paling utama apabila memilih gris halaju tinggi adalah suhu
dimana bering ini beroperasi. Untuk memastikan gris yang dipilih akan memberikan prestasi pada suhu
yang menaik, kita perlulah melihat titik tetesan gris (ASTM D566 dan D2265). Ujian ini boleh didapati
pada semua dokumen teknikal data gris. Ujian ini menggunakan cawan yang kecil dengan lubang
dibahagian bawah dimana gris ini diletak kan didalam dalam dinding cawan, thermometer dimasukan tetapi
tidak menyentuhi gris. Alatan ini dipanaskan sehingga satu tetesan terpisah dan menitis keluar dibawah
cawan. Suhu dimana tetesan ini berlaku adalah titik tetesan gris.

Titik titisan yang tinggi adalah penting untuk bering yang digunakan pada operasi suhu yang tinggi.
Walaubagaimanapun, hanya kerana gris memiliki titik tetesan ayng tinggi ia tidak bermakna minyak asasnya
boleh bertahan pada suhu yang tinggi. Titik tetesan ini tidak sama dengan suhu maksima penggunaan gris.
Ia perlu ada ruang antara suhu dimana bering beroperasi dan titik tetesan gris.

Isu-Isu Tidak Boleh Campuran


Apabila menukar jenis gris, adalah penting untuk mengeluarkan gris gris yang lama kerana ia
berkemungkinan meminimakan isu-isu ketidaksesuaian dengan gris yang baru. Lebih baik, jika dibuka
perkakasan tersebut dan dicuci keluar gris-gris yang digunakan sebelum ini sebaik mungkin.

Suhu Maksimum Tipikal Operasi Gris

 Jika titik tetes (DP) < 148.890C, tolakkan 23.890C dari titik tetes (DP)

 Jika 1480C < titik tetes (DP) < 204.440C, tolakkan 37.780C dari titik tetes (DP)

 Jika titik tetes (DP) > 204.440C, tolakkan 65.560C dari titik tetes (DP)

Walaupun majoriti penggunaan untuk pelinciran gris menggunakan gris pelbagai guna, bagi sesetengah
keadaan apabila nilai NDm adalah terlebih tinggi, adalah penting untuk memastikan bahawa pelincir itu
mampu untuk melindungai peralatan. Walaupun kajian dilakukan didalam permilihan gris berdasarkan
nilai-nilai yang diperlukan, untuk menentukan gris ini benar-benar sesuai ujian lapangan perlulah dilakukan.
Dengan memerhati operasi suhu bering, dan melihat tanda-tanda gris atai minyak mengalir keluar dari
kedap.

Akhir sekali, pastikan lakukan kerja rumah dan mengira nilai NDm bering bagi memastikan pilihan pelincir
yang sesuai. Dengan perhatian yang diberikan dan memilih pelincir, peralatan yang berkelajuan tinggi boleh
ditingkatkan jangkahayatnya.
6 Faktor untuk Memilih Gris Kegunaan Halaju Tinggi
Kelikatan Minyak Asas– Pastikan kelikatan yang sesuai untuk memberikan filem pelinciran tetapi bukan
terlalu tebak untuk menyebabkan haba dan heretan.
Ciri-Ciri “Channeling”(penyaluran)– Gris mestilah boleh di “channel” (salur) jadi haba berlebihan
tidak dijanakan daripada kocokan (churning) gris.
Titik Tetes (Dropping Point) – Titik tetes gris mestilah melebihi suhu operasi dengan jurang yang besar
untuk mengelakan daripada mengalir keluar dan kegagalan bering.
Jenis “Thickener” – Pilih “thickener” yang boleh memberikan titik tetes yang sesuai, “channeling” dan
ciri-cirinya mengalir. Juga, sekiranya menggunakan pelbagai gris, periksa jenis “thickener” untuk
mengetahui kesesuaiannya bagi mengelakan salah campuran yang boleh menyebabkan kerosakan.
Gred NLGI – Ciri konsisten gris memberikan kesan pada ciri boleh alir dan nilai “channeliing” bagi
pelincir gris yang dihasilkan.
Beban Bahan Tambahan – Kebanyakan penggunaan memerlukan bahan tambahan untuk membantu
pelinciran minyak. Bagi gris, pelbagai jenis bahan kimia dan bahan tambahan pejal boleh diadunkan untuk
menambah kekuatan filem dan mengurangkan geseran dan kehausan

Anda mungkin juga menyukai