Anda di halaman 1dari 12

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

HIQ3013 - ILMU-ILMU AL-QURAN








DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
AHMAD MAZRAN BIN ZAINUDDIN D20112053799

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. AZMIL BIN HASHIM
TARIKH SERAH : 11 NOVEMBER 2013






PEMARKAHAN

TUGASAN 1
Huraikan Maksud Tafsir Al-Quran dan sumber-sumber tafsir. Dan jelaskan
bagaimana tafsir dilakukan dengan mengikut syarat-syarat pentafsiran al-Quran?

1



























ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN .. 2

PENGERTIAN TAFSIR AL-QURAN .. 3

SUMBER-SUMBER TAFSIR AL-QURAN .. 4

SYARAT-SYARAT PENTAFSIRAN AL-QURAN .. 7

PENUTUP ... 10

BIBLIOGRAFI 11

2
PENGENALAN
Firman Allah Taala ;




Ertinya : Alif, Laam, Raa. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai
Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur
kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi
Maha Terpuji.

l-Quran merupakan mukjizat Rasulullah S.A.W yang paling agung dan mulia.
Ianya tetap akan terpelihara hingga hari kiamat walaupun banyak cubaan daripada
orang kafir dan yang tidak bertanggungjawab untuk menyelewengkannya, tetapi
masih tidak berjaya hingga ke hari ini. Ini kerana janji Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang
berbunyi :


Maksudnya : ..Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya..
Ini menunjukkan cubaan untuk menukar, mengubah, menambah atau mengurangkan ayat Al-
Quran akan gagal. Dalam hal ini, ayat-ayat Al-quran terpelihara melalui 3 cara iaitu hafazan,
Talaqqi musyafahah dan mashaf itu sendiri. Permasalahnnya disini, bagaimana seseorang
ingin mengaplikasikan Al-Quran dalam kehidupan seharian jika tidak memahami apa yang
terkandung dalam Al-Quran itu sendiri? Yang demikian itu, sesuai dengan kedudukannya
sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan penuh dengan pelbagai ilmu dan
pengetahuan serta panduan yang dapat menunjuki manusia ke jalan yang selamat, maka
proses memahaminya memerlukan kepada penafsiran oleh ahli ilmu dan para ulama tafsir.
Ianya bertujuan meningkatkan pemahaman manusia khususnya mereka yang tidak bertutur
dalam bahasa arab untuk menyingkap isi kandungan Al-Quran seterusnya mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.


A

3
PENGERTIAN TAFSIR AL-QURAN

Tafsir dari sudut bahasa yang dinisbahkan atas wazan tafil bermaksud penjelasan,
penerangan atau pembukaan. Menurut Dr. Manna Khalil Qathan dalam Mabahis Fi Ulum
Quran, ianya bermaksud menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menjelaskan sesuatu
rahsia. Bersesuaian dengan Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 33 ;


..Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-
baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)..

Pendapat daripada Ibn Abbas mengatakan ialah bermaksud Penjelasan.
Manakala tafsir dari sudut istilah ulama dan para ahli ilmu mengatakan ianya ialah ilmu
yang mengkaji mengenai maksud dan lafaz ayat dalam Quran, hukum dan hakam serta
pengajaran dan manfaat dari Quran. Menurut Zarqasyi dalam Al-Itqan Fi Ulum Quran tafsir
bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.
Sesungguhnya Allah S.W.T menurunkan kitab dan wahyu-Nya dengan menggunakan bahasa
dan lisan kaum rasul yang diutuskan-Nya seperti yang dijelaskan dalam ayat ;



..Dan tidaklah kami mengutuskan rasul melainkan dengan lisan kaumnya sendiri untuk
memberi penerangan kepada mereka.. (Surah Ibrahim : 4).
Firman-Nya lagi :



..Dan sesungguhnya kami telah turunkan Quran itu dalam bahasa arab moga-moga kamu
memikirkan (memahaminya).. (Surah Yusof : 2).



4
Lantaran Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa arab maka ianya merupakan satu kewajipan
kepada umat Islam untuk mengetahui ilmu tafsir supaya dapat menjelaskan maksud-
maksudnya yang tidak difahami oleh orang yang bukan arab . Bahkan terdapat banyak ayat
dalam Al-Quran yang bangsa arab sendiri pun tidak memahaminya kerana tinggi bahasa dan
sasteranya, agung makna dan penyusunan kata-katanya sehingga ianya benar-benar menjadi
mukjizat dan cabaran kepada sesiapa yang tidak beriman untuk mencipta sepertinya
sebagaimana cabaran Allah swt kepada hamba-Nya dengan berfirman :




..Dan jika kamu meragui akan apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami
(Muhammad), maka buatlah satu surah sepertinya.. (Surah Al-Baqarah : 23).


SUMBER-SUMBER TAFSIR AL-QURAN

Perkembangan tafsir Al-Quran terbahagi kepada 3 tempoh iaitu :








Sebagaimana yang kita sedia maklum, Rasulullah merupakan seorang ahli tafsir yang sangat
hebat. Ayat Al-Quran yang sukar difahami oleh para sahabat, akan ditafsirkan oleh
Rasulullah dengan hadis-hadis beliau. Tafsir yang dibuat oleh Nabi atau disampaikan oleh
Baginda melalui hadis merupakan tafsir yang paling tinggi nilainya dan ia adalah benar dan
muktamad. Antara contoh-contoh tafsir dengan hadis nabi S.A.W ialah seperti perbuatan
sahabat bertanyakan kepada baginda maksud ayat-ayat tertentu, atau wujud penerangan dari
baginda pada maksud ayat tertentu yang boleh diketahui dengan merujuk pada hadith-hadith
1- Zaman Nabi dan Sahabat.
2- Zaman Tabiin dan Tabi Tabiin
3- Zaman Tadwin

5
baginda dalam kitab hadith seperti Bukhari, Muslim dan lain-lain. Seperti dalam riwayat dari
Ibn Masud ketika turunnya ayat


Ertinya : ..Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman..
(Surah Al-Anam : 82).

Maka para sahabat pun kehairanan bagaimana memakai (mencampuri) keimanan dengan
kezaliman? Maka mereka pun bertanya kepada baginda lalu baginda pun menjawab dengan
sabdanya yang bermaksud : Sesungguhnya yang dimaksudkan ialah Syirik (Hadith Sahih,
riwayat Bukhari)
Berdasarkan perkara ini, sumber tafsir pada zaman nabi S.A.W dan para sahabat ialah
berdasarkan kepada 3 perkara iaitu :







Para sahabat berpegang bahawa dalam mendalami dan membuat tafsiran al-Quran hendaklah
merujuk kepada Al-Quran itu sendiri kerana apa yang datang secara jumlah di dalam al-
Quran akan datang menerangkan pada ayat lain. Mana yang datang secara mutlak maka pasti
akan datang yang am sesudahnya. Jika terdapat ayat yang umum akan terdapat pula ayat yang
mengkhususkannya. Sumber yang kedua ialah mereka berpegang atau merujuk kepada Nabi
yang merupakan penerang dan penjelas Al-Quran. Para sahabat akan segera menemui Nabi
sekiranya mereka menemui sebarang masalah yang tidak difahami atau tersalah faham
mengenai penafsiran Al-Quran sepertimana peristiwa yang dinyatakan di atas. Sumber yang
ketiga pula ialah para sahabat mentafsir al-Quran berdasarkan fahaman dan ijtihad mereka
sendiri. Sahabat yang tidak menemui sebarang tafsiran dari al-Quran sendiri dan juga tidak
mendapat penerangan daripada Nabi lalu mereka mentafsirkan al-Quran menggunakan ijtihad
mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka merupakan orang Arab tulen yang menguasai
bahasa Arab dengan fasihnya serta memiliki kefahaman yang baik mengenainya.

Berpegang kepada Al-Quran
Berpegang kepada penjelasan Nabi
Berpegang kepada Ijtihad

6
Pada zaman Tabiin dan Tabi Tabiin pula, sumber pentafsiran Al-Quran adalah seperti
berikut :
1. Berpegang kepada Al-Quran.
2. Berpegang kepada penjelasan Nabi.
3. Berpegang kepada tafsiran sahabat.
4. Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab.
5. Berpegang kepada ijtihad.
Pada zaman ini juga, antara Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk
mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran ialah :














Pada zaman tadwin pula, boleh dikategorikan kepada dua peringkat zaman iaitu Tafsir Zaman
Mutaakhirin dan Tafsir Zaman Moden. Zaman ini berlangsung selama 8 abad, iaitu bermula
dari awal abad keempat Hijrah hingga abad kedua belas Hijrah. Pada masa itu terdapat kitab-
kitab tafsir yang secara khususnya menitik beratkan aspek-aspek tertentu, sebagai contoh:
i. Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu bahasa dab tatabahasa. Di antaranya Tafsir al-Kasyaf
oleh al-Zamakhsyari, Tafsir Maani al-Quran olh al-Zajjaj, Tafsir al-Basit oleh Wahidi.
ii. Tafsir yang menitik beratkan tentang sifat-sifat Allah s.w.t diantaranya ialah Tafsir
Mafatih al-Ghaib oleh Imam Razi.
Tafsir Zaman Moden pula berlaku atau bermula pada awal abad ke-14 Hijrah atau akhir abad
ke 19 Masihi. Sumber ilmu tafsir pada zaman Mutaakhirin ini ialah :

i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.

ii. Waki Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

iii. Syubah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.

iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 398 Hijrah.


7















SYARAT-SYARAT PENTAFSIRAN AL-QURAN

ara ulama banyak membahaskan syarat-syarat tafsir al-Quran sebelum ditafsirkannya
seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah
dengan Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dengan al-Tibyan Fi Aqsam al-
Quran, al-Zarkasyi dengan al-Burhan, al-Zurqani dengan Manahil al-Irfan dan ramai lagi
ulama. Antara syarat syarat mufassir serta adab-adabnya ialah :

Keikhlasan.
Iktikad yang sahih.
Sejahtera daripada amalan dan iktikad bidaah.
Bertaubat dan sentiasa kembali kepada Allah.
Sentiasa berwaspada daripada terjebak mengikut hawa nafsu.
Mempunyai pelbagai ilmu, antaranya, Ilmu lughah seperti kata Mujahid : Tidak halal
bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat bercakap tentang kitab
Allah jika tidak arif / tahu dengan bahasa Arab.



P
1. Berpegang kepada Al-Quran.
2. Berpegang kepada penjelasan Nabi.
3. Berpegang kepada tafsiran sahabat.
4. Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab.
5. Berpegang kepada ijtihad sendiri daripada ayat-ayat al-Quran
yang ditafsirkan menurut konteks dan keperluan Islam dan
umat semasa.

8
Sehubungan itu juga, pentafsiran Al-Quran boleh diklasifikasikan kepada 3 bahagian iaitu :








Tafsir bir riwayah juga disebut tafsir bil matsur, maksudnya adalah penafsiran Al-
Quran berdasarkan kepada penjelasan Al-Quran sendiri, penjelasan nabi, penjelasan para
sahabat melalui ijtihadnya dan penjelasan para tabiin. Manna al-Qattan mendefinisikan
Tafsir bir riwayah(bil matsur) ialah tafsir yang disandarkan kepada riwayat-riwayat yang
shahih secara tertib yang sebagaimana telah diceritakan dalam syarat-syarat mufassir, antara
lain menafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran, atau dengan sunnah kerana sunnah merupakan
penjelas bagi kitabullah, atau dengan riwayat-riwayat yang diterima daripada para sahabat.
Sebab mereka lebih mengetahui kitabullah, atau dengan riwayat-riwayat para tabiin besar,
sebab mereka telah menerimanya dari para sahabat. Contoh pentafsiran Al-quran dengan Al-
Quran itu sendiri ialah Firman Allah dalam Surah At-Toriq ayat 1-3 :



Maksudnya: ..Demi langit dan "At-Taariq dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa
dia "al-Taariq" itu? (al-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya)..
Tafsir Bi ad-Dirayah
Tafsir bid dirayah pula ialah pentafsiran terhadap pemahaman ayat-ayat Al-Quran
melalui ijtihad dengan menggunakan akal fikiran. Ianya disebut sebagai tafsir bir rayi.
Menurut Muhammad Ali al-Shabuni: Tafsir bi Ar-Rayi adalah Ijtihad yang didasarkan
kepada dasar-dasar yang shahih, kaedah yang murni dan tepat, biasa diikuti dan sewajarnya
diambil oleh orang yang hendak mendalami tafsir Al-Quran atau mendalami pengertiannya,
dan bukan bermaksud mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran berdasarkan kata hati atau kehendak
sendiri.


Tafsir bi al-Riwayah
(Tafsir bi al-Ma'thur)
Tafsir bi al-Dirayah
(Tafsir bi al-Ra''yi)
Tafsir al-Isyari

9
Diantara kitab-kitab tafsir bid dirayah ialah :
1. Tafsir Anwarut Tanzil wa Asrar Tawil karya al Baidhawi
2. Tafsir Mafatih al Ghaib karya Fakhruddin ar Razi
3. Tafsir Jalalain karya Jalaluddin Muhammad al Mahalli dan Jalaluddin Abdur
Rahman Ash Shuyuti.

Tafsir Isyari pula adalah tafsir yang menta`wilkan ayat tidak menurut zahirnya namun
disertai usaha menggabungkan antara yang zahir dan yang tersembunyi.Manna Khalil al-
Qattan menyatakan bahwa setiap ayat mempunyai makna zahir dan makna batin
(tersembunyi). Makna zahir ialah segala sesuatu yang segera mudah difahami akal fikiran
sebelum yang lainnya, sedangkan makna batin adalah isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya
nampak dan diketahui maknanya oleh para ahli tertentu. Semua tafsir isyari, tidak diterima
begitu sahaja tetapi mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada ahli
mufassirin. Antara syarat-syarat tesebut ialah :
1. Isyarat tidak boleh menafikan apa yang dimaksudkan dengan makna yang
sebenar.
2. Mesti ada nas lain yang menguatkannya.
3. Tidak bertentangan dengan syara dan akal.
Dengan kata lain Tafsir al-Isyari adalah suatu tafsir di mana mufassir berpendapat dengan
makna lain tidak sebagai yang tersurat dalam al-Qur`an, tetapi penafsiran tersebut tidak
diketahui oleh setiap insan kecuali mereka yang hatinya telah dibukakan dan disinari oleh
Allah, yakni orang-orang yang saleh yaitu mereka yang telah dianugerahkan pemahaman dan
pengertian dari Allah (al-Rasikhun). Beberapa contoh karya tafsir Isyari yang terkenal ialah
Tafsir al-Naisabury, Tafsir al-Alusy, Tafsir Ibnu Araby.
Antara contoh tafsir isyari seperti yang dikemukakan oleh Manna Khalil Qattan, Ibnu Abbas
mengatakan : Ummar Ra mengajakku bergabung bersama tokoh-tokoh pertempuran badar
dan ada diantara mereka yang keberatan dan berkata mengapa engkau mengajak anak kecil
ini bersama kami padahal kami mempunyai beberapa anak yang sesuai dengannya. Ummar
menjawab ia adalah orang yang engkau kenal kepandaiannya. Pada suatu ketika aku
dipanggil untuk bergabung dalam kelompok mereka, Ibnu Abbas berkata aku berkeyakinan
bahawa Umar memanggilku semata-mata untuk diperkenalkan kepada mereka. Umar
bertanya : apa pendapat kalian tentang firman Allah dalam surat al-Nashr ayat 1 iaitu :



10
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Di antara mereka yang menjawab: kami diperintahkan untuk memuji dan meminta kepada
Allah ketika mendapat pertolongan dan kemenangan. Sahabat yang lain tidak mengatakan
apa-apa. Umar melemparkan pertanyaan kepadaku: begitukah pendapatmu Ibnu Abbas?
Aku menjawab, ayat itu menunjukkan tentang ajal Rasulullah SAW yang diberitahukan
Allah kepadanya.

PENUTUP

Dalam mentafsirkan ayat Al-Quran, perlu kepada syarat-syarat yang ketat agar tidak berlaku
penyelewengan kepada makna ayat itu sendiri. Dalam hal ini, beberapa perkara yang perlu
dijauhi oleh ahli tafsir antaranya ialah mentafsir dengan mengikut hawa nafsu serta mentafsir
sesuatu ayat secara pasti seperti kehendak Allah daripada ayat ini bermaksud begini. Dalam
hal ini, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir halaman 83,
memberi peringatan kepada golongan yang berpaling daripada tafsir al-Sahabat dan al-Tabiin
tegasnya, ``Sesiapa yang berpaling daripada mazhab-mazhab sahabat dan al-Tabiin,
sedangkan tafsir mereka bercanggah daripada yang demikian itu, sebenarnya dia tersilap dan
juga ahli bidaah.
Wallahualam
















11
BIBLIOGRAFI

http://quran.com.

http://www.alquran-melayu.com/110-an-nasr/

Modul HIQ3013 - ILMU-ILMU AL-QURAN, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Nasib Ar-RifaI (1999), Ringnkasan Tafsir Ibnu Katsir, Maktabah Maarif,
Riyadh.

Abd. Rahman Dahlan (1997), Kaidah-Kaidah Pentafsiran Al-Quran, Pustaka Mizan.

Dr. M. Quraish Syihab, Wawasan Al-Quran, Pustaka Mizan.

Tafsir Al-Jalalain, Jalaluddin Abdul Rahman Bin Abi Bakar Assayuti.

Ustaz Emran (2006), http://ustaz.blogspot.com/2006/04/muqadimah-ilmu-tafsir-al-quran-
special.html, disalin pada 09 Nov 2013.

Rushdi Ramli (2008), Metodologi Tafsir al-Quran Secara
Al-Isharah: Suatu Penilaian hukum, (http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4018/Metodologi_Tafsir_al-
quran_secara_isyarah.pdf) dimuat turun pada 07 Nov 2013.

Ustaz Norazamuddin (2012), Metodologi Pentafsiran Al-Quran,
http://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/14/bab-4-tafsir-al-quran-bi-al-
ma%E2%80%99thur/, disalin pada 09 Nov 2013.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2011), Mentafsir al-Quran - Syarat dan adabnya,
http://zulkiflialbakri.blogspot.com/2007/04/mentafsir-al-quran-syarat-dan-adabnya.html,
disalin pada 10 Nov 2013.

Anda mungkin juga menyukai