Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SK PAKATAN JAYA 2010.

__________________________________________________________________ ________________________

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun kawasan Ulu Kinta, diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Faridah Binti Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya, En. Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar, Yang Dipertua PIBG serta barisan guru-guru Penolong Kanan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Pakatan Jaya bagi tahun 2010.

(paluan kompang) (tunggu VIP sampai dan menyanyi)

Terima kasih diucapkan atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Teruna menjeling si anak dara, Pandang memandang mata bertentang, Memohon izin membuka bicara, Pemanis kata selamat datang.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, ADUN kawasan Ulu Kinta,

Yang berusaha, Pn. Faridah Binti Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya

En. Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pakatan Jaya Guru Besar-Guru Besar dan wakil kelompok 3.

Yang Berusaha barisan Guru- guru Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, Ibu Bapa dan murid-murid sekalian. Malaysia terkenal di Asia Tenggara, Juga kaya dengan pelbagai budaya, Lafaz Bismillah pembuka bicara, Tanda majlis akan bermula.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Pakatan Jaya bagi tahun 2010.

Para hadirin sekalian,

Untuk makluman hadirin, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini merupakan satu penghargaan dan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang telah berjaya memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran. Kecemerlangan ini diukur berdasarkan pencapaian cemerlang murid-murid sewaktu PKSR 2 yang dijalankan pada bulan Oktober yang lalu. Sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan itu, maka pada hari ini murid-murid yang cemerlang ini akan diraikan.

Sirih junjung sirih bertingkat, Sirih dihias si anak nyonya, Doa dipohon tangan diangkat, Mohon berkat hingga akhirnya.

Sebagai pembuka tirai bicara, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini.Untuk itu dijemput Ustaz Samsol Kamal Bin Yahya bagi mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya, mempersilakan.

(Bacaan Doa) Amin, amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Samsol Kamal Bin Yahya atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita akan diberkati oleh Allah S.W.T..InsyaAllah.

Para hadirin yang dihormati, Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya. Tidak lengkaplah majlis kita jika tiada yang berbicara.

Majlis dengan ini menjemput En. Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(ucapan YDP)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar YDP PIBG atas ucapan sebentar tadi.

Merealisasikan pendidikan holistik visi kami, Terunggul di Kinta Utara itulah harapan kami.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn. Faridah Binti Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

(ucapan guru besar)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Faridah Binti Yusop atas ucapan itu tadi.

Cempaka sari warisan sejati, Menjadi kebanggaan seisi negeri, Ucapan perasmi memang dinanti, Pelengkap majlis kita pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Tidak lengkaplah majlis kita jika tiada ucapan perasmi. Maka dengan ini majlis menjemput Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun kawasan Ulu Kinta, bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis anugerah kecemerlangan akademik, Sekolah Kebangsaan

Pakatan Jaya kali kedua bagi tahun 2010. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. (ucapan perasmi)

Ucapan Puan penyeri majlis, Warga pendidik tampak ceria, Kesudian Puan merasmikan majlis, Allah sahaja mampu membalasnya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun kawasan Ulu Kinta, atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi. (tunggu duduk)

Jauh berkolek dari melewar, Berkolek sampan ke Sungai Cemetri, manis dipandang indah didengar, persembahan dinanti sebagai penyeri. Negeri Perak aman sentosa, Pendidikan gemilang misi utama, Tanpa kita melengahkan masa, Mari saksikan persembahan pertama. Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dan diserikan dengan persembahan daripada kumpulan koir suara perindu yang akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Tanah Pusaka. Dipersilakan.

(persembahan koir) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, kumpulan koir ini di bawah bimbingan Pn. Hasnatun Noor Bt Md. Sabri dan En. Faizal Bin Shair.

( tunggu sehingga stage clear)

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kecemerlangan kelas bagi murid tahap satu dan penyampaian hadiah kelas Nur Kasih.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah ini, majlis mempersilakan En. Megat Fuzil B. Megat Mohamad, PK Kokurikulum mengiringi _____________________________________________untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(penyampaian hadiah tahun 1, 2 dan 3.) Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________________________________ atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Berdagang hamba ke Kota Lama, Singgah sebentar di tanjung Baginda, Ayuh kita tonton bersama, Persembahan istimewa cukup bermakna.

Majlis berehat sebentar dengan memberi laluan kepada persembahan tarian Medley kontemporari daripada kumpulan Tarian Senandung Pakatan. Dipersilakan.

(Persembahan tarian 1) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan tarian itu tadi di bawah bimbingan Pn. Hasnatun Noor Bt Md. Sabri. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kecemerlangan kelas bagi murid tahap dua. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah ini, majlis mempersilakan Pn. Siti Habsah Bt Syed Baharom, Pen. Kanan 1, mengiringi Pn. Faridah Bt Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. (penyampaian hadiah tahun 4, 5 dan 6)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Faridah Bt Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis berehat sebentar dengan memberi laluan sekali lagi kepada kumpulan Tarian Senandung Pakatan untuk mempersembahkan Tarian Moden. Dipersilakan.

(persembahan tarian 2)

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Persembahan tarian itu tadi di bawah bimbingan Pn. Hasnatun Noor Bt Md. Sabri, En. Faizal B. Shahir dan En. Rizal B. Embran.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah mata pelajaran terbaik bagi murid tahap satu dan dua. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah ini, majlis mempersilakan En. Megat Fuzil Bin Megat Mohamad, PK Kokurikulum, mengiringi En. Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar, YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. (penyampaian hadiah mata pelajaran terbaik tahap satu dan dua.)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Badrul Hisham Bin Ahmad Sukar, YDP PIBG atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan sekali lagi kumpulan Senandung Pakatan Mempersembahkan tarian mereka. Dipersilakan. (persembahan tarian 3) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR 5A dan penyampaian hadiah anugerah khas. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian anugerah ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Faridah Binti Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya mengiringi Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun

kawasan Ulu Kinta, untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. (penyampaian hadiah Kecemerlangan UPSR 5A dan Anugerah Khas.) (sesi bergambar) Seterusnya, dijemput Yang Berusaha Pn. Faridah Binti Yusop, Guru Besar SK Pakatan Jaya untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu istimewa kita pada pagi ini, Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun kawasan Ulu Kinta, atas kesudian hadir dan menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Pakatan Jaya 2010.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, Adun kawasan Ulu Kinta, dan Yang Berusaha Pn. Faridah Binti Yusop atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

(tunggu perasmi duduk)

Budi bahasa bunga peribadi, Buahnya pula nilaian budi, Usaha dan doa bekalan diri, Kejayaan dicapai anugerah Ilahi. Pohon merimbun pohon cemara, Tumbuhnya rendang di hujung kuala, Majlis tiba di penghujung acara, Salah dan silap maaf dipinta. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, atas kesudian hadir pada majlis hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK PIBG, Jawantankuasa Pengelola MAKA 2010, serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Buat penerimapenerima anugerah, semoga akan terus berjaya dan tahniah kepada ibu bapa yang sentiasa berusaha dan membantu pihak sekolah dalam mencipta kejayaan yang menjadi kenyataan pada hari ini. Marilah kita meneruskan usaha murni ini tanpa putus asa dan berdoa kepadaNya..insyaAllah.

Sebelum mengakhiri bicara, dipersilakan Yang Berhormat Dato Hjh. Rusnah Binti Kassim, dan tetamu-tetamu untuk menjamu selera. Untuk itu, insyaAllah kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai