Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikumwarahmatullah.. Saya setuju dengan pendapat ustazah. Izinkan saya memberi pandangan.

Hadis merupakan sumber hukum kedua bagi umat Islam. Kedudukannya begitu tinggi, kerana merupakan panduan hidup selepas Al-Quran. Selama ini kita mengenal hadis dalam bentuk kitab-kitab yang terjilid, senang dibaca, dan mudah didapati di kedai-kedai buku. Namun begitu, proses menjilidkan hadis bukannya satu perkara yang mudah. Hadis merupakan perbuatan dan perkataan nabi. Maklumat tersebut boleh sampai ke tangan kita setelah menjalani proses pemilihan yang ketat dan proses pemilihan tersebut menggunakan suatu metodologi, yang dilaksanakan dengan penuh disiplin. Dengan demikian, maklumat yang sampai kepada kita dapat dikategorikan kualitinya samada sahih, dhaif, atau maudhu (palsu). Dalam hal ini, terdapat beberapa metodologi pembukuan hadis seperti yang berikut : 1. Kaedah juz. Ini termasuk kaedah paling awal yang digunakan dalam mengkategorikan hadis. Kaedah Juz bermakna mengumpulkan hadis berdasarkan guru yang meriwayatkan hadis kepada penulis kitab hadis. 2. Kaedah Muwatta bermaksud sesuatu yang dimudahkan. Secara istilah ilmu hadis, muwatta adalah kaedah perakaunan hadis berdasarkan klasifikasi undang-undang Islam, dan menyenaraikan hadis-hadis marfu, mauquf, dan maqtu. 3. Kaedah Mushannaf iaitu sesuatu yang disusun, namun secara istilah sama ertinya dengan muwatta 4. Kaedah Musnad. Kaedah ini menglasifikasikan hadis berdasarkan nama para sahabat yang meriwayatkan hadis itu. 5. Kaedah Jami bermaksud sesuatu yang mengumpulkan, menggabungkan, dan merangkumi. Kitab Jami adalah kitab hadis yang kaedah penyusunannya merangkumi seluruh topik-topik dalam agama, baik aqidah, undang-undang, adab, tafsir, manaqib, dan lain-lain. Wallahualam Assalamualaikumwarahmatullah Saya bersetuju dengan pendapat ustazah dan izinkan saya memberi sedikit pandangan. Kaedah lain yang digunakan dalam pembukuan hadis adalah kaedah Mustakhraj iaitu penyusunan kitab hadis berdasarkan penulisan kembali hadis-hadis yang terdapat dalam kitab lain, kemudian penulis kitab yang pertama tadi menyenaraikan sanad dari dia sendiri, maka kaedah ini disebut Mustakhraj. Selain itu, kaedah Sunan Kata adalah bentuk jamak dari kata sunnah, yang pengertiannya sama dengan hadis. Sementara yang dimaksudkan di sini adalah kaedah penyusunan berdasarkan klasifikasi hukum-hukum Islam (abwab fiqhiyah), dan hanya menyenaraikan hadith-hadith marfu . Ini yang membezakan dengan kaedah Mushannaf dan muwatta yang juga banyak menyenaraikan hadis-hadis

mauquf dan maqtu . 3.2.8. Kaedah Mustadrak Adakalanya penyusunan kitab hadis berdasarkan menyusulkan (append) hadis-hadis yang tidak dinyatakan dalam suatu kitab hadis yang lain. Namun dalam menuliskan hadis-hadis susulan tersebut penulis kitab tadi mengikuti keperluan periwayatan hadith yang dipakai oleh kitab yang lain tersebut. 3.2.9. Kaedah Mu jam Kaedah ini mengumpulkan hadis berdasarkan nama-nama para sahabat, guru-guru hadis, negeri-negeri, atau yang lain. Dan lazimnya nama-nama itu disusun berdasarkan huruf Mu jam (abjad). Kesembilan kaedah di atas merupakan kaedah yang lahir sejak awal, bermula dari masa para sahabat. 3.2.10. Kaedah Majmaa Kaedah ini merupakan satu kejayaan yang dilakukan semenjak kira-kira abad kelima hijri. Pada kaedah ini, penulis hadis menggabungkan kitab-kitab hadis yang sudah ada. 3.2.11. Kaedah Zawaid Sebuah hadith terkadang ditulis oleh pelbagai penulis hadis secara bersamasama dalam kitab mereka. Ada pula hadis yang hanya ditulis oleh seorang penulis hadis saja, sementara penulis hadis yang lain tidak menulisnya.

Assalamualaikumwarahmatullah.. Terdapat banyak kitab hadis hasil karya para ulama' silam dapat dikumpulkan dan ianya dapat dijadikan sumber rujukan bukan sahaja pada zaman penulisnya bahkan sehingga ke hari ini ia tetap mempunyai kepentingan dalam perkembangan ajaran Islam. Malah, ianya akan terus relevan untuk masa-masa akan datang. Sehubungan itu, Methodologi muhaddithin dalam pengumpulan dan pembukuan himpunan Hadith Sunan Sittah atau Sunan Tisah adalah seperti berikut :

1. Sahih Bukhari
1. Kalimah al-Jami' menegaskan bahawa hadis yang dikumpulkannya meliputi keseluruhan perkara-perkara yang terdapat dalam ajaran Islam meliputi hukum, perkara yang lalu dan akan datang, akhlak dan lain-lain lagi. 2. Kalimah al-Sahih menjelaskan bahawa beliau hanya memilih hadis-hadis yang sahih sahaja dan menghindari hadis yang tidak mencapai tahap tersebut. 3. Kalimah al-Musnad menjelaskan bahawa beliau hanya mengumpulkan hadis-hadis yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. sahaja.

2. Sahih Muslim
1. Memasukkan hadis Sahih yang telah disepakati para ulama' manakala hadis yang baginya Sahih tetapi tidak disepakati oleh para ulama' tidak dimasukkannya. 2. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya. 3. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus periwayatnya.

4. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada sahabat atau tabi'in. 5. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya. Syarat ini dinamakan 'An'anah. Pandangan Imam Muslim berbeza dengan Imam bukhari dalam hal ini iaitu beliau tidak mensyaratkan perawi perlu bertemu kerana perawi yang thiqah pasti akan meriwayatkan hadis yang didengarinya sahaja. 6. Dari segi matan, beliau mengumpulkan matan yang berbeza dalam satu riwayat tanpa dipecahkan kepada bab berasingan. 7. Penulisan kitab: a. Mempunyai pendahuluan b. Menerangkan tabaqat perawi-perawi c. menerangkan pengkelasan taraf hadis

3. Sunan Abu Daud


1. Penyusunan bab berdasarkan permasalahan Fiqh dan penulisannya dimulakan dengan bab bersuci dan bersolat. 2. Di dalam sunannya, terdapat hadis Sahih, hasan dan dhaif. Beliau tidak memasukkan hadis yang telah disepakati muhaddithin untuk ditinggalkan. 3. Menjelaskan taraf sesuatu hadis seperti hadis dhaif, munkar dan mudallas. Namun demikian hadis yang sahih tidak dinyatakan tarafnya. 4. Menerangkan kredibiliti perawi sama ada thiqah, wahm, majhul dan lain-lain lagi. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang matruk tidak dimasukkan.

4. Sunan Al-Tirmizi
1. Menerangkan taraf sesuatu hadis daripada hadis sahih, hasan, dhaif, gharib dan mu'allal serta menjelaskan illatnya 2. Mempelopori satu klasifikasi baru dalam pentarafan hadis iaitu seperti hadis hasan, hadis gharib, hasan sahih, hasan sahih gharib, hasan li ghairihi. 3. Menerangkan Rijal al-Hadith iaitu tentang perawi hadis. 4. Menyusun hadis berdasarkan permasalahan fiqh. Memasukkan hadis yang menjadi sandaran dan pegangan fuqaha' bagi mazhab yang rajih dan tidak rajih sama ada sahih ataupun tidak untuk dibuat penilaian serta menerangkan sebab-sebab kecacatannya.

5. Sunan al-Nasa'i
1. Menyusun hadis berdasarkan ilmu Fiqh. 2. Menulis hadis daripada perawi yang diterima Ijma' para fuqaha' sahaja.

3. Syarat perawi: pemilihan beliau dikatakan lebih ketat daripada al-Bukhari dan Muslim, namun masih terdapat pendapat yang menyatakan beliau masih tidak terlepas dari melakukan penilaian yang tidak tepat. Seperti Ibn Kathir yang berpandangan bahawa beliau telah melakukan kajian yang mendalam terhadap para perawi namun di dalam kitabnya masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh dan terdapat hadith dhaif, muallal serta mungkar. 4. Terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif di dalamnya dengan diterangkan secara tuntas. 5. Mencatatkan pelbagai isnad dalam suatu perkara kemudian dijelaskan tentang kebenaran dan kesalahan yang terdapat pada sanad hadis tersebut. 6. Menjelaskan sanad dan matan serta disertai dengan takhrij hadis.

6. Sunan Ibn Majah


1. Membahagikan hadis berdasarkan ilmu Fiqh. 2. Di dalamnya terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif dan mungkar tetapi tidak dinyatakan oleh beliau taraf setiap hadis yang ada kerana mengambil pendekatan tidak menilainya. Berdasarkan penyelidikan, 428 hadis sahih kerana sanadnya thiqah, 199 hadis hasan kerana sanadnya hasan, 613 hadis dhaif kerana sanadnya lemah atau dhaif, 99 lagi hadis mungkar dan mahzub kerana sanadnya terlalu lemah, mungkar dan dusta. Kitab ini dimasukkan dalam kumpulan Kutub al-Sittah kerana terdapat tambahan hadis yang dikemukakan oleh Ibn Majah jika dibandingkan dengan kitab haids sahih yang lain. Wallahualam

Assalamualaikumwarahmatullah Saya setuju dengan pendapat ustazah. Rumusan yang boleh dibuat ialah sesungguhnya ilmu sunnah yang berkembang melalui perkembangan zaman dan diwarisi oleh ulama sebelumnya kepada ulama selepasnya menjaga keaslian sunnah Rasulullah dengan berpandukan kepada ilmu isnad dan riwayat yang dikenali sebagai ilmu rijal atau jarh wal tadil yang semua ini dikumpulkan dalam ilmu yang disebut mustalahah hadith. Demikianlah sehingga terputusnya rantai ilmu ini pada zaman mutakhir ini apabila para ulama sudah tidak mengenal lagi riwayat yang sahih dan dhaif dan mencampur adukkan di antara hadith yang sahih dan tidak sahih dalam penulisan penulisan mereka lalu membuat istinbat hukum dan lahirlah fiqih yang pelbagai didasari taasub pada mazhab dengan meninggalkan hadith dan sunnah yang sahih dan berpegang kepada had ith dhaif, maudhu dan mungkar. Sesungguhnya sunnah itu terpelihara sehingga ke hari ini dalam kitab-kitab dan tulisan ulama terdahulu salaf soleh yang sampai kepada kita melalui jalan riwayat dan dipelihara di dalam naskah-naskah maktutokh (tulisan tangan) mereka dan disimpan di muzium-muzium dan perpustakaan seluruh dunia. Sebagai panduan dan nasihat bersama kepada golongan cerdik pandai Islam hari ini yang merangkul Phd, Ma dalam ilmu sunnah dan hadith, mereka perlulah mengenepikan kedudukan dan pangkat taraf title yang mereka miliki sebaliknya

perlulah menyibukkan diri dalam debu kitab dan menyemak buku-buku lama tulisan ulama salaf soleh mencari rangkaian sanad dan isnad riwayat yang terputus dan menyusun kembali penulisan para ulamak terdahulu dalam susunan terkini dan mengumpulkan kembali hadithhadith sahih yang semakin lama semakin menghilang dan memadamkan hadith dhaif dan palsu yang bercambah dalam masyarakat. Wallahualam

Anda mungkin juga menyukai