Anda di halaman 1dari 20

PEMARKAHAN

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGENALAN...................................................................................................

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


PENGERTIAN DAN ASAL USUL KHURAFFAT...........................................
HIA3013 - IMAN DAN KEHIDUPAN

CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT...................................................................

Bincangkan amalan
khurafat
yang merosakkan iman dalam
CONTOH-CONTOH
AMALAN
KHURAFAT.................................................

HUKUM BERAMAL DENGAN AMALAN KHURAFAT..............................

12

KESAN AMALAN KHURAFAT KEPADA MANUSIA.................................


DISEDIAKAN OLEH

12

CARA UNTUK MENGATASI


AMALAN KHURAFAT................................
NAMA
NO. MATRIK
AHMAD MAZRAN BIN ZAINUDDIN
D20112053799

13

PENUTUP..........................................................................................................

14

TUGASAN

kehidupan umat Islam hari ini dan kemukakan cadangan


anda untuk mengatasinya.

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A122PJJ)


RUJUKAN..........................................................................................................

16

NAMA
TUTOR E-LEARNING : DR. IBRAHIM BIN HASHIM
LAMPIRAN........................................................................................................

17

TARIKH SERAH

: 26 MEI 2013

PENGENALAN
Firman Allah Taala dalam Surah An-Nisa ayat 48 yang berbunyi ;
1

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan
mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah

melakukan dosa yang besar.


enurut beberapa kajian yang telah dijalankan, amalan khurafat masih
subur dan diamalkan dalam masyarakat kita sekarang. Antaranya ialah
mempercayai bomoh dan dukun untuk memohon sesuatu hajat seperti
pangkat, calon isteri dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga sebilangan

daripada kita mempercayai tangkal dan azimat yang kononnya boleh membawa tuah
sekiranya dipakai dan dibawa bersama ke mana sahaja. Ada juga kepercayaan khurafat yang
lain ialah mempercayai hari-hari tertentu contohnya hari Rabu boleh mendatangkan
keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis pelancaran atau perasmian
sesuatu program. Disebabkan yakin kepada kesialan hari-hari tersebut, maka terdapat di
kalangan sesetengah masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu
pekerjaan. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan.
Adapun kegagalan, kemalangan dan keburukan yang berlaku adalah berpunca daripada
kecuaian dan kelalaian kita sendiri. Yang paling banyak berlaku sekarang ialah kepercayaan
sesuatu nombor yang boleh membawa tuah sehingggakan ramai yang berhabis ribuan ringgit
semata-mata untuk mendapatkan nombor plat kereta yang mereka inginkan contohnya
dengan alasan nombor tersebut boleh membawa kekayaan dan kesenangan serta dapat
menghindarkan daripada musibah dan malapetaka. Kenapakah semua perkara ini masih
berlaku? Adakah mereka tidak sedar yang mana sebenarnya mereka sedang melakukan
amalan khurafat yang boleh membawa syirik kepada Allah? Atau adakah mereka sedar akan
semua itu dan hanya mementingkan kemewahan duniawi semata-mata? Semua itu akan kita
kupas satu persatu dalam bab-bab yang seterusnya.

PENGERTIAN DAN ASAL USUL KHURAFAT


enurut kamus Bahasa Arab (al-Mujam al-Wasit) khurafat bermaksud
cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan
perkara dusta. Manakala menurut kamus Al-Marbawi ianya bermaksud
cerita karut marut. Pengertiannya dari Kamus Dewan pula ialah

kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan


kejadian-kejadian alam yang berlaku. Secara umumnya khurafat bermaksud kepercayaan
karut yang direka-reka dan diadakan untuk menutup satu keaiban tentang akan berlakunya
baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian
alam yang berlaku. Dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau
membawa tuah keuntungan. Ianya juga merupakan perkara yang belum diketahui
kesahihannya. Ini bermakna rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang belum diketahui kesahihannya dan menyimpang
daripada ajaran islam.
Kebanyakan amalan khurafat ini terhasil daripada pengaruh agama-agama lain seperti
Hindu, Buddha, Animisme dan Dinamisme. Dinamisme mempercayai adanya tenaga yang
tidak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan kata-kata.
Tenaga yang tidak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya,
Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dan sebagainya. Manakala
Anamisme ialah kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia
seperti berikut :
Ruh atau anasir halus yang mempunyai kekuatan dan kehendak.
Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara.
Ruh org mati, gunung, sungai, batu dan lain-lain.
Agama Hindu pula lebih mempercayai kepada dewa-dewa yang mana mengganggap dewa
lebih berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja serta kedudukannya lebih tinggi dan mulia.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan pantang larang yang perlu dijaga tidak
mereka langgar dan ingkar agar dewa mereka tidak murka. Ini jelas sekali bertentangan
dengan ajaran islam yang mana Allah Taala ada berfirman dalam surah Jin ayat 6 yang
berbunyi ;

Ertinya : ..Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi
mereka..
Pengertian daripada firman Allah di atas ialah, golongan jin merupakan makhluk Allah yang
menghuni patung-patung dan sembahan mereka. Mereka merupakan makhluk ghaib yang
berakal, berkehendak dan mempunyai kewajipan serta hidup bersama-sama manusia di dunia
ini. Mereka dicipta terlebih dahulu daripada manusia dan sentiasa berusaha untuk
menyesatkan manusia.
Khurafat juga sebenarnya terpengaruh dengan budaya jahiliyyah. Masyarakat Jahiliah
adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat
mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada
nasib mereka. Orang-orang Arab Jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau
sedang dalam perjalanan menuju sesuatu tempat dan tiba-tiba terdapat burung yang melintasi
mereka, maka dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak namanama tertentu pada keadaan burung yang melintasi mereka. Daripada nama-nama tersebut
lahirlah tafsiran yang khusus ada bala dan bencana akan menimpa, ada tuah, ada keuntungan
yang akan berlaku dan sebagainya dan mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya
kepada keadaan burung tersebut. Masyarakat Jahiliah juga percaya bahawa jika burung hantu
menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni
rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan
berdukacita yang tidak terhingga kerana kematian akan menimpa. Kepercayaan sedemikian
terdapat juga di dalam masyarakat Melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan
budaya Jahiliah hingga sekarang ini padahal semua itu adalah khurafat belaka.
Kesimpulannya, asal usul perkataan khurafat itu sendiri adalah berdasarkan pengertian hadis
di bawah ;
..Saidatina Aisyah RA berkata bahawa pada suatu malam, Rasulullah SAW telah
menceritakan suatu kisah kepada isteri-isteri Baginda, maka telah berkata seorang dari isteri
Baginda, "Wahai Rasulullah, adapun cerita itu ialah cerita khurafat..
Baginda bertanya, "Tahukah kamu sekalian apa itu khurafat? Sesungguhnya Khurafat itu
nama seorang lelaki dari suku Uzrah (suku dari Yaman) yang disorok oleh jin pada zaman
jahililyyah, dan telah menetap dia (bersama-sama jin) untuk suatu tempoh yang lama,
kemudian dikembalikan dia ke (dunia) manusia. Maka dia bercerita kepada manusia apa
benda-benda aneh yang dilihatnya di dunia jin, lalu manusia berkata, ini cerita Khurafat.
(Musnad Imam Ahmad )
4

CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT


ebanyakan pengamal khurafat di negara ini tidak sedar dengan amalanamalan mereka yang sebenarnya sudah jauh terpesong dengan akidah
islamiyah dan perlu bertaubat kepada Allah untuk kembali ke pangkal jalan.
Mereka juga beranggapan bahawa apa yang mereka lakukan adalah ritual

dan adat biasa yang telah dilakukan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Sehubungan itu,
berikut adalah ciri-ciri amalan khurafat yang biasa dilakukan di negara kita khususnya :

Ia tidak didasarkan kepada nas-nas syarak sama ada al-Quran


atau al-Hadith yang bersandarkan kepada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongengan, khayalan atau
kepercayaan karut.
Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan
adat yang bercanggah dengan Islam.
Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada
Allah Taala untuk tujuan tertentu
Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur,
pokok, busut dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu.
Ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada
syirik, merosak atau menjejaskan akidah dan syariat Islam.

Selain itu, ciri-ciri lain ialah :


Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara yang bertentangan dan
tidak selaran dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain
yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran, mempercayai ada lagi kiblat lain
dari Kaabah.
Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadits yang diakui shahih oleh ulama
hadits.
Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau
orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntazhar
atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang
sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan
dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli
syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain
umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat.
Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah yang
diasaskan kepada dalil Qatie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh
menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan,
menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.
Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan atau al-Hadits mengikut sesuka hati.
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, boleh kita rumuskan amalan dan kepercayaan khurafat
yang berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah kepercayaan kepada kubur, cincin,
tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat
mandi membuang sial, mandi safar dan sebagainya. Perkara ini amat bertentang dengan
penjelasan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud ; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam
Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; Sesiapa yang sial sesuatu
(yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat
(atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah (HR Imam Ahmad, atThabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu Amru r.a./ al-Jami as-Saghir, no. 8701).

Begitu juga dengan kepercayaan kepada kuasa jin dan meminta pertolongan
daripadanya seperti adat memuja kampung, adat menepung tawar dan sebagainya. Bentuk
khurafat yang lain juga ialah mempercayai bahawa rezeki boleh bertambah dan berkurang
sekiranya melakukan ritual yang tertentu seperti adat memuja semangat padi, membuang
ancak ke sungai dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang percaya dengan petanda dan
pantang larang seperti melarang bayi melihat muka di cermin kerana kelak akan mati di
dalam air dan juga tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut sial atau bala akan
menimpa. Terdapat juga segelintir daripada masyarakat kita yang terlalu percaya dengan
ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod matrik, tarikh kelahiran, abjad nama,
rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan dalam kalendar, bertenung nasib dan sebagainya
dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan serta
menentukan masa depan serta memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur
yang dianggap wali atau syeikh tertentu, melakukan upacara menghadirkan roh dan
sebagainya atau yang paling menyesatkan ialah menggambarkan wajah guru atau
membayangkan di dalam hati rupa Guru Mursyid semasa berzikir atau beramal dan
sebagainya. Kesemua bentuk kepercayaan tersebut sangat terpesong dan bertentang dengan
ajaran islam yang dibawa Rasulullah. Malahan Allah Taala telah berfirman dalam Surah
Yunus ayat 106 yang berbunyi ;

Maksudnya: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang
lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang
demikian,maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim
(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
FirmanNya lagi dalam Surah Al-Araf ayat 188 yang berbunyi ;

Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak
mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara
yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang
mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan
hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman.

CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT.

erdasarkan huraian yang telah dinyatakan, banyak amalan khurafat yang masih
diamalkan terutamanya masyarakat islam di Malaysia. Amalan-amalan tersebut
adalah seperti berikut :

Membaca tahlil, berdoa dan bertakbir di tiang bendera semasa upacara menurun dan
menaikkan bendera dengan kepercayaan tertentu terhadap sesuatu yang dianggap
keramat.

Menyapu dan menyiram cairan cendana dan yang seumpamanya pada batu nisan,
membentang kain penutup ke atas kubur, membalut kain pada batu nisan, memasang
colok, meletakkan bendera di atas kubur dan sebagainya.

Perarakan membawa bendera, bunga telur, bunga-bungaan, buah-buahan di dalam


dulang sambil berselawat beramai-ramai menuju ke kubur tertentu yang dianggap
keramat.

Mengadakan majlis maulud atau sambutan hari hol atau upacara tertentu di perkuburan
yang dianggap keramat untuk mendapatkan keberkatan.

Membawa haiwan ternakan hidup ke sesuatu tempat untuk disembelih bagi tujuan
tertentu seperti membayar nazar, memohon hajat, lambang terima kasih kepada kubur
dan simbol 6 upacara penutup selepas usaha memuja tempat yang didakwa keramat.

Melakukan baiah di atas kubur atau tempat-tempat yang dianggap keramat.

Upacara suluk atau uzlah dengan menghabiskan zikir tertentu berhari-hari di kawasan
kubur dengan kepercayaan boleh meningkatkan taraf atau darjat di sisi Allah.

elain itu, amalan khurafat ini juga banyak bersangkut paut dengan adat resam
orang melayu. Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam
perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah
Melayu yang menyatakan Biar Mati Anak Jangan Mati Adat . Pepatah ini

menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat
mereka. Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat melayu
antaranya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolaholah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagungagungkan Dewa Rama dan Dewi Sita. Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas
kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai), kenduri pecah perut
pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu
turun batu nisan dan bagi roh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal
adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan
bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan,
Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya. Peranan mereka dalam
menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada bidang masingmasing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh
orang-orang melayu sampai sekarang ialah :
1.

Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti
mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak /
tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah
tersebut.
2.

Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat daripada
gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan
perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar
dan sebagainya.
9

3. Kenduri Tolak Bala.


Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap
penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh
pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala
bencana pada tahun tersebut.
4. Mengandung / Kelahiran bayi.
Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut.
Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam
dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah
supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin
pula adalah selama 45 hari.
5. Membuang Air Kecil/Besar
Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda
mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi
atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar
hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya
menunggu tempat tersebut dengan menyebut Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu
bahasa, nak tumpang kencing atau Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu.
Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh
penunggu tempat tersebut.
Berikut pula merupakan perkara yang biasa diamalkan bomoh dan dukun dalam masyarakat
melayu :
Puja Kubur.
Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal
dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka
percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta
terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan. Kebiasaanya beberapa jenis
makanan atau jamu seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lainlain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur
tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya adalah untuk jamu Jin . Yang

10

jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan
mereka.
Keris, Kemian dan Limau.
Keris sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran.
Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan
keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan
baik. Keris tersebut perlu dimandikan dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di
balut dengan kain kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan keris
ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera dan jampi-jampi tertentu.
Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris tersebut, supaya
penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris
tersebut tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata
tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang
menjadi khadam kepada keris tersebut.
Sanggu
Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih
atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada
pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja. Waktu membuat
sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan
hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan
pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin
keturunan atau saka. Perkakas dan alat jamu yang di isi di dalam sanggu ini ialah,
antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengahtengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu.
Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
Sangkak
Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya
diletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun
pulut kuning dan bertih sebagai jamu bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya
atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada
tahun itu. Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi
yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ancak.

11

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak
yang di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan
sebagainya. Ancak juga di gunakan sebagai jamu untuk Jin keturunan atau Jin penjaga
kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun
itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini
terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok- Nenek
atau Jembalang-jembalang keturunan.

HUKUM BERAMAL DENGAN AMALAN KHURAFAT.


slam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala Amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber perundangan Hukum
Syarak yang muktabar iaitu al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas mengikut fahaman
dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak. Amalan memuja dan

memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah
individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan
menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orangorang yang jahil dan menzalimi diri sendiri. Haram menggunakan azimat atau tangkal yang
mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu
dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja
hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda yang najis atau kotor dan
menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
Amalan penggunaan azimat, tangkal atau susuk sebagai pelindung diri seperti ilmu
kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis,
mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pembenci, pemerdu suara,
pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang
dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Jampi
adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang
berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi
itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh. Mana-mana orang Islam yang
terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau
mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam
wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Taala.
KESAN AMALAN KHURAFAT KEPADA MANUSIA

12

Amalan khurafat yang dilakukan akan memberi kesan yang buruk kepada seseorang samada
di dunia atau akhirat. Kesannya adalah seperti berikut :
Boleh merosakkan akidah dan membatalkan amal ibadah.
Berlaku pembaziran masa kerana menunggu hari yang membawa berkat atau tuah.
Berlaku pembaziran wang ringgit kerana membayar pengeras atau upah dukun dan bomoh.
Berlaku permusuhan atau pembunuhan kerana terlalu mempercayai ramalan yang tidak benar.
Wujud kegelisahan dan ketidaktenteraman jiwa kerana bergantung kepada kuasa selain dari
Allah.
Menjadi mangsa jenayah seks golongan yang tidak bertanggungjawab.
Menambahkan amalan bid'ah.
Hilang kepercayaan kepada qada dan qadar.
Hilang sikap berusaha.
Mudah berputus asa.

CARA UNTUK MENGATASI AMALAN KHURAFAT.


asalah amalan khurafat yang berlaku mesti dihentikan dan diatasi supaya
amalan-amalan baik yang dilakukan akan diterima Allah. Sekiranya
dalam masa yang sama turut membuat perkara khurafat, maka segala
amalan yang mulia tidak akan diterima Allah. Firman Allah Taala :

Maksudnya : ..Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah
Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata..
(Surah Al-Baqarah : 208)
Berpandukan firman Allah tersebut, kita wajib menghindarkan diri daripada hasutan syaitan.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi amalan khurafat ialah :

Menyebarkan risalah yang menerangkan keburukan khurafat.

Mengenakan hukuman berat kepada yang terlibat dengan khurafat.

Mengawasi tempat yang di anggap keramat oleh masyarakat.

Menggiatkan usaha dakwah kepada semua lapisan masyarakat.


13

Menyedarkan mereka yang masih mengamalkan khurafat.

Menghapuskan tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat.

Selain itu, wajib bagi kita umat islam untuk menghindari perkara yang dilarang Allah.
Seandainya kita ragu dan was-was dengan sesuatu amalan, jalan yang terbaik adalah dengan
merujuk kepada ilmuan yang lebih tahu tentang sesuatu hukum supaya setiap amalan yang
kita laksanakan tidak terpesong ke arah yang boleh membatalkan akidah dan syirik
kepadaNya kerana dosa lain akan Allah ampunkan tetapi dosa syirik, sekali-kali Allah tidak
ampunkan. Nauzubillahiminzalik..
PENUTUP
Sebagai rumusan, suka untuk saya kongsikan keputusan majlis fatwa berkaitan amalan
khurafat dan penggunaan azimat menurut perpsektif islam.
Tarikh Keputusan: 5 Jul, 2011
Keputusan:
(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang,
adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau
dusta;
(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf
tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang
melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;
(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, alHadith, Ijma dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh
Islam;
(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu
dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan
menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan
tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri
sendiri;
(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisantulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-

14

Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang
mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;
(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan
jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik
rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan
sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;
(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya
atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan
bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;
(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan
azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah,
syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah
Taala.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 19 Jan, 2012
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
(sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-sertapenggunaan-azimat-menurut-perspektif-islam)
Semoga kita terhindar daripada melakukan segala sesuatu yang mensyirikkan Allah
dan kita wajib berusaha untuk memperbaiki amalan kita serta sentiasa mempelajari ilmu
dengan mereka yang lebih arif dan bijaksana agar segala amalan kita akan diterimaNya.
InsyaAllah...Wallahualam.

15

RUJUKAN
Modul HIA3013 - Iman Dan Kehidupan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Garis Panduan Hukum, Mengenai Khurafat Dan Azimat, Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ajaran Sesat, Mengenali Jalan Yang Terpesong, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Jahid Sidek (2004), Berpawang Dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perpsektif Islam,
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Nasir Omar (2005), Akhlak Dan Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Pakcikli (2010), http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/amalan-khurafat-bomohmelayu/) disalin pada 24 Mei 2013.
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=34393, disalin pada 24 Mei 2013.
Portal Rasmi Fatwa Malaysia (2013), Kepercayaan dan Amalan Khurafat Serta Penggunaan
Azimat Menurut Perspektif Islam, Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM.

16

Sheikh Abdullah Basmeih, Terjemahan Al-Quran :http://www.alquran-melayu.com/2-albaqarah/, disalin pada 24 Mei 2013.
Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 2 (2010) 247-276, Siti Zubaidah Ismail, Menangani Ajaran Sesat
Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang Dan Pentadbiran.

LAMPIRAN.
Contoh Azimat Dan tangkal.

Minyak Pengasih

Pati Raja Pengasih

Ibu Duit

17

Bulu Burung Cenderawasih

Kain Kelambu Kabah

Pisau Berwafaq

GAMBAR BERKAITAN AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

18

19

Anda mungkin juga menyukai