Anda di halaman 1dari 13

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

BMK3043 - Seni Mengarang

TUGASAN 1
ANALISIS CERPEN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

NOR AZLINA BINTI DAUD

D20112054573

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI03(A132PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING


TARIKH SERAH

: PROFESOR MADYA DR. ANI BINTI OMAR


: 30 APRIL 2014

1.0

PENGENALAN
Slogan Membaca Jambatan Ilmu, Membaca Gaya Wawasan sering menghiasi
media kita pada masa kini sama ada media bercetak ataupun media elektronik. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa melalui pemupukan budaya membaca dapat
memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Namun demikian, masyarakat
Malaysia terutamanya remaja tidak gemar membaca sehingga menyebabkan mereka
tidak menguasai ilmu pengetahuan dan diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.

Dalam menongkah arus kemodenan dan zaman kepesatan kemajuan teknologi


maklumat kini, manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca
makin dipinggirkan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja kerana
mereka leka dengan ciptaan-ciptaan gajet teknologi maklumat seperti telefon bimbit
dan internet. Sebenarnya, kepentingan membaca sebagai wahana untuk menimba ilmu
pengetahuan sangat penting bagipembentukan rakyat yang berilmu pegetahuansejajar
dengan apa yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Fenomena kurang membaca
dalam kalangan remaja perlu dibenteras daripada berterusan.

Namun begitu, di akhir-akhir ini minat dan kecenderungan remaja mula dilihat
melalui sambutan di Pesta Buku Kebangsaan yang dijalankan. Remaja masa kini
menggemari bahan bacaan seperti novel dan juga cerpen. Industri perbukuan negara
juga yang membabitkan penerbitan karya kreatif untuk remaja, sedang berkembang
pesat. Jika kita meneliti buku ini, kita mendapati bahawa teknik penerbitan serta
visualnya sudah jauh berbeza dengan buku remaja yang diterbitkan dekad lalu. Visual
kulitnya lebih menarik, ada yang disertai dengan tag line di bawah judulnya, dan
ilustrasi dalam buku berkenaan juga boleh memikat minat pembaca remaja.

Apa itu cerpen? Cerpen adalah sebuah cerita yang jauh lebih pendek daripada
sebuah novel. Sesebuah cerpen yang dihasilkan mengandungi jumlah watak dan
episod yang terhad. Permulaan cerita biasanya di bahagian yang paling hampir dengan
penyelesaiannya. Cerpen juga biasanya hanya menangani satu isu atau masalah sahaja
dan meliputi masa yang singkat.

2.0

SINOPSIS CERPEN( 1 )
Tajuk Cerpen

Mahakarya Agung Sebuah Kemerdekaan

Nama Penulis

Muhammad Halmi b. Shamsuddin

Tahun Diterbitkan

2009

Penerbit

www.karyaseni.com.my

Jumlah Muka surat

5 helaian bercetak

Cerpen ini mengisahkan tentang Pak Hashim seorang pejuang kemerdekaan


yang mempunyai semangat dan nilai patriotisme yang sangat tinggi dalam dirinya.
Dia merupakan seorang bapa kepada seorang anak perempuan yang bernama Aliya
Ayuni. Isterinya telah lama pergi menghadap ilahi akibat daripada komplikasi
jantung. Pak Hashim tinggal di sebuah kampung Laksamana Hang Tuah,Jalan Bogek
,Kota Bharu, Kelantan. Berkat pengorbanan Pak Hashim, anaknya Aliya telah
menjadi seorang ahli korporat perniagaan yang berjaya dan mendirikan rumah tangga
dengan seorang doktor iaitu Doktor Azri.
Aliya, anak Pak Hashim sering mengajak bapanya untuk tinggal bersamanya
di Kuala Lumpur. Tetapi, bapanya sering menolak dengan memberikan pelbagai
alasan sehinggalah pada suatu hari, dia bersetuju untuk mengikut anaknya pulang ke
Kuala Lumpur. Tetapi, kehadiran Pak Hashim kurang disenangi oleh menantunya
kerana menantunya itu datang daripada keluarga yang mementingkan materialistik
dan sering mengagung-agungkan budaya barat. Semangat perjuangan dalam diri Pak
Hashim sering dipandang rendah oleh menantunya dan dia juga memarahi Pak
Hashim kerana sering menceritakan sejarah dan perjuangan pejuang yang terdahulu
dan beranggapan bapa mertuanya sedang menghasut anaknya.
Sehinggalah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52, telah berlaku satu
pertengkaran yang besar antara Pak Hashim dan menantunya.Doktor Azri memarahi
bapa mertuanya kerana telah menggantungkan bendera di setiap penjuru rumah. Dia
memarahi orang tua itu dan memintanya menurunkan semula semua bendera dan
menyuruhnya pulang semula ke kampung. Dengan keadaan sedih, keesokan harinya
dia telah keluar dari rumah anaknya itu untuk pulang ke kampung halaman. Aliya
terkejut apabila mendapati bapanya telah tiada dan dia telah meninggalkan sekeping
surat yang tertulis MAHAKARYA SUCI DAN AGUNG DARI AYAHANDA
KHAS BUAT ANAK TERSAYANGKU AZRI . Azri akhirnya menyesal namun

sayangnya, Pak Hashim telah pergi buat selama-lamanya kerana terlibat dengan satu
kemalangan. Pak Hashim pergi membawa bersama semangat pejuang yang waja di
dalam dirinya.......

3.0

KEBAIKAN
A. Nilai dan Pengajaran
Dalam cerpen Mahakarya Agung Sebuah Kemerdekaan, pengajaran atau mesej yang
yang jelas disampaikan secara langsung oleh penulis ialah Semangat cintakan
Negara( Patriotisme ). Meskipun Negara telah mencapai kemerdekaan selama 51
tahun yang lalu, semangat perjuangan masih membara di dalam diri Pak Hashim.
Contohnya :
Sebuah Mahakarya Agung telah tercatat dalam sejarah hati masyarakat kampung di
situ sehingga saban kali tiba tanggal keramat 31 Ogos, tangisan hikmat mengalir deras
di setiap kornea-kornea mata masyarakat di situ terutamanya pahlawan-pahlawan
Malaya yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi mencapai erti
sebuah kemerdekaan sehingga menampakkan urat-urat tua yang terlalu berharga.
Maka pada saat inilah semangat Pak Hashim bagai dijulang api yang tinggi untuk
menyambut tanggal keramat itu dengan penuh pengertian.

Nilai yang ke dua ialah anak yang taat kepada ibu bapa. Nilai tersebut dapat dilihat
melalui perwatakan Aliya Ayuni yang tidak pernah lupa kepada bapanya walaupun
dia sudah menjadi seorang ahli korporat yang berjaya dan berkahwin dengan seorang
doktor. Contohnya:
Ayah mulai daripada hari ini, ayah tinggal saja dengan Liya. Tak payah bersusah
payah bekerja keras di kampung. Buatlah rumah ini seperti rumah ayah sendiri.

Nilai yang ke tiga ialah kerajinan. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Pak Hashim.
Contohnya:
Di Kampung Laksamana Hang Tuah, Pak Hashim sibuk mengerjakan ladang
sawahnya yang berukuran satu ekar dan menanam pelbagai sayuran.

Nilai murni lain yang diperoleh daripada cerpen ini ialah semangat tinggi. Nilai ini
dapat dilihat melalui perwatakan seorang pemuda yang bernama Rozmi. Contohnya:
Segala urusan ladangnya, telah diuruskan oleh Rozmi, pemuda kampung yang
secara sukarela untuk menguruskannya...

Selain itu, terdapat juga pengajaran yang boleh diambil melalui cerpen ini antaranya
ialah jangan menderhaka terhadap orang tua. Ini dapat dibuktikan melalui watak
Doktor Azri yang sombong dan bongkak terhadap bapa mertuanya. Contohnya:
Ayah!apa yang ayah dah baut ni?marah Doktor Azri. Ayah ni memang selalu
membuat perkara yang tak senonoh dan macam budak-budak. Menyusahkan orang
sahaja.

B .Tema / Persoalan
Tema yang dipilih oleh penulis cerpen ini ialah Semangat Patriotisme. Iasesuai
untuk bacaan remaja kerana melalui tema yang dipilih, ia memberikan mesej yang
jelas dalam menyedarkan remaja peri pentingnya semangat cintakan Negara.
Persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulis bagi mengukuhkan lagi tema cerpen
ini apabila watak menantunya yang tidak menghormati bapa mertuanya dan menghina
semangat perjuangan mertuanya sehinggakan melukakan hati seorang bapa. Persoalan
lain juga dimasukkan dalam cerpen ini di mana Doktor Azri lebih mengagungagungkan budaya daripada barat berbanding budaya Negara sendiri.

C. Watak dan Perwatakan


Watak-watak di dalam cerpen ini bersesuaian dengan plot cerita yang cuba
diketengahkan. Watak-watak seperti Pak Hashim. Aliya Ayuni dan Doktor Azri telah
memberikan kekuatan kepada perkembangan cerita ini. Perwatakan yang terdapat
dalam cerpen ini juga jelas digambarkan oleh penulis. Contohnya perwatakan Pak
Hashim digambarkan sebagai seorang yang tegas dalam berkata-kata, berbadan tegap,
ukuran tingginya ialah 57,berkulit sawo matang, berusia 60 tahun .....Watak utama
dalam cerita ini ialah Pak Hashim dan watak sampingan ialah Aliya Ayuni, Doktor

Azri, Imam Masjid Kampung dan cucunya. Watak hitam dilakokan oleh Doktor Azri
dan watak putih ialah Pak Hashim.
D. Latar
Latar tempat dalam cerpen ini dilihat mempunyai dua tempat iaitu di Kampung
Laksamana Hang Tuah di awal cerita dan diakhiri latar tempat di Kuala Lumpur.

E. Binaan Plot
Cerpen ini bermula dengan plot pengenalan awal cerpen ini menceritakan
ceritanya bermula di kampung, pertengahan berlaku konflik di Kuala Lumpur dan
pengakhirannya dengan penyesalan,kesediahan dan kematian yang berlaku di sebuah
hospital. Plot cerpen ini dilihat berkembang dengan agak baik di mana ia pendek,
padat dan mudah difahami.

F. Gaya Bahasa / Unsur Kecindan


Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini jika dilihat daripada diksi iaitu
pemilihan dan penggunaan kata, tepat dan sesuai dengan maksud tertentu yang ingin
disampaikan oleh penulis. Selain itu, terdapat juga penggunaan simile dan contohnya
seperti ini :Kata-kata tersebut bagai tahi lembu yang menyelumuri semua mukanya
yang tampak segak itu.
Terdapat juga unsur metafora yang digunakan. Contohnya, Deraian air mata
mengalir deras di wajah senjanya itu. Gaya bahasa menggunakan unsur hiperbola
juga digunakan oleh penulis cerpen ini. Contohnya ialah:
Di manakan letaknya maruah masyarakat Malaya lantaran dengan mudahnya
melupai sejarah hitam kuasa anasir luar terhadap diri mereka, sekonyongkonyongnya menggadaikan maruah tersebut hanya disebabkan oleh materialisme
yang tinggi..
Unsur sinkof iaitu singkatan juga digunakan dalam gaya penulisan cerpen ini dan
contohnya seperti berikut :
Anaktak kenal diuntung!! Anak Biadap!!Sanggup kau berkata begitu terhadap
Negara kita?Apakau kata kolot?
Dalam contoh di atas, kata tidak disingkatkan menjadi tak dan kata engkau
disingkatkan menjadi kau.

4.0

KEKURANGAN
Setelah membaca cerpen ini, melihat kepada perkembangan plotnya agak mudah
untuk diagak dan diramal oleh pembaca. Tidak mengandungi unsur-unsur suspen dan
juga klimaks yang kurang menyayat hati. Nilai patriotisme masih agak kurang
digambarkan dan boleh diperbaiki lagi dengan menambah gambaran yang lebih jelas
menunjukkan betapa kuatnya semangat perjuangan dalam diri Pak Hashim.

Penggunaan gaya bahasa kurang penggunaan bahasa kecindan dan unsur seperti
simile, metafora, hiperbola, sinkof, rima, asonasi, aliterasi,pengulangan,perlambangan
dan personafikasi hanya terdapat dalam bilangan kecil sahaja dan ada sebahagiannya
tidak langsung digunakan oleh penulis dalam cerpen ini.

Pengajaran dan mesej, masih agak kurang dan nilai hanya dapat dilihat secara
tersurat sahaja.Tidak terdapat nilai yang tersirat diterapkan oleh penulis dalam cerpen
ini.

5.0

PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat dalam cerpen ini ialah penulis boleh
menambahkan lagi beberapa konflik yang lebih menjelaskan betapa lemahnya
semangat patriotisme di dalam diri Doktor Azri. Manakala semasa di awal
penceritaan, mungkin penulis boleh menambahkan lagi bagaimana perit dan susahnya
Pak Hashim berkorban membesarkan anaknya Aliya Ayuni bagi menimbulkan kesan
di hati pembaca betapa besarnya pengorbanan seorang bapa.

Beberapa nilai, mesej dan juga pengajaran boleh ditambah dan diperlihatkan bukan
sahaja secara interpersonal tetapi juga secara intrapersonal. Antara yang lain,
sekiranya unsur monolog digunakan mungkin akan menambah baik dan menarik
penulisan cerpen ini dan menambahkan warna-warna dalam gaya bahasa yang
digunakan.Penggunaan gaya bahasa seperti rima, asonasi, aliterasi, pengulangan,
perlambangan dan personafikasi boleh ditambah bagi menaikkan rasa emosi yang
menarik di kalangan pembaca.

2.0

SINOPSIS CERPEN( 2 )
Tajuk Cerpen

Zani Pencuri Rambutan

Nama Penulis

Lada Hijau ( Nama Pena )

Tahun Diterbitkan

2009

Penerbit

www.karyaseni.com.my

Jumlah Muka surat

6 helaian bercetak

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Zani yang
sangat nakal. Dia sering ponteng sekolah dan pergi mencuri buah rambutan di dusun
buah-buahan Tok Akob. Tok Akob sering memarahi Zani kerana mencuri buah
rambutannya tetapi tidak pernah diendahkan oleh Zani. Seluruh kampung sudah
mengetahui akan sikap kedekut dan pemarah Tok Akob namun hanya Zani seorang
yang masih tidak serik-serik pergi mencuri rambutan di dusunnya. Sehinggalah pada
suatu hari, sedang Zani mencuri buah rambutan Tok Akob tiba-tiba telah diserang
sakit jantung. Zani telah membantu Tok Akob mengambil ubat di rumahnya dan sejak
daripada kejadian itu, Zani mula mendekati Tok Akob.

Setiap hari, Zani akan pergi ke rumah Tok Akob dan membawa mangkuk
tingkat untuk makan bersama-sama. Walaupun kedatangannya pada peringkat awal
sering dimarahi,lama kelamann Tok Akob mula berubah.Ketika di rumah Tok Akob,
Zani telah mencuri foto keluarga Tok Akob. Zani meminta ayahnya untuk membantu
mencari anak Tok Akob yang telah lama tidak pulang ke kampung.

Kepulangan cucu dan cicit Tok Akob telah mengejutkannya dan tanpa
disangka-sangka Zani yang telah menolong mengiklankan gambar anak Tok Akob.
Tok Akob berasa sangat gembira dan mengingati jasa Zani selama ini. Lantaran itu,
Tok Akob telah menghadiahi Zani sebatang pokok rambutan di dusunnya yang mana
pokok rambutan yang selalu dicuri Zani selama ini. Itulah ceritanya di sebalik Zani
pencuri rambutan.

3.0

KEBAIKAN
A. Nilai dan Pengajaran
Dalam cerpen Zani Pencuri Rambutan, pengajaran atau mesej yang yang jelas
disampaikan secara langsung oleh penulis ialah tolong-menolong. Walaupun Zani
seorang budak yang nakal, namun dia masih mempunyai sekeping hati yang baik
kerana sedia membantu Tok Akob di dalam kesusahan. Contohnya :
Tok tak apa-apa?Tegur Zani. Tangkai plastik mengandungi botol-botol ubat
disimpulnya sebelum diserahkan kepada Tok Akob. Nak Zani panggilkan Pak Salam?
Zani memluk dan memapah orang tua itu.Tomgkat Tok Akob dipungut Zani sekali
sebelum dia dan Tok Akob melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah.

Nilai yang ke dua ialah baik hati. Nilai tersebut dapat dilihat melalui perwatakan Zani
yang sering membantu Tok Akob meskipun sering dimarahi oleh tua itu. Contohnya:
Zani hidangkan makanan untuk Tok ya.Belum sempat Tok Akob menolak, Zani
pantas keluar dari bilik sambil membawa mangkuk tingkatnya menuju ke dapur.

Nilai yang ke tiga ialah kerajinan. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Zani dan juga
Tok Akob. Meskipun berdua bersifat kurang baik seperti suka mencuri dan
pemarah,namun mereka sangat rajin. Contohnya:
Zani balik dulu ya Tok.pinta Zani setelah selesai mencuci pinggan-pinggan dan
gelas-gelas kotor di dapur. Bekas-bekas mangkuk tingkat turut dicucinya sekali.
Tok Akob mempunyai banyak pokok-pokok di dusunnya hasil kerajinannya
menanam semasa muda dahulu.
Selain itu, terdapat juga pengajaran yang boleh diambil melalui cerpen ini antaranya
ialah jangan bersifat kedekut dan pemarah. Ini dapat dibuktikan melalui watak Tok
Akob yang sombong dan bongkak terhadap orang kampung apabila ada orang
kampung yang ingin berkongsi hasil dari dususnnya. Contohnya:
Tok Akob terkenal dengan sikap perengus dan kedekutnya di kalangan penduduk
Kampung Batu Pahat.

Pengajaran lain ialah jangan mencuri hak orang lain.Kita tidak boleh mencuri harta
orang lain kerana selain berdosa dengan hukum Allah, hidup juga akan dibenci oleh
orang lain. Contohnya:
Kalau tidak berteman, dia akan menyelusup ke sana seorang diri dan memanjat
pokok rambutan yang selalu menjadi sarang pilihannya membuat nakal.

B .Tema / Persoalan
Tema yang dipilih oleh penulis cerpen ini ialah mengenai kemasyarakatan. Ia
sesuai untuk bacaan remaja kerana melalui tema yang dipilih, memang berkait rapat
dengan kehidupan sosial pada masa kini. Sikap masyarakat yang berbeza-beza dalam
sesebuah masyarakat dan pemikiran negatif terhadap seseorang boleh dilihat dalam
cerpen ini. Kita tidak boleh menilai jahat atau baiknya seseorang itu tanpa mengetahui
dan mengenalinya dengan lebih dekat.

C. Watak dan Perwatakan


Watak-watak di dalam cerpen ini bersesuaian dengan plot cerita yang cuba
diketengahkan. Watak-watak seperti Tok Akob, Zani. Encik Adnan, Yusman, Yusran
dan lain-lain lagi masing-masing mempunyai kepentingan dalam mengembangkan
jalan cerita cerpen ini. Selain itu, perwatakan seperti pemarah, kedekut, nakal,
berdendam, keras kepala, baik hati, keberanian, penyesalan dan lain-lain lagi turut
digarapakan dalam setiap watak yang ada. Sebagai contoh watak Tok Akob yang
menyesali dengan sikapnya dahulu.
Kalau aku tak sogok pemandu-pemandu lori tu semua jangan angkut buah-buahan
dari anak aku, mesti dia ada di sini dan jaga aku sekarang ni.sebak Tok Akob
bertukar sesal.

D. Latar
Latar tempat dalam cerpen ini hanyalah di sebuah kampung Batu Pahat serta
sekitar kawasan dusun buah-buahan.

E. Binaan Plot
Cerpen ini bermula dengan plot pengenalan awal menceritakan ceritanya bermula
di sebuah dusun buah-buahan sehinggalah berlaku konflik di mana Tok Akob jatuh
sakit dan dipertengahan menceritakan hubungan Tok Akob dan Zani yang mula
terjalin di rumahnya dan pengakhirannya dengan gembira apabila cucu dan cicit Tok
Akob telah kembali ke pangkuannya setelah sekian lama berpisah. Plot cerpen ini
dilihat berkembang dengan agak baik di mana ia pendek, padat dan mudah difahami.

F. Gaya Bahasa / Unsur Kecindan


Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini jika dilihat daripada diksi iaitu
pemilihan dan penggunaan kata, tepat dan sesuai dengan maksud tertentu yang ingin
disampaikan oleh penulis. Terdapat penggunaan gaya bahasa Hiperbola dalam
penceritaan. Contohnya:
Bukan kemanisan buah rambutan sebenarnya yang Zani gilakan tapi kedamaian
yang dinikmatinya semasa berada di atas pokok itu.
Unsur sinkof iaitu singkatan juga digunakan dalam gaya penulisan cerpen ini dan
contohnya seperti berikut :
Oiii,budak!!!Turun kau..turun!Tak kembung-kembung ya kau curi buah rambutan
aku.
Dalam contoh di atas, kata tidak disingkatkan menjadi tak dan kata engkau
disingkatkan menjadi kau.

4.0

KEKURANGAN
Setelah membaca cerpen ini, melihat kepada perkembangan plotnya agak mudah
untuk diagak dan diramal oleh pembaca. Tidak mengandungi unsur-unsur suspen dan
juga klimaks yang kurang menyayat hati. Meskipun banyak mesej dan pengajaran
yang cuba diberikan oleh penulis, namun nilai-nilai negati lebih banyak menguasai
keseluruhan cerpen ini jika dibandingkan dengan nilai-nilai murni yang terdapat di
dalamnya.

Penggunaan gaya bahasa kurang penggunaan bahasa seperti simile, metafora, rima,
asonasi, aliterasi,pengulangan,perlambangan dan personafikasi tidak terdapat dalam
cerpen ini.

5.0

PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat dalam cerpen ini ialah penulis boleh
menambahkan lagi teknik imbasan semula semasa Tok Akob teringatkan anaknya
yang telah pergi meninggalkannya. Manakala semasa di pertengahan cerita, mungkin
penulis boleh menambahkan lagi bagaimana hubungan Tok Akob yang mula-mula
membenci Zani kepada menyayangi dengan memperhalusi lagi babak atau peristiwa
yang mungkin mencuit hati pembaca.

Beberapa nilai dan pengajaran di dalam cerita ini boleh dibaiki dengan menambah
unsur-unsur nasihat. Sebagai contoh, meskipun Zani akhirnya rajin menolong Tok
Akob dan baik hati, tetapi sikap lamanya yang suka mencuri harus diberi teguran dan
peringtan supaya pembaca terutamanya remaja perlu tahu bahawa sememangnnya
mencuri itu adalah hukum Allah yang tidak boleh dilanggar. Penggunaan gaya bahasa
seperti rima, asonasi, aliterasi, pengulangan, perlambangan dan personafikasi boleh
ditambah bagi menaikkan rasa emosi yang menarik di kalangan pembaca.

6.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil daripada ulasan yang telah dibuat untuk ke dua-dua
cerpen yang dipilih sememangnya untuk menghasilkan sebuah karya yang baik
memerlukan banyak aspek yang perlu diambil kira. Bukan sahaja daripada aspek
perkembangan plot, sehinggalah gaya bahasa, pemilihan tema yang sesuai untuk
bacaan remaja khususnya, tema dan persoalan yang berkait rapat dengan kehidupan
remaja dan juga watak-watak yang menarik boleh menghidupkan perkembangan plot
supaya lebih menarik. Diharapkan remaja pada masa kini dapat menjadikan bahan
bacaan seperti novel dan cerpen sebagai salah satu wahana bacaan yang boleh
membentuk jati diri dan nilai positif melalui pembacaan.

BIBLIOGRAFI
Modul BMK3043 Seni Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohamad Mokhtar Hassan (1995), Sejarah kritikan puisi Melayu moden, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya

Mana Sikana (2013), Berdiri Di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden, Kuala
Lumpur : Universiti Malaya

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari (2006), Bahasa Melayu: dimensi
pengajaran dan pembelajaran,Kuala Lumpur:Utusan Publications

Rahman Shaari (1989), Berkenalan Dengan Kritikan Sastera, Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Zaidi, Ilias (1981), Kesusasteraan Melayu moden ,Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Mohd Zaki Hj. Awang Mat (2010), http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm,disalin pada 23


April 2014.

Anda mungkin juga menyukai