Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN EKSEKUTIF

TAJUK : KURSUS PENINGKATAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR BERDASARKAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI TEMPAT : PERKASA HOTEL, MT KINABALU, KUNDASANG. TARIKH : 14 17 OGOS 2006 MASA : 8.00 pg 10.00 mlm

KEHADIRAN : AHMAD MAZRAN BIN ZAINUDDIN LAPORAN : Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . Kursus Peningkatan Perlaksanaan Pendidikan Islam KBSR Berdasarkan Islam Hadhari ini merupakan satu kursus jangka pendek yang padat dengan maklumat yang diperlukan oleh seorang guru pendidikan islam. Rumusannya, kursus ini menekankan konsep Islam Hadhari dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Asasnya Islam Hadhari telah menggariskan 10 konsep yang perlu dihayati bersama iaitu Keimanan & Ketaqwaan kepada Ilahi, Kerajaan Adil dan Amanah, Rakyat Berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan yang Seimbang dan Sangat Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya Dan Moral, Pemeliharaan Alam Semula Jadi dan Kekuatan Pertahanan. Definisi Islam Hadhari itu sendiri adalah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan ruang lingkup tamadun Islam. Daripada definisi tersebut apa yang dapat di fahami bahawa ia merupakan suatu pendekatan, ini bererti, ia merupakan juga satu platform yang boleh digunakan oleh para daei seperti Guru Pendidikan Islam untuk menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan dan berkeyakinan kerana Islam Hadhari adalah satu dasar kerajaan yang tidak boleh halang oleh mana-mana pihak. Rentetan daripada kursus ini, saya perlu mengemaskankinikan semua sistem fail yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran agar ianya menepati kehendak konsep islam hadhari itu sendiri, insyaAllah. Akhir kata, laporan ini telah disediakan dengan begitu ringkas, sekadar dapat memberi gambaran tentang kursus tersebut. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas dasar kepercayaan dan keprihatinan pihak majikan untuk membenarkan saya menyertai kursus tersebut. Dengan itu saya dahului dengan wa billahi tawfiq walhidayah wasssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DISEDIAKAN OLEH ; ____________________ ( ) DISAHKAN OLEH ; __________________ NAMA : JAWATAN :

Anda mungkin juga menyukai