Anda di halaman 1dari 25

NOTA SENI REKA TANDA

1. ASAS REKA BENTUK

2. MUKATAIP

3. PAPANTANDA GORESAN PERSPEK

4. PAPAN TANDA VINIL

5. SEMBURAN CAT

6. CETAKAN SKRIN UNTUK FABRIK DAN PERSPEK

7. SEMBURAN ANGIN (AIRBRUSH)

8. PAPAN TANDA BERLAMPU

9. MEMASANG PAPAN TANDA VINIL / BERLAMPU

10. REKA BENTUK BANTUAN KOMPUTER (CAS)

11. KEUSAHAWANAN

MODUL 1. ASAS REKA BENTUK

UNSUR-UNSUR SENI

GARISAN

JALINAN

RUPA

BENTUK

RUANG

WARNA
RODA WARNA

WARNA DALAM RODA WARNA

1. Warna asas (Primer) = Merah, Biru, Kuning.

2. WarnaKedua (sekunder) = Kombinasi dua warna asas

3. Warna Ketiga ( Tertier ) = Kombinasi satu warna asas dan satu warna sekunder

Cara Membuat roda Warna

1. Membuat dimensi roda warna mengikut ukuran dengan tepat dan


kemas

2. Bancuhkan warna asas, warnakan pada ruang/petak yang betul


dengan kemas dan seragam.

3. Bancuhkan campuran kombinasi 2 warna asas ( Sekunder), warnakan


pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam

4. Bancuhkan campuran kombinasi 1 warna asas dan satu warna sekunder ( tertier ), warnakan pada
ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam

5. Untuk tujuan pengemasan semburkan cat kilat pada roda warna yang telah siap.
LOGO

Sifat Logo yang baik

1. Direka seringkas mungkin

2. Mempunyai identiti tepat untuk sesuatu organisasi

3. Sebagai hak milik dari segi undang-undang (Registered trademark)

4. Dapat menyampaikan penerangan tentang asal, nilai dan kualiti.

5. Menggunakan warna yang minimun (dua atau tiga warna)

Jenis-jenis logo

1. Logo Huruf.

2. Logo Representasi

3. Logo Huruf dan Representasi

4. Logo Simbol
Tandakan logo yg menepati ciri.

Contoh Logo yang sesuai/ sempurna

1. saiz bersesuaian dengan logo

2. warna latar belakang logo dan penghurufan yang kontras

3. logo simbol yang digunakan berkaitan dengan penghurufan.

4. Muka taip yang sesuai digunakan (mudah dibaca)

4. kedudukan logo simbol dan penghurufan dalam keadaan simetri.


Contoh Logo yang tidak sesuai / tidak sempurna

1. Penggunaan simbol yang terlalu besar

2. huruf dan simbol yang tidak seimbang

3. penggunaan warna yang tidak sesuai

4. simbol yang tidak berkaitan dengan penghurufan

MODUL 2. TATA LETAK PENGHURUFAN (KAIN RENTANG)

Prosedur membuat kain rentang

 Buat reka bentuk tata letak tulisan kain rentang dengan menggunakan komputer.

 Cetak rekaan kain rentang tadi pada tranferansi.

 Rentangkan kain pada dinding dan klipkan .

 Panca rekaan tadi menggunakan “OHP” pada kain rentang

 Laraskan imej pada kain rentang supaya imej tepat/tidak kabur

 Lakar imej yang terbentuk pada kain dengan mengunakan pensil

 Tanggalkan kain rentang tadi dan hamparkan pada meja kerja.

 Warnakan kain rentang tadi mengikut warna yang sesuai.

 Biarkan ia kering
Kaedah membuat kain rentang

 Menggunakan “OHP”

 Menggunakan cetakan
skrin

 Menggunakan stensil

 Menekap di atas kain


rentang yang telah
siap

 Menggunakan “injet
ploter”

Muka Taip

 Serif

 San Serif

 Text

 Skrip

 Dekoratif

Penjagaan Berus Tanda Tulis

- Jangan tinggalkan warna kering pada bulu berus

- Basuh berus tanda tulis setiap kali selepas digunakan.

- Keringkan bulu berus tanda tulis sebelum disimpan di dalam kotak.

- Urut dengan sedikit minyak bagi mengelakkan bulu berus bersepah.

- Jangan berdirikan berus dengan bulu ke bawah untuk menggelakkan bulu berus bengkok.
MODUL 3. GORESAN DAN KERJA PERSPEK

Prosedur membuat papan tanda goresan perspek

 Potong perspek mengikut ukuran yang diberi.

 Buat rekabentuk grafik mengunakan komputer atau secara manual

 Cetak rekabentuk pada kertas.

 Pindahkan rekabentuk dari kertas pada perspek dengan imej terbalik mengunakan kertas karbon
/ KOTAK CAHAYA

 Potong imej menggunakan pisau grafik mengikut warna yang hendak dispray dahulu. Utamakan
warna gelap dahulu kemudian warna yang cerah.

 Semburan cat secara berperingkat sekurang-kurangnya tiga lapisan cat.

 Biarkan ia kering.

 Tanggalkan imej yang terpotong pada perspek.

 Ulang langkah 6 dan 7 sehingga semua bahagian telah disembur dengan cat mengikut warna
yang dikehendaki

Langkah kerja memotong perspek dengan betul

 Tandakan ukuran dan buat garisan pada perspek dengan mengunakan pembaris .

 Dengan menggunakan pembaris besi, letakkan ditepi garisan dan potong dengan menggunakan
pisau pemotong perspek.

 Potong dengan perlahan dan tekanan yang sederhana.

 Potong berulang-ulang sehingga kedalaman pemotongan 1/3 daripada ketebalan perspek.

 Letakkan garisan pemotongan ditepi meja yang bersudut tepat dan patahkan

 Kikir pada tepi perspek untuk kemasan.


MODUL 4; PAPAN TANDA VINIL

Prosedur membuat papan tanda vinil

 Potong policarbonat mengikut ukuran yang diberi.

 Buat rekabentuk grafik menggunakan komputer atau secara manual.

 Potong vinil mengikut saiz policarbonat tadi atau mengikut imej.

 Tanggalkan lapisan plastik pada policarbonat dan bersihkan.

 Sembur air sabun pada permukaan policarbonat tadi sehingga rata.

 Tanggalkan kertas pada pelekat vinil.

 Lekatkan vinil tadi pada permukaan policarbonat.

 Dengan menggunakan skuji tolak gelembung udara pada permukaan vinil tadi sehingga rata.

 Lap dan biarkan ia kering

 Letakkan pelekat pada belakang kertas rekabentuk menggunakan “spray mount” dan biarkan ia
kering seketika.

 Potong vinil menggunakan pisau grafik pada lakaran rekabentuk tadi.

 Tanggalkan vinil yang tidak diperlukan.

 Bersih dan kemaskan papan tanda vinil tersebut

MODUL 5. PAPAN TANDA SEMBURAN SEMBURAN CAT

Langkah keselamatan semasa membuat semburan cat

 Gunakan “mask” topeng pernafasan semasa membuat semburan cat.

 Pakai pakaian yang sesuai

 Pakai sarung tangan


 Pakai kasut keselamatan

 Suis “on” exzos fan dan buka tingkap bagi membolehkan peredaran udara

 Jangan bermain semasa membuat semburan cat.

 Pastikan rakan anda berada jauh dari kawasan semburan.

 Memberi tumpuan semasa membuat kerja semburan cat.

Prosedur membuat papan tanda semburan cat

Membuat semburan cat pada latar belakang papan tanda

 Potong zink mengikut ukuran yang dikehendaki.

 Gosok permukaan zink dengan kertas pasir dan bersihkan.

 Pasangkan kompresor dan periksa sambungan supaya dipasang dengan betul

 Sambungkan hos angin pada tolok angin dan spray-gun.

 Campurkan cat dengan tinner 1:1 mengikut kesesuaian kelikatan cat, dalam takungan cat dan
kacau sehingga rata.

 Isikan ¾ penuh takungan cat pada spray-gun dan ketatkan.

 Uji dan laras semburan sehingga mendapat atomization yang sesuai.

 Buat semburan cat pada zink secara berperingkat-peringkat.

 Biarkan ia kering
 Cuci spray-gun selepas digunakan dengan menggunakan bahan pelarut

Langkah kerja membuat semburan cat pada imej dan penghurufan

 Reka bentuk imej dan penghurufan dengan menggunakan komputer atau manual.

 Potong vinil mengikut imej atau penghurufan dengan menggunakan plotter atau secara manual.

 Bersihkan permukaan panel dan tampalkan vinil dengan menggunakan air sabun.

 Laraskan imej dan penghurufan mengikut tata letak yang bersesuaian.

 Ratakan vinil dengan menggunakan skuji.

 Biarkan ia kering.

 Sediakan peralatan membuat semburan cat

 Buat semburan cat pada panel dengan kaedah yang betul. Sekurang-kurangnya tiga lapisan.

 Biarkan ia kering

 Tanggalkan vinil menggunakan penyepit/pisau dengan berhati-hati.

 Bersihkan dan buat kemasan pada tepi papan tanda semburan cat.
Jika semburan tidak seimbang, kemungkinan sebab berikut

· Kekurangan cat di dalam taking

· Kedudukan taking serong

· “nozzle’ tersumbat

· Paip penyedut longgar atau rosak

· Seal yang rosak

· Campuran cat terlalu pekat

· Lubang angin pada takung tersumbat

· Paip peyambung rosak atau tersumbat

· ‘Seal’ pada jarum rosak atau longgar.


MODUL 6 CETAKAN SKRIN

Langkah kerja cetakan skrin

 Mereka Bentuk Hasil Kerja

 Memindahkan Hasil Kerja Pada Kertas Surih

 Membina Dan Memasang Skrin Kepada Kerangka

 Menyapu Foto Emulsi Pada Skrin

 Mendedahkan Imej Pada Skrin Foto Emulsi

 Jenis Pencelup Dan Dakwat

 Mencetak Imej Yang Ada Pada Skrin Ke Fabrik Atau Perspek

 Membersihkan Skrin

Langkah kerja memasang sutera saring pada kerangka

 Potong sutera dengan ukuran yang tepat dan basahkannya

 Renggangkan skrin sutera pada bingkai dan klipkan dengan teknik yang mengikut urutan yang
betul
Langkah menyapu foto emulsi pada skrin sutera

 Sediakan campuran foto emulsi dan sensitizer dengan nisbah 10:1 ( dilakukan di dalam bilik
gelap dengan bantuan cahaya merah.

 Ratakan campuran emulsi ke atas skrin sutera dengan menggunakan screen coater

 Keringkan skrin sutera yang telah disapukan dengan campuran foto emulsi menggunakan
pengering rambut atau kipas angin

Langkah kerja membuat bingkai

 Potong kayu mengikut ukuran yang ditentukan.

 Potong sudut 45° pada hujung kayu

 Sambung kayu sehingga menjadi segiempat tepat dan pakukan.

 Gosok dengan kertas pasir sehingga licin pada tepi kayu


Langkah kerja membuat pendedahan imej ke atas skrin foto emulsi

 Ambil kotak cahaya dan letak kertas surih yang telah dihitamkan imejnya di atas cermin kotak
cahaya.

 letak skrin foto emulsi atas kertas surih tersebut

 tutup skrin dan kertas surih tadi dengan kain yang bewarna hitam atau gelap

 buka lampu kotak cahaya mengikut waktu yang ditetapkan.

 setelah sampai waktu yang sesuai, matikan lampu kotak cahaya dan sembur skrin foto emulsi
dengan pancutan air yang kuat dan tajam untuk mendedahkan imej

 setelah imej telah terdedah, jemur skrin foto emulsi itu sehingga kering.

Langkah mencetak imej pada fabrik atau plastik

 potong fabrik dan letak skrin foto emulsi atas fabrik itu dan pencelup pewarna (dye) atas skrin
foto emulsi

 ratakan pencelup warna itu dengan sekuji

 setelah imej telah dicetak, keringkan hasil cetakan dengan pengering rambut atau menjemur di
tengah panas.

Prosedur membuat kerja membuat cetakkan skrin

 Mereka bentuk hasil kerja menggunakan komputer atau manual.

 Memindahkan hasil kerja pada kertas surih atau tranferansi.

 Menghitamkan imej

 Buat bingkai menggunakan kayu yang dipotong mengikut ukuran.

 Basahkan kain sutera dan klipkan kain sutera tadi pada bingkai mengikut turutan supaya kain
sutera tadi menjadi regang.

 Bancuh foto emulsi dan sensitiser mengikut nisbah 10:1 (dilakukan dalam bilik gelap)
 Uji bancuhan tadi menggunakan bingkai yang lain untuk mengukur masa yang tepat untuk
pendedahan cahaya.

 Menyapu dan meratakan campuran foto emulsi dengan kemas pada skrin sutera.

 Keringkan dengan menggunakan pengering “hairdryer”

 Letakan hasilkerja reka bentuk tadi pada kotak berlampu.

 Letakkan skrin sutera pada imej tadi.

 Dedahkan pada cahaya mengikut masa yang ditentukan.

 Semburkan dengan pancutan air yang sederhana pada imej sehingga imej terbentuk pada skrin
sutera.

 Jemur hingga kering.

 Bentangkan kain di atas meja dan regangkan.

 Letakkan cetakan skrin tadi pada permukaan kain dan letakkan perwarna (Fabrik dye).

 Ratakan perwarna tadi menggunakan skuji.

 Angkat cetakan skrin dan biarkan imej kering.

Jenis pencelup / dye

 Bagi cetakan di atas kertas gunakan pencelup skrin kertas atau warna poster atau warna air

 Bagi cetakan di atas kain gunakan jenis pencelup kain (fabric dye)

 Bagi cetakan di atas plastik, kaca, perspek dan kulit gunakan dakwat khas iatu dakwat pv (poli
vinyl)

 Bagi proses mencetak di atas kain dan mendapatkan kesan timbul pada imej yang dicetak
gunakan pencelup (emboss dye)

 Bagi proses biaa mencetak tetapi ynruk mendapatkan kesan lebih baik dari pencelup warna kain
(fbric dye) gunakan pencelup (rubber dye)

 Bagi proses mencetak huruf dan pemukaan fabrik yang gelap gunakan pencelup atau dakwat
tanpa warna (white reducer)
 Pencelup warna yang digunakan hendaklah pekat. Terdapat dua jenis pencelup utama iaitu
boleh dicuci dan dilarutkan dengan air dan pencelup warna berminyak yang memerlukan spirit
jernih (wood spirit) untuk mencampur atau mencairkannya yang bertujuan utk cuci skrin

 Pencelup pv hendaklah menggunakan bahan kimia pembantut retarder bertujuan untuk


memperlambatkan masa pencelup itu kering dan juga boleh digunakan untuk mencuci skrin
sebagai bahan penanggal.

MODUL 7 SEMBURAN ANGIN (AIR BRUSH)

Peralatan utama

 Handpiece

 Kompressor

 Penapis

Jenis-jenis handpiece

 Gravity feed

 Bottom feed

 Side feed
Jenis kompressor

 Kompressor diaphgram

 Kompressor piston

Penapis angin

 Penapis between line

Langkah membuat semburan angin

 Sediakan peralatan semburan angin dengan tekanan angin pada 35-40 psi

 Pindahkan gambarajah pada bod ilustrasi

 Melekat ‘masking film’ pada gambarajah

 Memotong garisan gambarajah dengan pemotong grafik

 Menyembur gambarajah mengikut lapisan ‘masking film’

Langkah membuat semburan pada sfera

 potong ilustrasi bod, lukis petak dan lukis sfera di dalamnya.kemudian tampal masking Film atas
bod tersebut

 potong masking film mengikut garisan bulatan

 buka masking film bahagian bulatan yang telah dipotong tadi


 tentukan kesan pengcahayaan pada bulata, semburkan tona cerah berdekatan arah cahaya

 semburkan tona gelap mengikut bentuk bulatan pada bahagian yang jauh dari cahaya

 sembur secara ringan dan secara berhenti-henti pada bahagian gelap dan cerah dalam bulatan.
buang semua masking film bila semburan kering.

 Langkah menyelenggara alatan semburan angin

 Pastikan hand piece dicuci setiap kali digunakan

 Elakkan daripada cat kering dalam takungan hand piece

 Spray regulator, tip dan head hendaklah dibuka dan direndam dalam cecair pembersih sehingga
baki warna yang melekat terkeluar.

 Jarum mestilah dijaga dengan baik, dicuci dan dibersihkan dengan kain lembut atau kertas tisu.

 Apabila jarum dimasukkan, sebaiknya meletakkan jari tengah di tepi lubang jarum dan
masukkan pelahan-lahan.

 Alat hand piece yang telah dicuci dengan cecair pembersih hendaklah dibilas dengan air
sebelum disimpan. Ini mengelakkan daripada hakisan ammonia pada logam hand piece.

 Paras minyak dalam kompresor hendaklah sentiasa diperiksa. Tambah minyak jika perlu.

MODUL 8. PAPAN TANDA BERLAMPU

Langkah kerja membuat papan tanda berlampu

 Menyediakan huruf dan grafik pada panel Tanda jenis tembus cahaya pada kepingan perspek
atau polikarbonat

 Membuat kerja kimpalan arka ringan dalam penyediaan rangka papan tanda berlampu

 Membuat keja pendawaian lmpu pendaflour

 Memasang panel tanda kepada kerangka

 Memasang papan tanda berlampu


Langkah kerja membina kerangka PTB

 Mulakan kerja dengan menyediakan dua kerangka penghujung mengikut ukuran dengan tepat

 Pastikan sudut kerangka adalah tepa 90 darjah.

 Ukur dan potong tiub keluli mengikt panjag keseluruhan rangka

 Lakukan kerja kimpalan arka untuk menyiapkan kerangka berkotak

 Menyediakan penyokong tetengah untuk memasang katu beloti

 Klip 25mm dipasang pada kayu beloti untuk memegang tiau lampu pendafflour

 Kerangka dicat kemas dengan lapisan cat asas dan lapisan cat penghabisan

 Menutup sisi dan belakang kerangka dengan kepingan zink @ colorbond dengan rivet.

Langkah kerja membuat pendawaian pendaflour

 Memasang komponen ditempat yang disediakan ( pada kayu beloti bahagian dalam kerangka
PTB)

 Membuat pendawaian komponen mengikut cara pendawaian litar yang betul

 Membuang tebatan kabel dan pengakhiran pengalir di punca komponen

 Pembumian pada kerangka

 Kesempurnaan pemasangan tiub berlampu

 Membuat ujian keterusan


JANGAN MEMBERI BEKALAN ELETRIK pada lampu pendafflour yang siap didawai tanpa pengetahuan
guru

Modul 10. MEMASANG PAPAN TANDA

Kerja memasang panel tanda pada kerangka

 Kepingan panel diletak atas kerangka untuk mendapatkan saiz yang sama

 Bingkai alluminium sudut L diukur dan dipotong mengikut saiz permukaan hadapan kerangka

 Pada empat penghujung kerangka dikemaskan dengan tanggam serong

 Pada tiga sisi kerangka, bingkai alluminium dirivet tetap,

 Kecuali sisi penghujung dipasang skru supaya panel perspek boleh digerakkan keluar dari
kerangka.

Langkah kerja memasang papan tanda berlampu

 Memilih tempat yang sesuai untuk memasang papan tanda

 Tanda kedudukan braket pada permukaan tembok rata, pastikan bahawa kedudukan lintang
antara braket adalah sama aras

 Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan tangga da gerudi impact

 Pilih mata gerudi mansory’ yang sesuai untuk saiz ‘expansion bolt’ yang digunakan

 Papan tanda diletakkan pada braket yang telah siap dipasang

 Pastikan bahawa papan tanda yang dipasang adalah kukuh.


MODUL 11. MENGURUS PERNIAGAAN

Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan)

 Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek
yang hendak dijalankan.

 Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan
langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan,
ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan

 Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk
tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

 Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.

 Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

 Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.

 Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi
cadangan pembiayaan.

 Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

 Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan

 Statistik

 Data ekonomi

 Data perdagangan

 Penyelidikan pasaran

Keusahawanan

 Penubuhan perniagaan

1. Langkah penubuhan milikan tunggal


2. Kebaikan milikan tunggal

3. Borang pendaftaran perniagaan

Rancangan perniagaan

1. Maksud rancangan perniagaan

2. Tujuan mernyediakan rancangan perniagaan

Pemasaran

 Keluaran - menentukan jenis jenis keluaran yang dapat diterima oleh pengguna

 Harga - menentukan harga yang berpatutan

 Agihan - menentukan saluran agihan yang sesuai bagi keluarannya supaya sampai kepada
pengguna akhir.

 Promosi - mengadakan strategi untuk mempromosikan barangan keluarannya

 Keluaran - saiz dan bentuk mestilah menarik minat pengguna

 Reka bentuk

 Warna - warna pembungkusan mestilah menarik dan cantik

 Pembungkusan - dibungkus dengan indah dan menarik serta memudahkan pengguna

 Jenama - senang disebut, senang diingati dan mudah dikenali

 Jaminan Pengeluar - kegunaan mestilah ditepati jaminannya

 Kualiti - barangan berkualiti memberikan kepuasan pengguna

Harga

 Jenis keluaran

 Kos pengeluaran

 Persaingan

 Undang-undang

 Strategi penentuan harga

Saluran agihan  Pengguna


 Pengeluar

 Pengeluar  Peruncit  Pengguna

 Pengeluar

 Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna

 Pengeluar

 Pemborong  Peruncit  Pengguna

 Pengguna

 Ejen  Pemborong  Peruncit

Promosi

 Pengiklanan - memperkenalkan melalui media massa

 Publisiti - menyampaikan maklumat dalam bentuk berita dalam media massa

 Promosi - mewujudkan serta meluaskan pasaran serta menambahkan jualan

 Promosi jualan - membuat demonstrasi serta jualan langsung

 Jualan langsung - mempromosikan barangan dari rumah ke rumah

Agensi Yang Membantu Usahawan

Memberi bimbingan dan latihan

- Pusat Latihan Belia (PLB)

- Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

- Majlia Amanah Rakyat (MARA)

Menyediakan kemudahan insfrastruktur atau prasarana


- Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk membantu usahawan

- SIRIM

Membantu kewangan dalam bentuk pinjaman

- Majlia Amanah Rakyat (MARA)

- Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)

- TEKUN

Pemberian taraf perintis

- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Anda mungkin juga menyukai