Anda di halaman 1dari 6

Supermoped Atau Supercub Sebelum Y15ZR , RS150R , BELANG 150R

Tahukah anda sebelum wujudnya supercub moden seperti Y15ZR , RS150R , BELANG 150R,
ada wujud supercub, underbone, supermoped yang jauh lebih berkuasa dari supercub
moden? Supercub tersebut adalah amat popular pada waktu itu dan jarang sekali kita
temui pada zaman sekarang. Mungkin kerana motosikal pada waktu itu tidak sepopular
zaman sekarang yang lebih terdedah dengan informasi dan marketing yang jauh lebih
tinggi. pada waktu 90-an sehingga 2000 supercub ini dikenali sebagai Yamaha Tiara
120, Honda Nova Dash 125, Suzuki Stinger 120, Kawasaki Leostar 120, Cagiva Stella
125. kebanyakan model Supercub ini adalah 2 stroke dan memuntahkah lebih 20hp
berbanding dengan supercub zaman sekarang yang kurang dari 20hp. Sebahagian dari
underbone ini tidak pernah memasuki market Malaysia kerana spesifikasinya yang agak
tinggi dan merbahaya.

Berikut ialah Spesifikasi jentera jentera tersebut

Yamaha Tiara S , JR120S , Speed MX120

Pada Awalnya Tiara S dikenali sebagai JR120 dan mendapat gelaran terbaru pada tahun
1999 sebagai Yamaha Tiara. model ini bersaing sengit dengan Honda Nova , dan Suzuki
Stinger dan Kawasaki Leostar pada waktu itu . bentuk Yamaha Tiara yang menggunakan
Brek Disk depan belakang dan monoshock merupakan antara underbone terawal
menggunakan teknologi itu.

Spesifikasi Tiara S

Manufacturing: Yamaha

Model: J120Z (Tiara 120 S, Speed ??MX 120)

Engine: 2-Stroke, Single-Cylinder, Air-Cooled, Reed Valve

Bore x Stroke: 54 x 52 mm

Cylinder Capacity: 119 cc

Fuel Supply System: Mikuni VM22SS Carburetor

Compression Ratio: 6.8: 1

Transmission: 6-Speed

Ignition: DC-CDI

Starter: Kick Starter

Max Power: 17 PS (16.66 HP) @ 7.500 RPM

Max Torque: 15.5 N.m @ 7,000 RPM

Length x Width x Height: 1864 x 630 x 968 mm

Wheelbase Distance: 1230 mm

Lowest Distance to Land: 139 mm

High Seats: 765 mm

Empty Weight: 100 Kg


Fuel Tank Capacity: 6.5 Liter


Frame: Tubular Steel Backbone

Front Suspension: Telescopic Fork, Oil Damped

Rear Suspension: Swingarm, Monoshock

Front Brake: Hydraulic Disc, Caliper 2 Piston

Rear Brakes: Hydraulic Discs, Caliper 2 Piston

Front Tires: Dunlop TT900 2.25 - 17

Rear Tires: Dunlop TT900 2.50 - 17

Yamaha Tiara merupakan antara undebone yang popular pada waktu itu dan kini telah
hilang ditelang zaman . namun masih boleh dilihat di Thailand yang masih obsess
dengan motor underbone ini. Di Malaysia jarang sekali untuk melihat motor ini dan
bahagian motor ini yang masih boleh dilihat adalah Sportrim enkei 3 spoke yang
dipasang untuk motosikal lain yang berharga RM1000 - 2000 sepasang. Namun tidak
ramai orang yang tahu Asal usul Sportrim Enkei 3 spoke adalah berasal dari Yamaha
Tiara S.

Honda Nova Dash, Nova Dash RS

Honda Nova dash adalah Underbone terpantas pada tahun 90-an. Honda Nova Dash
berasal dari Honda Nova Tenna, dan sebelumnya Honda Hurricane. hanya model Honda
Hurricane sahaja yang pernah masuk ke pasaran Malaysia. Nova Dash adalah terpantas
kerana satu satunya model Honda yang menggunakan Powervalve iaitu RC-valve yang
juga digunakan oleh Honda NSR150 ianya juga merupakan underbone terawal menggunakan
sistem Liquid cooling radiator pada zaman itu. mungkin kerana kos yang tinggi Honda
Malaysia tidak pernah bawa masuk model ini. Honda Dash Malaysia juga mendapat nama
bersempena dengan Honda Nova Dash. Top Speed Honda Nova Dash adalah 140kmh dan amat
cepat memecut kerana sistem RC Valvenya.

Engine: 2-Stroke, Single-Cylinder, Liquid Cooled, Crankcase Reed Valve

Bore x Stroke: 55 x 52 mm

Cylinder Capacity: 123.5 cc

Fuel Supply System: Keihin Carburetor PE 24

Compression Ratio: 7.0: 1

Transmission: 6 Speed

Ignition: Electronic CDI Unit

Max Power: 22 PS (21.56 HP) @ 9000 RPM

Max Torque: 1.83 Kgf / m (18.3 N.m) @ 8,000 RPM

�Length x Width x Height: 1833 x 650 x 966 mm


Wheelbase Distance: 1355 mm

Empty Weight: 102 Kg

Frame: Aluminum Twinspar Frame

Front Suspension: Telescopic Fork

Rear Suspension: Monoshock, Swingarm

Front Brake: Hydraulic Disc, Caliper 2 Piston

Rear Brakes: Hydraulic Discs, Caliper 2 Piston

Front Tires: 70/90 - 17

Rear Tires: 80/90 - 17

Sehingga sekarang Nova Dash masih lagi popular dan boleh dilihat di Thailand dan
Malaysia . Di Malaysia ada yang menggunakan enjin dan memodifikasi Honda Hurricane
sebagai Nova Dash . Ada juga yang membawa masuk dalam Malaysia dengan menggunakan
Geran Thailand . Harga honda nova dash juga masih lagi tinggi iaitu rm2000 - rm5000
bergantung pada kondisi. walaupun buruk dan berkondisi teruk tapi masih lagi dijual
ldengan harga tidak kurang dari rm2000. Block honda Nova Dash juga Segi enam
seperti Honda NSR 150 yang jarang ditemui di motor berkategori underbone.

Suzuki Stinger 120, RG120 , RGX

Suzuki Stinger 120 merupakan underbone tahun 90-an yang kurang popular tetapi
pernah masuk market Malaysia sebagai Suzuki RG120. namun bentuknya Stinger dan RG
adalah jauh berbeza walaupun menggunakan enjin yang sama. Model ini tidak berapa
popular di Malaysia walaupun terbukti adalah raja kapchai apabila sekiranya
dimodifikasi oleh pelumba haram . model ini dengan senang mengalahkan 125z. RG
adalah jauh lebih hodoh berbanding Stinger dan mahal sparepartnya berbanding dengan
model Honda , Yamaha , dan Kawasaki pada waktu itu.

Spesifikasi

Dimensions : 1.960 x 710 x 1040 mm

Wheelbase : Distance 1.244 mm

Weight : 100 kg

5.2 : liter Fuel Capacity

Telescopic : Front Suspension

Monoshock : Rear Suspension

Front Brake : Hydraulic disc caliper dual piston

Rear Brake (SW), : Hydraulic disc caliper dual piston (CW)

Home Tires : 80 / 90-17

Rear Tires : 70 / 90-17

Machine Type : 2-stroke, Single Cylinder, Air Cooler


Cylinder Contents : 120.7cc

Diameter x Step : 56 x 49 mm

Maximum Power : 15.5 PS @ 8000 rpm

Maximum Torque : 1.50 kg-m @ 7000 rpm

Transmission : Manual Transmission, 6-speed

Starter : Kick

Model Suzuki RG masih boleh dilihat di Malaysia pada waktu sekarang . namun
sparepart agak susah dan mahal. Model Stinger juga dikategorikan sebagai Rare di
Thailand dan model ini telah ditelan zaman.

Kawasaki Leostar, Kawasaki Leostar SSR, Modenas Dinamik

Kawasaki sehingga sekarang masih popular dengan Kawasaki Ninja KRR150 yang pantas
dengan teknologi 2 stroke. akan tetapi model ini juga telah tamat pengeluarannya
pada tahun 2014. Sebelum Kawasaki RR kawasaki telah mengeluarkan model underbone
yang agak pantas untuk bersaing dengan Yamaha, Honda dan Suzuki. Model tersebut
ialah Kawasaki Leostar yang tak pernah dimasukkan market Malaysia . Namun Modenas
sempat membeli design Kawasaki dan menggunakan teknologi kawasaki Leostar yang sama
di Motosikal Modenas iaitu Modenas Dinamik 120. Jika diperhati 80% bahagian Modenas
dinamik adalah sama dengan Leostar yang direndahkan spesifikasinya.

Pada awalnya Kawasaki Leostar mempunyai kuasa yang setinggi Nova Dash 125 iaitu
22.5hp . Namun Model terakhir iaitu leostar SSR telah direndahkan spesifikasinya
kepada 17hp

Manufacturing: Kawasaki

Model: Leo Star 120 (Leo Star SSR)

Year of Manufacture: 2003 - 2005

Engine: 2-Tak, Single-Cylinder, Air-Cooled, Reed Valve

Bore x Stroke: 54 x 51.9 mm

Cylinder Capacity: 118.6 cc

Fuel Supply System: Mikuni VM22 Carburetor

Compression Ratio: 7.3: 1

Transmission: 6-Speed

Ignition: DC-CDI

Starter: Kick Starter

Max Power: 17.2 PS @ 8,500 RPM

Max Torque: 14.1 N.m @ 8,000 RPM


Length x Width x Height: 1.935 x 640 x 965 mm

Wheelbase Distance: 1280 mm

Lowest Distance to Land: 120 mm

High Seats: 755 mm

Empty Weight: 97 Kg

Fuel Tank Capacity: 4.6 Liter

Frame: Tubular Steel Backbone

Front Suspension: Telescopic Fork, Oil Damped

Rear Suspension: Swingarm, Bottom Link Uni-Trak Monoshock

Front Brakes : Disc Brake

Rear Brakes :Disc Brake

Model kawasaki Leostar masih boleh dilihat di Thailand namun agak jarang berbanding
Nova Dash, di Malaysia, pengguna motosikal dinamik telah memodifikasi dinamik
menggunakan part leostar untuk kelihatan lebih cantik dengan full fork. Kawasaki
leostar masih dijual rm2000 - 4000 di malaysia bergantung pada kondisi walaupun
menggunakan geran thailand. Bahagian enjin leostar firstmodel juga amat dikehendaki
di Malaysia kerana leostar firstmodel menggunakan teknologi PDK Tsukigi Japan yang
mempunyai prestasi yang jauh lebih tinggi. Di Malaysia Modenes menggunakan sistem
SAS iaitu secondary air system untuk melepasi piawaian pencemaran udara yang
mengurangkan prestasi motosikal tersebut.

Cagiva Stella 115 , 125R

Jika sebut sahaja mengenai motor underbone , supercub, moped, kapchai tentunya
popular dengan jentera buatan Yamaha, Honda, Kawasaki, namun tidak ramai yang tahu
bahawa Syarikat Italy juga pernah membuat model underbone pada zaman 90 - 2000 .
Syarikat Italy tersebut adalah Cagiva. Model yang diperkenalkan adalah Cagiva
Stella 115R dan 125R

Cagiva 115 dan 125r ini dijual di market Thailand dan Malaysia. namun di Malaysia
model ini dibawa masuk oleh Momos sebagai momos stella 115. tak pasti manakah
antara model samada 115 atau 125r di Malaysia, namun kebanyakan pengguna Stella
menngunakan block cagiva 125R

Pada waktu itu jualan Cagiva Stella amat merosot kerana pengguna sudah terbiasa
dengan model jepun walaupun terbukti Cagiva adalah jauh lebih hebat dan reliable .
Pengguna lebih memilih model jepun dan tidak ramai yang sempat membeli model ini.
Sehingga kini masih ada model cagiva baru telah berhabuk tersimpan di stor yang
gagal dijual . Pihak Alert TV berjaya mendapatkan gambar motosikal baru tersebut
didalam stor dari salah seorang lelaki dalam Group Cagiva Stella. tak pasti samada
motosikal itu untuk dijual atau dibiarkan sahaja disitu.

Cagiva juga dilekengkapi dengan powervalve system seperti Honda Nova Dash namun
lebih berkuasa dengan memuntahkan 23.8hp sedikit lebih kuat. dikatakan bahawa
prestasi Cagiva Stella 125R menyamai prestasi Kawasaki Ninja KRR150.
Cagiva 115R juga mengeluarkan kuasa yang amat tinggi bagi 115cc iaitu 17hp.

Spesifikasi Cagiva Stella 125R


Type 2-stroke engine, liquid-cooled (radiator), reed valve
Machine Capacity 123.54cc
Diameter x Step 55 x 52 mm
8.2: 1 Compression Ratio
Maximum Power 23.8 PS @ 10.300 rpm
Maximum Torque 1.66 kg-m @ 10,000 rpm
Manual Transmission System, 6-speed
Starter Kick
Front Brake Disc
Rear Brake Disc
Fuel Tank Capacity 6.5 liters
Front Tires 70 / 90-17
Rear Tires 80 / 90-17
Weight 110 kg

Cagiva Stella amat rare di Malaysia mahupun Thailand. akan tetapi sparepart Cagiva
stella masih boleh didapati di thailand oleh penjual disana . sparepart NOS lebih
sukar . namun masih ada dalam pasaran . pengguna Cagiva stella biasanya membel
motosikal di Thailand dan memasukkan part tersebut kedalam Cagiva Stella Malaysia.
Cagiva juga amat popular dengan Model Cagiva Mito 7 speed yang dikatakan amat mahal
dan terbaik dalam kategorinya. Cagiva Stella di Malaysia masih dijual RM8000
keatas sekiranya kondisi motosikal tersebut tiptop.

Anda mungkin juga menyukai