Anda di halaman 1dari 43

UNIT 2

Menservis Sistem Enjin

Di dalam modul Dua ini pelajar akan mempelajari asas Enjin dua Lejang dan Enjin Empat Lejang serta
kendalian setiap bahagian secara terperinci.

Kata Kunci

Enjin memerlukan
penyelengaraan yang berkala bagi
menghasilkan kuasa yang
optimum. Pelajar akan
mengenalpasti komponen yang
penting untuk diservis dan
memastikan komponen masih
boleh digunakan atau pun tidak.

https://www.youtube.com/watch
?v=pTs4s67dZ_E

Standard Kandungan

2.1 Prinsip Asas Kendalian Enjin dan Komponen

21
Standard Pembelajaran

SP 2.1.1 Menerangkan
2.1 Prinsip Asas Kendalian Enjin prinsip asas kendalian enjin
dan Komponen dua lejang

Kenderaan yang bergerak di atas jalanraya digerakkan oleh tenaga yang terhasil dari
enjin. Kebiasaanya enjin menggunakan dua bahan bakar iaitu petrol dan diesel. Enjin
petrol kebiasaanya digunakan oleh jentera ringan manakala diesel digunakan pada
jentera berat.

Enjin terbahagi dua jenis iaitu enjin dua lejang dan enjin empat lejang. Di sini kita akan
mempelajari prinsip asas enjin serta komponen komponennya.

2.1.1 Menerangkan prinsip asas kendalian enjin dua lejang

Enjin dua lejang sering digunakan pada enjin kecil seperti motosikal , mesin
rumput dan sebagainya. Asas enjin ini ialah satu kitaran (360⁰)
menghasilkan satu kuasa.

Lejang Masuk dan Lejang Mampat

1. Omboh bergerak dari TTB ke TTA. Liang masuk


terbuka, liang pindah dan liang ekzos tertutup. Ruang
aci engkol menjadi vakum. Campuran udara dan
bahanapi serta campuran minyak 2T masuk ke ruang
kotak engkol
2. Pada masa yang sama campuran udara, bahanapi dan
minyak 2T akan dimampatkan di ruang pembakaran.
3. Sebelum piston sampai ke TTA (5⁰-10⁰) palam
pencucuh mengeluarkan percikan bunga api.
4. Aci engkol bergerak dari (0⁰ -180⁰)

22
Lejang Kuasa dan Lejang Ekzos

1. Letupan yang kuat dari pembakaran


campuran udara , bahanapi dan minyak 2t
akan menolak piston dari TTA ke TTB
2. Pada masa itu Liang ekzos akan terbuka
manakala liang masuk dan liang pindah
tertutup.
3. Pergerakan piston kebawah menyebabkan
campuran bahanapi dan udara di kotak
engkol termampat.
4. Setelah piston hampir ke TTB, liang pindah
terbuka. Bahanapi akan bergerak ke ruang
pembakaran .
5. Kranksyaf berpusing dari 180⁰ ke360⁰.
Lengkaplah satu kuasa.

23
2.1.2 Menerangkan prinsip asas kendalian enjin empat lejang Standard Pembelajaran

SP 2.1.2Menerangkan
prinsip asas kendalian enjin
Lejang Masuk (Intake Stroke) empat lejang

1. Piston bergerak dari TTA ke TTB. Injap masuk SP 2.1.3Membezakan


terbuka manakala injap ekzos tertutup prinsip asas enjin dua
2. Wujud vacuum di ruang pembakaran lejang dan empat lejang
3. Campuran Udara dan bahanapi disedut
masuk keruang pembakaran.
4. Pergerakan kranksyaf 180⁰ (separuh
pusingan)

Lejang Mampatan ( compression Stroke)

5. Piston bergerak dari TTB ke TTA.Injap masuk


dan injap ekzos tertutup
6. Campuran Udara dan bahanapi mula
termampat di ruang pembakaran
7. Pergerakan kranksyaf menghampiri 360 ⁰
(satu pusingan)

Lejang Kuasa (Power Stroke)

8. 10 sebelum Piston TTA , palam pencucuh


Mula menghasilkan percikan bunga api.
9. Kedua dua injap masih tertutup
10. Letupan yang kuat berlaku. Piston akan
tertolak ke bawah (TTB) dengan kuatnya.
11. Pergerakan kranksyaf 540⁰ (Satu separuh
pusingan)

24
Lejang Ekzos (exhause Stroke)

12. Piston bergerak dari TTB ke TTA. Injap ekzos


mula terbuka manakala injap masuk tertutup
13. Campuran Udara dan bahanapi yang terbakar
tadi di tolak keluar melalui injap ekzos
14. Pergerakan kranksyaf 720⁰ (dua pusingan)
15. Lengkaplah satu kuasa dengan dua pusingan
kranksyaf

25
2.1.3 Membezakan prinsip asas kendalian enjin dua lejang dan
empat lejang

Enjin Dua Lejang Enjin Empat Lejang


Satu pusingan Kranksyaf untuk satu Kuasa Dua pusingan kranksyaf untuk satu kuasa
Menggunakan minyak 2t Tidak menggunakan minyak 2T
Mempunyai Liang Pindah Tidak mempunyai liang pindah
Tidak menggunakan injap Menggunakan Injap
Sesuai enjin Kecil Sesuai untuk enjin besar

26
2.1.4 Mengenal pasti komponen luar dan dalam enjin

Radiator

Sebagai tempat menyejukkan air


panas yg terhasil dari enjin.

Air yang disejukkan akan dihantar


semula ke enjin

Radiator hos

Digunakan sebagai laluan air panas


dari enjin dan laluan air yang telah
disejukkan ke enjin semula

Info Automobil

https://www.youtube.com/
WATER PUMP watch?v=gLPE-hNuuBw

Merupakan komponen yang mengasak


air dari radiator ke bongkah enjin

27
BONGKAH ENJIN

Komponen utama untuk menggerakkan


mekanikal utama seperti kranksyaf ,
piston, timming belt dan lain – lain
untuk

Takung Minyak Pelincir

Sebagai tempat untuk menakung minyak


pelincir untuk kegunaan enjin

Selinder head

Sebagai komponen untuk meletakkan injap ,


pemasaan dan lain lain

28
Standard Pembelajaran
2.1.5 Membincang fungsi komponen luar dan dalam enjin SP 2.1.5
Komponen luar enjin pula diantaranya
i. Karburetor

ii. Pancarongga masuk

iii. Pancarongga ekzos

29
iv. Alternator

v. Staror

vi. Dan lain lain

30
Aktiviti Inkuiri

31
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan berbentuk peta minda

32
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

33
Standard Pembelajaran

2.2 Sistem Penyalaan SP 2.2.1 Mengenalpasti


komponen system penyalaan

Pengenalan

Sistem penyalaan merupakan satu komponen yang penting pada sesebuah kenderaan. Sistem
ini akan berfungsi untuk membakar campuran udara dan bahanapi yang terperangkap di ruang
pembakaran. Pembakaran bahanapi yang sempurna dapat menghasilkan kuasa yang optimum
pada sesebuah kenderaan

http://rbhauto.blogspot.com/p/sistem-penyalaan-ignition-system.html

2.2.1 Mengenal pasti komponen sistem penyalaan

Info Automobil

1. Bateri
2. Suis Penyalaan
3. Gelung Penyalaan

34
4. Pengagih
5. Kabel Rintangan Tinggi
6. Palam Pencucuh

Standard Pembelajaran

SP 2.2.2 menerangkan jenis


2.2.2 Menerangkan jenis sistem penyalaan kenderaan – jenis system penyalaan

Jenis –Jenis Sistem Penyalaan


Terdapat beberapa jenis system penyalaan pada kenderaan. Dibawah
merupakan jenis –sjenis system penyalaan
i. Sistem Penyalaan Bateri
ii. Sistem Penyalaan Magneto
iii. Sistem Penyalaan Transistor
iv. Sistem Penyalaan Nyahcas Kapisitor ( Capasitor Discharge Ignition
System CDI)

Standard Pembelajaran

SP 2.2.3;- melaksanakan
2.2.3 Melaksana kerja menanggal komponen sistem penyalaan enjin kerja menanggal
komponen system
a- Menanggalkan kepala bateri untuk memastikan tidak berlakunyapenyalaan
sebarangenjin
litar pintas
b- Menanggalkan kabel rintangan tinggi dari palam pencucuh
c- Mengeluarkan palam pencucuh dari kepala selinder
d- Menanggalkan kabel rintangan tinggi dari tudung rintangan tinggi
e- Menanggalkan soket yang bersambungan dengan pengagih
f- Menanggalkan pengagih dari kepala selinder.

http://rbhauto.blogspot.com/p/sistem-penyalaan-ignition-system.html

35
Standard Pembelajaran

SP 2.2.4-mengesan kerosakan
dengan memeriksa dan menguji
komponen system penyalaan
2.2.4 Mengesan kerosakan dengan cara memeriksa dan
menguji komponen sistem penyalaan

kerosakan yang sering berlaku pada system ini ialah palam pencucuh tidak
mengeluarkan percikan bunga api. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan
untuk mengesan kerosakan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=QaslolRll3w

Standard Pembelajaran

SP 2.2.5- Menilai hasil kerja


2.2.5 Menilai hasil daripada kerja pemeriksaan dan pengujian daripada pemeriksaan dan
komponen sistem penyalaan pengujian komponen
system penyalaan
Setelah kita menanggalkan komponen – komponen utama system ini , kita uji
setiap komponen supaya ia berfungsi dengan baik

a- Palam pencucuh yang baik, warna keperang- perangan


b- Kabel Rintangan Tinggi yang baik , tidak berlaku kebocoran api
c- Gelung Penyalaan – boleh menghasilkan percikan api yang baik

36
Standard Pembelajaran
2.2.6 Memasang komponen sistem penyalaan dan melaras pemasaan SP 2.2.6 Memasang
dinamik pada enjin komponen system
penyalaan dan melaras
a- Pasang semula semua komponen pada kenderaan
pemasaan dinamik pada
b- Pastikan aturan pembakaran betul mengikut spesifikasinya
enjin
c- Menggunakan lampu imbang masa ( Timming light) untuk melakukan imbang
masa dinamik pada kenderaan.

https://www.youtube.com/watch?v=JnH6YYik_F0

37
Aktiviti Inkuiri

38
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan berbentuk peta minda

39
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

40
Standard Pembelajaran

SP 2.3.1- mengenalpasti
2.3 Sistem Bahan Api komponen system
bahanapi

Sistem bahanapi berfungsi membekalkan campuran bahanapi dan udara yang


berterusan ke ruang pembakaran pada semua keadaan mengikut nisbah tertentu
bersesuaian dengan kendalian enjin.Faktor faktor yang mempengaruhi itu diantaranya
kelajuan enjin , beban yang dibawa , suhu , rekabentuk enjin dan sebagainya.Karburetor
adalah komponen utama yang menetukan nisbah campuran udara dan bahanapi yang
diperlukan.Di sini kita akan membincangkan satu persatu komponen – komponen yang
ada di dalam system bahanapi ini. Bagi kenderaan yang menggunakan system
bahanapi suntikan ( Electronik Fuel Injection ) Pam banapi bertekanan tinggi digunakan
manakala karburetor digantikan kepada injector yang dikawal oleh kotak komputer

2.3.1 Mengenal pasti komponen sistem bahan api petrol


1. Tangki minyak

41
2. Penapis bahanapi

3. Pam bahanapi

4. Karburetor

42
5. Penapis udara

6. Pancarongga masuk

43
Standard Pembelajaran

2.3.2 Kendalian sistem bahan api petrol SP 2.3.2 Menerangkan


kendalian system bahan api
petrol

Apabila enjin dihidupkan , pam bahanapi akan bekerja mengepam petrol dari tangki ke
karburetor. Sebelum sampai ke karburetor , bahanapi akan melalui penapis bahanapi.
Penapis bahanapi akan menyaring sebarang kekotoran sebelum bahanapi memasuki pam
dan setrusnya ke karburetor. Perkara ini akan berterusan selagi mana enjin dihidupkan.

2.3.3 Melaksana kerja menanggal system bahan api jenis suntikan Electronic Fuel-
Injection

44
2.3.4 Mengesan kerosakan serta menguji operasi pemancit bahan api, pelampung
dan pam bahan api elektrik

a- Mengesan kerosakan pada pemancit bahanapi


b- Mengesan kerosakan pada pelampung
c- Mengesan kerosakan pada pam bahanapi elektrik

45
2.3.5 Menilai hasil pengujian komponen system bahan api

Untuk memastikan system ini , kita kena pastikan bahanapi dapat di pam oleh
motor pam bahanapi dengan tekanan yang baik sebelum dihantar ke injector.
Cara mengesannya dapat dilihat dalam video dibawah

https://www.youtube.com/watch?v=Cale7fAPQ5k

46
2.3.6 Memasang komponen sistem bahan api dan menghidupkan enjin

47
Aktiviti Inkuiri

48
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan berbentuk peta minda

49
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

50
2.4 Sistem Penyejukan

Sistem Penyejukan merupakan satu system yang penting bagi memastikan enjin
sentiasa didalam suhu kendalian. Suhu yang baik dapat mengekalkan jangka hayat
enjin dan dapat menghasilkan tenaga yang optimum.

Standard Pembelajaran

SP 2.4.1 Mengenalpasti
komponen system
Penyejukan
2.4.1 Mengenal pasti komponen sistem penyejukan
Terdapat dua jenis system penyejukan yang sering digunakan
pada enjin iaitu
a- Sistem Penyejukan Udara
b- Sistem Penyejukan Cecair

Rajah : Sistem Penyejukan Udara

51
Rajah ; Komponen system Penyejukan Cecair

Komponen utama system penyejukan cecair

1. Radiator

52
2. Tudung tekanan Tinggi

3. Hos atas radiator ,


4. Hos Bawah radiator

5. Tangki Limpah

53
6. Kipas

7. Pam Pendesak

54
8. Thermostat

9. Selubung Air

55
Standard Pembelajaran

2.4.2 Menerangkan kendalian system penyejukan enjin SP 2.4.2 –Menerangkan


kendalian system
penyejukan enjin

a- Apabila enjin dihidupkan, haba yang panas dan tinggi akan terhasil. Air
hanya berlegar disekitar selubung air ( water jacket ) sahaja.
b- Apabila suhu air semakin meningkat , thermostat akan terbuka dan air
yang panas akan mengalir ke radiator
c- Dengan bantuan kipas radiator , suhu air dapat di turunkan. Air yang telah
disejukkan tadi akan masuk semula selubung air.
d- Pam air ( water pump ) akan mengasak air yang telah disejukkan di
radiator masuk keselubung air semula untuk terus mengekalkan suhu
kendalian enjin.
e- Proses ini akan berterusan selagi mana enjin dihidupkan

https://www.youtube.com/watch?v=8C5D3KwtH1I

2.4.3 Melakukan ujian tekanan pada sistem penyejukan.

Kebiasaannya alat khas yang digunakan untuk pengujian ini ialah untuk mengesan
kebolehfungsian pada tudung tekanan radiator dan mengesan kebocoran pada
system terutama hos – hos dan gasket.
Tudung radiator terdapat dua injap iaitu injap tekanan dan injap vakum. Kedua dua
injap ini penting dan ianya seharusnya berfungsi dengan baik untuk memastikan
tidak berlakunya tekanan yang tinggi semasa air panas dan juga untuk memastikan
air dapat masuk semula dari tangki limpah ke radiator sewaktu air menyejuk semula.
Bagaimana cara untuk memeriksa tekanan yang ada pada Radiator Cap anda? Dari mata kasar anda
boleh memeriksa keadaan seal/gasket pada penutup tersebut dan juga boleh mencuba untuk tekan
spring dan pastikan ia berfungsi.

56
2.4.4 Memeriksa komponen sistem penyejukan, memancur enjin dan
memancur radiator.

Pengujian tudung tekanan radiator

Tekanan yang baik untuk tudung tekanan radiator kebiasaanya 0.9 bar – 1.1 bar
bergantung kepada spesifikasi kenderaan. Sekiranya bacaan yang disukat terlalu
rendah atau terlalu tinggi maka ia perlu diganti.

Pengujian Tekanan Pada Sistem Penyejukan.

Beri tekanan pada alat penguji sekitar 0.9 bar. Dalam masa yang sama periksa
komponen system seperti radiator , water pump , hos dan lain lain komponen.
Sekiranya terdapat kebocoran , perlu diganti.

Kerja Memancur enjin dan radiator

Kerja ini dapat dilakukan dengan mudah dengan cara menanggalkan hos atas
radiator dan mengeluarkan thermostat terlebih dahulu. Lakukan mengikut aliran asal
dan juga menyongsang aliran.

57
https://www.youtube.com/watch?v=qdvlMUqkAjA

Sekiranya radiator di dapati kotor , perlu dilakukan kerja memancur air pada radiator.

Lakukan kerja memancur dengan menanggalkan hos bawah untuk membersihkan


radiator terlebih dahulu

58
Setelah air yangkeluar dari hos bawah telah jernih , maka radiator telah bersih.

Lakukan kerja memancur air ke dalam enjin dengan cara memasukkan air melalui
hos atas radiator pula. Lakukan sehingga air yang keluar dari hos bawah juga bersih.

Setelah semua kerja memancur selesai, pasang semula komponen tadi. Masukkan
air dan coolent secukupnya.

59
2.4.5 Menilai hasil daripada ujian tekanan dan pengujian komponen
sistem penyejukan.

https://www.youtube.com/watch?v=51xnrdEITH4

2.4.6 Memasang komponen sistem penyejukan enjin.

Aktiviti Inkuiri

60
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan berbentuk peta minda

61
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

62
63

Anda mungkin juga menyukai