Anda di halaman 1dari 30

UNIT 1

Pengenalan Bidang Menservis Automobil

Industri automotif pada hari ini adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Pada hari ini kita dapat
melihat pelbagai kemajuan dalam penghasilan kenderaan masa kini sehingga industri ini menjadi
keutamaan dalam aspek kemajuan sesebuah negara. Terdapat puluhan syarikat pembuat kenderaan
samada kenderaan ringan atau berat, kecil atau besar, sederhana atau mewah menawarkan pelbagai
teknologi dan juga kemudahan servis yang memberi manfaat kepada pengguna hari ini.

Malaysia adalah negara yang juga terlibat dalam pembuatan dan pengeluaran kenderaan. Justeru itu,
negara kita telah menyediakan pelbagai institusi pendidikan berteraskan automotif dalam melahirkan
tenaga kerja mahir dan juga pakar dalam industri automotif negara. Pelbagai kursus telah disusun bagi
memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran dan juga pengetahuan yang tinggi seterusnya dapat
memenuhi pasaran kerja dalam bidang automotif.

Menservis automobil adalah salah satu bidang yang penting dalam industri automotif dunia. Semua
kenderaan yang digunakan oleh manusia perlu diselenggara dengan betul dan juga pada waktu yang telah
ditetapkan. Hari ini kita dapat melihat pusat-pusat servis dan juga bengkel-bengkel membaiki kenderaan
berkembang dengan pesat sekali.

1
Kata Kunci

Masukkan perkataan baharu yang


akan dipelajari oleh murid. Contoh:
Automobil

Standard Kandungan

Murid boleh:

1.1.1 Menyatakan maksud menservis automobil.

1.1.2 Menjelaskan bidang dan prospek kerjaya dalam bidang automobil.

1.1.3 Membina carta alir bagi laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang automobil.

1.1.4 Mengkategorikan kerjaya dalam bidang automobil.

1.1.5 Membahas kepentingan bidang automobil dalam pembangunan ekonomi negara.

2
Standard Pembelajaran

SP 1.1.1

SP 1.1.2
1.1 Kerjaya dalam Bidang Automobil
Pada tahun 2020, pihak MARii (Institut Automotif, dan IoT Malaysia)
menyasarkan industri automotif negara dapat menyediakan peluang kerjaya sebanyak
3000 kekosongan dalam bidang automotif sahaja. Ini menunjukkan sektor automotif
berkembang dengan pesat sekali sekaligus membuka peluang kepada mereka yang
menceburi bidang ini untuk menambah pendapatan.
Pelajar yang berketrampilan dalam bidang automotif berpeluang bagi menjawat
jawatan sebagai juruteknik kenderaan atau mekanik kenderaan bermotor yang
menservis dan membaiki kenderaan. Pelajar juga berpeluang untuk menjawat jawatan
sebagai tenaga pengajar di pusat-pusat latihan bertauliah dalam bidang automotif.
Terdapat juga antara pelajar-pelajar bidang automotif yang memiliki kemahiran
tambahan seperti berniaga, mereka juga berpeluang untuk menjadi usahawan dalam
bidang automotif ini. Terdapat pelbagai pihak dan institusi yang menyediakan
perkhidamatan bagi membantu pelajar-pelajar yang ingin berjaya dalam bidang ini.

1.1.1 Maksud menservis automobil

Menservis automobil adalah kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor


(automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Bidang
ini menekankan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dalam kerja-kerja
menservis, kemahiran menggunakan alatan servis, kaedah rombak rawat sistem pada
kenderaan, mengenal pasti masalah kenderaan dan juga keusahawanan dalam bidang
automotif.

Info Automobil

3
1.1.2 Bidang dan prospek kerjaya dalam bidang automobil
Industri automobil menyediakan pelbagai peluang dalam bidang ini dan juga prospek
kerjaya kepada pelajar yang berkemahiran. Prospek kerjaya ini boleh dikategorikan
kepada 3 jenis bidang yang berbeza iaitu :

Servis

Pakar

Usahawan

Bidang servis ini merujuk kepada pusat-pusat servis


dan juga bengkel-bengkel membaiki kenderaan.
Pelbagai jawatan ditawarkan merujuk kepada
kemahiran yang diterapkan kepada pelajar antaranya
mekanik kenderaan, juruteknik servis kenderaan dan
penasihat servis

Usahawan pula merujuk kepada individu yang


memiliki kemahiran dalam bidang automobil dan juga
keusahawanan. Kelompok ini menyediakan pelbagai
perkhidmatan seperti pengusaha bengkel servis,
pengusaha bengkel aksesori kenderaan dan juga
pengusaha bengkel tayar kenderaan.

Manakala pakar pula memfokuskan kepada


kemahiran tinggi seperti pusat servis gearbox yang
hanya menservis dan membaiki gearbox sahaja.
Pakar juga merujuk kepada tenaga pengajar di
institusi rendah dan tinggi yang akan mengajar pelajar
dalam bidang automobil.

Standard Pembelajaran

1.1.3 Membina carta alir bagi laluan pendidikan dan kerjaya dalam SP 1.1.3

4 SP 1.1.4
bidang automobil
Membina kerjaya dalam bidang automotif adalah satu kejayaan dalam diri pelajar
automotif itu sendiri. Pelbagai agensi dan pihak kerajaan Malaysia telah menyediakan
kemudahan pembelajaran kepada individu untuk melanjutkan pelajaran dan kemahiran
dalam bidang automotif ke peringkat yang lebih tinggi.

(tolong lukis carta yg menarik..maaf sy x mahir)

Laluan kerjaya individu ini dapat membantu pelajar dalam merancang perkembangan
diri dan kerjaya masa hadapan dalam bidang automotif dengan lebih mudah.

5
INSTITUT
INSTITUT
ILKA
ILKA
SPM
SPM IPTA
IPTA
IPTS
IPTS

KELAYAKAN
KELAYAKAN KERJAYA
KERJAYA
MQA
MQA JURUTERA,
JURUTERA, MEKANIK KENDERAAN, PEMBANTU
MEKANIK KENDERAAN, PEMBANTU JUALAN
JUALAN KENDERAAN,
KENDERAAN,
MARA
MARA PEMILIK
PEMILIK BENGKEL,
BENGKEL, PEMILIK
PEMILIK KEDAI
KEDAI MENJUAL
MENJUAL KENDERAAN,
KENDERAAN, TECHNICIAN
TECHNICIAN DAN
DAN
KPT LAIN-LAIN
LAIN-LAIN
KPT

1.1.4 Mengkategorikan kerjaya dalam bidang automobil EMK Mobil

Teknologi dalam bidang automotif adalah penting dalam pelbagai sektor di dunia pada
hari ini dan ianya terus berkembang pesat. Justeru pelbagai kerjaya wujud dari
permintaan yang tinggi terhadap pengangkutan untuk digunakan dalam melaksanakan
tugasan harian manusia kini. Kajian dari MARii telah menunjukkan hampir 60ribu
kekosongan jawatan dalam industri automotif di Malaysia seperti operator kilang kereta,
mekanik di pusat servis atau pemilik bengkel yang berpendapatan tinggi.

6
Teras Pembangunan Modal Insan pula mensasarkan penyediaan tenaga kerja mahir
yang mencukupi di semua peringkat bagi memacu pertumbuhan industri automotif
negara. Tenaga kerja yang kompeten dan mencukupi juga turut memainkan peranan
yang penting bagi mentranformasi industri automotif ke tahap yang lebih berdaya saing.
NAP (Dasar Automotif Nasional) 2014 memberi penekanan kepada peningkatan
kemahiran dan keupayaan dalam bidang:

a. Kepimpinan
b. Pengurusan
c. Kejuruteraan
d. Kualiti
e. Reka bentuk
f. Pengurusan kos

Pelan pembangunan modal insan ini akan meningkatkan lagi mutu program-program
sedia ada di peringkat juruteknik dan operator. Kewujudan tenaga mahir industri
automotif yang khusus seperti bidang pengeluaran berautomasi akan membolehkan
industri automotif tempatan meningkatkan proses automasi dan kepelbagaian
kemahiran. Ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kurang
mahir dan seterusnya membantu mewujudkan tenaga kerja mahir tempatan yang
berpendapatan tinggi.
Standard Pembelajaran

1.1.5 Membahas kepentingan bidang automobil dalam pembangunan SP 1.1.5


ekonomi negara

Industri automotif memainkan peranan penting dalam mengubah Malaysia menjadi


negara perindustrian yang bernilai tinggi, meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan
pekerjaan dengan gaji tinggi. Sektor ini memberi kesan penting terhadap
pengembangan industri hulu, seperti keluli dan bahan kimia, serta industri hiliran,
termasuk perkhidmatan IT dan penyelenggaraan. Pada tahun 2020, Dasar Automotif
Negara (NAP) telah menggariskan 3 arah tuju utama iaitu teknologi dan kejuruteraan,
pelaburan dan perluasan pasaran melalui 3 strategi yang telah dirangka khas iaitu
pembangunan rantaian nilai, pembangunan modal insan serta keselamatan, alam
sekitar dan kepenggunaan.

Melalui tinjauan NAP 2020, kerajaan telah mengidentifikasi rancangan-rancangan


penting untuk fokus pada pertumbuhan dan pelaburan ke arah perkembangan teknologi
dan transformasi industri di Malaysia.

7
Elemen baru juga ditambahkan pada NAP 2020 yang memfokuskan pada Kenderaan
Generasi Seterusnya (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi
Industri 4.0 (IR4.0).

Jika diimbas kembali Dasar Automotif Negara (NAP) yang mula diperkenalkan pada
Mac 2006, terdapat 6 objektif utama yang telah digariskan iaitu:

i. menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan


terutamanya pengeluar kereta nasional
ii. membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam
bidang-bidang khusus
iii. menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mampan serta pembinaan
keupayaan tempatan
iv. menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang
kompetitif di pasaran dunia
v. menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh
dalam industri automotif tempatan
vi. menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat
dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

Aktiviti Inkuiri

8
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan satu unit berbentuk
peta minda

9
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

10
Standard Pembelajaran

SP 1.2.1
1.2 Amalan Kemahiran Teras
SP 1.2.2

tulis penerangan/ pengenalan amalan kemahiran teras


Setiap bengkel automobil perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan juga peraturan
semasa berada dibengkel atau melakukan kerja amali. Langkah keselamatan didalam
bengkel perlulah dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan tanpa kita sedari.
Kemalangan yang sering berlaku akibat kecuaian individu boleh mengakibatkan
seseorang itu mengalami kecederaan sementara atau kekal, kehilangan nyawa dan
juga kerugian atau kerosakan pada alatan dan juga mesin.

Terdapat dua faktor yang mengakibatkan berlakunya kemalangan di bengkel ialah


faktor kemanusiaan dan juga persekitaran bengkel.
Faktor kemanusiaan Faktor persekitaran
Terlalu yakin Bengkel tidak tersusun
Cuai atau gopoh Lantai berminyak dan kotor
Pakaian tidak sesuai Peredaran udara yang tidak sesuai
Tidak bekerjasama Alatan tangan yang telah rosak
Bermain didalam bengkel Mesin yang rosak
Suis elektrik yang rosak

1.2.1 Menyatakan langkah keselamatan ketika berada di bengkel semasa melakukan


kerja amali

Bengkel automotif

Berikut adalah peraturan asas sewaktu berada di bengkel dan semasa melakukan kerja
amali:

a. Bekerja dalam keadaan sihat


b. Berdisiplin semasa melakukan kerja amali
c. Jangan berguran atau bermain semasa melakukan kerja amali
d. Menyimpan alatan yang tajam ditempat yang selamat
e. Jangan menggunakan alatan tangan atau mesin yang telah rosak
f. Memakai pakaian yang sesuai
g. Memakai alat keselamatan semasa menggunakan mesin

1.2.2 Menjelaskan kepentingan memelihara alam sekitar dalam industri automobil


11
Selaras dengan komitmen Malaysia dalam mengurangkan kadar

Selaras dengan komitmen Malaysia dalam mengurangkan kadar pelepasan karbon


sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020, Teras Keselamatan dan Alam Sekitar
dapat membantu mengurangkan kadar pelepasan asap, meningkatkan keberkesanan
bahan bakar, memulihara alam sekitar dan sumber asli. Selaras dengan matlamat ini,
inisiatif untuk mentransformasi dan menghijaukan keseluruhan rantaian industri
automotif perlu dilaksanakan. Ini termasuklah mengawal selia proses pengeluaran
kenderaan dan perkhidmatan lepas jualan. Dalam usaha mentransformasikan industri
automotif tempatan ke arah meningkatkan keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar,
teras Keselamatan dan Alam Sekitar akan memperkenalkan langkah-langkah berikut:
a. membangunkan piawaian Malaysia bagi komponen dan alat ganti baharu dan
terpakai yang melibatkan keselamatan kenderaan di mana pelaksanaannya akan
dilakukan secara berperingkat bermula awal tahun 2015
b. melaksanakan pemeriksaan kenderaan secara sukarela melalui pemeriksaan
tahunan bagi kenderaan penumpang berusia lebih 5 tahun
c. mengguna pakai Piawaian 3R (Reduce, Reuse, Recycle) antarabangsa Standard dalam
Pembelajaran
Standard Malaysia menjelang 1 Januari 2015 bagi tujuan mengawal selia aktiviti-
aktiviti 3R untuk setiap model. Pada masa ini, negara-negara Eropah
SP 1.2.3 telah
memperkenalkan piawaian 3R melalui EC 3R Directive
SP 1.2.4
d. menggalakkan penyertaan pihak swasta untuk menjadi pembekal perkhidmatan
teknikal bagi melaksanakan pemeriksaan Vehicle Type Approval (VTA)
sepenuhnya. Usaha ini akan dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ). Pemberian insentif customised akan disediakan untuk pembekal
perkhidmatan teknikal yang berkelayakan.

1.2.3 Mengamalkan amalan 5S dan langkah keselamatan di bengkel

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di
Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.
Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara
sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan
kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

5s merupakan istilah asal dalam bahasa Jepun. Ianya membawa maksud seperti dalam
jadual dibawah.

Bahasa Seiri Seiton Seiso Seiketsu shitsuke


Jepun
Bahasa Sisih Susun Sapu Seragam Sentiasa amal
Melayu

a. Sisih (seiri)

12
Mengasingkan barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang tidak
diperlukan di tempat kerja. Bahan diperlukan perlu diletakkan berhampiran
dengan kegunaanya dengan pengenalan yang jelas. Manakala barang yang
tidak diperlukan haruslah dikeluarkan dari kawasan kerja. Aktiviti sisih yang
boleh dilakukan ialah menanda barang-barang yang tidak diperlukan dengan
menggunakan kad pelupusan dan menentukan tempat penyimpanan bagi
barang atau peralatan yang boleh digunakan.

b. Susun (seiton)

Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil


untuk digunakan. Ianya merujuk kepada prinsip “setiap barang ada tempatnya
dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan susun tertumpu pada kaedah
penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti susun yang
boleh dilakukan ialah melabel dan mengindeks nama dan nombor pada
barang/alatan, menyimpan mengikut kategori dan memastikan barang yang
disusun dengan sebaik mungkin supaya mudah dicapai.
c. Sapu (seiso)

13
Membersihkan tempat kerja dan peralatan dengan kemas dan bersih supaya
tidak menjejaskan fungsi peralatan kerja dan juga ruang kerja. Aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah mengagihkan tugasan pembersihan kepada ahli-ahli di
tempat kerja, mewujudkan kaedah pembersihan, menyediakan peralatan
pembersihan dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

d. Seragam (seiketsu)

Seragam bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri,
susun atur atau peraturannya. Amalan ini menekankan susun atur seragam bagi
memudahkan penyimpanan peralatan dan boleh dicapai. Aktiviti yang boleh
dilakukan ialah mewujudkan senarai semak peraturan inventori, mewujudkan
prosuder kerja, mengadakan jadual penyelenggaraan dan mewujukan model
atau aktiviti susun atur yang seragam.

e. Sentiasa Amal (shitsuke)

14
Sentiasa amal membawa maksud mengekalkan 4 amalan 5S iaitu Seiri, Seiton,
Seiso dan Seiketsu di samping melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan. Amalan ini memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan
seluruh warga kerja dan disiplin diri bagi memastikan amalan 5S dapat
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah
meneruskan program Amalan 5S secara berterusan, melaksanakan audit
dalaman Amalan 5S secara berkala, memastikan aktivit promosi Amalan 5S
diteruskan dan mewujudkan sistem pengiktirafan Amalan 5S bagi setiap warga
kerja.

1.2.4 Menyediakan carta organisasi dan jadual tugasan di bengkel

Carta organisasi merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik di dalam
bengkel. Tujuan organisasi bengkel diwujudkan adalah untuk :

a. Menjamin keadaan bengkel teratur dan selamat.


b. Memastikan keselesaan dan keselamatan semua pihak yang berada di
dalambengkel.
c. Melatih sifat kerjasama dan bertanggungjawab di kalangan organisasi.

15
Gambarajah contoh carta organiasi bengkel

Jadual bengkel merujuk kepada jadual tugasan setiap ahli di dalam bengkel. Tugasan-
tugasan yang diberikan adalah seperti contoh dalam gambarajah dibawah.

16
Standard Pembelajaran

SP 1.2.5
1.2.5 Membezakan antara etika dan budaya kerja di bengkel
SP 1.2.6

Bengkel didefinisikan sebagai bilik, ruang atau bangunan yang dilengkapi alat dan
mesin yang mungkin diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membuat atau membaiki
barangan atau kenderaan. Bengkel biasanya mengandungi meja kerja, alat tangan, alat
kuasa dan perkakasan yang lain. Ia turut dijadikan tempat bertukang atau menghasilkan
ciptaan prototaip.

Justeru setiap bengkel perlu mewujudkan etika dan budaya kerja di bengkel supaya
setiap warga kerja boleh melaksanakan kerja dengan baik. Budaya kerja bermaksud
cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.
Manakala etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja yang diamalkan oleh
pekerja seperti :
a. Menepati waktu
b. Amanah
c. Bertanggungjawab
d. Patuh pada peraturan
e. Patuh pada undang-undang kerja

1.2.6 Membincang kesan Industri Automobil terhadap alam sekitar

17
Standard Pembelajaran

1.2.7 Mencadangkan langkah pemeliharaan alam sekitar akibat daripada SP 1.2.7


Industri Automobil

Aktiviti Inkuiri

18
RUMUSAN
Buat rumusan kesuluruhan satu unit berbentuk
peta minda

19
LATIHAN PENGUKUHAN

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

20
Standard Pembelajaran

1.3 Penggunaan dan Penyenggaraan SP 1.3.1

Alatan dan Mesin

tulis penerangan/ pengenalan penggunaan dan penyenggaraan alatan dan mesin


Alatan tangan dan mesin yang dibekalkan di bengkel adalah untuk kemudahan dan
kegunaan semasa melakukan kerja-kerja amali dan pembelajaran. Ianya perlu dijaga
dengan baik supaya memudahkan kerja amali dapat dilaksanakan dengan berkesan.

a. Sentiasa berada dalam keadaan baik dan disenggara


b. Tersusun dan teratur
c. Mudah diambil untuk digunakan
d. Tahan lebih lama
e. Selamat digunakan

1.3.1 Menyatakan nama dan fungsi alat tangan, alat mengukur dan menguji, alat
menanda, alat memotong dan mesin yang terdapat di bengkel automobile

Alat Tangan

Bil Nama Kegunaan


1 Spanar

Mengetat dan
melonggarkan bolt dan
nut

2 Spanar khas
Pemutar skru

21
Gergaji
Tukul

Alat mengukur dan menguji

1. Pembaris keluli
Dihasilkan dari logam dan digunakan untuk mengukur
2. Angkup vernier
Alat mengukur yang jitu dan boleh mengukur ketepatan sehingga 0.02mm.
Terdapat pelbagai jenis angkur vernier seperti angkup vernier jenis digital
dan juga jenis analog.
Kaedah mengukur menggunakan angkup vernier adalah

22
3. Mikrometer
Micrometer juga adalah alat mengukur yang jitu dan boleh mengukur
ketepatan sehingga 0.02mm.

Cara mengukur menggunakan micrometer


.

ii) .

iii) .

iv) .

*bacaan laras ada dua iaitu atas dan bawah

4. Pembaris keluli
Pembaris keluli
5. asas

Nama Kegunaan
Pembaris keluli
Angkup vernier
Mikrometer

23
Standard Pembelajaran
1.3.2 Menerangkan cara penggunaan dan penyenggaraan alat tangan, SP 1.3.2
alat mengukur dan menguji, alat menanda, alat memotong dan
mesin di bengkel automobil SP 1.3.3

Setiap alatan dan mesin perlu dilengkapi dengan kaedah penggunaan dan juga
penyelenggaraan agar setiap alatan dan mesin dapat digunakan dengan selamat serta
bertahan dengan lebih lama. Peralatan dan mesin di bengkel juga perlu diletakkan
mengikut kategori dan berdekatan dengan tempat kerja bagi melaksanakan sesuatu
tugasan.

1.3.3 Menunjuk cara kaedah mengguna dan menyenggara alat tangan, alat mengukur
dan menguji, alat menanda, alat memotong dan mesin di bengkel automobil

Alat tangan

Bil Nama Kaedah guna Kaedah menyenggara


1 Spanar hujung buka - Mengetatkan dan
melonggarkan bolt dan
nat.
2 Spanar hujung - Mengetat dan
tertutup melonggarkan bolt dan
nut
- Memegang penuh bolt
dan nut
3 Spanar soket - 6-point dan 12-point
- Dipacu oleh ratchet atau
speed handle
4 Spanar gabung - Mengetat dan
melonggarkan bolt dan
nat
5 Spanar ratchet - Mengetat dan
melonggarkan bolt dan
nat
- Digunakan bersama
spanar soket
6 Tukul - Mengetuk benda kerja
- Kuku kambing seperti mengeluarkan

24
- Ball-peen hujung rod runut
7 Gandin - Mengetuk benda lembut
- Getah seperti logam nipis dan
- Kayu juga plastik pada
kenderaan
8 Pliers - Memegang benda kerja
- Gabung - Memegang benda kerja
- Muncung tirus yang kecil
- Needle-nose - Mencengkam dan
- Cutter memegang objek
- Grip - Memotong wayar
- Snap-ring - Memegang objek
- Snip - Menanggalkan klip khas
- Memotong kepingan
logam
9 Pemutar skru - Memutar skru
- Hujung tirus
- Philips

Alat mengukur dan menguji

Bi Nama Kaedah guna Kaedah


l menyenggar
a
1 Pembaris Mengukur objek menggunakan ukuran milimeter,
keluli sentimeter, inci
2 Mikrometer
luar

- Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas


yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm
- Bacaan senggatan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1mm didarabkan dengan
0.50mm. Jika sejajar, maka bacaan senggatan
didarabkan dengan 1mm
- Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar
dengan garisan skala laras didarabkan dengan
0.01mm
- Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah
nilai tersebut merupakan bacaan bagi
micrometer itu
3 Mikromrter
dalam

25
Depth
micrometer
Teleskopik
Bore gauge
Angkup
vernier
Straight
edge
Tolok
perasa

Alat memotong dan mesin

Bil Nama Kaedah guna Kaedah menyenggara

Standard Pembelajaran

SP 1.3.4
1.3.4 Mengkategorikan jenis dan kaedah penggunaan di antara
alat tangan, alat mengukur dan menguji, alat menanda, SP 1.3.5
alat memotong dan mesin di bengkel automobil

26
1.3.5 Memilih dan menggunakan alatan dan mesin mengikut kesesuaian kerja

Standard Pembelajaran

1.3.6 Menghasilkan produk menggunakan alatan dan mesin SP 1.3.6

27
Aktiviti Inkuiri

RUMUSAN

28
Buat rumusan kesuluruhan satu unit berbentuk
peta minda

LATIHAN PENGUKUHAN
29
BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi .

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)

Latihan mengikut aras rendah, sederhana, tinggi serta masukkan beberapa latihan KBAT.

30

Anda mungkin juga menyukai