Anda di halaman 1dari 6

KOPERASI SMK BANDAR BARU SG BULOH BERHAD

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SG BULOH


JALAN BRP 1/10A, BANDAR BARU SG BULOH,
47000 SG BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

DRAF ATURAN-ATURAN KECIL PENGGUNAAN WANG TABUNGAN

1.0 PENGENALAN

Koperasi SMK Bandar Baru Sg Buloh Berhad mempunyai lima (5) Kumpulan Wang atau
Tabung yang diwujudkan untuk manfaat anggota-anggotanya. Dana yang terkumpul di
dalam tabung ini adalah melalui keuntungan yang diperolehi oleh Koperasi dari setahun
ke setahun dan penyaluran wang ke dalam setiap jenis Tabung adalah berdasarkan
cadangan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama antara Anggota Lembaga
Koperasi (ALK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

2.0 TAFSIRAN

2.1 Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang
berlainan maknanya maka tafsiran berikut adalah dipakai:

2.1.1 “anggota” maknanya anggota-anggota yang telah sah diterima


menjadi anggota mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi;
2.1.2 “keluarga anggota” termasuklah, isteri atau isteri-isterinya, anak-
anaknya yang mana termasuk juga anak angkatnya yang sah di sisi
Undang-Undang dan anak tiri serta ibu bapanya;
2.1.3 “derma” maknanya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan
daripada Tabung Anggota Koperasi ini mengikut Peraturan-peraturan
ini;
2.1.4 “Institusi Pengajian tinggi” maknanya tempat belajar di mana sijil
kelulusannya bertaraf diploma atau ijazah dan diiktiraf oleh Kerajaan;
2.1.5 “lembaga” maknanya Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik di
bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini.

3.0 MATLAMAT

Memberi perkhidmatan dan bantuan kepada anggota-anggota Koperasi SMK Bandar


Baru Sg Buloh Berhad yang kurang bernasib baik, memberi motivasi untuk pencapaian
yang cemerlang serta memberi galakan kepada warga sekolah menceburi koperasi

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membantu anggota-anggota koperasi yang kurang berkemampuan;

4.2 Meringankan beban sara hidup anggota-anggota semasa sakit ataupun ditimpa
kemalangan;

4.3 Menghargai sumbangan Anggota Pengurusan Koperasi (APK) , Anggota


Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengawas Koperasi;

4.4 Memberi insentif kepada anggota atau keluarga anggota yang lulus dengan
cemerlang di dalam peperiksaan awam, peperiksaan peringkat sekolah atau
peperiksaan ikhtisas serta peninggian taraf akademiknya;

4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah menceriakan persekitaran sekolah dan


melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan warga sekolah;

4.6 Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf atau yang dianjurkan
oleh kerajaan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikannya dan membangunkan
masyarakat.

1
5.0 JENIS-JENIS TABUNG

Lima jenis Tabung tersebut adalah :-


i) Tabung Pendidikan & Latihan
ii) Tabung Derma Dan Sumbangan
iii) Tabung Kebajikan Am
iv) Tabung Kokurikulum
v) Tabung Keceriaan

6.0 ATURAN PENGGUNAAN

6.1 Tabung Pendidikan Koperasi

6.1.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi


setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.1.2 Diberikan dengan tujuan :


i) Membiayai sebarang bentuk aktiviti pendidikan melibatkan anggota
atau Guru Koperasi seperti menghadiri kursus, bengkel, seminar
atau lawatan berkaitan hal ehwal koperasi.
ii) Pemberian berupa wang, baucer atau peralatan kepada anggota
atau anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan
PMR/SPM/STPM atau peperiksaan peringkat sekolah.
iii) Pemberian berupa wang atau baucer kepada anggota yang
cemerlang di dalam peperiksaan ikhtisasnya seperti peperiksaan
PTK atau berjaya menamatkan pelajaran di peringkat lebih tinggi di
IPT.

6.1.3 Cara pembahagian bantuan adalah mengikut kadar yang dipersetujui


dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan
yang baru.

6.2 Tabung Derma Dan Sumbangan

6.2.1 Jumlah peruntukan :


i) Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi
setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.
ii) Derma daripada ahli-ahli koperasi sama ada honorarium ysng tidak
dituntut atau saham dan dividen ahli berhenti yang tidak dituntut.
iii) Derma-derma daripada pihak lain.

6.2.2 Diberikan dengan tujuan :


i) Derma khairat kematian anggota atau keluarga anggota
ii) Derma kepada anggota atau keluarga anggota yang ditimpa
kemalangan.
iii) Sumbangan untuk melaksanakan program-program sekolah bagi
tujuan yang khusus melibatkan anggota-anggota seperti Hari Sukan
Tahunan, Hari Graduasi Pelajar, sambutan Hari Guru dan lain-lain.
iv) Sumbangan di atas khidmat APK, ALK dan Pengawas Koperasi.
v) Derma kebajikan kepada pihak-pihak luar dan bukan ahli bagi kes-
kes istimewa yang difikirkan sesuai oleh APK seperti kes ditimpa
bencana alam atau peperangan.

6.2.3 Cara pembahagian bantuan :


i) Mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas
bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.
ii) Tuntutan semula saham, dividen atau honorarium oleh ahli-ahli yang
berhenti atau diberhentikan.

6.3 Tabung Kebajikan Am

6.3.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi


setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

2
6.3.2 Diberikan dengan tujuan :
i) membantu menjelaskan yuran peperiksaan PMR/SPM/STPM
anggota dan bukan anggota yang tidak berkemampuan yang
difikirkan sesuai oleh APK.
ii) Memberi bantuan dalam bentuk pakaian, peralatan dan buku-buku
pelajaran kepada anggota dan bukan anggota yang tidak
berkemampuan yang difikirkan sesuai oleh APK.

6.3.3 Cara pembahagian bantuan yang merupakan bentuk wang tunai,


mengikut kadar yuran peperiksaan semasa dan bagi bantuan bukan
berbentuk wang, kadar adalah sebagaimana dipersetujui dalam
mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang
baru.

6.4 Tabung Pengubahsuaian Kedai

6.4.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi


setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.4.2 Diberikan dengan tujuan :


i) Menampung perbelajaan menaik taraf kemudahan-
kemudahan di kedai koperasi.
ii) Memberi bantuan kepada mana-mana anggota yang
mempunyai inisiatif untuk mengubahsuai atau menceriakan
bangunan atau persekitaran kedai koperasi untuk manfaat
semua ahli.
iii) Pembelian peralatan-peralatan untuk kemudahan
pengurusan pentadbiran koperasi seperti komputer,
penerbitan buku undang-undang kecil serta risalah koperasi,
dan sebagainya.

6.4.3 Cara pembahagian bantuan adalah mengikut kadar yang dipersetujui


dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan
yang baru.

6.5 Tabung Keceriaan

6.5.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi


setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.5.2 Diberi dengan tujuan:


i) Menceriakan kawasan sekolah
ii) Sumbangan kebersihan antara kelas

6.5.3 Cara pembahagian bantuan :


i) Diberikan kepada pihak pentadbiran sekolah bagi menceriakan
kawasan sekolah secara umum seperti pembinaan landskap dan
kebersihan kelas
ii) Dibahagi-bahagikan kepada Persatuan/Kelab/Badan Beruniform
yang menguruskan keceriaan taman-taman angkat di sekitar
sekolah.
iii) Mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas
bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

7.0 PENTADBIRAN TABUNGAN

7.1 Tabung Anggota Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil
Wang Tabungan yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 43
(w) koperasi ini.

7.2 Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak lebih dari 5
orang.

3
7.3 Mereka-mereka yang diberikuasa mengeluarkan wang oleh Undang-Undang
Kecil Koperasi adalah dengan sendirinya menjadi ahli Jawatankuasa Kecil ini.

8.0 KELAYAKAN PEMOHON

8.1 Anggota-anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota 6 bulan dengan tidak
putus-putus, adalah layak untuk memohon bantuan dari Tabung Anggota
Koperasi ini.

8.2 Waris bagi anggota yang meninggal dunia adalah layak memohon bantuan
Tabung Derma Dan Sumbangan dengan syarat bahawa anggota yang
meninggal dunia itu telah menjadi anggota Koperasi ini selama 6 bulan dengan
tidak putus-putus. Kelayakan ini akan tamat tempohnya selepas 6 bulan dari
tarikh kematian ahli itu.

8.3 Di dalam keadaan di mana suami isteri adalah anggota Koperasi ini, maka salah
seorang sahaja di antaranya yang layak memohon bantuan Tabung Derma Dan
Sumbangan bagi kes kematian anak dan bantuan Tabung Pendidikan Koperasi
bagi pencapaian kecemerlangan anak-anak di dalam peperiksaan
PMR/SPM/STPM atau peperiksaan peringkat sekolah.

8.4 Di dalam keadaan di mana suami isteri adalah anggota Koperasi ini, masing-
masing boleh memohon bantuan Tabung Pendidikan Koperasi sekiranya berjaya
dalam peperiksaan ikhtisasnya dan peninggian taraf pendidikannya.

8.5 Pihak pentadbir sekolah yang menjadi premis Koperasi ini.

8.6 Individu bukan anggota atau pihak luar yang difikirkan layak memohon oleh APK
atau pihak pentadbir sekolah.

8.7 Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut mana-mana bantuan dalam Tabung


Anggota Koperasi ini sebagai satu haknya.

9.0 PERMOHONAN

9.1 Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Anggota Koperasi
ini hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga.

9.2 Permohonan-permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan


kenyataan-kenyataan yang sah yang boleh menyokong akan permohonannya
itu.

10.0 KADAR BANTUAN

10.1 Bantuan berbentuk kewangan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah


mengikut kadar-kadar yang berikut:

Had maksimum yang boleh dibayar

(a) Tabung Derma Dan Sumbangan RM 300.00

(b) Tabung Pendidikan Koperasi RM 200.00

(c) Tabung Kebajikan Am RM 200.00

(d) Tabung Pengubahsuaian Kedai RM 5000.00

(e) Tabung Keceriaan RM 2000.00

10.2 Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu
bergantunglah pada kedudukan kewangan Tabung Anggota Koperasi ini,

4
tetapi semua pembayaran tidaklah boleh melebihi had maksimum yang telah
ditetapkan itu, melainkan sekiranya ingin diubah hendaklah melalui
persetujuan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

11.0 MEMPROSES PERMOHONAN

11.1 Borang-borang permohonan, apabila diterima hendaklah diproses oleh


Jawatankuasa Kecil Tabung Anggota Koperasi ini.

11.2 Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang


disediakan oleh Lembaga.

12.0 PEMBAYARAN

12.1 Semua Pembayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali apa-apa amaun
yang kurang daripada RM 50.00.

12.2 Bayaran-bayaran hanya akan dibuat selepas satu minggu dari tarikh
Lembaga mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya kecuali bayaran-
bayaran derma untuk kematian yang mana boleh mengikut pegawai-pegawai
koperasi, dibayar dengan serta merta setelah pegawai-pegawai tersebut
berpuas hati di atas ketulenan permohonan itu.

13.0 PENGGANTUNGAN DERMA

13.1 Jika kedudukan Tabung Anggota Koperasi ini mengalami kesulitan dari segi
kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung akan aktivitinya
sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.

13.2 Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui Surat-surat


Pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung
Kebajikan Anggota ini.

14.0 AUDIT

14.1 Akaun Tabung Kebajikan Anggota ini hendaklah diaudit bersekali dengan
lain-lain Akaun Koperasi setahun sekali.

15.0 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG

15.1 Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung anggota-


anggota, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Tabung Anggota Koperasi
ini serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

16.0 PERTIKAIAN

16.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran ini timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan
kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil 75 Koperasi ini.

16.2 Aturan ini telah diterima dan dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat
Agung Koperasi pada .......................................................................................

Ditandatangan oleh ;

...................................................
(SHAMSHIAH BT AHMAD)
Pengerusi
Koperasi SMK Cochrane Berhad

5
....................................................... .........................................
(IRNI HAFIZAN BT IBRAHIM BEY) (NOREHAN BT ISMAIL)
Setiausaha Bendahari
Koperasi SMK Cochrane Berhad Koperasi SMK Cochrane Berhad

Anda mungkin juga menyukai