Anda di halaman 1dari 2

Ahmad Sabri bin Mohamed

No. 8 Persiaran Seksyen 2/6


Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Ikram
Pokok Machang
13000 Tasek Gelugor
PULAU PINANG 1hb Oktober 2018

Tuan/Puan,

RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IKRAM (STAIL)


BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2019

Merujuk perkara diatas, saya bapa kepada Nurfarha Aisyah binti Ahmad Sabri
(No.mykid: 121205-07-0434) ingin membuat rayuan kepada pihak tuan/puan
untuk mempertimbangkan kemasukan anak saya ke Sekolah Rendah Islam Al-
Ikram (STAIL) bagi Tahun 1 Sesi 2019.

2. Untuk makluman tuan, saya dan isteri sangat kecewa dengan keputusan
kemasukan anak saya yang tidak berjaya menduduki senarai pendek dalam sesi
temuduga yang lepas. Ini kerana saya dan isteri amat mengharapkan anak saya
dapat mengikuti pengajian sekolah ini.

3. Disini saya nyatakan beberapa asas rayuan kami untuk perhatian pihak
tuan/puan:
a) Saya dan isteri sebagai ibubapa berhajat benar untuk memberikan
pendidikan yang terbaik iaitu memilih pendidikan yang berteraskan
pendidikan tahfiz/agama di samping bidang akademik . Dengan itu,
kami memutuskan untuk memilih STAIL sebagai medan untuk anak kami
menimba ilmu dan seterusnya menjadi seorang tahfiz. Sungguhpun saya
dan isteri bukanlah mendapat pendidikan dari aliran agama apatah lagi
dalam aliran tahfiz, kami berpendapat STAIL lah institusi yang terbaik
buat anak kami.
b) Saya dan isteri telah berusaha membuat persediaan seawal 5 tahun
untuk menghantar anak kami ke STAIL dengan menghantar ke tadika
yang memberikan lebih penekanan dalam bidang pendidikan Islam dan
seiring dengan akademik bagi memenuhi keperluan syarat
kemasukan ke STAIL. Bersama-sama ini saya lampirkan prestasi anak
saya di tadika berkenaan.
c) Sekiranya ditawarkan, saya dan isteri tiada halangan/masalah untuk
menanggung yuran pengajian yang ditetapkan selagi pendidikan
tahfiz/agama menjadi keutamaan.

4. Oleh itu, besarlah harapan saya dan isteri sekiranya pihak tuan/puan dapat
mempertimbangkan permohonan ini dan seterusnya memberi peluang kepada
anak saya belajar di Sekolah Rendah Islam Al-Ikram. Segala Pertimbangan
daripada pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Ahmad Sabri bin Mohamed)


0122573379
ahmadsabrimohamed@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai