Anda di halaman 1dari 1

Perutusan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK KPG Penasu 2023/2024.

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri
Sarawak..
Syukur kepada Tuhan yang maha esa, dengan limpah dan rahmatnya, dapat jua kita
bersua kali ini dalam Majlis Graduasi Pelajar Tahun Enam dan Pra Genius sesi tahun
2023/2024. Taniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak tahun enam yang berjaya
menamat pengajian mereka dengan cemerlang di SK KPG Penasu ini dan semoga terus
meraih kejayaan yang lebih gemilang kelak apabila melangkah ke alam persekolahan di
peringkat menengah yang pastinya lebih mencabar. Tidak lupa juga kepada anak-anak Pra
Genius, doa dan harapan kami sebagai ibu bapa terus mengiringi kalian sepanjang masa anda
menimba ilmu di sini.
Pada ruang dan peluang ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menyokong program yang dianjurkan pihak
sekolah. Semoga kolaborasi yang jitu dan mapan antara PIBG dan Pihak Sekolah akan
berterusan agar SK KPG Penasu terus meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, kepada semua warga SK KPG Penasu, khasnya warga
pendididik mahu pun staf sokongan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada
kali ini, semoga anda terus mendapat keberkatan daripada Tuhan kerana kami tidak dapat
membalas jasa anda semua, hanya Yang Esa mampu melakukannya.

Sekian, terima kasih.


TR. LEMBA ANAK GETAI
YDP PIBG SK KPG PENASU, DARO.

Anda mungkin juga menyukai