Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya kalungkan setinggi syabas dan tahniah kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan penerbitan PERMATA 2019 ini. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pihak sekolah kerana sekali lagi member kesempatan saya melakarkan kata alu-
aluan dalam terbitan kali ini.

Kejayaan penerbitan PERMATA 2019 ini merupakan kesinambungan yang menjadi tradisi
sekolah sekian lama. Penerbitan yang berterusan ini menjadi pengertian besar kepada seluruh warga
SDASA dalam mendokumentasikan segala kenangan dan pengalaman sepanjang tahun 2019. Coretan
dan lakaran yang dipotretkan dalam penerbitan PERMATA 2019 secara tidak langsung dapat
mendewasakan dan mematangkan murid pada masa akan datang.

Di samping itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru merupakan tunjang utama
dalm pencapaian kejayaan anak-anak. Kerjasama antara ibu bapa dan guru ibarat aur dengan tebing
menjadi medium kukuh untuk anak-anak berjaya dalam lajur akademik, kokurikulum dan sahsiah
dengan penuh cemerlang.

Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Datuk Haji Abdul Samad sentiasa beroleh kejayaan dan
segala yang dihasratkan dalam melahirkan modal insan yang berjasa kepada agama,bangsa dan
Negara akan sentiasa diberkati Allah SWT. Semoga terus cemerlang dan gemilang dalam segala
bidang.

Sekian, terima kasih.

LT KOL KEHORMAT RAHAMAT BIN ISAHAK

Yang Dipertua PIBG SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson

Anda mungkin juga menyukai