Anda di halaman 1dari 2

.

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل الرَّمْح ٰ ِن‬ ْ
'. َ ‫َص َحابِِه أَمْج َعِنْي‬ ِِ ٍ ِ َّ ‫ َوالصَّاَل ةُ َو‬، َ ‫ َوالْ َعاقِبَةُ لِْل ُمت َِّقنْي‬ ، َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬
ْ ‫الساَل ُم َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َوأ‬
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Berkatilah majlis kami pada pagi ini, Majlis Penetapan Target PT3 & SPM 2018 SMK
Datuk Haji Abdul Samad. Ya Allah, Engkau sebaik-baik perancang & Engkau sebaik-
baik pemberi keputusan. Oleh itu, berkatilah apa yang telah kami rancang &
perelokkanlah hasilnya nanti Ya Allah. Jadikanlah runding cara antara ibu
bapa,penjaga,guru-guru & anak-anak pelajar pada hari ini sebagai satu
perbincangan yang bermakna, mencapai kata sepakat & menjadi pendorong kepada
semua pihak untuk menjadi lebih gigih dalam mencapai cita-cita dan hasrat murni
semua pihak, Khususnya kejayaan & kecemerlangan pelajar PT3 & SPM 2018
SMK Datuk Haji Abdul Samad.

Ya Allah, Ya Muhaimin,Ya Aziz, Ya Jabbar,

Buat ibu dan ayah, Ya Allah,lindungilah ibu bapa kami, jaga mereka siang & malam,
ketika sedang terjaga mahupun terlelap, iringilah langkah mereka & tetapkan mereka
sebagai hambaMu sebagaimana hamba-hamba yang telah Engkau berikan petunjuk
yang lurus & limpahan nikmat.Tidaklah mampu kami membalas segala yang telah
engkau berikan kepada kami duhai ibu dan ayah, namun jikalau ini mampu
menyampaikan cinta kami, maka sebait doa kami pohon kepada Allah. Ya Allah
Yang Maha Pengasih, kurniakanlah kepada ibu & ayah kami, kesihatan jasmani &
rohani, supaya kelak dapat menjadi saksi dalam hari bahagia kami. Di mana tiada
yang paling kami inginkan kecuali melihat mereka bahagia & tersenyum melihat
kami. Kerana sungguh senyum itulah yang kami tungu-tungu.Setelah sekian banyak
kami menyusahkan mereka, maka izinkanlah kami menebus semua itu dengan satu
senyuman di wajah mereka.Meskipun itu tidak cukup menggantikan jutaan
kesedihan mereka disebabkan kami.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan semesta alam, Ampunkan & hapuskanlah segala dosa
kedua ibu bapa kami, jauhkanlah mereka dari segala kesulitan di dunia & akhirat
kelak.Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami
kecil.
Ya Allah Engkau yang Maha Melihat, maka pastilah engkau menyaksikan segala
pengorbanan ibu & ayah kami memerah keringat mereka, memberi makan & minum
sehingga menitiskan air mata untuk kami. Maka gantilah semua itu dengan
nikmatMu. Kurniakanlah mereka syurga terbaikMu.

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Rahmatilah semua para guru kami yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan
khidmat tidak terhingga dalam menyampaikan ilmu kepada kami dengan
bersungguh-sungguh.

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
dosa seluruh umat Islam di serata dunia. Jauhilah kami dari segala mala petaka dan
bala bencana yang menyebabkan kami terjerumus ke lembah kehinaan,
kesengsaraan dan penderitaan.
Buat anak-anak kami tercinta, Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah anak2
kami anak yang cerdik berakal, berilmu dan beramal soleh, fasihkan lidah anak2
kami dalam membaca Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W, perelokkanlah akhlak
perangai anak2 kami, seindah akhlak Rasulullah S.A.W, jadikan anak2 kami anak2
yang soleh solehah. Permudahkanlah segala urusan mereka, berikanlah kejayaan
dalam hidup mereka di dunia & akhirat. Seungguhnya mereka adalah permata &
anugerah yang Engkau pinjamkan buat kami di dunia ini. Jadikanlah kami keluarga
yang bahagia. Berpisah di dunia ini bertemu semula kami di syurga nanti. Jadikanlah
anak kami anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kami setelah kami tiada nanti.
Amiin ya Allah

،‫ص ْو ًما‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ق‬


ً ‫ر‬ُّ ‫ف‬
َ ‫ت‬
َ ِ ‫ وَت َفُّرقَـنَا' ِمن بع ِد‬،‫اَللَّه َّم اجعل مَج عنَا ٰه َذا مَج عا مرحوما‬
‫ه‬
ُ َْ َْ ْ َ ً ْ ُ َْ ًْ َْ ْ َ ْ ُ
‫َوالَ جَتْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِْينَا' َواَل َم َعنَا َواَل َم ْن َيْتَبعُنَا' َش ِقيًّا َواَل َمطُْر ْو ًدا َواَل‬
‫اب‬ ‫ذ‬َ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ِ‫َخر ِة حسنةً وق‬ ِ ‫الد ْنيا حسنَةً وىِف اأْل‬ ُّ ‫ىِف‬ '
‫ا‬ ‫ن‬ ِ‫ربَّنَا ءات‬ .‫حَمْروما‬
َ َ َ ََ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ ً ُْ
‫ َواحْلَ ْم ُدلِلَّ ِه‬،‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬َ َ‫و‬   ‫ه‬ِِ‫آل‬ ‫وصلَّى اهلل علَى سيِّ ِدنَا حُم َّم ٍد وعلَى‬ .‫النَّا ِر‬
ََ َ َ َُ َ َ
. َ ‫العالَ ِمنْي‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫َر‬

Anda mungkin juga menyukai