Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengerusi majlis.

Selamat pagi , salam 1 malaysia.


Yang berusaha Pn Wong Mei Peng- GB Cemerlang
Yang Berusaha En Santanasamy GPK 1
Yang berusaha En Low Siak San GPK Koko
Yang di hormati YDP PIBG Dr Mahadevan
Yang di hormati Semua Pegawai perubatan yang hadir pagi ini,
Semua guru dan murid-murid yang di kasihi sekelian.
Selamat datang ke Majlis Minggu Kesihatan dan Kecergasan Bersama Doktor Muda peringkat Sk St Paul.
Hadirin sekelian, Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga SK St
Paul betapa pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Otak yang cerdas datang
dari badan yang sihat.
Untuk membentuk tabiat kesihatan kamu semua perlulah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
asas kesihatan seperti
a) Mengamalkan cara hidup sihat
b) Menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga.
c) Makan makanan seimbang.
Beberapa orang murid dari kelas 5 Einstein yang bercita-cita menjadi doktor perubatan suatu hari nanti
telah di beri perhargaan di pilih sebagai doktor muda sekolah.
Keperluan Doktor Muda di kalangan murid2 kita adalah perlu kerana beliau merupakan pemangkin
kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda yang telah dipilih boleh berkongsi mengenai asas kesihatan bagi membantu rakan sebaya
untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Mereka ini akan bertindak sebagai role model, promoter dan
motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Banyak Program yang di rancang selama Seminggu ini. ( 28.9.2015 2.10.2015 )


1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)

Ceramah kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan guru
Kaunseling kesihatan guru
Program pembasmian nyamuk eades
Taklimat bahaya demam denggi
Senamrobik
Ceramah Anti dadah.
Ceramah Awal remaja.
Taklimat piramid makanan.
Pertandingan mewarna poster.
Taklimat pertolongan cemas.

Diharap semua warga SK St Paul dapat memanafaatkan segala program yang telah di rancang.

Pada hari yang mulia ini, saya ________________________________ merasmikan program kesihatan
dan kecergasan bersama Doktor Muda bagi tahun 2015.
Sekian terima kasih.

Ucapan Alu-aluan dan Perasmian Program Kesihatan dan Kecerdasan Bersama Doktor Muda.

Anda mungkin juga menyukai