Anda di halaman 1dari 4

SK PINANG TUNGGAL,

08000, SUNGAI PETANI,


KEDAH DARULAMAN.

KERTAS KERJA
PEMBELIAN ALAT BANTU MENGAJAR
BSMM

DISEDIAKAN OLEH:
PN. ROHAIZA BINTI ABDUL RAHIM
KETUA GURU PEMIMPIN
BSMM SKPT
1.0 PENDAHULUAN :

Sebagai gedung ilmu, sekolah perlu menyediakan alat bantu mengajar yang
secukupnya untuk keperluan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
( PdP). Penggunaan alat bantu mengajar bukan sahaja dapat membantu PdP
berjalan lebih lancar, malah menjadi sesi PsP lebih menarik kerana murid
belajar dengan berfokuskan bahan dan bukannya guru semata-mata.

2.0 TUJUAN:

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk pertimbangan pihak tuan bagi membeli alat
bantu mengajar untuk ahli-ahli BSMM SK Pinang Tunggal.

3.0 OBJEKTIF :

3.1 Menambah alat bantu mengajar yang tiada lagi, khasnya untuk kegunaan
aktiviti BSMM.

3.2 Menjadikan PdP atau aktiviti BSMM lebih menarikj dengan berfokuskan
bahan dan alatan, bukannya guru semata-mata.

3.3 Meningkatkan penglibatan ahli-ahli BSMM dalam aktiviti yang telah


dirancang.
4.0 JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN:

Salah satu pedagogi dalam pendidikan ialah kemahiran penggunaan peti

kecemasan first aid dan kain anduh. Oleh itu, ketiadaan peti kecemasan first aid

dan kain anduh bermakna pedagogi ini tidak dapat dilaksanakan. Hal ini, adalah

satu yang merugikan ahli-ahli BSMM kerana kekangan ini menyebabkan guru

tidak dapat mengaplikasikan kemahiran penggunaan peti kecemasan first aid


dan

kain anduh sebagai satu pedagogi ketika aktiviti BSMM.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN:

Pembelian alat bantu mengajar ini melibatkan implikasi kewangan seperti

berikut:

Bil Harga Bilangan unit


Perkara : Perbelanjaan:
. Seunit: diperlukan:
Peti kecemasan ( 23.8 cm x
1. RM 70.00 1 RM 70.00
7.7 cm x 20.4 cm) Besar
Peti kecemasan ( 12.1 cm x
2. RM 55.00 1 RM 55.00
6.2 cm x 25.7 cm) Sederhana
Kain Anduh Tiga Segi
3. Saiz: 90 cm x 127 cm RM 6.00 50 RM 300.00
Material : Cotton
JUMLAH: RM 425.00
6.0 KESIMPULAN:

Oleh itu, peruntukan sebanyak RM 425.00 ( EMPAT RATUS DUA PULUH

LIMA RINGGIT SAHAJA) diperlukan bagi membeli peti kecemasan first aid

dan kain anduh untuk digunakan semasa aktiviti BSMM. Diharapkan dengan

peroleh alatan ini , usaha guru untuk mengaplikasikan kemahiran penggunaan

peti kecemasan first aid dan kain anduh sabagi satu pedagogi pendidikan akan

lebih bermakna dan berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ………………………………..

( ROHAIZA BINTI ABDUL RAHIM) ( MOHD. NIZAM BIN ABU BAKAR)


Ketua Guru Pemimpin, Guru Besar,
BSMM, SK Pinang Tunggal.
SK Pinang Tunggal.

Anda mungkin juga menyukai