Anda di halaman 1dari 1

Norfadliza Binti Zakaria,

No 22, Lrg Macang 6 Tmn Macang Manis,


Machang Bubuk,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
__________________________________________________________________________________

Pengetua,
SMK Machang Bubuk,
14020 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang. 02 Julai 2020.

Tuan,

Memohon Kebenaran Balik Awal Dalam Tempoh PKPP

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan saya seperti nama di atas, memohon kebenaran balik awal dalam tempoh PKPP
iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 Julai 2020. Saya merupakan guru Pendidikan Moral
tingkatan 5 Sains dan 5 Perniagaan, kelas saya pada hari Selasa berakhir jam 12.10 tengah hari dan
Khamis berakhir jam 12.10 tengah hari, manakala hari Isnin,Selasa dan Jumaat saya tidak mempunyai
kelas (rujuk jadual kelas seperti dalam lampiran).

3. Sebab permohonan di atas ialah anak saya berumur di bawah 12 tahun. Anak saya berumur 5
tahun. Untuk makluman saya akan menghantar anak saya ke Pasti Al-Abrar Cherok Tok Kun. Anak
saya berada di Pasti hanya separuh hari. Oleh yang demikian saya perlu menjemput anak saya jam
11.00 pagi kecuali hari Selasa dan Khamis jam 12.30 tengah hari. Bersama dengan ini disertakan
salinan mykid anak saya.

Saya berharap pihak Tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi dan dapat mempertimbangkan
surat ini.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_____________________________
(NORFADLIZA BINTI ZAKARIA)

Anda mungkin juga menyukai