Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

JALAN MANGGIS, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
Tel / Fax : 04-5395105
email : pba0016@jpnpp.edu.my

______________________________________________________________________
‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
Ruj kami : Bil. (2) dlm SKSR/08/05/002/05
Tarikh : 08 Mei 2014

Kepada,
Di Pertua,
Majlis Perbandaran Seberang Perai,
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
(U/P : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran )

Tuan,

MEMOHON TONG KITAR SEMULA UNTUK PROGRAM RECYCLETHON 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. adalah dimaklumkan bahawa PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai akan mengadakan
kempen kitar semula peringkat sekolah dan masyarakat setempat yang dinamakan “Recyclethon” pada
ketetapan berikut;

 Tarikh : 01 November 2014(Kemuncak)


 Hari : Sabtu
 Masa : 7:30-2:00 pm
 Tempat : Sk Sungai Rambai
 Tempoh kempen : bulan Jun hingga Oktober 2014

3. Penganjuran program amal “Recyclethon” adalah bertujuan untuk mengumpul dana PIBG Sk
Sungai Rambai melalui kutipan sumbangan dan jualan barangan kitar semula.

4. Disamping , dapat memupuk nilai murni antara seluruh warga Sk Sungai Rambai dan masyarakt
setempat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan mencintai budaya hidup bersih dan sihat.

5. Justeru, pihak PIBG Sk Sungai Rambai sangat berharap agar pihak tuan dapat menyumbang tong
kitar semula untuk menjayakan program “Recyclethon” ini.

6. Segala usaha tuan untuk membantu pihak PIBG Sk Sungai Rambai didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“LINGKUNGAN BERSIH , MASYARAKAT SEJAHTERA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................
( MOHAMAD GHAZALI B. MAD JUNOH)
YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai

Anda mungkin juga menyukai